Sabtu, 30 April 2016
Sabtu, 23 April 2016
HADIS 40 IMAM NAWAWI
Hadis Kelima
"Daripada
Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah
SAW: ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya
adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim.
Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim: "Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak."
Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim: "Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak."
Jumaat, 22 April 2016
HADIS 40 IMAM NAWAWI - Hadis Keempat
"
Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah
menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan
kata-katanya, sabdanya : '
Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi
segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian
itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan
roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara: rezekinya, ajalnya,
amalannya, celaka dan bahagianya.
Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain
daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan
ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta
sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga
dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan
sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka
sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia
telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga,
maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Isnin, 11 April 2016
HADIS 40 IMAM NAWAWI -Hadis Empat Puluh Hadis Kedua
• " Dari Abu Abdul Rahman,
Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
' Islam itu didirikan atas lima ( perkara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan
sembahyang,
mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
Langgan:
Catatan (Atom)
12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya
1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a. Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...
-
Surah Yasin Ayat 1 hingga 9 Keistimewaan surah Yasin Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED ALBAKRI Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentia...