Khamis, 27 Julai 2017

NASiHAT AGAMA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Apabila kamu dapat melakukan ketaatan, hendaklah kamu bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan apabila kamu terjerumus ke dalam maksiat, maka pohonlah keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Itu menunjukkan bahawa, tiadalah daya upaya untuk kamu melakukan ketaatan, melainkan dengan izin Allah سبحانه وتعالى." [Ibn Athoillah As-Sakandari رحمه الله تعالى]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih SUKAR daripada HATIku sendiri, adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku".[lmam Al-Ghazali رحمة الله تعالى] 

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Tubuh badan kita ini ibarat sangkar burung, ataupun kandang binatang. Justeru, fikirkan tentang dirimu, daripada jenis yang manakah antara dua perumpamaan itu?
Jika engkau jenis daripada burung yang terbang tinggi, maka sebaik sahaja engkau mendengar paluan rebana: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redha dan diredhai”, maka teruslah terbang tinggi sehingga engkau menduduki kemuncak menara syurga."[Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq رضى الله عنه]


NASiHAT AGAMA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Terkadang ahli maksiat lebih mengenali Allah, berbanding ahli ibadah melalui taubatnya diatas kesalahannya. Manakala ahli ibadah terkadang menyembah akan dirinya sendiri, tanpa disedarinya. Demikian perlunya taubat kepada syirik hati yang tersembunyi."[Ibn Al-Muari]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Kehebatan seseorang terdapat pada 3 perkara :
1. Kemampuan menyembunyikan kemelaratan, sehingga orang lain menyangkamu bercukupan kerana kamu tidak pernah meminta.
2. Kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang mengiramu merasa ridha.
3. Kemampuanmu menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengiramu selalu senang."
[Imam Asy-Syafi'e رحمة الله تعالى]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Ketahuilah orang yang paling sering memberi nasihat kepada kamu, itulah orang yang paling mencintai kamu".[Habib Nabiel Fuad Al-Musawwa]

Jumaat, 21 Julai 2017

KAROMAH SYAIKH ABDUL QODIR AL JAELANI

Gambar hiasan
Jumlah karomah yang dimiliki oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani banyak sekali:
Syaikh Abil AbbasAhmad ibn Muhammadd ibn Ahmad al-Urasyi al-Jily:

Pada suatu hari, aku telah menghadiri majlis asy-Sayikh Abdul Qodir al-Jilani berserta murid-muridnya yang lain. Tiba-tiba, muncul seekor ular besar di pangkuan asy-Syaikh. Maka orang ramai yang hadir di majlis itu pun berlari tunggang langgang, ketakutan. Tetapi asy-Syaikh al-Jilani hanya duduk dengan tenang saja. Kemudian ular itu pun masuk ke dalam baju asy-Syaikh dan telah merayap-rayap di badannya. Setelah itu, ular itu telah naik pula ke lehernya. Namun, asy-Syaikh masih tetap tenang dan tidak berubah keadaan duduknya.


Setelah beberapa waktu berlalu, turunlah ular itu dari badan asy-Syaikh dan ia telah seperti bicara dengan asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani . Setelah itu, ular itu pun ghaib.

Kami pun bertanya kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani tentang apa yang telah dipertuturkan oleh ular itu. Menurut beliau ular itu telah berkata bahawa dia telah menguji wali-wali Allah yang lain, tetapi dia tidak pernah bertemu dengan seorang pun yang setenang dan sehebat asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani.

Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh sedang mengajar murid-muridnya di dalam sebuah majlis, seekor burung telah terbang di udara di atas majlis itu sambil mengeluarkan satu bunyi yang telah mengganggu majlis itu. Maka asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun berkata, “Wahai angin, ambil kepala burung itu.” Seketika itu juga, burung itu telah jatuh ke atas majlis itu, dalam keadaan kepalanya telah terputus dari badannya.
Setelah melihat keadaan burung itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun turun dari kursi tingginya dan mengambil badan burung itu, lalu disambungkan kepala burung itu ke badannya. Kemudian asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah berkata, “Bismillaahirrahmaanirrahim.” Dengan serta-merta burung itu telah hidup kembali dan terus terbang dari tangan asy-Syaikh.


Maka takjublah para hadirin di majlis itu kerana melihat kebesaran Allah yang telah ditunjukkanNya melalui tangan asy-Syaikh.

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari, di dalam tahun 537 Hijrah, seorang lelaki dari kota Baghdad (dikatakan oleh sesetengah perawi bahawa lelaki itu bernama Abu Sa‘id ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Baghdadi) telah datang bertemu dengan asy-Syaikh Jilani, berkata, bahawa dia mempunyai seorang anak dara cantik berumur enam belas tahun bernama Fatimah. Anak daranya itu telah diculik (diterbangkan) dari atas anjung rumahnya oleh seorang jin.
Maka asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun menyuruh lelaki itu pergi pada malam hari itu, ke suatu tempat bekas rumah roboh, di satu kawasan lama di kota Baghdad bernama al-Karkh.

“Carilah bonggol yang kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan satu bulatan sekelilingmu di atas tanah. Kala engkau membuat garisan, ucapkanlah “Bismillah, dan di atas niat asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani ” Apabila malam telah gelap, engkau akan didatangi oleh beberapa kumpulan jin, dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk. Janganlah engkau takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula raja jin dengan segala angkatannya yang besar. Dia akan bertanya hajatmu. Katakan kepadanya yang aku telah menyuruh engkau datang bertemu dengannya. Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadian yang telah menimpa anak perempuanmu itu.”

Lelaki itu pun pergi ke tempat itu dan melaksanakan arahan asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani itu. Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin yang cuba menakut-nakutkan lelaki itu, tetapi jin-jin itu tidak berkuasa untuk melintasi garis bulatan itu. Jin-jin itu telah datang bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu kumpulan. Dan akhirnya, datanglah raja jin yang sedang menunggang seekor kuda dan telah disertai oleh satu angkatan yang besar dan hebat rupanya.

Raja jin itu telah memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan telah bertanya kepada lelaki itu, “Wahai manusia, apakah hajatmu?”
Lelaki itu telah menjawab, “Aku telah disuruh oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani untuk bertemu denganmu.”

Begitu mendengar nama asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani diucapkan oleh lelaki itu, raja jin itu telah turun dari kudanya dan terus mengucup bumi. Kemudian raja jin itu telah duduk di atas bumi, disertai dengan seluruh anggota rombongannya. Sesudah itu, raja jin itu telah bertanyakan masalah lelaki itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak daranya yang telah diculik oleh seorang jin. Setelah mendengar cerita lelaki itu, raja jin itu pun memerintahkan agar dicari si jin yang bersalah itu. Beberapa waktu kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin itu, seorang jin lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yang telah diculiknya.

Raja jin itu telah bertanya, “Kenapakah engkau sambar anak dara manusia ini? Tidakkah engkau tahu yang dia ini berada di bawah naungan al-Quthb ?”
Jin lelaki dari negara Cina itu telah mengatakan yang dia telah jatuh berahi dengan anak dara manusia itu. Raja jin itu pula telah memerintahkan agar dipulangkan perawan itu kepada bapanya, dan jin dari negara Cina itu pula telah dikenakan hukuman pancung kepala.
Lelaki itu pun mengatakan rasa takjubnya dengan segala perbuatan raja jin itu, yang sangat patuh kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani.

Raja jin itu berkata pula, “Sudah tentu, kerana asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani boleh melihat dari rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat. Dan mereka semua sedang berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi, karena telah lari dari sebab kehebatannya. Allah Ta’ala telah menjadikan asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani bukan saja al-Qutb bagi umat manusia, bahkan juga ke atas seluruh bangsa jin.”

Telah bercerita asy-Syaikh Abi ‘Umar ‘Uthman dan asy-Syaikh Abu Muhammad ‘Abdul Haqq al-Huraimy:
Pada 3 hari bulan Safar, kami berada di sisi asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani Pada waktu itu, asy-Syaikh sedang mengambil wudu dan memakai sepasang terompah. Setelah selesai menunaikan solat dua rakaat, dia telah bertempik dengan tiba-tiba, dan telah melemparkan salah satu dari terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sampai tak nampak lagi oleh mata. Selepas itu, dia telah bertempik sekali lagi, lalu melemparkan terompah yang satu lagi. Kami yang berada di situ, telah melihat dengan ketakjubannya, tetapi tidak ada seorang pun yang telah berani menanyakan maksud semua itu.

Dua puluh tiga hari kemudian, sebuah kafilah telah datang untuk menziarahi asy-Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilany. Mereka (yakni para anggota kafilah itu) telah membawa hadiah-hadiah untuknya, termasuk baju, emas dan perak. Dan yang anehnya, termasuk juga sepasang terompah. Apabila kami amat-amati, kami lihat terompah-terompah itu adalah terompah-terompah yang pernah dipakai oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pada satu masa dahulu. Kami pun bertanya kepada ahli-ahli kafilah itu, dari manakah datangnya sepasang terompah itu. Inilah cerita mereka:


Pada 3 haribulan Safar yang lalu, ketika kami sedang di dalam satu perjalanan, kami telah diserang oleh satu kumpulan perompak. Mereka telah merampas kesemua barang-barang kami dan telah membawa barang-barang yang mereka rampas itu ke satu lembah untuk dibagi-bagikan di antara mereka.

Kami pun berbincang sesama sendiri dan telah mencapai satu keputusan. Kami lalu menyeru asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani agar menolong kami. Kami juga telah bernazar apabila kami sudah selamat, kami akan memberinya beberapa hadiah.

Tiba-tiba, kami terdengar satu jeritan yang amat kuat, sehingga menggegarkan lembah itu dan kami lihat di udara ada satu benda yang sedang melayang dengan sangat laju sekali. Beberapa waktu kemudian, terdengar satu lagi bunyi yang sama dan kami lihat satu lagi benda seumpama tadi yang sedang melayang ke arah yang sama.

Selepas itu, kami telah melihat perompak-perompak itu berlari lintang-pukang dari tempat mereka sedang membagi-bagikan harta rampasan itu dan telah meminta kami mengambil balik harta kami, karena mereka telah ditimpa satu kecelakaan. Kami pun pergi ke tempat itu. Kami lihat kedua orang pemimpin perompak itu telah mati. Di sisi mereka pula, ada sepasang terompah. Inilah terompah-terompah itu.

Telah bercerita asy-Syaikh Abduh Hamad ibn Hammam:
Pada mulanya aku memang tidak suka kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Walaupun aku merupakan seorang saudagar yang paling kaya di kota Baghdad waktu itu, aku tidak pernah merasa tenteram ataupun berpuas hati.


Pada suatu hari, aku telah pergi menunaikan solat Jum’at. Ketika itu, aku tidak mempercayai tentang cerita-cerita karomah yang dikaitkan pada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Sesampainya aku di masjid itu, aku dapati beliau telah ramai dengan jamaah. Aku mencari tempat yang tidak terlalu ramai, dan kudapati betul-betul di hadapan mimbar.

Di kala itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani baru saja mulai untuk khutbah Jumaat. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani yang telah menyinggung perasaanku. Tiba-tiba, aku terasa hendak buang air besar. Untuk keluar dari masjid itu memang sukar dan agak mustahil. Dan aku dihantui perasaan gelisah dan malu, takut-takut aku buang air besar di sana di depan orang banyak. Dan kemarahanku terhadap asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun bertambah dan memuncak.

Pada saat itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah turun dari atas mimbar itu dan telah berdiri di hadapanku. Sambil beliau terus memberikan khutbah, beliau telah menutup tubuhku dengan jubahnya. Tiba-tiba aku sedang berada di satu tempat yang lain, yakni di satu lembah hijau yang sangat indah. Aku lihat sebuah anak sungai sedang mengalir perlahan di situ dan keadaan sekelilingnya sunyi sepi, tanpa kehadiran seorang manusia.


Aku pergi membuang air besar. Setelah selesai, aku mengambil wudlu. Apabila aku sedang berniat untuk pergi bersolat, dan tiba-tiba diriku telah berada ditempat semula di bawah jubah asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Dia telah mengangkat jubahnya dan menaiki kembali tangga mimbar itu.
Aku sungguh-sungguh merasa terkejut. Bukan karena perutku sudah merasa lega, tetapi juga keadaan hatiku. Segala perasaan marah, ketidakpuasan hati, dan perasaan-perasaan jahat yang lain, semuanya telah hilang.

Selepas sembahyang Jum’at berakhir, aku pun pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, aku menyadari bahwa kunci rumahku telah hilang. Dan aku kembali ke masjid untuk mencarinya. Begitu lama aku mencari, tetapi tidak aku temukan, terpaksa aku menyuruh tukang kunci untuk membuat kunci yang baru.

Pada keesokan harinya, aku telah meninggalkan Baghdad dengan rombonganku kerana urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah melewati satu lembah yang sangat indah. Seolah-olah ada satu kuasa ajaib yang telah menarikku untuk pergi ke sebuah anak sungai. Barulah aku teringat bahawa aku pernah pergi ke sana untuk buang air besar, beberapa hari sebelum itu. Aku mandi di anak sungai itu. Ketika aku sedang mengambil jubahku, aku telah temukan kembali kunciku, yang rupa-rupanya telah tertinggal dan telah tersangkut pada sebatang dahan di situ.


Setelah aku sampai di Baghdad, aku menemui asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani dan menjadi anak muridnya.

http://kisahimani.blogspot.my/2008/02/karomah-syaikh-abdul-qodir-al-jaelani.html

Ahad, 16 Julai 2017

Segala puji bagi Allah....

"Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan cahaya kebenaran. Yang dengan cahaya kebenaran itu dihidupkan hati-hati manusia dan merehatkan roh-roh mereka. Dan juga dengan cahaya kebenaran itu diselamatkan hamba-hamba-Nya sepertimana yang dikehendaki Allah, yang telah ditetapkan oleh sifat Iradah Allah sejak azali lagi.

Dan juga cahaya kebenaran itu menyempurnakan jumlah manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Untuk mereka berada di bawah naungan panji Rasulullah ﷺ di akhirat nanti, dan berada di telaga Kautsar, serta untuk menolong mereka ketika melalui titian Sirat.

Ada beberapa kumpulan manusia dari ummat Nabi kita yang terhad bilangan mereka di akhirat nanti. Yang ajaibnya terdapat orang-orang yang baru masuk Islam, tetapi mereka berada dalam golongan pertama. Sedangkan orang-orang yang telah lama masuk Islam berada di rombongan belakang.
Tetapi, semua perkara telah ditetapkan. Pada suatu hari telah diberikan kepada Nabi ﷺ kita (oleh malaikat) di tangan Baginda ﷺ senarai nama-nama manusia. Kemudian dikatakan kepada Baginda ﷺ:

"Ini adalah nama-nama ahli syurga dari kalangan ummatmu, tidak bertambah dan tidak berkurang pun walaupun seorang." Dan diberikan satu lagi senarai nama di tangan kiri "Ini adalah nama-nama ahli neraka dari kalangan ummatmu. Dan ada di kalangan mereka yang mati di dalam negara Islam." Dikatakan kepada Baginda ﷺ "Mereka ini tidak bertambah dan tidak berkurang walaupun seorang, mereka tidak bertambah dan tidak berkurang".

Maha Suci Yang membolak balikkan hati, Maha Suci Tuhan yang memberikan hidayah kepada siapa yang DIA kehendaki, dan menyesatkan siapa yang DIA kehendaki. Maha Suci Tuhan yang menghulurkan tali HidayahNYA dengan perantaraan Nur dan orang-orang yang benar dengan-NYA zahir dan batin. Sehingga dengan hidayah itulah kamu dimuliakan untuk duduk di dalam majlis ini. Yang mana dengan hidayah ini juga telah memberi kerehatan kepada beberapa banyak roh-roh yang pada asalnya berada di dalam kekufuran tetapi telah diselamatkan ke dalam keimanan.

Apa yang telah saya katakan ini kepada kamu, kamu akan dengar nanti di akhirat, bahkan kamu akan menyaksikannya kelak. Semua janji itu akan berlaku pada Hari Kebangkitan nanti"


[Al-Allamah Sayyidil Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]

Sabtu, 15 Julai 2017

*PERIHAL DAJJAL.*

Gambar hiasan
by Muhammad Zahir
Siapa Dajjal?
- Dajjal ialah seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh  Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.

-Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

-Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar".

-Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan di atas muka bumi.

-Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi kepada Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.

-Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin".

-Dajjal akan menjadi ketua di dunia ni. Semua pemerintahan nanti bawah kekuasaannya. Apabila  telah kuasai semua, dia akan mengaku sebagai tuhan.

-Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengakui dia ialah tuhan. Sesiapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tetapi dapat kemewahan dunia. Sesiapa tak mengaku, derita.

-Hari pertama Dajjal di dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

-Dajjal nl penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dalam kalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

-Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Tindakan ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.

-"Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya". - Nabi Muhammad SAW.

-Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang telah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia  tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

-"Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi".
- Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dah pesan. Amalkanlah!

-Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

-Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh membantu, waktu itu seorang ibu hendak tolong anak pun tak boleh.

-"Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak daripada Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal  di darat, laut dan udara. Tak boleh lari.

-"Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng tersebut".- Syeikh Zainul Asri.

-Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia ialah tuhan.

-Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan ialah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya ialah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.

-Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi,   kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

-Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal".

-"Yang paling aku takut melanda umatku pada akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal".- Nabi Muhammad SAW.

-Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa  huru-haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

AHLI AL-QURAN ADALAH KELUARGA ALLAH

Gambar hiasan
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjawab: Merekalah ahli Al-Quran iaitu keluarga Allah dan golongan pilihanNya. (Riwayat Ibnu Majah, no. 215 dan Ahmad, no. 11870)

Syarah:
Ahli Al-Quran bukan sekadar menghafaz dan membacanya sahaja, malahan ahli Al-Quran (sejati) itu adalah yang mengamalkannya, walaupun dia belum menghafaz Al-Quran. Orang yang mengamalkan Al-Quran, melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya serta tidak melanggar batas² syara', mereka itulah yang dimaksud ahli Al-Quran, keluarga Allah yang menjadi pilihan Allah. Mereka adalah hamba Allah yang paling istimewa. (Risalah Al-'Ubudiyyah, halaman: 64)

HAKIKAT SEDEKAH

Gambar hiasan
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Ali-Imran, 92)

PENYESALAN DI AKHIRAT

Gambar hiasan
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (jika tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiqun, 10)

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...