Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang yang
pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat
berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.
Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun
ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat
dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.
PERMINTAAN TERAKHIR
Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah
berkata kepada Rasululllah SAW,
Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu
belum berbakti kepadamu.
Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah
Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah
Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,
“Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang
kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan
takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk
menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku”.
Mendengar itu Rasulullah berkata,
“Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah
dipersiapkan tempatmu di surga”.
Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan
nafas terakhirnya di pangkuan Rasulullah. Didekapnya isteri Baginda itu dengan
perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Baginda dan semua
orang yang ada di situ.
KAIN KAFAN DARI ALLAH
Saat itu
Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain
kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya, “Untuk siapa
sajakah kain kafan itu, ya Jibril?
Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk
Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian
menangis.
Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?
Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan
dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.
Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,
Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan
pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh
luar biasa. ALLAH Maha mengetahui semua amalanmu.
"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin
pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga
darimu.
"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku
hanyalah selembar sorban?
Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup.
Seluruh kekayaan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk
perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah.
Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa
digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.
Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah
pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan di antaranya dengan kulit kayu.
Rasulullah kemudian
berdoa kepada ALLAH.
“Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada
Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada
saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku.
Mententramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang,
kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan
membantuku?
Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!
PENGORBANAN SITI
KHADIJAH SEMASA HIDUP
Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari
berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri
di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,
Wahai Khadijah tetaplah kamu di tempatmu.
Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.
Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali
makananpun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang
keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.
Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan isterinya
lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah
dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di
pangkuan Khadijah.
Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala
Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata
Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.
Wahai Khadijah mengapa engkau menangis? Adakah engkau
menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.
Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau
hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi
dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah
bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat isterinya
menangis.
Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang
kutangiskan." jawab Khadijah.
"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku
serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan
itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta
kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.
"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi.
Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya
nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau
hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai
namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jambatan.
"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku.
Jadikanlah sebagai jambatan untuk engkau menyeberangi sungai itu supaya engkau
bisa berjumpa dengan manusia dan meneruskan dakwahmu.
"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan
mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.
Kerana itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk
jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu
kerana dua orang yang dicintainya iaitu isterinya Siti Khadijah dan pak ciknya
Abu Thalib telah wafat.
Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.
Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra,
al Fatihah.
Tulisan
Ustadz Zainul Hakim pada WA group Masjid Al Istiqomah.
Kitab Al
Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani.