Selasa, 13 November 2018

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Cara Mengawal Marah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَنَا إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِع

Dari Abu Dzar RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepada kami: "Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendakah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring  (HR Abu daud No: 4151)  Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:
1.  Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan pemberi nasihat untuk diikuti.
2.  Rasulullah SAW mengajar cara mengawal marah antaranya jika marah dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk (orang yang berdiri, dia dalam keadaan bersedia untuk bertindak berbanding ketika duduk).
3.  Jika masih marah ketika dalam kedudukan duduk, hendaklah orang tersebut menukar posisi dengan berbaring (kedudukan berbaring sangat kecil kemungkinan untuk bertindak).

4.  Diam juga satu daripada cara mengawal marah. Rasulullah bersabda:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW baginda bersabda: Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam. (HR Ahmad No: 2029)
Berusahalah melakukan sesuatu untuk mengawal sifat marah. Jika marah semasa berdiri, tukar posisi
kepada duduk, jika marah lagi, tukar kepada berbaring. Diam juga satu cara mengawal marah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Istiazah Mengawal Marah

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ

Dari Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; "Dua orang lelaki memaki hamun di antara satu sama lain  di hadapan Rasulullah SAW, sementara kami duduk di sisi Baginda. Salah seorang daripada mereka memaki temannya dengan rasa marah  sehingga merah padam mukanya. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda: "Aku mengetahui (aku akan ajarkan) satu kalimah kalau  dia mengucapkan iaitu: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam. Lalu mereka (para sahabat yang hadir) berkata kepada lelaki itu: Apakah kamu tidak dengar? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi. Lelaki itu berkata kepadanya: Aku bukanlah seorang gila!" (HR Bukhari No: 5650) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.  Marah itu dipengaruhi oleh syaitan. Mengikut Imam al-Ghazali, berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.
2.  Orang yang sedang marah, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal. Dia boleh bertindak diluar kewarasan.
3.  Rasulullah mengajar agar membaca istiazah apabila seseorang itu marah iaitu

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم

Firman Allah:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Fussilat: 36
Kawallah kemarahan kita dengan sentiasa membaca istiazah memohon perlindungan dari hasutan Syaitan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor


https://t.me/ahadithadayAHAD

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Menahan Marah Diganjari Bidadari

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ عَلَى 
رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي أَيِّ الْحُورِ شَاءَ

Dari Sahl bin Mu'adz bin Anas dari Ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mampu menahan amarahnya sedangkan ia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari Kiamat hingga Allah memberinya (kebebasan) memilih bidadari yang ia suka." (HR Ibnu Majah No: 4176) Status: Hadis  Hassan

Pengajaran:

1.  Beruntung mereka yang sentiasa mampu mengawal marah
2.  Muslim yang mampu mengawal marah ketika dia boleh dan berpeluang untuk marah, di hari akhirat akan diganjari dengan kelebihan boleh memilih mana-mana bidadari di syurga.
3.  Muslim yang mampu mengawal marah, memiliki akhlak terpuji yang dijanjikan syurga. Sabda Rasulullah:
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ....لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ

Dari Abi Darda, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda…."Jangan kamu marah, maka kamu akan masuk Syurga (Tabrani No: 1762)

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan berusaha mengawal perasaan marah yang tidak bertempat.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Jangan Marah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَب

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: "Berilah aku wasiat?" baginda bersabda: "Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi pertanyaannya, baginda tetap menjawab: "Janganlah kamu marah." (HR Bukhari No: 5651)
Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:
1.  Rasulullah meninggalkan pesanan penting agar "Jangan Marah" yang diulang jawapan yang sama apabila ditanya berulang oleh sahabat. Menunjukkan pesanan ini amat penting.
2.  Marah adalah pokok berbagai kejahatan, dan menahan diri darinya adalah pokok segala kebaikan.
3.  Marah akan menimbulkan perbuatan yang diharamkan seperti memukul, menyakiti orang, mengeluarkan perkataan-perkataan yang diharamkan termasuk dalam bentuk tulisan seperti memfitnah, mencaci maki, berkata kotor, dan berbagai bentuk kezaliman termasuk mencederakan dan membunuh.
4.  Imam Ahmad menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan sifat marah.
5.  Ibnu Mubarak apabila ditanya apakah himpunan akhlak yang baik yang terhimpun dalam satu kalimah!” Beliau menjawab, “Meninggalkan Marah.”
Berusahalah kita mengawal sifat marah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Sabtu, 3 November 2018

Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur

Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ أَثَرِ الرَّحَا فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ فَوَجَدَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ لِأَقُومَ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي وَقَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَانِي إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا تُكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Telah bercerita kepada kami Ali radliallahu 'anhuma bahawa Fatimah 'alaihas salam mengeluh kerana penat bekerja. Tidak lama kemudian Nabi SAW memperoleh ghanimah beberapa tawanan perang, maka Fatimah mencari baginda  SAW namun dia tidak bertemu, hanya dapat menemui Aisyah dan ia menceritakan keperluannya. Ketika Nabi SAW datang, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah. Maka Nabi SAW mendatangi kami sedang kami telah berada di tempat tidur kami. Maka aku beranjak untuk bangun namun baginda berkata: "Tetaplah di tempat kalian". Lalu baginda duduk di antara kami hingga aku rasakan pada dadaku kaki baginda yang dingin lalu baginda bersabda: "Mahukah kalian berdua aku ajarkan perkara yang lebih baik dari yang kalian minta?. Jika kalian telah berada di tempat tidur kalian bacalah takbir tiga puluh empat kali, tasbih tiga puluh tiga kali dan tahmid tiga puluh tiga kali. Itu semua lebih baik buat kalian berdua daripada seorang pembantu".(HR Bukhari No: 3429) Status : Sahih

Pengajaran:
1.  Sebagai manusia kita mengharapkan bantuan orang lain bagi menyempurnakan pekerjaan seperti Fatimah mengharapkan dapat pembantu yang akan membantu kerja-kerja rumahnya.
2.  Tasbih, tahmid dan takbir yang dilafazkan oleh sesorang sebelum tidur sebanyak 100 kali (tasbih 33, tahmid 33 dan takbir 34) lebih baik dari memiliki pembantu (hamba).
Ayuh jangan lupa zikir Tasbih (Subhaanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahu Akbar) sebelum kita tidur.

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ الْفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ الْأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَا وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ قَالَ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ إِنْ أَخَذْتُمْ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ

Dari Abu Hurairah RA berkata, "Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW seraya berkata, "Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapatkan kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Kerana mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah." Maka Rasulullah SAW  pun bersabda: "Mahukah aku sampaikan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian ambil (sebagai amal ibadah) kalian akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kalian tersebut, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian dengan amal ini sehingga kalian menjadi yang terbaik di antara kalian dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kalian amalkan ini. Iaitu kalian membaca tasbih (Subhaanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali."  (HR Bukhari No: 798) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap orang sama ada miskin mahupun kaya berpeluang melakukan amal solleh
2.  Muslim yang berharta, di samping melaksanakan ibadat solat dan puasa, dia berkemampuan menunaikan ibadat haji dan umrah, serta berjihad dan bersedekah
3.  Muslim yang tidak berharta juga berpeluang memperolehi ganjaran seperti orang kaya malah mungkin lebih baik
4.  Antara amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW  yang boleh menjana ganjaran pahala melebihi sumbangan sedekah orang kaya ialah tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali setiap satu selepas solat fardhu.
5.  Kita boleh mencemburui amal orang yang berharta yang menggunakan hartanya utk infak dan sedekah.  Moga kita boleh menjadi seperti mereka.
Ayuh perolehi ganjaran mudah dengan tasbih, tahmid dan takbir selepas solat fardhu yang sentiasa dilakukan.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Syeikh Abdussalam Al-Hakim ditanya: Kenapa ulama-ulama zaman dulu begitu menyentuh hati ketika memberi nasihat, sehingga banyak umat yang insaf, sementara jarang terjadi pada keadaan zaman sekarang?

"Beliau menjawab: Ulama zaman dahulu itu hatinya bangun/ terjaga, sedang umatnya tidur. Tetapi ulama zaman sekarang itu hatinya tidur sedangkan umat hatinya mati. Bagaimana orang tidur bisa membangunkan orang yang mati..?”

[Habib Quraisy Baharun]

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...