Suatu
cahaya terbit dari Cahaya Yang Maha Ghaib,
Cahayanya
lebih terang daripada cahaya-cahaya yang lain,
ianya suria
yang menyinarkan cahaya lebih terang daripada..
..segala
cahaya bintang yang lain.
Ianya
sebuah suria yang rumahnya di langit,
Allah
namakan dia "ummi",
Badannya
berada di Mekah,
Ia tidak
berkata-kata kecuali menurut pandangan batinnya,
Ia tidak
menyuruh orang menurut perangainya kecuali kerana..
..perangai
itu benar belaka.
Ia duduk di
majlis yang Maha Esa,
Ia membawa
orang lain duduk bersamanya,
Ia
menyampaikan maklumat daripada apa yang dilihat,
Ia diutus
sebagai pembimbing manusia,
ia menunjukkan
akhlak yang patut dicontohi semua.
Tiada siapa
yang tahu hakikatnya kecuali mereka yang ikhlas dan mengenalnya,
Allah
menunjukkan hakikatnya kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
cahaya
kenabian terbit dari cahayanya,
cahayanya
terbit daripada yang Maha bercahaya.
Tidak ada
cahaya lain seterang cahayanya,
Wujudnya
mendahului "sebelum wujud",
namanya
mendahului qalam a'la,
Tidak ada
yang lebih mulia, lebih bijaksana, lebih adil..
..lebih
pengasih dan lebih taqwa daripadanya.
Gelarannya
penghulu segala makhluk,
Namanya
Ahmad, sifatnya Muhammad,
Ajarannya
jelas, zat dirinya agong, sifatnya hebat.
Dia dahulu
dan dia sekarang,
dia yang
awal dan dia yang akhir,
Ia
dikenangi sebelum adanya "sebelumnya",
Ia diingati
selepas adanya "selepas".
Zatnya nur,
kata-katanya
bersifat kenabian,
Ilmunya
bersifat kelangitan,
cara
bahasanya bahasa Arab,
Asal
bangsanya "bukan dari timur dan bukan dari barat".
Mata
melihat jelas tanda-tandanya,
Rahsia diri
terserlah oleh adanya ia,
Allah lah
yang membuatkan ia berkata-kata..
..dan
membuktikan kesahihan kata-katanya.
Allah lah
yang mengutuskannya,
Dialah
bukti dan dialah juga yang dibuktikan,
Ia
menghilangkan dahaga hati yang dahaga,
Dialah yang
membawa qalam Ilahi untuk makhluk semua,
Ia bersatu
dengan Allah tanpa bercerai tanggal,
Ia
menghapuskan kegelapan hati dan menyinarkan nur..
..ketuhanan
kepada minda insan.
Ia terbatas
dan terhad dari segi badaniah,
Ia wira
gagah perkasa,
Ia menerima
perintah menghancurkan berhala,
Ia
menyedarkan manusia siapa musuh sebenarnya.
Semua ilmu
adalah setitik air dari lautan ilmunya,
Semua
hikmah hanya segelas air dari lautan hikmahnya,
semua waktu
hanya seketika sahaja daripada tempoh hayatnya.
Allah
beserta dengannya sentiasa,
Ia terawal
sekali dalam kesatuannya dengan Yang Maha Esa,
Ia terakhir
diutus sebagai rasul,
Dari segi
hakikat, ianya batin,
Dari segi
makrifat ianya zahir,
Tidak ada
si alim yang menyamai ketinggian ilmunya,
Tidak ada
failasuf yang mencapai ketinggian hikmahnya.
Alah
jadikan kata-katanya terzahir dan meluaskan ..
..tanda-tandanya
dan membuatkan buktinya diketahui,
Allah
turunkan "Furqan" kepadanya,
Allah
lancarkan lidahnya berkata-kata,
Allah
menerangkan hatinya,
Tiada siapa
yang dapat meniru isi Al Quran yang dibawanya.