Ahad, 27 Jun 2021

30 PESANAN SAIDINA ALI IBNI ABI TALIB

 30 Pesanan Saidina Ali ibn Abi Talib kepada kita untuk mendidk hati ke arah "mardhatillah".

1. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

2. Mengajar adalah belajar.

3. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.

4. Insan terbahagi kepada 3 :

a) mereka yang mengenal Allah..

b) mereka yang mencari kebenaran

c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

 5. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.

6. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

7. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.

8. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

9. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.

10. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

11. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.

12. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.

13. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.

14. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya. 

15. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

16. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

17. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

18. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba. 

19. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa.

20. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

21. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

22. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

23. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

24. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

25. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

26. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah.

27. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.

28. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.

29. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu.

30. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan itu dengan mendirikan sembahyang.

http://gbseridusun.blogspot.com/2010/03/30-pesanan-saidina-ali-ibn-abi-talib.html

𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧


Solat itu ada dua keadaan iaitu yang hidup dan yang sebaliknya di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Solat yang hidup ialah solat yang dihiasi dengan khusyuk.

Adapun segala pengertian khusyuk yang disifatkan sebagai nyawa bagi solat itu jika disimpulkan hanya kepada enam perkara.

Pertama, Hudurul Qalbi (hadir hati atau al-ma’anil batinah atau al-hayatus solah)

Kedua, At-Tafahhum (berusaha untuk mengerti apa yang diucap dan dilakukan)

Ketiga, At-Takzim (rasa agung Tuhan yang disembah)

Keempat, Al-Haibah (rasa gerun)

Kelima, Ar-Roja’ (menaruh harapan besar)

Keenam, Al-Haya’ (rasa malu)

Enam perkara di atas, jika diadun semasa solat maka hati seorang tidak akan lalai, hati dan tubuh badan mereka akan sebati dalam melaksanakan kewajipan mengingati Allah سبحانه وتعالى.

Ini akan menjadikan solatnya sempurna zahir dan batin.

Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ~

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...