Khamis, 30 Disember 2021

10 Sahabat Yang Dijamin ke Syurga

Syurga merupakan suatu destinasi terakhir yang diimpikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Pelbagai kisah, gambaran dan perumpamaan akan hakikat syurga yang telah 'terbongkar' baik dari Al-Quran mahupun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Namun begitu, untuk memperolehinya bukanlah semudah mengimpikannya. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, ketaqwaan yang jitu dan keimanan yang tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t dan Rasulnya. Ini telahpun dibuktikan oleh para sahabat Baginda yang benar-benar menginginkan syurga Allah s.w.t hingga telah dijamin nama mereka sebagai penghuni syurga. Siapakah mereka?. Berikut adalah 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w yang telah memdapat jaminan ke syurga. 

1. Abu Bakar As-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq r.a adalah salah seorang daripada empat sahabat baginda yang utama. Beliau adalah sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Setelah kewafatan baginda, beliau merupakan khalifah Islam yang pertama yang dilantik untuk memimpin umat Islam ketika itu. Seorang sahabat yang sentiasa denkat dengan baginda kemana sahaja baginda pergi, Abu Bakar pasti menyertainya. Ini termasuk ketika Nabi dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah, iaitu suatu perjalanan yang sangat merbahaya dan berisiko serta penuh ancaman musuh.

Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat baik dengan Baginda malah beliau adalah orang yang pertama yang memeluk agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Ini kerana beliau mempercayai sepenuhnya Rasulullah s.a.w kerana ketinggian akhlak dan sifat baginda. Ini dibuktikan ketika Baginda menceritakan pengalaman Isra' dan Mikraj nya. Ketika itu ramai sahabat yang kebingungan dan tidak kurang juga yang sangsi serta ragu. Namun begitu Abu Bakar orang pertama yang dengan pantasnya membenarkan peristiwa tersebut. Oleh kerana itulah beliau digelar sebagai as-Siddiq. Beliau dikhabarkan meriwayatkan hampir 142 hadith Rasulullah s.a.wAbu Bakar wafat ketika berusia 63 tahun bersamaan 13 Hijrah. Beliau dikuburkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.

2. Umar bin Khattab

Umar r.a merupakan khalifah yang kedua iaitu selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah salah seorang daripada sahabat yang dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum beliau memeluk Islam, Umar terkenal dengan sifatnya yang suka bergusti, mengganggu kaum Muslimin dan suka minum minuman keras. Seluruh penduduk Makkah takut dengannya. Umar memeluk Islam setelah terdengar bacaan surah Taha yang dibacakan oleh saudara perempuannya. Selepas mengakui keilamannya, beliau sangat tegas dalam membela agama Allah. Beliau merupakan salah satu benteng Islam yang mampu mnyurutkan perlawanan kaum Quraisy dengan Baginda dan para sahabat yang lain.

Ketika beliau diangkat menjadi Khalifah yang ke dua, beliau meluaskan pengaruh dan jajahan Islam dengan begitu luas. Umar juga dapat menakluk kerajaan Parsi dan Rom Timur dalam masa satu tahun sahaja. (636-637H). Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat berserdahana dan mengambil berat akan rakyatnya. Umar wafat pada 23Hijrah akibat dibunuh oleh Abu Lukluk ketika beliau ingin mengimamkan solat. Makamnya berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a

3. Uthman bin Affan

Beliau merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Abu Bakar dan Umar. Pada waktu kepimpinannya, beliau berjaya mengumpul dan menyusun al-Quran dalam bentuk mushaf. Uthman memeluk Islam hasil daripada ajakan Abu Bakar a.s. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur Ain (Pemilik Dua Cahaya) kerana menikahi dua puteri Rasulullah s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalsum. Uthman terkenal sebegai seorang saudagar yang kaya serta dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika berlakunya perang Tabuk, Uthman menyumbangkan lebih 940 ekor unta, kemudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapkannya menjadi 1000 ekor binatang. Uthman wafat pada tahun 35 Hijrah.

4. Ali bin Abi Talib

Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Beliau merupakan suami kepada Fatimah ini merupakan orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Sebahagian riwayat menyebut ketika itu usianya adalah 10 tahun. Ali terkenal sebagai seorang yang berani, ahli siasah perang dan cerdas. Pada peristiwa Hijrah, Ali merelakan diri untuk tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk mengalihkan perhatian tentera Quraisy yang menyangka bahawa Baginda masih berada di dalam rumah. Beliau wafat pada tahun 40H, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah beliau solat subuh. Beliau meninggal ketika berumur 63 tahun dan menjawat jawatan sebagai khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Makam beliau di Kufah, Iraq.

5.  Thalhah bin Abdullah

Beliau dikenali sebagai salah seorang pembantu kanan Rasulullah s.a.w dari suku Quraisy. Ketika perang Uhud meletus, Talhah dengan berani turut menyertai perang tersebut. Dalam perang itu, beliau mendapat cedera dan luka yang parah. Ini kerana beliau menjadikan tubuhnya sebagai benteng untuk melindungi Baginda daripada panah-panah dari tentera musuh. Disebabkan itu tubuhnya luka manakala jarinya putus. Thalhah wafat pada 36H sewaktu syahid dalam perang Jamal.

6. Zubair bin Awwam

Beliau adalah salah seorang daripada as-sabiqun al-awwalun (golongan yang pertama memeluk Islam). Ketika beliau memeluk Islam, umurnya baru sahaja mencecah 15 tahun. Beliau begitu cintakan Islam. Buktinya, beliau dengan berani membela agama Allah hingga tidak pernah sekalipun tertinggal dalam peperangan. Malah beliau juga sentiasa berada di barisan hadapan dalam peperangan.  Seluruh tubuhnya terdapat bekas-bekas kesan luka dari peperangan yang disertainya. Zubair amat mencintai Rasulullah s.a.w. Ketika berlaku pertelingkahan antara kaum Muslimin, beliau sentiasa mendamaikan mereka tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Beliau wafat pada 36H akibat ditikam ketika solat.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Beliau memeluk Islam sewaktu berusia 17 tahun. Seorang yang mahir menunggang kuda dan memanah. Dikhabarkan bahawa jika Sa’ad memanah, maka ia pasti tepat mengenai sasaran. Oleh kerana itu ia memainkan peranan yang penting dalam peperangan hingga semua peperangan turut disertainya. Keteguhannya terhadap Islam terbukti ketika ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum sewaktu di awal keislamannya dengan harapan anaknya itu akan kembali kepada ajaran agama nenek moyangnya. Namun, meskipun sewaktu ibunya hamper menemui ajal, Sa’ad langsng tidak terpengaruh dengan ancaman tersebut. Beliau tidak sedikit pun menjual keyakinannya walaupun dengan nyawa ibunya sendiri. Begitu hebat keteguhan beliau dan kecintaan beliau terhadap Islam melebihi kecintaan terhadap ibunya sendiri. Ketika Umar al-Khattab menjadi khalifah, Sa’ad dilantik sebagai gabenor tentera di Iraq untuk mengatur pemerintahan dan ketenteraan di sana.  Beliau wafat ketika berusia 70 tahun.

8. Said bin Zaid

Beliau adalah antara sahabat yang bertuah kerana memeluk Islam memeluk Islam bersama-sama dengan adik Umar al-Khattab yang juga isteri Said bernama Fathimah binti al-Khattab. Ketika memeluk Islam usianya baru sahaja 20 tahun. Beliau mengabdikan dirinya kepada Islam dengan sepenuh hati. Beliau juga antara sahabat yang turut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau turut bersama kaum Muslimin ketika mencabut singgahsana Kisra Parsi. Said pernah menjadi mata-mata kepada kegiatan musuh selepas disuruh oleh baginda. Beliau wafat pada 51H ketika berusia 70 tahun.

9. Abdurrahman bin Auf

Beliau termasuk salah seorang daripada tujuh orang terawal memeluk Islam. Abdurrahman diberi kelebihan oleh Allah dengan memiliki kekayaan dan harta yang melimpah ruah melalui hasil perniagaannya. Kekayaan dan kemewahan sedikit pun tidak membuatkannya lupa diri. Beliau sentiasa menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika dikhabarkan yang beliau adalah antara sahabat yang dijamin syurga, beliau lebih berkobar-kobar untuk bersedekah dan memberikan hartanya di jalan Allah. Dikhabarkan Abdurrahman menafkahkan 40,000 dirham emas, 40,000 dirham perak, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta untuk keperluan perjuangan menegakkan Islam. Beliau sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. Wafat pada 32H sewaktu berusia 72 tahun.

10. Abu Ubaidah bin Jarrah

Beliau adalah antara sahabat yang paling dipercayai oleh Rasulullah. Baginda pernah membuat penyataan dan pujian terhadap Abu Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya keperayaan umat ini adalah Abu Ubaidah.” Beliau adalah seorang yang jujur lagi amanah. Beliau memeluk Islam melalui perantaraan Abu Bakar as-Siddiq di awal kerasulan Baginda. Abu Ubaidah juga pernah beberapa kali memimpin peperangan. Wafat pada tahun 18H.

http://addienblog.blogspot.com

Zikir dan Doa Yang Afdhal


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (HR Tirmizi No: 3383) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2.  Zikir yang terbaik adalah kalimah: -

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

3.  Doa yang paling baik adalah kalimah:

الحَمْدُ لِلَّهِ

Segala pujian hanyalah untuk Allah

4. Kalimah Alhamdulillah adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya.

5.  Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi. 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي "  ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ  لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi saw. Bersabda: seandainya dunia dan semua isinya berada di tangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyak  lafaz zikir dan doa terafdhal.


Rabu, 15 Disember 2021

Pesan-Pesan Rasulullah

 


Membaca Al Quran adalah perdagangan yang tidak pernah merugi

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Fathir: 29-30).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata,“Qatadah (wafat: 118 H) rahimahullah berkata, “Mutharrif bin Abdullah (Tabi’in, wafat 95H) jika membaca ayat ini beliau berkata: “Ini adalah ayat orang-orang yang suka membaca Al Quran” (Lihat kitab Tafsir Al Quran Al Azhim).

Asy Syaukani (w: 1281H) rahimahullah berkata,“Maksudnya adalah terus menerus membacanya dan menjadi kebiasaannya”(Lihat kitab Tafsir Fath Al Qadir).

Dari manakah sisi tidak meruginya perdagangan dengan membaca Al Quran?

Satu hurufnya diganjar dengan 1 kebaikan dan dilipatkan menjadi 10 kebaikan.

“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)


Selasa, 14 Disember 2021

Pesan-Pesan Rasulullah: DZIKIR RUTIN PAGI DAN SORE

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpesan kepada Fathimah radhiyallahu ‘anha,

“Dengarkan baik-baik apa yang akan aku wasiatkan kepadamu, jika masuk waktu pagi dan sore hari, hendaknya engkau mengucapkan,

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Yaa hayyu yaa qayyuum, birahmatika asthagitsu, ashlih lii sya’nii kullihi, wa laa takilni ilaa nafsii tharfata ‘ain.”

(Wahai Dzat yang Maha Hidup, lagi Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau wakilkan aku kepada diriku sendiri sekejap mata pun).

Ini adalah wasiat yang agung dari seorang ayah terbaik -Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam– kepada putrinya, pemimpin para wanita di surga, -Fathimah- semoga Allah meridhai beliau. Wasiat ini merupakan wasiat yang mengumpulkan seluruh kebaikan.


Ahad, 12 Disember 2021

PESAN PESAN RASULULLAH

Alasan Khadijah Tidak Dipoligami oleh Nabi

Suami Tidak Boleh Berpoligami selama Istri Pertama Masih Hidup?

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menikah lagi atau berpoligami selama Khadijah Radhiallahu ‘anha masih hidup. Baginda baru menikah dan berpoligami setelah Khadijah Radhiallahu ‘anha wafat.

‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata,

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menikahi wanita lain saat Khadijah (masih hidup pent.) sampai Khadijah wafat” (HR. Muslim).

Sebahagian orang berdalil dengan dalil yang tidak tepat, lalu berkesimpulan bahawa seorang laki-laki baru boleh berpoligami setelah isteri pertama wafat sebagaimana Khadijah dan Fatimah Radhiallahu ‘anhuma. Pernyataan yang benar bahawa boleh saja menikah lagi saat isteri pertama masih hidup, karena para sahabat melakukan poligami saat isteri pertama mereka masih hidup.

Perlu diketahui bahawa ulama menjelaskan mengapa Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam tidak berpoligami selama Khadijah masih hidup. Beberapa ulama menjelaskan kerana pada sosok Khadijah sudah terpenuhi semua tujuan rumah tangga, dan dukungan terhadap dakwah lahir dan batin. Saat itu poligami dilakukan oleh majoriti orang Quraisy. Akan tetapi, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan dengan satu isteri saja.

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menikah lagi semasa Khadijah hidup karena kemuliaan Khadijah dan agungnya kedudukan beliau di sisi Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam” (Al-Fuhsul Fii Siratir Rasul, hal. 104).

Begitu besar kedudukan Khadijah di sisi suami tercinta. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sampai-sampai masih menyebut-nyebut Khadijah setelah beliau meninggal, dan mengirimkan hadiah kepada sahabat-sahabat Khadijah. Tentu hal ini membuat para isteri lainnya cemburu termasuk ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha. Ketika ‘Aisyah “protes” kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kepada ‘Aisyah bahawa cinta baginda kepada Khadijah adalah anugerah terindah.

https://t.me/PesanPesanRasulullah

https://t.me/MuslimSuksesMulia

Sabtu, 11 Disember 2021

PESAN-PESAN RASULULLAH - Wanita Pun Terfitnah Oleh Laki-Laki

Gambar Hiasan

 
Banyak dalil yang menunjukkan bahwa Allah dan Rasul-nya memperingatkan kaum lelaki terhadap bahaya fitnah wanita. Fitnah wanita di sini maknanya cobaan dan penyimpangan agama yang disebabkan oleh wanita.

Allah Ta’ala berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)” (QS. Al Imran: 14).

Rasulullah Shallallahu ’alaihi Wasallam bersabda,

ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ

“Tidaklah ada sepeninggalku fitnah (cobaan) yang paling berbahaya bagi lelaki selain fitnah (cobaan) terhadap wanita” (HR. Bukhari no. 5096, Muslim no. 2740).

Ini semua menunjukkan betapa bahayanya fitnah wanita bagi laki-laki. Namun ini semua bukan berarti wanita tidak terfitnah oleh laki-laki. Wanita pun bisa jatuh pada penyimpangan agama karena sebab perkara laki-laki. Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

إنَّما النِّساءُ شقائقُ الرِّجالِ

“Sesungguhnya wanita adalah saudara kandung laki-laki” (HR. Abu Daud no. 236, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abu Daud).

Ibnu Atsir rahimahullah mengatakan,

يعني نظائرهم، وأمثالهم

“Maksudnya, wanita itu mirip dan semisal dengan laki-laki” (An Nihayah, 2: 492).

Sehingga di antara makna dari hadits atas adalah jika lelaki bisa terfitnah oleh wanita, maka demikian juga, wanita terfitnah oleh lelaki.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia berkata,

كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ في مَسِيرٍ له، فَحَدَا الحَادِي، فَقالَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: ارْفُقْ يا أنْجَشَةُ، ويْحَكَ بالقَوَارِيرِ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah melakukan suatu perjalanan. Kemudian kusir menyerukan hidaa’ (seruan-seruan untuk memacu hewan agar lebih cepat). Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam pun bersabda, “Wahai Anjasyah, berlemah-lembutlah terhadap gelas-gelas kaca (yaitu para wanita yang ada di rombongan)” (HR. Bukhari no. 6209).

Dalam riwayat lain:

أَتَى النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ علَى بَعْضِ نِسَائِهِ ومعهُنَّ أُمُّ سُلَيْمٍ، فَقَالَ: ويْحَكَ يا أنْجَشَةُ، رُوَيْدَكَ سَوْقًا بالقَوَارِي

“Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersafar bersama sebagian istrinya, dan di antara mereka ada Ummu Sulaim. Maka Nabi bersabda (kepada Anjasyah), “Wahai Anjasyah, pelan-pelanlah jika sedang mengawal gelas (piala) kaca”” (HR. Bukhari no. 6149, Muslim no. 2323).

Hadits ini memberikan faidah tentang bahayanya fitnah laki-laki terhadap wanita. Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:

قال قتادة: “هذا الحديث له معنيان؛ إما أنه يعني ارفق بالحداء لأن النساء رقيقات لا يتحملن هذه الشِّدة في العدو، وسرعة السير أو ارفق يا أنجشة بهذا الصوت الجميل، فتتأثر النسوة بهذا الصوت فيكون فتنة لهن

“Qatadah mengatakan: hadits ini memiliki 2 makna:

Pertama, maksudnya berlemah lembutlah dalam melakukan hidaa’. Kerana para wanita itu rapuh, tidak bisa menerima sifat keras berupa permusuhan. Dan tidak bisa menahan sulitnya berkendara dengan terlalu cepat.

Kedua, maksudnya, wahai Anjasyah berhati-hatilah terhadap suaramu yang indah tersebut (ketika melakukan hidaa’). Bisa jadi para wanita terpikat dengan suara yang indah tersebut, sehingga mereka terfitnah” (Fathul Bari, 10: 545).

Perhatikan, wanita bisa terfitnah oleh lelaki sekedar karena suaranya. Maka wanita juga wajib menjaga diri terhadap para lelaki dan tidak menganggap remeh fitnah dari lawan jenis yang dapat merusak diri mereka dan merusak agama mereka.

Penulis: Ust. Yulian Purnama 


PESANAN RASULULLAH - Memetik Buah Amal

 

Allah Ta’ala berfirman,

مَّنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ

“Barangsiapa melakukan amal salih, maka demi kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka hal itu akan merugikan dirinya sendiri. Dan tidaklah Rabbmu berbuat zalim kepada hamba.” (QS. Fushshilat: 46)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Ertinya, barangsiapa yang melakukan suatu amal salih, maka sesungguhnya kemanfaatan amalnya itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha kaya, sehingga tidak memerlukan perbuatan hamba. Meskipun mereka semuanya berada dalam keadaan sebagaimana orang yang hatinya paling bertakwa, maka hal itu pun tidak akan menambah apa-apa terhadap keagungan kerajaan-Nya barang sedikit pun.” (lihat Tafsir al-Qur’an al-’Azhim [6: 264] cet. Dar Thaibah)

Allah Ta’ala berfirman,

وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, maka hanya saja [manfaat] hal itu [juga] demi kepentingan dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar maha kaya sehingga tidak membutuhkan alam semesta.” (QS. al-’Ankabut: 6)

Hasan al-Bashri rahimahullah berkata, “Sesungguhnya bisa jadi ada seorang yang senantiasa berjihad walaupun tidak pernah menyabetkan pedang -di medan perang- suatu hari pun.” (lihat Tafsir al-Qur’an al-’Azhim [6: 264] cet. Dar Thaibah)

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...