Isnin, 23 April 2012

42 KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W


Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas Nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata,

 "Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w." itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. 
Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

1. Melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah SAW.
3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripadad Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan
    ( selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat ).
4. Bersamaan dengan selawat para malaikat
5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban.
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w. 
13. Mendapat darjat al-sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari Kiamat.
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan Syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari Kiamat.
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu. 
22. Tidak akan merasai fakir
23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil. 
24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah s.a.w. 
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan Syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah
      dan rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha. 
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut
     “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi
       Muhammad s.a.w. 
28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari Kiamat. 
29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat keberkatan Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman. 
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita
      di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan
      Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah
      s.w.t.
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas
      Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah
      s.a.w. dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...