Ahad, 13 Januari 2019

Jika tidak kerana Muhammad ...

Sabda Rasulullah saw, 

"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." 

Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?"
 Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi di kalangan makhluk-Mu.

" Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu."

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...