Rabu, 14 Ogos 2019

AL-FIQH - HIKMAH DIPERINTAH SUJUD DUA KALI


See the source image




SOALAN 1: Apakah hikmah di sebalik perintah supaya melakukan sujud dua kali tidak seperti rukun yang lain hanya sekali sahaja?
JAWAPAN: Perbuatan sujud dengan meletakkan dahi ke lantai sebagai tanda merendah diri seorang hamba di hadapan Penciptanya. Syarak juga menjelaskan berdoa ketika sujud adalah waktu paling mujarab untuk diperkenankan. Maka, sebab itulah dijadikan dua kali sujud supaya sujud pertama itu untuk berdoa manakala sujud kedua adalah sebagai mensyukuri serta memuji al-Rahman kerana memperkenankan doa.

SOALAN 2: Ketika melakukan sujud, semua jari dimestikan untuk mengenai lantai atau memadai hanya sebahagian sahaja?
JAWAPAN: Memadai jika hanya sebahagian jari kaki sahaja yang mengenai lantai. Perlu diingatkan, yang dimaksudkan dengan jari kaki itu ialah perut anak jari, bukan hujungnya. Sebab itu, memadai jika sekiranya perut ibu jari kaki dan beberapa perut anak jari yang lain mengenai lantai dan tidak perlu semua anak jari.
Bagaimanapun, apa yang berlaku dalam kalangan sebilangan daripada kita adalah apabila sujud, mereka hanya memacakkan hujung ibu jari kaki sahaja ke lantai, bahkan kadang-kadang ada juga yang mengangkat kakinya ketika sujud sehingga tidak ada langsung anak jari yang mengenai lantai. Jika itu berlaku, maka sujudnya tidak sah dan solatnya juga tidak sah kerana sujud adalah rukun solat.

SOALAN 3: Ada pendapat mengatakan , ketika membaca tasyahud disunatkan supaya menggenggam semua anak jari tangan kecuali jari telunjuk. Yang lebih afdal adalah dikembarkan ibu jari dengan jari telunjuknya. Perbuatan itu dinamakan sebagai akad lima puluh tiga dan kebanyakan yang lain pula menamakannya sebagai akad lima puluh Sembilan. Apakah yang dimaksudkan dengan akad lima puluh Sembilan?
JAWAPAN: Maksudnya adalah jari telunjuk ada tiga ruas manakala ibu jarinya ada dua ruas. Setiap ruas dikira sepuluh, maka jadilah jumlah semuanya lima puluh tiga. Adapun yang mengatakan lima puluh sembilan ialah anak jari yang digenggam itu ada sembilan ruas semuanya, tiap-tiap ruas dikira tiga. Maka, jumlahnya sembilan dicampurkan dengan lima puluh, maka jadilah jumlah semuanya lima puluh sembilan. (Hasyiah Jamal).

SOALAN 4: Apakah syarat untuk menjadikan salam itu sah dan sempurna?
JAWAPAN: Antara syaratnya;
1.       Hendaklah mendatangkan huruf alif dan lam pada kaimah salam (as-salam) dan mendatangkan ganti nama huruf kaf dan mim pada kalimah ‘ala menjadikan ‘alaikum.
2.       Ketika menyebutnya pula hendaklah sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri.
3.       Berturut-turut antara dua kalimah ‘as-salam’ dan ‘alaikum tanpa memisahkan atau  menjarakkan antara kedua-duanya.
4.       Jangan sesekali berniat untuk memberi salam kepada seseorang.
5.       Hendaklah ucapan salam itu dilafazkan ketika masih duduk dan masih lagi menghadap ke arah kiblat.
6.      Hendaklah dengan bahasa Arab selagi ia mampu.
7.       Tidak boleh menambah atau mengubah perkataan seperti kata, ‘as-salamu wa’alaikum’ iaitu dengan menambah huruf waw. (Rujuk Bujairimi).

Sumber: Furu al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz.

Sabtu, 3 Ogos 2019

Kisah Teladan - Kekasih Allah

Gambar hiasan
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Hussien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yang fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus sampai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. SubhanAllah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Husein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanAllah.

Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husein sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendiri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

#AlFatihah

*PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA.*


See the source image

Info Kesihatan: KIDNEY FAILURE.
Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk *'Peritoneal dialysis'.* Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.

Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - *how they suffer.*

Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.

*Take care of our own kidney.*

- Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.

Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini...

Kenapa orang Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' untuk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dapat jawapan untuk soalan ini.

*Jawapannya... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.*

Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yang terlalu banyak sumber *'ANIMAL PROTEIN'.*

Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada *AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.*

Akibat daripada tiga hidangan *'Animal Protein'* setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya *'malas'* nak kerja kerana bertahun-tahun dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yang sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... *"buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".*

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat-syarikat pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat DUA perkara utk elak jadi 'bahan pulangan untuk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:

*1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.*
*2. Kawal pengambilan protein haiwan.*

Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?

Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).

Kurangkan beban kidney dengan:

1. *BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN* (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dalam badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi-pagi[ dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yang majoriti orang anggap sebagai kolot) di titik-titik tertentu di badan boleh kurang paras *CREATININE.*

*Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:*

1. Kerap tahan kencing.
2. Kurang minum air.
3. Suka makan makanan masin.
4. Suka minum minuman bergas.
5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
7. Kerap makan pil tahan sakit.
8. Obesiti.
9. Alkohol.
10. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

*KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW*.

Buah pinggang kita amanah Allah. Jangan jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya untuk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sebg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum tentu 100% disteril untuk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana  tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang dapat menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya.

Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dengan share mesej ini mungkin ia akan sampai kepada teman anda yang ibu bapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. Sama-sama kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan syarikat asing'.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yang bermanfaat.

Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.

Tapi apa-apapun, tiada sesiapa yang boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.

Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...