Selasa, 26 November 2019

Mukmim Yang Terpelihara

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Yang Terpelihara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda:
 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan mereka akan diturunkan ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).'
(HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari suatu kesulitan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.

2.  Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.

3.  Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

4.  Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain.

5.  Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.

6.  Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, Allah akan mengurniakan ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka.

7.  Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia, maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita seperti solat, puasa adalah tanggungjawab kita semasa kita hidup).

Bertahmid Dan Memuji Allah Ketika Sakit

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

Daripada 'Atha bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jika seorang hamba sakit, Allah Ta'ala mengirim kepadanya dua Malaikat seraya berfirman; Lihatlah apa yang ia katakan terhadap para penziarahnya, jika ia bertahmid dan memuji Allah,  maka malaikat keduanya  akan mengangkatnya ke hadapan Allah 'azza wajalla dan Allah Maha Tahu, lalu Allah berfirman; Aku berjanji kepada hamba Ku, jika Aku mematikannya, maka Aku akan memasukkan ia ke syurga. Jika Aku menyembuhkannya, nescaya Aku akan mengganti untuknya daging yang lebih baik dari dagingnya, dan darah yang lebih baik dari darahnya. Dan Aku akan ampuni keburukan-keburukan dirinya."
(HR Malik No: 1475) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Jika ada sahabat yang sakit, menjadi tanggungjawab kepada orang yang sihat untuk menziarahinya.

2.  Ketika kita sakit, banyakkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan.

3.  Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.

4.  Pesakit yang sabar dan reda malah  mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik di samping dikurniakan keampunan dosa.

https://t.me/ahadithadayAHAD

Ahad, 24 November 2019

LAPAN AMALAN ....

*8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar*

*Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.*

*Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.*

*Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.*

*#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas*

*Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;*

*Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)*

*Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, IN sya Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!*

*#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W*

*Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.*

*Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)*

*Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.*

*#3 – Beristighfar Memohon Keampunan*

*Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;*

*Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)*

*Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.*

*#4 – Bertanya Khabar Keluarga*

*Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.*

*Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;*

*Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)*

*#5 – Lafaz Tasbih*

*Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)*

*Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.*

*Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.*

*#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan*

*Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;*

*Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)*

*Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam sa

tu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.*

*#7 – Mendoakan Orang Lain*

*Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.*

*Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. In sya Allah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!*

*Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;*

*Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)*

*#8 – Sebarkan Kebaikan*

*Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya.* *Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.*

*Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;*

*Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)*

*Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.* *Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!*

*Kesimpulan*

*Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.*

*Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini,* *Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.*
*Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.*

*KONGSIKAN ARTIKEL INI*
*Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In sya Allah ramai yang akan mendapat manfaat.*

@Dakwah_Itu_Cinta 🌹🌹🌹

Sabtu, 23 November 2019

Solat iTU TiANG agama

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL . JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

Rabu, 20 November 2019

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

"Simpan hatimu dengan rasa cinta kepada Rabb-mu. Cintai Rabb-mu seperti kamu mencintai dirimu. Dekatkan Rabb-mu selayaknya dekatnya mata kanan dan kirimu. Harumkan nama Rabb-mu seperti kamu mengharumkan namamu. Syukuri nikmat pemberian Rabb-mu seperti kamu mensyukuri nikmat nafasmu. Selalu syukuri dengan memperbanyak mengingati Rabb-mu. Sungguh indah dunia ini jika kamu langkahkan kakimu untuk selalu mengingati dan mensyukuri nikmat Allah Subhanahu Wa Taala.”
_
العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله
_
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Khamis, 7 November 2019

☪ _*APA ITU SAKIT...?*_

📗 _*SAKIT*  itu *"Zikrullah".*_
_Mereka yang menderitanya *akan lebih sering menyebut Asma Allah dibandingkan ketika dalam sehatnya.*_

📗 _*SAKIT*  itu *"Istighfar".*_
_Dosa - dosa akan mudah teringat ketika datang sakit. Sehingga *lisan terbimbing untuk memohon ampunan.*_

📗 _*SAKIT*  itu *"Tauhid".*__Kerana saat sedang hebat rasa sakit, *kalimat thoyyibah yang akan terus diucapkan.*

📗 _*SAKIT* itu *"Muhasabah".*__Kita lagi sakit akan *punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal kembali.*

📗 _*SAKIT*  itu *"Jihad".*__Kita ketika sakit tak boleh menyerah kalah, *diwajibkan terus berikhtiar, berjuang demi kesembuhan.*

  📗 _*SAKIT*  itu *"Ilmu".*__Karena ketika sakit, kita *akan memeriksa, berkonsultasi* dan pada akhirnya bisa merawat diri untuk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit lagi.

📗 _*SAKIT*  itu *"Nasihat".*_
_Yang sakit *mengingatkan si sehat untuk jaga diri.* Yang sehat *menghibur yang sakit agar mau bersabar. Allah cinta dan sayang keduanya.*

📗 _*SAKIT*  itu *"Sillaturrahiim".*__Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang menengok, penuh senyum dan rindu mesra? Karena itu pula sakit adalah perekat ukhuwah.

📗 _*SAKIT*  itu *"Mustajab Do'a".*__Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang sakit lalu ia minta dido'akan oleh yang sakit.

📗 _*SAKIT*  itu salah satu keadaan yang *"Menyulitkan Syaitan".*__Diajak maksiat tak mampu - tak mau.  Dosa yang lalu2 malah disesali... kemudian (in syaa Allah) diampuni.

 📗 _*SAKIT*  itu membuat *"Sedikit tertawa dan banyak menangis".*__Satu sikap keinsafan yang disukai Nabi dan para makhluk langit.

📗  _*SAKIT*  itu *"meningkatkan kualitas "Ibadah".*__Rukuk, Sujud lebih khusyuk, Bertasbih - Istighfar lebih sering, Bermunajat, Do'a jadi lebih lama.

📗 _*SAKIT*  itu *memperbaiki "Akhlak".*__Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, pribadi dibiasakan santun, lembut dan Tawadhu'._

〽 _Dan pada akhirnya... "SAKIT" itu membawa kita untuk *selalu ingat akan "KEMATIAN".*_

〽 _Sakit adalah tanda kebaikan seorang hamba. *Sejatinya, sakit adalah kebaikan bagi seorang hamba,* meskipun sakit membuat kita menderita dan sengsara.

✅ _*Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui*.(QS. al-Baqarah 2:216)

🔮 _*Siapa saja yang dikehendaki Allah menjadi orang baik, maka diberikan cobaan kepadanya.* (HR. Bukhari)

🔮 _Sakit adalah *cemeti Allah di bumi,* dimana Dia mendidik hamba-hamba-Nya dengannya. (HR. Al-Khalili)_

🌷 _*Demikian, semoga bermanfaat dan menjadi bahan renungan diri kita serta menambah ketaqwaan kita kepada Allah Subhaanahu Wa-Ta'ala*_
_*Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin*_

🌷 _Baarokallaahu fiikum_
..dari meja sebelah..t.kasih ku kongsikan.

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...