Ahad, 15 Ogos 2021

Muhasabah Diri: Antara Lebah dan Lalat


Ada seorang alim bertanya pada saya: "Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?"

Saya jawab: “Dia akan mencari madu.”

Orang alim tersebut lantas menyatakan: "Tidak, sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu.” 

Orang alim itu bertanya lagi: "Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan kedalam taman yang dipenuhi dengan bunga?"

Saya jawab: "Pasti lalat akan mencari sampah". 

Kemudian orang alim memberitahu: "Jadilah kamu seperti lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi seperti lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain". 

Dalam hidup kita bermasyarakat, pelbagai info boleh kita perolehi khususnya melalui media sosial seperti FB, WhatsAap, telegram, instagram, twitter, TikTok, WeChat dan sebagainya. Sebagai Muslim, kita perlu bijak memilih dan menyaring. 

Ingatlah Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا أَن تُصِيبُوا قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ 

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat:6)

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat:11)

Kredit:kepada empunya rencana ini

Sabtu, 14 Ogos 2021

Doa Memohon Melihat Wajah Allah

 


*KISAH JENAZAH YANG DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT*


Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. : Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.

Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?".

"Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"

"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu."

"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah SAW.

"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"

Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."

Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."

SubhanAllah ..Walhamdulillah ..Wala ilaha illallah ..Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)

Subhanallah   - Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari - hari.

Rasulullah S.A.W bersabda:"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. " (HR. Al-Bukhari)

Kredit:Empunya rencana ini


Ahad, 1 Ogos 2021

FAIRUZ AD-DAILAMI ⁠


Bangsawan Perwira

Beliau adalah seorang sahabat dari kerabat diraja Yaman. Berketurunan Parsi di sebelah bapa manakala ibunya pula berketurunan Arab Yaman. Dahulu, Yaman berada di bawah taklukan Parsi dan Rajanya bernama Baazan. Ketika Islam sampai, Baazan telah memeluk Islam dan menukar wala` kerajaan Yaman kepada Islam. Setelah meninggal, diganti oleh anaknya Shahr bin Baazan.

Ketika baginda Nabi SAW jatuh sakit setelah pulang dari mengerjakan Haji tahun ke-9 hijrah, berita itu telah tersebar di semua pelusuk tanah Arab. Maka tiga orang telah memainkan peranan memurtadkan umat Islam di masa itu iaitu Musailamah al-Kazzab, Aswad al-Unasi dan Tulaihah al-Asadi. Bukan setakat ini, malah mereka mendakwa diri sebagai Nabi, menerima wahyu sebagaimana Muhammad SAW.

Aswad al-Unasi tinggal di Yaman. Beliau adalah seorang ahli sihir. Menggunakan kepakaran sihir, beliau mampu memperdaya ramai orang sehingga mempercayai beliau sememangnya seorang Nabi. Beliau juga petah berhujah dan pandai bermain kata, menyebabkan beliau mampu membina gerakan menentang kerajaan Islam dengan cepat. Aswad berupaya membunuh gabenor Islam Yaman, Shahr bin Baazan lalu mengahwini isterinya bernama Aazad.

Nabi SAW menyedari gerakan ini amatlah bahaya kepada kelangsungan Islam. Beliau terus mengutuskan surat kepada wakil kerajaan Islam di sana supaya mengambil apa jua langkah agar gerakan Aswad segera dihapuskan.

Surat itu sampai kepada sebilangan sahabat, antaranya ialah Fairuz ad-Dailami. Beliau tanpa berlengah terus merancang untuk melaksanakan perintah baginda SAW. Mereka yang berada di dalam Yaman merancang serangan dari dalam sementara sahabat lain menangani dari luar.

Setelah berbincang, beliau pergi ke istana Aswad dan berjumpa dengan isterinya, Aazad yang juga sepupu kepada Fairuz. Fairuz menyatakan kepada Aazad rancangan untuk membunuh Aswad dan meminta bantuan serta pandangan Aazad. Aazad segera bersetuju kerana beliau sememangnya membenci Syaitan sejak mula-mula beliau mengenali Aswad lagi.

Aazad memberi cadangan:
“Dia memiliki pengawal yang sangat ramai. Semua sudut dalam istana ini diletakkan pengawal, kecuali di bilik ini sahaja.

Esok kamu hantarkan seorang lelaki menyamar sebagai khadam kepada aku. Aku akan suruh dia korek lubang daripada bilikku ini sehingga tinggal sedikit lagi untuk tembus ke luar istana. Pada lewat malam esok, kau datang dan korek sedikit sahaja lagi dan kau akan jumpa pelita dan senjata. Aku pula akan menunggu kamu di dalam. Masuklah dan bunuhlah dia ketika dia sedang tidur.”

Fairuz terus bersetuju dengan cadangan yang bernas dari Aazad itu. Sebagaimana yang dirancang, pada lewat malam beliau bersama dua lagi sahabat pergi ke dinding istana dan mengorek tempat yang dimaksudkan. Kemudian mereka mengambil senjata dan masuk ke bilik, menerpa terus ke katil Aswad, dan Fairuz menetak leher nabi palsu itu. Aswad yang sedang tidur hanya mampu meronta dan berteriak seperti suara lembu, sebelum nyawanya melayang.

Ketika itu para pengawal mendengar teriakan Aswad. Mereka terus bergegas ke bilik. Tetapi Aazad dengan bijak berkata:
“Pergi! Jangan ganggu dia. Wahyu sedang turun kepadanya sekarang.”

Fairuz dan Aazad terus berada di bilik itu sehingga terbit Fajar Subuh. Apabila masuk waktu Subuh, beliau naik ke tembok istana dan melauangkan:
“Allahu akbar.. Allahuakbar”

Beliau mengumandangkan azan sehingga sampai pada lafaz:

(Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah,
Dan aku bersaksi bahawa Aswad al-Unasi itu penipu besar..!)

Sebenarnya lafaz itu adalah satu kod rahsia. Sebaik sahaja lafaz itu dilaungkan, tentera Islam masuk ke istana Aswad dari setiap arah. Pengawalnya pula kebingungan tatkala mendengar azan dilaungkan.

Maka bertempurlah dua pihak ini. Ketika itu, Fairuz mencampakkan kepala Aswad daripada atas tembok ke hadapan pengawalnya. Sejurus melihat kepala itu, hilang kekuatan pengawalnya. Mereka jadi takut dan lemah serta-merta.

Adapun orang Islam terus melaungkan takbir dan tambah semangat bertempur. Akhirnya pertempuran itu selesai sebelum terbit matahari. Musuh menyerah kalah.

Apabila hari sudah cerah, mereka segera mengutus surat memberitahu berita gembira itu kepada Nabi SAW. Namun apabila utusan mereka sampai di Madinah, didapati baginda SAW telah dipanggil mengadap Ilahi.

Walau bagaimanapun, Rasulullah sempat mengetahui berita gembira tersebut melalui wahyu pada malam Aswad dibunuh. Baginda SAW bersabda kepada para sahabat ada bersamanya ketika itu:
“Aswad al-Unasi telah berjaya dibunuh.. Dia dibunuh oleh seorang lelaki yang diberkati, dari keluarga yang diberkati..”

Para sahabat bertanya, siapakah beliau. Nabi SAW menjawab:
“Beliau adalah Fairuz.. Fairuz telah berjaya..”

Kisah ini memberi penekanan bahawa kepentingan kepada umat Islam bagi menghadapi ancaman pengkhianat. Nabi SAW tidak membiarkan sahaja pengkhianat Islam bermaharajalela dan bebas berbuat apa. Bahkan baginda segera bertindak memerintahkan sahabat untuk menghapuskan mereka dengan apa jua cara.

Ini kerana jika dibiarkan, mereka akan merosakkan anggota kita satu persatu. Dalam masa yang sekejap, Aswad berjaya menghimpun beribu orang pengikut daripada berbagai kabilah yang asalnya penganut agama Islam. Penghapusan aswad menyebabkan semua mereka kembali ke pangkal jalan.

Fairuz dipuji oleh Nabi SAW kerana mengambil sikap yang tegas dan tangkas sebaik menerima isyarat dari Rasulullah. Beliau tidak risaukan soal keselamatan diri, apatah lagi memikirkan bahawa Aswad adalah sebahagian dari saudaranya. Beliau tidak peduli siapa Aswad, tidak langsung malu alah dengannya, kerana memelihara Islam dan perjuangannya adalah lebih penting dari segala-galanya.

https://berita.pas.org.my/kisah-sahabat-fairuz-ad-dailami/

8 HIKMAH HATIM AL-ASHAM DARIPADA GURUNYA SYAQIQ AL-BALKH

Dikisahkan sebuah dialog antara Hatim al-Asham dengan gurunya, Syaqiq al-Balkh, tentang delapan hikmah kehidupan. Suatu hari Syaqiq al-Balkh bertanya kepada Hatim al-Asham, “kamu telah belajar bersamaku selama tiga puluh tahun. Lalu apa yang kamu peroleh dariku selama itu? Hatim menjawab, “aku telah memperoleh delapan hikmah sebagai bekal hidupku.” Syaqiq bertanya kembali, “apa itu? Coba jelaskan!” Hatim menjawab dan menjelaskannya:

Hikmah pertama, saya melihat setiap diri manusia memiliki kekasih. Ada kekasih yang menemaninya saat ia sakit, ada pula yang menemaninya di tepi kubur. Namun semua kekasihnya itu akan meninggalkannya seorang diri saat ia di dalam kubur. Saya merenungkan hal itu dan membatin bahawa kekasih sejati adalah yang menyertainya ketika berada di kubur dan ikut masuk ke dalamnya. Saya tak menemukan itu kecuali amal kebaikan yang telah saya lakukan sehingga ia menjadi cahaya dan teman di dalam kubur.

Hikmah kedua, bahawa saya melihat manusia mengikuti hawa nafsunya dan ingin selalu terpenuhi hasratnya, kemudian saya merenungkan firman Allah SWT: “Orang yang takut kepada Tuhannya Yang Maha Agung, dan ia menahan diri dari hawa nafsunya, maka sesungguhnya ia akan memperoleh syurga sebagai tempat kediamannya”. Saya meyakini kebenaran al-Quran sehingga saya mempersiapkan diri untuk menentang hawa nafsu.

Hikmah ketiga, bahawa saya melihat semua orang sibuk mengumpulkan kekayaan duniawi dan menimbunnya. Kemudian saya merenungi firman Allah SWT: “Apa-apa yang menyertaimu akan musnah, tetapi Tuhan kekal abadi”. Kemudian saya berusaha keras untuk memalingkan dunia demi menggapai ridha Allah serta membagi-bagikan harta kekayaanku kepada orang-orang miskin .

Hikmah keempat, saya melihat sebahagian manusia mengira bahawa kemuliaan dan ketinggian derajatnya ditentukan oleh banyaknya anggota kelompok dan golongannya. Sementara sebagian yang lain lagi meyakini bahawa kemuliaan dirinya didasarkan pada kekayaan, kedudukan, dan keturunan yang dimilikinya. Kelompok lain lagi menilai bahawa kemuliaan dirinya bisa diperoleh dengan cara melakukan rasuah, berbuat kezaliman serta membunuh orang lain. Sebahagian kelompok lagi ada berpandangan bahawa kedudukan tinggi dapat diperoleh dengan cara berpesta pora dan menghambur-hamburkan harta miliknya. Kemudian saya merenungi firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian adalah orang yang paling bertakwa”. Sehingga saya lebih memilih untuk bertakawa kepada-Nya.

Hikmah kelima, saya melihat orang-orang saling mengecam antara satu dengan lainnya dan juga saya menyaksikan orang yang merompak orang lain. Kemudian saya merenungkan firman Allah SWT: “Kami telah membahagikan rezeki di antara mereka dalam kehidupan dunia ini”. Kemudian saya tidak iri kepada siapa pun dan merasa cukup dengan pemberian dari Allah SWT.

Hikmah keenam, saya melihat orang-orang saling bermusuhan kerana tujuan dan sebab tertentu. Kemudian saya merenungkan firman Allah SWT: “Sesungguhnya Setan adalah musuh kalian semua, maka dari itu musuhilah syaitan”. Dari ayat ini saya memahami adanya larangan memusuhi selain syaitan.

Hikmah ketujuh, saya melihat sejumlah orang sangat sibuk dan berusaha keras untuk mencari makanan dan pekerjaan sampai terjerumus ke dalam lubag keharaman yang justru merendahkan dan menghina mereka. Kemudian saya merenungkan firman Allah SWT: “Tak seekor binatang pun di muka bumi yang makanannya tidak dijamin oleh Allah SWT”. Kemudian saya pun meyadari bahawa rezekiku telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hikmah kedelapan, saya melihat sebahagian orang menggantungkan dirinya kepada makhluk, ada juga yang menggantungkan kepada dunia dan wang, kekayaan, dan yang lainnya. Kemudian saya merenungkan firman Allah SWT: “Bagi orang-orang yang bergantung kepada Allah SWT, dia akan mencukupinya, kerana Allah akan memberikan apa yang diinginkannya dan Allah berkuasa atas segala sesuatu”.

Seusai Hatim menjelaskan delapan hikmah, Syaqiq berkata, “Allah telah memberikan hikmah-Nya kepadamu, Hatim! Aku telah membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran dan aku temukan semua di dalam keempat-empat kitab tersebut delapan hikmah yang kau ceritakan. Bagi siapa yang mengamalkan delapan hikmah tersebut ia telah mengamalkan keempat kitab tadi.”

Disarikan dari kitab Ayyuhal Walad karya Imam Al-Ghazali

KiSAH TAULADAN UTBAH AL-GHULAM

*UTBAH AL-GHULAM (عتبة الغلام) adalah seorang pendosa yang gemar meminum khamr (mabuk) dan berbuat maksiat. Hari-harinya ia habiskan dengan perbuatan-perbuatan yang mengundang murka Allah Swt.

Suatu ketika, Utbah Al-Ghulam mendapat hidayah untuk datang ke tempat yang baik, yakni majelis Hasan Al-Basri. Di majelis tersebut, Hasan Al-Basri mengutip surat Al-Hadid ayat 16. 

Tak hanya itu, Hasan Al-Basri menafsirkan ayat tersebut dengan penjelasan yang sangat menyentuh, sehingga para jamaahnya menangis, tak terkecuali Utbah Al-Ghulam. Begitu mendalam dan tajamnya penjelasan Hasan Al-Basri sehingga mampu meluluhkan hati seorang ahli maksiat. 

Setelah majelis tersebut selesai, Utbah mendatangi Hasan Al-Basri dan bertanya, "Apakah benar Allah Swt akan mengampuni dosa seorang hamba yang sehari-harinya ia habiskan untuk bermaksiat?". Pertanyaan itu keluar dari mulut Utbah yang menyadari bahawa dirinya telah berlumur dosa, sehingga ia mengira tidak ada taubat lagi bagi dirinya.

 "Diterima, pintu taubat-Nya selalu terbuka", jawab Hasan Al-Basri. 

Seketika itu, Utbah jatuh pingsan kerana mendengar jawapan Hasan Al-Basri. Setelah siuman, ia bertanya kembali kepada sufi besar pada masa itu dan ia mendapatkan jawaban yang sama. 

Sampai suatu ketika Utbah membulatkan tekadnya untuk menutup kehidupan kelamnya dan membuka catatan putih yang baru. Utbah pun berdoa dengan doa di atas. 

Allah pun memperkenankan doa-doanya. Dan setelah itu, Utbah dapat menghafal segala ilmu dan Al-Qur'an yang ia dengar. Siapapun yang mendengar bacaannya maka akan lembut hatinya dan segera bertaubat kepadaNya kerana kemerduan bacaannya. Dan setiap pagi ia membuka pintu rumah, ada bingkisan makanan yang ditaruh di depan pintu rumah Utbah Al-Ghulam.

 

Sumber: https://www.facebook.com/hashtag/harakatid

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...