Isnin, 29 April 2013

ReNunGkAn _ KiSaH KuCiNg BuTa

Gambar hiasan

Diceritakan bahawa Ibn Absyadz, pada suatu hari sedang makan bersama orang-orang di sebuah serambi Masjid di Mesir. Tiba-tiba seekor kucing mendekati mereka dan mereka melempar sepotong daging untuk kucing itu. Si kucing menggigit daging itu dengan mulutnya dan menghilang dari hadapan mereka. Namun kemudian kucing itu kembali lagi. Mereka pun memberinya makanan dan kucing itu membawa makanan itu pergi tapi masih saja kembali lagi.

Kejadian itu terulang berkali-kali sehingga orang-orang yang sedang makan menjadi hairan. Mereka pikir makanan sebanyak itu tidak mungkin dimakan kucing itu sendiri. Timbul rasa hairan pada diri mereka, sehingga mereka mengekori kucing itu ke mana ia pergi. Ternyata kucing itu membawa makanan itu naik ke atas tembok masjid, kemudian ia turun ke sebuah lorong di antara reruntuhan tembok. Dalam lorong itu terdapat seekor kucing buta.

Mereka kagum melihat pemandangan itu. Kerana itu Absyadz berkata, “Sedangkan terhadap haiwan yang buta ini ALLAH menundukkan kucing lain untuk mencukupi keperluan dan memberinya rezeki, maka (sudah barang pasti) ALLAH tidak akan membiarkan manusia sepertiku”

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan ALLAH lah yang memberi rezekinya….” (Hud, 6)


Sumber : Muslim Diaries

http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=99402

Sabtu, 27 April 2013

PETIKAN KALAM SHEIKH ASYRAF (IMAM MASJID AL AZHAR)


1. Kuasailah bahasa Arab, agar mudah memahami kitab-kitab dan kuliah.
2. Mengenai Karamah Sheikh Soleh Ja'fari:
-Sesungguhnya Sheikh Soleh Ja'fari akan menyemak hadis-hadis yang beliau akan sampaikan dalam khutbah Jumaat. Maka,pada suatu hari, beliau telah meminta seorang pembantu beliau untuk pergi mengambil jubah beliau. Akan tetapi pembantunya tidak pergi kerana terdengar Sheikh Soleh bercakap dengan seseorang di ruang bilik beliau yang merupakan tempat Sheikh Soleh menyendiri untuk beribadah ( khalwat-istilah sufi ). Sheikh Soleh tidak akan keluar dari ruang itu melainkan urusan-urusan tertentu sahaja. Pembantunya mendengar perbualan tersebut sehinggalah Sheikh Soleh keluar dari ruang itu, maka terus terlihat pembantunya itu. Maka Sheikh Soleh terus mengarahkan pembantunya itu untuk keluar dari Mesir dan jangan sekali-kali datang ke Mesir selagi beliau masih hidup..

Inilah karamah Sheikh Soleh yang bertemu Rasulullah secara jaga.
  • Pada suatu ketika beliau sedang duduk berseorangan. Maka, beliau mengisi masa tersebut dengan berzikir.Ketika pergerakan bibir beliau mengalunkan zikir, pokok dan ranting-ranting di sekeliling turut bersama bergerak serentak mengiringi zikir beliau.
  • Karamah terbesar yang ALLAH kurniakan kepada beliau adalah karamah ILMU. 'Alim hebat terunggul merangkap Imam Masjid Al Azhar selama 50 tahun.
  • Setiap kali Sheikh Asyraf membaca kitab FATHUN WA FAIDHUN WA FADHLUN karangan Sheikh Soleh, pasti akan tercetus ilham baru di benak fikiran beliau.
  • Sesungguhnya untuk mendekati para masyaikh bukan bergantung kepada penguasaan bahasa semata,akan tetapi ia adalah merupakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada seseorang tolibul 'il itu.
http://penailham.blogspot.com/2010/04/nasihat-berguna-daripada-syaqiq-al.html


Jumaat, 26 April 2013

RENUNGAN...

Gambar hiasan

Rasulullah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana ALLAH dan saling kunjung kerana ALLAH."
( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

RENUNGAN....

Gambar hiasan

ALLAH berfirman:
“Barangsiapa yang rela menerima ketetapan hukumKu, sabar terhadap cubaanKu, bersyukurterhadap nikmatKu, akan Aku catat orang baik, dan pada hari kiamat akan
Aku bangkitkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang baik. Sebaliknya barangsiapa yang tidak rela, tidak sabar menerima cobaanKu, tidak mensyukuri nikmatKu, keluarlah dari bawah langitKu ( Arasy ALLAH ) , carilah Tuhan yang lain dariKu! 
(Riwayat HidayatulMursyidin).

Selasa, 23 April 2013

Kisah Kesabaran Nabi Ayub a.s

By Mohd Selim Zainal
Gambar hiasan 
Nabi Ayyub bin Ish bin Ishak a.s adalah bangsa Roma , sedangkan ibunya adalah anak Nabi Luth a.s . Ayahnya seorang yang kaya-raya , memiliki ternakan unta, lembu, domba, kuda, keledai, dan himmar. Tidak seorang pun di negeri Syam ( Syria ) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan. Ketika dia meninggal dunia maka semua kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s . Nabi Ayyub a.s telah menikah dengan Siti Rahmah anak Afrayim putra Nabi Yusuf a.s . Dan ALLAH telah mengurniakan mereka 12 kali kehamilan yang tiap-tiap kali hamil melahirkan seorang lelaki dan perempuan . Kemudian dia diutus oleh ALLAH kepada kaumnya dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. ALLAH Taalah menyempurnakannya dengan budi pekerti yang baik , lemah-lembut selama orang tidak menyalahi , mendustakan dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya. 

Nabi Ayyub mempunyai meja makan yang khusus disediakan untuk tetamunya , orang-orang fakir miskin, dan tetamunya yang lain. Nabi Ayyub a.s terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti suami yang memperlihatkan kasih sayangnya dan terhadap orang-orang yang lemah seperti saudara yang mencintai dengan kasihnya. Dengan nikmat yang diberikan ALLAH , Nabi Ayyub a.s tampak tidaklah lupa sedikit pun hatinya bersyukur serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya. 

Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata :" Sesungguhnya Ayyub telah berhasil di dunia dan akhirat dan Iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya dunia dan akhirat tersebut. Lalu Iblis terkutuk di saat itu naik ke langit ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai . Pada suatu hari Iblis naik seperti biasa, maka ALLAH Yang Maha Perkasa berfirman kepada Iblis :" Hai Iblis terkutuk bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub ? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun sedikit?"

Kata Iblis : " TuhanKu, sesungguhnya Ayyub mau menyembahMu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup ( harta yang melimpah ) dan kesihatan . " Firman ALLAH Taala kepada Iblis: Engkau dusta , sesungguhnya Aku Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu . Walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia. Kata Iblis: " Tuhanku, berilah aku kekuasaan untuk mengoda Ayyub, maka perhatikanlah bagaimana aku membuatnya lupa mengingatMu dan menyibukkan dia dari beribadah kepadaMu. " Maka ALLAH pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap segala sesuatunya kecuali jiwa dan lidahnya (ucapan) Nabi Ayyub a.s . Maka Iblis pun kembali dan menuju ke tepi laut, lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin baik yang lelaki maupun wanita berkumpul di sisinya seraya berkata:" Apakah gerangan yang menimpa kamu?" Iblis menjawab : Sesungguhnya aku telah mendapat kesempatan yang belum pernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari Syurga . Maka oleh sebab itu saya memperdayakan Ayyub. " . Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merosak semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s . 

Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadatnya . Kata Iblis : " Apakah engkau tetap menyembah dia Tuhanmu dalam keadaanmu yang kritis ini. Sesungguhnya dia tuhanmu telah menuangkan api dari langit yang memusnahkan kekayaanmu sehingga semuanya menjadi abu?" Nabi Ayyub a.s tidak menjawabnya sampai dia selesai solatnya, lalu berkata ;" Alhamdulilah , Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya." Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya . Maka Iblis pun kembali dengan tangan hampa , serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya . 

Dan Nabi Ayyub a.s itu mempunyai 14 anak , 8 orang lelaki dan 6 orang perempuan . Kesemua mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya. Maka berkumpullah para syaitan dan menggelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan . Maka Iblis pergi kepada Nabi Ayyub a.s sedangkan dia ( Nabi Ayyub a.s ) dalam keadaan berdiri menunaikan solat . Kata Iblis:" Apakah engkau tetap menyembah tuhanmu dan sesungguhnya Dia telah melepar ke rumah dimana anak-anakmu berada , sehingga mereka mati semuanya ?" Nabi Ayyub a.s tidak menjawab sedikit pun , sampai dia selesai mengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub a.s berkata:" Hai, Iblis terkutuk , Alhamdulilah , Dia telah memberi dan mengambilnya pula dari saya . Semua harta dan anak adalah fitnah untuk untuk lelaki dan wanita, maka dia ( ALLAH ) mengambil dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya. " Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk. 

Lalu Iblis datang kembali, sedang Nabi Ayyub a.s sedang mengerjakan solat . Maka ketika Nabi Ayyub a.s sujud , Iblis meniupkan di hidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh yang banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat. Berkata isterinya Siti Rahmah:" Ini semua adalah dari sebab kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya . Walaupun sesaat, dan engkau masih lagi tidak merasa cukup. " Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis pada seluruh tubuhnya , mulai dari kepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya. Sampai-sampai sanak-keluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya. 

Nabi Ayyub a.s mempunyai 3 orang isteri , maka yang 2 isteri menuntut cerai dan dia pun menceraikannya dan tinggal tinggal satu sahaja isterinya iaitu Rahmah yang selalu melayani siang dan malam. Kemudian datanglah para wanita tetangganya seraya berkata:" Hai Rahmah , kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami . Maka keluarkan dia dari lingkungan kita bertetangga ini, dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau dari sini dengan cara paksa!" Maka Siti Rahmah pergi dengan bungkusan pakaiannya, serta membawa Nabi Ayyub a.s . Dia mengendong Nabi Ayyub a.s dipunggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya serta serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan tempat pembuangan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub a.s di atas sampah . 

Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaaan Nabi Ayyub a.s maka mereka  berkata:" Bawalah suamimu itu jauh-jauh dari kami , kalau  tidak maka kami akan bawakan anjing-anjing kami memakannya . " Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ke tempat yang jauh dan pergi ke sebuah desa, maka Nabi Ayyub a.s memanggilnya : " Kembalilah engkau dan saya berpesan kepadamu , seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini." Kata Siti Rahmah: " Engkau jangan khuatir wahai suamiku sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan engkau selama hayat dikandung badan." Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Nabi Ayyub a.s . Maka mereka tidak mahu lagi memberinya pekerjaan , bahkan mereka berkata:" Pergilah engkau jauh-jauh kerana sesungguhnya kami merasa jijik kepada mu . 

Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa:" Ya. Tuhanku, Engkau telah melihat keadaanku sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya Engkau mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari Kiamat ." 

Adalah Nabi Ayyub a.s tiap-tiap ada ulat yang jatuh dari badannya diletakkan kembali di badannya , dan dia berkata:" Makanlah olehmu semua apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh ALLAH Taala. " Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang belulang, yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang kelihatan . Apabila matahari menyinarinya , maka sinar itu seakan-akan tembus bahagian belakangnya. Dan yang tinggal dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hatinya dan lidahnya . Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada ALLAH dan lidahnya tidak diam dari berzikir kepada ALLAH . Diriwayatkan yang Nabi Ayyub a.s mengalami sakit seperti itu selam 18 tahun.


Pada satu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub a.s :" Engkau seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu , seandainya engkau berdoa kepada ALLAH Taala supaya Allah menyembuhkanmu?" Kata Nabi Ayyub a.s kepada Siti Rahmah :" Berapa lama kita telah hidup senang?" Kata Siti Rahmah:" Dua Puluh lapan tahun". Kata Nabi Ayyub a.s : " Sesungguhnya saya merasa malu kepada ALLAH Taala untuk meminta kepada-NYA, sebab waktu cubaan-NYA belum memadai jika dibandingkan masa senangku." 

Pada ketika di badan Nabi Ayyub a.s sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan di antara mereka , hingga akhirnya tinggal dua ekor ulat, yang selalu berkeliaran di badan Nabi Ayyub a.s dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya . Maka yang satu pergi ke hati dan memakan hatinya dan yang lainnya pergi ke lidah dan mengigitnya . Disaat itulah Nabi Ayyub a.s berdoa kepada Tuhannya seraya berkata; " Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat , sedang Engkau Dzat yang Maha Pengasih." 

Hal ini tidaklah termasuk dalam kategori keluh kesah dan tidak pula dia bererti keluar  dari golongan yang sabar . Oleh kerana itu ALLAH Tallah berfirman: " Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar. " Kerana sesungguhnya Nabi Ayyub a.s tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cepat terputus dari bersyukur dan berzikir kepada ALLAH Taala . Maka seakan-akan dia berkata :" Tuhanku aku bersabar atas segala percubaanMu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepadaMu dan lidahku masih dapat berzikir kepadaMu, dan apabila keduanya itu telah rosak ( hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku keduanya itu, sedangkan Engkau Dzat yang Maha Pengasih dan Lagi Penyayang." 

Kemudian ALLAH Taala memberikan wahyu kepadanya : " Wahai Ayyub , lidah , hati dan ulat adalah milikKu, sedangkan rasa sakitpun milikKu, apa ertinya susah? Diterangkannya pula : " Sesungguhnya ada 70 orang Nabi meminta, seperti halmu ini daripadaKu dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu, dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana , akan tetapi hakikatnya adalah cinta- kasih ." 

Dan Sesungguhnya Nabi Ayyub a.s merasa susah kalau hati dan lidahnya dimakan ulat kerana selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada ALLAH Taala, kalau kedua-duanya dimakan , maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berzikir kepada-NYA. 

Lalu ALLAH Taala menjatuhkan kedua itu dari diri Nabi Ayyub a.s maka yang jatuh ke di air kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatu di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia . 

Kemudian datanglah malaikat Jabril a.s dengan membawa buah delima syurga. Kata Nabi Ayyub a.s ; " Ya Jabril , apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?" Kata Jabril " Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu." 

Ketika Nabi Ayyub a.s memakan kedua delima itu, Jibril berkata lagi : " Berjalanlah dengan kedua kakimu." maka Nabi Ayyub a.s pun berdiri dengan izin ALLAH!." Maka Nabi Ayyub a.s memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin sehingga ia minum dari air tersebut . Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik bahagian luar mahupun dalam. Dan tubuhnya Nabi Ayyub a.s lebih gagah dan tegap semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama . 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :" Bersabar satu saat terhadap satu bencana , itu lebih baik daripada beribadah satu tahun." 

( Rujukan : Daratun Nasihin, oleh Usman Alkhaibawi )
http://mselim3.blogspot.com/2011/12/kisah-kesabaran-nabi-ayub-as.html

Isnin, 22 April 2013

Nasihat Syaikh Bin Baz

Nasihat Syaikh Bin Baz Untuk Kemenangan Negara-negara Umat Islam
Oleh: Badrul Tamam

Syaikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullaah berkata tentang hakikat jihad: “Sesungguhnya jihad yang benar telah ALLAH sebutkan dalam beberapa ayat-Nya. ALLAH juga menyebutkan pahala yang akan diraih orang yang berjihad berupa kemenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. ALLAH juga menyebutkan beberapa sifat mujahidin yang membezakan mereka dari yang lainnya.

ALLAH Ta’ala berfirman,

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan ALLAH  Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al-Taubah: 41)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) ALLAH sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud ria kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan ALLAH.  Dan (ilmu) ALLAH meliputi apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al-Anfal: 45-47)

Wahai orang beriman, perhatikanlah sifat-sifat agung para mujahidin yang sebenarnya ini sehingga jelas bagi engkau keadaan kaum muslimun saat ini dan keadaan para mujahidin terdahulu. Supaya engkau mengetahui rahsia kemenangan mereka dan kekalahan orang-orang sesudahnya. Kerana sesungguhnya tidak ada jalan yang boleh menghantarkan kepada kemenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kecuali bersikap dengan akhlak yang telah ALLAH perintahkan, mendakwahkannya, dan menggantung pertolongan kepadanya. ALLAH Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan dalam Kitab-Nya, yang telah disebutkan sebelumnya dan juga ayat-ayat yang lainnya. ALLAH 'Azza wa Jalla berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (QS. Al-Shaff: 10-13)

Dalam ayat ini, ALLAH Subhanahu wa Ta'ala mengumpulkan beberapa sebab kemenangan dan mengembalikannya kepada dua dasar pokok: Pertama, Iman kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Kedua, berjihad di jalan-Nya. Lalu ALLAH menyebutkan hasil yang diraih, iaitu mendapatkan keuntungan di akhirat berupa syurga, pertolongan di dunia, dan kemenangan yang dekat. Dan ALLAH mengabarkan bahawa kaum muslimin menyukai pertolongan dan kemenangan, “Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang dekat (waktunya)".”

Sebab kemenangan kembali kepada dua dasar pokok: Pertama, Iman kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Kedua, berjihad di jalan-Nya.

Kemudian Syaikh Bin Bazz menyampaikan kunci kemenangan yang akan diraih oleh negara-negara muslim. Iaitu apabila pucuk pemimpinnya dalam pemerintahan mereka benar-benar mengharapkan pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang dekat serta kebahagiaan di dunia dan akhriat, maka ALLAH telah menjelaskan jalannya dan menunjukkan saranan dan sebab untuk mencapainya. Iaitu mereka harus bertaubat kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya taubat atas kesalahannya yang lalu, berupa  kelalaian mereka dan tidak melaksanakan hak ALLAH dan hak para hamba-Nya yang diwajibkan atas mereka. Dan hendaknya mereka benar-benar dalam beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, menjalankan syariat-Nya, berpegang dengan tali-Nya, berjihad terhadap musuh dalam satu barisan dengan memanfaatkan segenap kekuatan yang telah ALLAH berikan, meninggalkan prinsip-prinsip yang bertentangan dengaan syariat ALLAH dan ajaran dien-Nya.

Hendaknya mereka hanya bergantung kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala semata, bukan kepada yang lainnya berupa kekuatan ketenteraan timur dan barat.

Mereka harus melaksanakan usaha-usaha dan menyiapkan kekuatan yang termampu dengan segenap kelengkapan yang dibolehkan syariat, dan hendaknya mereka bersikap independen (berdiri sendiri) dan jangan cenderung/berpihak kepada golongan kafir di Timur dan di Barat. Mereka hendaklah sepenuhnya patuh dengan beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berpegang teguh dengan agaman-Nya dan komitmen dengan syariat-Nya.

Adapun dibenarkan melengkapan persenjataan dan berbagai persiapan ketenteraan dengan mendapatkannya dari berbagai jalan yang tidak bertentangan dengan syariat yang suci. Semoga ALLAH menyatukan kekuatan kaum muslimin dan memperbaiki hubungan antar sesama mereka, menjaga para pemimpinnya, memuliakan agama-Nya dan menghinakan musuh-musuh-Nya, mengembalikan hak-hak kaum muslimin kepada diri mereka, dan menghancurkan segala prinsip dan undang-undang serta tradisi yang berseberangan dengan Islam.

Misi Jihad Fi Sabilillah
Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada Ali bin Abi Thalib ketika mengutusnya ke Khaibar:

فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

“Demi ALLAH  Kalaulah ALLAH memberi petunjuk satu orang melalui dirimu itu lebih baik bagimu daripada mendapatkan unta merah.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam hadit ini dan hadit yang semakna menjadi peringatan bagi para dai (penyeru kepada ALLAH  dan mujahidin di jalan-Nya, bahawa maksud dari jihad dan dakwah kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala adalah menunjuki manusia dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya, menarik mereka dari kehinaan kesyirikan dan pengabdian kepada sesama makhluk kepada kemulian iman, ketinggian Islam, dan menyembah hanya kepada tuhan yang Hak dan Esa yang tidak boleh ada peribadatan yang dipersembahkan kepada selain-Nya dan tak seorangpun yang berhak atasnya kecuali Dia Subhanahu wa Ta'ala.

Tujuan dan misi jihad bukan menumpahkan darah, merampas harta, menawan kaum wanita dan anak-anak. Sesungguhnya semua itu bukan tujuan awal, tapi hanya sebagai tuntutan. Iaitu ketika orang-orang kafir menolak kebenaran dan bangga dengan kekafirannya, tidak mahu tunduk dan membayar jizyah (upti). Kalau seperti ini keadaannya, maka ALLAH mensyariatkan kepada kaum muslimin untuk memerangi mereka, merampas harta mereka sebagai ghanimah, memperbudak wanita dan anak-anak mereka untuk dijadikan sebagai sarana ketaatan kepada ALLAH dan mengajarkan kepada mereka syariat-Nya, menyelamatkan mereka dari azab dan kesengsaraan.

Semua itu juga sebagai hiburan bagi kaum muslimin setelah menghadapi sengitnya pertempuran dan perlawanan musuh, dan menjadikan mereka sebagai batu penghalang akan serangan musuh dalam menghalangi jalan penyebaran Islam.

Tidak diragukan lagi hal ini termasuk keindahan Islam yang diakui oleh orang yang jujur dan adil, baik dari kalangan dalam atau luar Islam. Semua itu termasuk bahagian dari rahmat ALLAH  Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, yang telah menjadikan agama ini sebagai agama rahmat, mengajarkan berbuat baik dan adil serta toleransi yang relevan dijalankan pada setiap zaman dan di mana-mana saja, yang tidak tertandingi oleh undang dan aturan manusia. Dan kalau saja para ahli dan tokoh bersatupadu untuk membuat aturan yang sama atau yang lebih baik, niscaya mereka tidak akan mampu membuatnya. Maha suci ALLAH  Dzat Maha Adil dan Maha Bijaksana, Yang membuat syariat dapat diterima oleh akal sihat dan fitrah yang lurus. 

Wallahu a’alam 

*Diringkaskan dari situs www.darmm.com.  

Syaqiq Al Balkhy

Syaqiq Al Balkhy
Gambar hiasan saja
Abu Ali - Syaqiq bin Ibrahim al Balkhy (wafat 139 H./810 salah seorang di antara tokoh tokoh besar Khurasan. Ia adalah guru dari Hatim al Asham.

Dikisahkan, tentang penyebab zuhudnya, bahawa beliau adalah salah seorang dari anak kalangan orang-orang berada. Suatu ketika beliau melakukan lawatan ke Turki untuk suatu kepentingan perniagaan. Dan kepergiannya itu merupakan yang pertama kali baginya. Suatu saat beliau masuk ke kedai patung. Penjaga kedai itu, rambut dan janggutnya dicukur, pakaiannya dari jenis sutera arjuwaniyah.

Syaqiq berkata kepada si penjaga, “Bukankah anda mempunyai Pencipta Yang Maha Hidup, Maha Tahu, dan Maha Kuasa, maka sembahlah Dia. Jangan menyembah patung-patung yang tidak membahayakan atau memberi manfaat kepada diri anda!” Penjaga itu pun menjawab, “Bila Dia sebagaimana anda ucapkan, tentu Dia dapat memberi rezeki kepada diri anda di negara anda sana. Mengapa anda bersusah payah datang ke mari untuk berniaga?” Seketika Syaqiq pun menjadi sedar, dan sejak saat itu ia mengambil jalan zuhud.

Dikisahkan, di antara penyebab zuhudnya, bahawa beliau melihat seorang budak yang sedang bermain-main dengan penuh suka ria di musim kemarau dan kering. Orang-orang sangat prihatin ketika itu. Syaqiq bertanya, “Apa yang membuatmu bersuka cita seperti itu? Bukankah engkau melihat kesengsaraan manusia di musim kemarau dan kering ini?” Budak itu menjawab, “Bagiku kesengsaraan itu tidak ada. Tuanku berada di suatu desa yang bersih, siapa saja masuk di sana dan apa pun yang kami inginkan dicukupi.” Sejenak Syaqiq sedar, dan berkata pada diri sendiri, “Kalau tuannya berada di suatu desa, dan ia tergolong makhluk yang fakir, sementara dirinya tidak peduli terhadap rezeki, lalu layakkah seorang Muslim mementingkan rezekinya, sedangkan Tuannya Maha Kaya?”


Hatim al Asham berkata, “Syaqiq al Balkhy tergolong kaya raya. Beliau membantu para pemuda pada masanya. Sedangkan Gabenor Balkh kala itu adalah Ali bin Isa bin Mahan. Sang gabenor ini sangat menyayangi anjing pemburu miliknya. Suatu sketika salah seekor anjingnya hilang. Lantas anjing itu ditemukan berada di tempat seseorang laki-laki yang menjadi tetangga Syaqiq. Laki-laki itu pun dicari, namun dia lari dan bersembunyi di rumah Syaqiq. Lantas Syaqiq pergi ke rumah gubernor, dan berkata, ‘Tolong beri jalan. Soal anjing itu ada di rumahku, akan aku kembalikan tiga hari lagi.’ Para pengawal gabenor menyilakan Syaqiq, dan setelah itu Syaqiq kembali pulang.

Pada hari ketiga, seorang sahabat Syaqiq yang sudah lama menghilang dari Balkh datang. Sahabat itu menemukan anjing yang lehernya berkalung di jalan, lantas anjing itu pun dibawanya. Lebih baik, anjing ini kuberikan saja kepada Syaqiq, sebab dia sibuk dengan kaum muda,’ kata si sahabat tersebut. Ketika Syaqiq melihatnya, ternyata anjing tersebut adalah anjing gabenor. Syaqiq amat girang, dan anjing itu tepat pada hari ketiga dibawa kepada gabenor, dan dia bebas dari beban. ALLAH swt. kemudian melimpahkan rezeki kesadaran, dan Syaqiq bertaubat dari perilaku sebelumnya, kemudian menempuh jalan zuhud. “

Hatim al Asham menceritakan kisahnya ketika bersama Syaqiq, “Kami pernah bersama dengan Syaqiq dalam satu barisan tempur ketika memerangi orang-orang Turki. Pada ketika itu tidak terlihat kecuali kepala-kepala manusia yang aneh, busur-busur panah yang patah dan pedang-pedang yang putus. Syaqiq berkata kepadaku, ‘Bagaimana dengan dirimu, hari ini, wahai Hatim? Apakah engkau melihatnya seperti kejadian semalam ketika engkau diusir oleh isterimu?’ Aku berkata, ‘Tidak, demi ALLAH ’ Syaqiq berkata, ‘Namun, bagiku, demi ALLAH  pada hari ini sama dengan dirimu pada malam itu.’ Kemudian Syaqiq tidur di antara dua rak, berbantalkan perisai, hingga terdengar gerit-geritnya.”

Di antara ucapan Syaqiq, “Bila Anda ingin mengenal seseorang, maka kenalilah; apakah ia memilih janji ALLAH swt. atau memilih janji manusia. Lebih condong ke mana orang tersebut, maka akan kelihatan peribadinya.”

Katanya pula, “Takwa seseorang diketahui atas tiga hal: Mengambil, mencegah dan berbicaranya.”

http://jalansufi.com/Ahli-Sufi/syaqiq-al-balkhy

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...