Ahad, 1 November 2015

KiSAH ABAH

As. Salam.
Pagi tadi teman dengo radio klasik dlm kereta,......
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah pempuan radio tersebut.. tidak le teman tau nama juruhebah tu....
Kisahnya begini ...
Ada
seorang anak lelaki bawak ayahnya yg kena stroke akibat angin akhmar ke kedai makan mamak yg terkenal..utk makan tengahari...ayahnya teringin beno nak makan nasi biriani kat kedei tu...masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2...
Setelah diduduk ayahnya eluk eluk, anak lelaki tu pun pesan makanan terdiri dari lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin akhmar, dlm keadaan ter ketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju.. seluar.. malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.... kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang..ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik...namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan.. disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"
Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."
Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau...
Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu..
Kedua ..kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.. .
Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu...malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali...
Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah...saya sayang abah saya...abah kena stroke...moga2 abah cepat sembuh...."

Terima Kasih Allah


Pagi tadi, masa hantar YAYA ke sekolah..cikgu cakap "minggu ni YAYA exam". Oh, baru saya teringat tentang 'exam hujung tahun' yang cikgu ada beritahu beberapa minggu lepas. Bila sebut exam, pernah tak anda rasa macam apa yang saya rasa? Tengok markah anak, pastu tiba-tiba datang satu soalan entah dari planet mana: 'Ya Allah, kenapa markah anak aku ni macam ni?' Puas ajar, puas hantar tuisyen.

Dulu, saya selalu tertanya-tanya..kenapa YAYA tak ikut jejak mama babah dia. Dalam kelas, yaya tak pernah jadi best student. Kalau hari penyampaian hadiah, bila sampai je giliran kelas YAYA...nama dia akan disebut antara yang hujung...

Saya ingat lagi pernah masa umurnya empat tahun, dalam satu dewan ketika menemani YAYA naik pentas, sayalah ibu yang terpaksa buat-buat gembira. Jauh dalam hati saya merungut seorang diri 'dulu mama orang pertama naik pentas, sekarang YAYA orang terakhir?‘

Allahurabbi. Bila ingat balik, rasa kalau boleh nak pergi balik ke majlis itu dan nak peluk YAYA and beritahu "You are my good girl sayang, to me you are the best" Sebab baru sekarang saya faham apa itu anak yang menggembirakan hati.

Bila saya sudah menjadi ibu hampir 7 tahun, saya mula faham bahawa anak yang membahagiakan saya sebagai seorang mama...bukanlah anak yang markahnya 90 dalam semua subjek, atau yang mula-mula sekali naik atas pentas ketika hari penyampaian hadiah.

Tapi anak yang memberi saya kebahagiaan ialah anak yang bila saya balik rumah, dia berlari ke dapur dan datang semula kepada saya membawa secawan air "Mama, nak?" Dengan muka cerianya yang seolah memberitahu 'kesian mama, penat kerja'. 

Allahuakbar...hilang terbang semua kepenatan saat meneguk air yang dibawa.
Bila saya sibuk buat kerja di rumah, tiba-tiba dia datang membawa secawan milo yang dia sudah mix dengan air, jadi coklat yang sedap...sambil ingin menyuap, dia bertanya "mama, nak?"

Hehe, anak saya ni memang suka meratah milo yang dibancuh dengan sedikit air. Agaknya dia tengok mama sibuk buat kerja, dia fikir 'mama mesti suka kalau dapat makan milo ni' sama macam sukanya dia bila dapat makan milo tu. Hehe, cute je.

Bila saya minta tolong ambilkan telefon, ambilkan kain lap, tolong tutup lampu..dia terus jawab "ok mama" dan terus bangun dan terus buat.

Bila saya sakit kepala, dia terus picit kepala saya dengan tangan kecilnya dan selepas solat, dia berdoa "O Allah, please help mama baik sakit kepala“

Bila nampak bunga yang dia rasa cantik, dia akan ambil dan bagi dengan katanya "For mama".
Allahuakbar terima kasih sayangku...

Terima kasih kerana mengajar mama bagaimanakah rasanya apabila mendapat seorang anak yang mengasihi ibunya..Kasih sayangmu lebih tinggi nilainya dari deretan A yang hanya sebuah huruf pada sehelai kertas.

Pernah saya bertanya YAYA, "kenapa YAYA suka ambilkan mama air?" Anda ingin tahu apa jawabnya?

Jawab YAYA: "Sebab Allah kan suka YAYA jadi good girl mama“
Ya Allah terkejut saya. Apa yang selama ini saya amalkan dalam berinteraksi dengan YAYA..rupanya ia tertanam dalam dirinya. Hingga 'Allah' menjadi satu dorongan buat YAYA untuk jadi anak yang good girl. Subhanallah.

Ya Allah terima kasih ya Allah, rupanya ini ertinya mempunyai anak yang solehah. Anakku ini mungkin pada saat ini tidak secemerlang kanak-kanak lain dari sudut akademik. Tapi rupanya, jawapan inilah yang membuat aku bahagia.

Saya peluk dia, saya cakap "Yes, you are my good girl, sayang". Sambil memeluknya, saya cakap "O Allah, thank you Allah..bagi mama anak mama yang goooood sangat..yang suka tolong mama..yang cakap nicely dengan mama..yang suka solat..thank you Allah“

Saya ingin YAYA tahu, yang dia adalah anak saya yang solehah. Anak yang saya sangat bersyukur mendapatnya.

I want her to know that to me, she is the best.

Tadi, sebelum meninggalkan YAYA di sekolah, saya katakan padanya "Cikgu kata nanti exam. YAYA jawab je macam biasa, ok sayang“

Saya peluk dia, saya usap kepalanya sambil berkata "You are my good girl" "Ok mama" dengan relaks, YAYA melangkah masuk ke kelas.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Kau beri aku mata untuk mampu melihat betapa tubuh kecil di hadapan ku itu satu anugerah terindah.yang setiap hari mendatangkan rasa bahagia buat seorang yang bergelar mama.

'Takpe.dia kecil lagi. Setiap anak yang Allah ciptakan ada potensinya masing-masing' Saya pesan pada diri sendiri. Jika potensinya bukan pada akademik, tidak bermakna dia tak boleh hidup bahagia dan berjaya.

Bukankah yang memberi rezeki itu adalah Allah?
Tenanglah mama.

Sayang anak, terima anak seadanya. Bantu anak untuk mengenal dunia dan bijak dalam kehidupan. Dan kebijakan yang tertinggi ialah apabila anak tahu apa yang baik untuknya di dunia dan akhirat. Rajin berusaha sebab nak tolong orang lain.


Tanamkan cintanya pada Allah, dan nanti anak sendiri akan tahu bagaimana caranya menjemput rezeki dari Yang memberi rezeki.

(Petikan asal dari sahabat wassap – Ada pengajaran di sebalik kisah ini)

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...