Isnin, 13 September 2021

Melihat Baginda Muhammad

Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan jika kita kita ingin melihat baginda Muhammad صلی الله علیه وسلم dalam mimpi kita. Jika kita menjaga 4 perkara ini, إن شاء الله kita akan diberi izin melihat Rasulullah صلی الله علیه وسلم 

Pertama, banyakkan berselawat ke atas Rasulullah صلی الله علیه وسلم

Berkata Imam Hafiz Al Sakhawi , paling sedikit selawat dalam sehari ialah 300kali pagi dan petang. Berselawat lah dimana kamu berada.

Kedua, mengagungkan sunnah baginda Muhammad صلی الله علیه وسلم 

Lakukan dengan penuh keagungan.

Ketiga, khidmat kepada umat bagjnda  Rasulullah صلی الله علیه وسلم

Hendaklah kamu hidup dengan selalu berkhidmat untuk orang lain.

Keempat, menyebarkan dakwah.

Tanamkan dalam hati sifat cinta dan rindu yang membara kepada Rasulullah صلی الله علیه وسلم .

Setiap kali melakukan 4 perkara ini, berdoalah 

Ya Allah , aku ingin melihat kekasih Mu ; Muhammad صلی الله علیه وسلم , muliakan kan lah aku untuk melihat baginda. 

Oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Jufry

Ciri Orang Soleh

Gambar hiasan

Kisah seorang pelajar bertanye kepada guru tentang ciri-ciri orang soleh.

Pelajar:   Wahai guru ku adakah aku termasuk dalam golongan orang soleh atau tidak?
Guru:      Adakah kamu ingat dan berdoa kan ibu bapa kamu pada setiap hari atau lupa kepada mereka. Pelajar:   Kenapa guru bertanya soalan sedemikian ?
Guru:      Jika kamu doa dan ingat kepada ibu bapa kamu itu pertanda kamu seorang yang soleh jika tidak kamu bukan orang yang soleh.
Pelajar:   Kenapa begitu wahai guruku?
Guru:      Aku boleh bagi tahu kamu ciri-ciri orang soleh 
Pelajar:   Apakah ciri ciri itu wahai guru ku?
Guru:     Jika mati anak Adam semua terputus kecuali 3 perkara:- harta yang dibelanjakan  atas jalanAllah, Iimu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua ibu bapa.

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا ولجميع المسلمين والمسلمات والمومنين والمومنات برحمتك يا ارحم الراحمين.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه. اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنه. امين يا رب العالمين. 

 Semoga kita tergolong dalam golong yang di sebuat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w 

 -Habib Kadzim As Seggaf

Hiburan untuk Hati


HABIB NAQJAMUDDIN SYED OTHMAN AL KHERED mengatakan: 

"Di zaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid, sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja." "Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati. 

Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang diajar banyak tengok hiburan di televisyen itu walaupun ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pun melihatnya." "Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam. 

 Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah. Di dalam maulidkan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang." 

 "Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit." 

 "Cuba kalau tutup televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pun kita suka. Begitu juga Rasulullah صلی الله عليه وسلم .

 Kalau kita cinta dan sayang Rasulullah صلی الله عليه وسلم semua tentangnya kita akan suka." "Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم ." "Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم

KISAH ABDULLAH BIN MUBARAK DAN HAJI-NYA YANG AJAIB

 

Gambar hiasan

Dalam sebuah kisah yang lain, Abdullah bin Mubarak telah membuat persiapan untuk berangkat mengerjakan haji. Beliau telah bertolak dari Baghdad untuk memulakan  perjalanan, beliau sempat bermalam di kota Kufah. Keesokan harinya, ketika ingin menyambung perjalanan ke Mekah, Abdullah ternampak seorang wanita tua sedang membelek timbunan sampah,kemudian mengambil darinya seekor bangkai itik, lalu dicabut-cabut bulunya seolah-olah ingin disediakan untuk juadah.

Abdullah segera menegur wanita itu. “Hai makcik, adakah itu bangkai itu telah disembelih?”. Jawab makcik itu. “ Ianya bangkai, aku sedang menyiapkannya untuk dimasak”.

Abdullah “Apakah berani engkau melanggar perintah rasulullah SAW, bahawa bangkai itu haram dimakan?”. Makcik hanya berdiam.

“Ya, saya sekali tidak menafikan kebenaran hukum itu. Akan tetapi saya dan anak-anak sudah tiga hari tidak makan apa-apa. Kami perlukan sesuatu untuk dimakan. Saya tidak meminta-minta sedekah kerana kami dari keturunan Rasulullah ” Ujar makcik penuh kesedihan.

Abdullah bin Mubarak lantas berkata. “Mak cik, haram tetap haram. Nah, mak cik ambillah segala harta yang saya bawa ini sebagai hadiah dan gunakanlah ia untuk mencukupi keperluan keluargamu.” Lalu diserahkan segala yang ada pada dirinya, kenderaan dan semua kelengkapan untuk menuju ke Mekah. Tinggallah beliau sehelai sepinggang.

Abdullah terpaksa membatalkan hasrat untuk menuju ke tanah suci. Baginya hadiah itu lebih mustahak untuk dilakukan dan mak cik  itu amat memerlukan pertolongan lebih-lebih lagi dia adalah dari keturunan Rasulullah saw. Beliau akhirnya berpatah balik ke negeri asalnya berjalan kaki.

Beliau menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah musim haji selesai dan rombongan haji telah selamat pulang. Mereka berjumpa dengan Abdullah bin Mubarak dan mengucapkan tahniah dan selamat di atas ibadah hajinya.

Abdullah  “Maaf, saya sebenarnya tidak jadi mengerjakan haji.” Ujarnya pasrah.

“Mana mungkin begitu, kami berjumpa denganmu ketika tawaf, ada di antara kami yang jumpa kamu di Arafah, ada yang ketika melontar jumrah, dan kamu banyak membantu jemaah yang lemah !”.

Orang lain pula bersuara “Kamu bersama kami mengerjakan haji, dan kamu sendiri telah menginfakkan harta yang banyak kepada golongan memerlukan disana. Sungguh hebat hajimu.” 

Abdullah semakin hairan. Penafiannya tidak diterima membuatkan seharian beliau memikirkan hal tersebut sehinggalah beliau tertidur pada malam itu.

Di dalam mimpi tersebut Abdullah bin Mubarak berjumpa dengan Rasulullah saw , berkata kepadanya “ Wahai Abdullah, disebabkan engkau telah mengambil berat kepada salah seorang keturunanku, Allah telah menerima sedekahmu kepadanya dan melantik seorang malaikat yang akan menyerupaimu untuk mengerjakan haji untukmu setiap tahun hingga hari Qiamat”.

Kisah diatas memberi pengajaran kepada kita bahawa ganjaran yang besar dari Allah untuk orang yang sanggup berkorban untuk menyempurnakan hajat saudaranya dan kisah ini juga memaparkan kelebihan memuliakan ahli keluarga Rasulullah saw.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Jumaat, 3 September 2021

ZiKir JUWAiRiAH - Zikir sesudah Subuh.

Dari Juwairiyah binti Al Harith isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat.

Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula.
Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!”
Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat.
Kalimah itu ialah:
‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada kholqihi, wa ridho nafsihi, wa zinata 'arsyihi wa midaada kalimaatihi.'
[Maha Suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan 'Arasy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimah-Nya]
(Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)

Ahad, 15 Ogos 2021

Muhasabah Diri: Antara Lebah dan Lalat


Ada seorang alim bertanya pada saya: "Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?"

Saya jawab: “Dia akan mencari madu.”

Orang alim tersebut lantas menyatakan: "Tidak, sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu.” 

Orang alim itu bertanya lagi: "Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan kedalam taman yang dipenuhi dengan bunga?"

Saya jawab: "Pasti lalat akan mencari sampah". 

Kemudian orang alim memberitahu: "Jadilah kamu seperti lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi seperti lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain". 

Dalam hidup kita bermasyarakat, pelbagai info boleh kita perolehi khususnya melalui media sosial seperti FB, WhatsAap, telegram, instagram, twitter, TikTok, WeChat dan sebagainya. Sebagai Muslim, kita perlu bijak memilih dan menyaring. 

Ingatlah Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا أَن تُصِيبُوا قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ 

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat:6)

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat:11)

Kredit:kepada empunya rencana ini

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...