Selasa, 14 September 2021

Kuliah Bulanan- Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

 Kitab Syamail Muhammadiyyah : Bab Wangian Rasulullah

Muqaddimah

📌 Syamail Muhammadiyyah: Budi Pekerti Rasulullah, Akhlak Mulia Rasulullah

📌 Allah berfirman (yang bermaksud) tentang akhlak nabi, "Sesungguhnya pada dirimu (hai Muhammad) memiliki akhlak yang mulia)."

📌 Rasul dijadikan sebagai nabi untuk diteladani akan akhlaknya.

📌 Sebelum kita fikir siapa yang patut kita teladani, Allah telah mula-mula sediakan siapakah yang patut diteladani. Pilihan manusia belum tentu baik tapi pilihan Allah sudah tentu baik.

📌 Alangkah bertuah kita menjadi umat Rasulullah, alangkah bertuah kita dijadikan sebagai ikutan kepada baginda Rasulullah SAW.

📌 Al-Quran tidak habis maknanya. Terlalu banyak yang tersingkap di dalamnya. Begitu juga dengan akhlak baginda SAW. Sebanyak mana orang yang menceritakan tenatg akhlak nabi, walaupun sampai habis waktu sekalipun, masih ada yang tidak cukup. Habib Ali Al Habsyi berkata, "Sebanyak mana saya ceritakan tentang akhlak Rasulullah, belum smpai 1/10 lagi. Ini bererti terlalu banyak kebaikan yang ada pada diri baginda. 

✏️Bab Wangian Rasulullah

📌 Rasulullah memakai wangian yang dipakai oleh lelaki, iaitu bau yang kuat.

📌 Anas bin Malik berkata, "Tidak pernah aku menemui wangian yang lebih wangi dari keringat (peluh) Rasulullah." 

📌 Nabi SAW sudah wangi tanpa menyapu minyak wangi. Tetapi kenapa baginda masih memakai minyak wangi? Kerana baginda menyuruh kita utk berwangian.

📌 Masjid adalah tempat untuk beribadah. Harus diletakkan wangian di dalamnya untuk memberi keselesaan pada orang lain untuk beribadah. Adapun sekiranya memakan makanan yang boleh mengundangkan ketidakselesaan orang lain beribadah di masjid, maka tidak perlu datang ke masjid. 

📌 Ada adab ketika bercakap. Hatta ketika membaca Al-Quran sekalipun, jangan membaca dengan bau mulut yang tidak enak.

📌 Antara wangian Rasulullah ialah Gaharu dan Anbar.

📌 Siapa yang diberi minyak wangi, jangn ditolak kerana ia bersifat ringan dan wangi.

📌 Jika kita tolak pemberian orang lain, ia akan menyalahi adab. Jangan merendah-rendahkan pemberian orang lain. Antara salah satu adab yang sering nabi berpesan ialah, tidak boleh menghampakan orang lain ketika dia memberi hadiah hatta minyak wangi. 

📌 Nabi SAW mengharapkan kebaikan pada hal-hal yang baik. Jika nak beri nama anak, beri nama yang baik-baik. Jika beri nama yang maksudnya tidak baik, takut-takut maknanya itu memberi kesan pada anak itu. Contoh, apa maksud Jessica? Itu nama tidak mempunyai makna.

📌 Nabi menceritakan adab wanita dalam berwangian :

1-Jangan pakai minyak wangi untuk dihidu oleh orang lain (ajnabi)

2-Wangian untuk keharmonian rumah tangga.

3-Tidak melampau dalam berwangian.

📌 Allah berfirman yang bermaksud, "Jangan hampiri zina." Jadi, apa-apa yang boleh mendekati zina , itu haram. Jika melihat pada sesuatu dengan penuh hawa nafsu, maka mata itu telahpun terjebak dengan zina. 

📌 Fitnah akhir zaman tentang perempuan ialah, "Mereka berpakaian tetapi telanjang."📌 Perempuan yang tidak menutup aurat, tidak akan hidu bau syurga. Belum masuk syurga lagi, sudah tidak dapat hidu bau syurga. Allah Allah.

📌 Rasulullah SAW memberi keringanan sekiranya ada wanita yang melalui jalan yang ada lelaki, dan jubahnya yg terlalu labuh sehingga terkena najis, maka tidak mengapa jika dibawa solat. Najis itu tidak dikira. Hal ini demikian kerana, wanita itu ingin menjaga aurat kakinya dari menyingkap jubahnya. Sungguh besar ganjaran bagi wanita yang benar-benar menjaga aurat. 

📌 Setiap apa yang nabi bicara itu baik. Nabi tidak bicara apa yang tidak perlu. 

📌 Jika nabi kagum akan sesuatu, nabi mengangkat tangan, sekiranya nabi marah, nabi memalingkan wajah daripada orang itu, tidak mempedulikan orang itu atau terus memaafkan.

📌 Sahabat adalah orang yang hidup sezaman dengan nabi, beriman dengan nabi dan meninggal dalam keadaan beriman. Bukan digelar sahabat pada zaman nabi bagi mereka yang hidup sezaman dengan nabi tapi tidak beriman dengan nabi dan mati dalam keadaan tidak beriman. 

📌 Orang yang sibuk dengan Allah, dia tidak pernah beristirehat.

🍃wallahua'lam

Isnin, 13 September 2021

 Sayyidina Al-Habib Umar Al Hafidz

مٓن عرف اللهٓ صغُر عنده كلُّ شيء.

Siapa yang mengenal Allah maka segala sesuatu kecil atau murah dalam anggapannya.

ومن أحبّ اللهَ هان عنده كلُّ شيء..

Siapa yang mencintai Allah maka menjadi hina atau remeh segala sesuatu dalam dirinya.

ومن وحّد الله لم يشرك به شيئا.

Siapa yang mengesakan Allah maka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.

ومن آمن بالله أَمِن مِن كل شيء.

Siapa yang beriman kepada Allah maka dia aman dari segala sesuatu.

ومن أسلم لله قلّ ما يعصيه.

وإن عصاه تاب إليه فقبله واعتذر إليه فقبل عذرَه جل جلاله وتعالى في علاه.

Siapa yang pasrah pada Allah, sedikit dia bermaksiat kepadanya.. dan jika dia bermaksiat lalu bertaubat dan beralasan, maka Allah terima taubat dan alasannya, Subhanahu wa Ta'ala

Pesan Guru Mulia kami, Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,

 


"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu.."

Pesan Guru Mulia kami, Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,

Melihat Baginda Muhammad

Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan jika kita kita ingin melihat baginda Muhammad صلی الله علیه وسلم dalam mimpi kita. Jika kita menjaga 4 perkara ini, إن شاء الله kita akan diberi izin melihat Rasulullah صلی الله علیه وسلم 

Pertama, banyakkan berselawat ke atas Rasulullah صلی الله علیه وسلم

Berkata Imam Hafiz Al Sakhawi , paling sedikit selawat dalam sehari ialah 300kali pagi dan petang. Berselawat lah dimana kamu berada.

Kedua, mengagungkan sunnah baginda Muhammad صلی الله علیه وسلم 

Lakukan dengan penuh keagungan.

Ketiga, khidmat kepada umat bagjnda  Rasulullah صلی الله علیه وسلم

Hendaklah kamu hidup dengan selalu berkhidmat untuk orang lain.

Keempat, menyebarkan dakwah.

Tanamkan dalam hati sifat cinta dan rindu yang membara kepada Rasulullah صلی الله علیه وسلم .

Setiap kali melakukan 4 perkara ini, berdoalah 

Ya Allah , aku ingin melihat kekasih Mu ; Muhammad صلی الله علیه وسلم , muliakan kan lah aku untuk melihat baginda. 

Oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Jufry

Ciri Orang Soleh

Gambar hiasan

Kisah seorang pelajar bertanye kepada guru tentang ciri-ciri orang soleh.

Pelajar:   Wahai guru ku adakah aku termasuk dalam golongan orang soleh atau tidak?
Guru:      Adakah kamu ingat dan berdoa kan ibu bapa kamu pada setiap hari atau lupa kepada mereka. Pelajar:   Kenapa guru bertanya soalan sedemikian ?
Guru:      Jika kamu doa dan ingat kepada ibu bapa kamu itu pertanda kamu seorang yang soleh jika tidak kamu bukan orang yang soleh.
Pelajar:   Kenapa begitu wahai guruku?
Guru:      Aku boleh bagi tahu kamu ciri-ciri orang soleh 
Pelajar:   Apakah ciri ciri itu wahai guru ku?
Guru:     Jika mati anak Adam semua terputus kecuali 3 perkara:- harta yang dibelanjakan  atas jalanAllah, Iimu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua ibu bapa.

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا ولجميع المسلمين والمسلمات والمومنين والمومنات برحمتك يا ارحم الراحمين.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه. اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنه. امين يا رب العالمين. 

 Semoga kita tergolong dalam golong yang di sebuat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w 

 -Habib Kadzim As Seggaf

Hiburan untuk Hati


HABIB NAQJAMUDDIN SYED OTHMAN AL KHERED mengatakan: 

"Di zaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid, sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja." "Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati. 

Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang diajar banyak tengok hiburan di televisyen itu walaupun ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pun melihatnya." "Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam. 

 Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah. Di dalam maulidkan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang." 

 "Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit." 

 "Cuba kalau tutup televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pun kita suka. Begitu juga Rasulullah صلی الله عليه وسلم .

 Kalau kita cinta dan sayang Rasulullah صلی الله عليه وسلم semua tentangnya kita akan suka." "Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم ." "Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم

KISAH ABDULLAH BIN MUBARAK DAN HAJI-NYA YANG AJAIB

 

Gambar hiasan

Dalam sebuah kisah yang lain, Abdullah bin Mubarak telah membuat persiapan untuk berangkat mengerjakan haji. Beliau telah bertolak dari Baghdad untuk memulakan  perjalanan, beliau sempat bermalam di kota Kufah. Keesokan harinya, ketika ingin menyambung perjalanan ke Mekah, Abdullah ternampak seorang wanita tua sedang membelek timbunan sampah,kemudian mengambil darinya seekor bangkai itik, lalu dicabut-cabut bulunya seolah-olah ingin disediakan untuk juadah.

Abdullah segera menegur wanita itu. “Hai makcik, adakah itu bangkai itu telah disembelih?”. Jawab makcik itu. “ Ianya bangkai, aku sedang menyiapkannya untuk dimasak”.

Abdullah “Apakah berani engkau melanggar perintah rasulullah SAW, bahawa bangkai itu haram dimakan?”. Makcik hanya berdiam.

“Ya, saya sekali tidak menafikan kebenaran hukum itu. Akan tetapi saya dan anak-anak sudah tiga hari tidak makan apa-apa. Kami perlukan sesuatu untuk dimakan. Saya tidak meminta-minta sedekah kerana kami dari keturunan Rasulullah ” Ujar makcik penuh kesedihan.

Abdullah bin Mubarak lantas berkata. “Mak cik, haram tetap haram. Nah, mak cik ambillah segala harta yang saya bawa ini sebagai hadiah dan gunakanlah ia untuk mencukupi keperluan keluargamu.” Lalu diserahkan segala yang ada pada dirinya, kenderaan dan semua kelengkapan untuk menuju ke Mekah. Tinggallah beliau sehelai sepinggang.

Abdullah terpaksa membatalkan hasrat untuk menuju ke tanah suci. Baginya hadiah itu lebih mustahak untuk dilakukan dan mak cik  itu amat memerlukan pertolongan lebih-lebih lagi dia adalah dari keturunan Rasulullah saw. Beliau akhirnya berpatah balik ke negeri asalnya berjalan kaki.

Beliau menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah musim haji selesai dan rombongan haji telah selamat pulang. Mereka berjumpa dengan Abdullah bin Mubarak dan mengucapkan tahniah dan selamat di atas ibadah hajinya.

Abdullah  “Maaf, saya sebenarnya tidak jadi mengerjakan haji.” Ujarnya pasrah.

“Mana mungkin begitu, kami berjumpa denganmu ketika tawaf, ada di antara kami yang jumpa kamu di Arafah, ada yang ketika melontar jumrah, dan kamu banyak membantu jemaah yang lemah !”.

Orang lain pula bersuara “Kamu bersama kami mengerjakan haji, dan kamu sendiri telah menginfakkan harta yang banyak kepada golongan memerlukan disana. Sungguh hebat hajimu.” 

Abdullah semakin hairan. Penafiannya tidak diterima membuatkan seharian beliau memikirkan hal tersebut sehinggalah beliau tertidur pada malam itu.

Di dalam mimpi tersebut Abdullah bin Mubarak berjumpa dengan Rasulullah saw , berkata kepadanya “ Wahai Abdullah, disebabkan engkau telah mengambil berat kepada salah seorang keturunanku, Allah telah menerima sedekahmu kepadanya dan melantik seorang malaikat yang akan menyerupaimu untuk mengerjakan haji untukmu setiap tahun hingga hari Qiamat”.

Kisah diatas memberi pengajaran kepada kita bahawa ganjaran yang besar dari Allah untuk orang yang sanggup berkorban untuk menyempurnakan hajat saudaranya dan kisah ini juga memaparkan kelebihan memuliakan ahli keluarga Rasulullah saw.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...