Rabu, 29 Februari 2012

PESANAN TAKWA

Malulah kamu kepada Allah s.w.t. Lihatlah dengan mata hatimu. Rendahkan dirimu di hadapan-Nya. Letakkan dirimu di bawah lintasan kekuasaan-Nya. Bimbinglah jiwamu untuk sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Raihlah sinar keterangan dengan mengharungi segala cubaan dan rintangan. Jika semuanya telah benar-benar ada pada dirimu, maka karamah, keluhuran dan syurga Allah akan kamu dapati, baik di dunia maupun di akhirat..” 


~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Petikan Buku: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian)

Isnin, 27 Februari 2012

BERLEMAH-LEMBUTLAH DENGAN MAYAT

Maka berkata roh,
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,
"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"

Dan ketika mereka memandikan, maka berkata roh:
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
                     
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,
"Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,
"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Wallahua'lam

Khamis, 23 Februari 2012

IBRAHIM ADHAM : Kisah Hebat Seorang Raja Menjadi Ahli Sufi Mulia


Gambar hiasan

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

 Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.
“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.
“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.
Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.

“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”
Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.
Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.
“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.
“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”
Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”
Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.
“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.


Rabu, 22 Februari 2012

TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH S.W.T.


Gambar hiasan

Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala.  Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.

Ujian pertama ialah;Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,  tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.

Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.  Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu.

Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.  Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.  Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  iaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah.  Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karanganny.a

Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.

Allah berfirman kepada Nabi Daud,"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:  iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya,  jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu,  maka cintanya kepada yang  lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.  Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali,  dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu.  Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu,  Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar,  tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.

Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,  tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.

Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.  Al-Quran mnyatakan"mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."  

Suatu masa,  Nabi bertanya kepada Allah,  "Wahai Tuhan,  siapakah kekasihmu?"  Terdengarlah jawapan,"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya,  mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya,  dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."


12 Barisan di Alam Padang Mahsyar oleh Rasulullah SAW~


Gambar hiasan
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya:

“Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah saw: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) 

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEEMPAT 
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka..

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..

“BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru , sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEPULUH
 Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..

 BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut, dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang maha pengasih.

MENGAPA SAYA MEMELUK ISLAM - Yusuf Islam


Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan. Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal. Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang.

Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda. Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim. Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan.

Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami. Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik. Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia.

Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula. Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!


JENIS-JENIS HADITH


Sunnah Perkataan: perkataan yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sunnah Perbuatan: perlakuan Rasulullah s.a.w. Contohnya. Hadith baginda: bersembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang. (Bukhari & Muslim)

Sunnah Tarqir: Rasulullah berdiam diri dan redha atas satu perkara. Contohnya Rasulullah s.a.w. berdiam diri dalam kisah para sahabat yang bertentangan pendapat mengenai solat asar. Dalam satu perjalanan, para sahabat telah disuruh oleh Rasulullah untuk jangan bersembahyang sebelum tiba di Bani Quzairah. Dalam perjalanan, waktu asar hampir tamat tetapi mereka belum sampai. Ada sahabat yang mentakhir solat asar di waktu maghrib tetapi ada yang memahami bahawa Rasulullah sebenarnya menyuruh mereka bersegera. Oleh itu mereka bersolat asar walaupun belum tiba. Kedua-duanya diterima.

1. Hadith Mutawatir
Hadith yang diberitakan oleh ramai sahabat. Bilangannya begitu ramai sehingga mustahil ia adalah dusta.

2. Hadith Masyhur
Hadith yang diriwayatkan oleh sekurang-kurangnya tiga orang. Hadith ini sekurang-kurangnya diberitakan oleh tiga sanad yang berlainan. Contoh, satu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang; Muslim, Bukhari dan Tarmidzi. Manakala sanad setiap imam berbeza orang-orangnya. (Sanad: orang-orang di dalam perjalanan hadith)

3. Hadith Sahih
Hadith yang mana sanadnya: 
I) Bersikap adil. Islam, berakal waras, baligh dan tidak melakukan dosa besar. 
II) Orang cukup kuat ingatannya 
III) Orang yang sejahtera dan tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan penyampaian hadith.

4. Hadith Hassan
Hampir serupa dengan hadith sahih tetapi ada di antara sanadnya mempunyai kelemahan dalam daya ingatan.

5. Hadith Hassan Sahih
Mempunyai perjalanan hassan dan sahih.

6. Hadith Daif (lemah)
Tidak mengikut syarat-syarat hadith hassan. Iaitu lemah sanadnya. Sesetengah ulama membolehkan penggunaan hadith daif hanya dalam menggalakkan sesuatu amalan atau kebaikan, tetapi tidak boleh diguna sebagai sumber hukum.

7. Hadith Maudu (palsu)
Tidak dapat dibuktikan hadith Rasulullah. Contohnya tidak diketahui sanadnya. Fitnah ini berlaku bermula pada zaman Khalifah Uthman di mana hadith palsu telah dicipta untuk mempertahankan aliran peribadi. Contoh hadith palsu: "Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya, dan kepada Nuh tentang ketakwaannya dan baktinya, dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya, dan kepada Musa tentang kehebatannya, dan kepada Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah ia lihat pada Ali (saidina Ali). Hadith yang diada-adakan oleh golongan syiah.

Rasulullah s.a.w. melarang mengada-adakan hadith palsu. Sabdanya; Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barang siapa yang berdusta atas namaku, masuklah dia ke dalam neraka. (Muslim)

Solat 1. Kepentingan solat
Sabda Rasulullah s.a.w.: Amal yang pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain. (Thabrani)

2. Jangan meninggalkan solat
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seseorang yang terluput solatnya adalah umpama seorang yang telah hilang segala kekayaan dan keluarganya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Seorang yang meninggalkan solatnya akan diam di dalam neraka selama satu huqub. (Satu huqub bersamaan lapan puluh tahun yang terdiri dari tiga ratus enam puluh hari setahun, dan satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun didunia)

3. Solat menghapuskan dosa
Sabda Rasulullah s.a.w.: Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar. (Muslim)

Kisah baginda bersama Abu Zar di waktu daun-daun keguguran. Sabda Rasulullah s.a.w.: Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini.

4. Kepentingan solat berjemaah
Sabda Rasulullah s.a.w.: Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik daripada solat bersendirian.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesorang yang solat berjemaah selama empat puluh hari tanpa ketinggalan takbir yang pertama mendapat dua jaminan: satu keselamatan dari neraka dan dua bebas dari nifaq.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku ingin supaya dapatku suruh budak-budak mengumpul kayu api yang banyak untukku dan kemudian daku pergi dari rumah ke rumah orang-orang yang solat di rumah masing-masing tanpa sesuatu uzur dan membakarnya.

Hadis kumpulan Imam Nawawi

1. Berkenaan niat
Sabda Rasulullah s.a.w: Hanya segala amal dengan niat dan bagi tiap-tiap orang apa yang diniatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. (Muslim)

2. Rukun Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.: Didirikan Islam atas lima rukun; syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan ramadan. (Bukhari dan Muslim)

3. Mencegah kemungkaran
Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekirannya tiada berkuasa juga, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (Muslim)

4. Meninggalkan yang tidak jelas.
Sabda Rasulullah s.a.w. :Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia halal atau pun haram. Maka barang siapa yang meninggalkan yang samar itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram. (Bukhari dan Muslim)

5. Mencintai saudaranya
Sabda Rasullulah s.a.w: Tiada beriman seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya. (Bukhari dan Muslim)

6. Nasihat
Sabda Rasulullah s.a.w.: Agama itu nasihat. Tanya sahabat: Bagi siapa? Jawab baginda: Bagi Allah dan bagi kitabNya dan bagi rasulNya dan imam-imam kaum muslimin dan bagi orang ramai (Muslim)

7. Perkara yang diada-adakan (ibadah khusus)
Sabda Rasulullah s.a.w.: Barang siapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak. (Bukhari & Muslim)

8. Bersedekah
Tanya sahabat: Ya Rasulullah! orang-orang yang mempunyai harta (kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak). Mereka bersembahyang sebagaimana kami bersembahyang dan mereka berpuasa sepertimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan-kelebihan harta mereka.

Jawab Rasulullah s.a.w.: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah dan melarang dari mungkar itu sedekah dan pada kemaluan kamu itu pun sedekah.

Tanya sahabat: Ya Rasulullah! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu?

Jawab baginda: Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada jalan yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah pahala baginya.
(Muslim)

9. Doa
Sabda Rasulullah s.a.w.: Allah telah berfirman: Hai anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan Aku tiada peduli. Hai anak Adam! Kalau telah sampai sekelian dosa engkau ke awan langit kemudian engkau memohon keampunanKu, nescaya Aku ampuni bagi engkau. Hai anak Adam! Kalau engkau datang kepada Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui Aku pada hal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi. (Tarmidzi)

10. Perjalanan hidup dan masa

Sabda Rasulullah s.a.w.: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau berdagang, atau orang yang sedang mengembara. (Bukhari)

Dari Umar r.a.: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau.

Dari Ali r.a.: Sesungguhnya dunia ini telah berangkat membelakangi, dan sesungguhnya akhirat itu berangkat mendatangi dan bagi kedua-duanya ada putera-puteranya. Maka jadilah kamu dari putera-putera akhirat dan janganlah kamu jadi dari putera-putera dunia. Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan, sedang esoknya hari perhitungan dan tiada amal.

Sabda Rasulullah: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum papa, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.

Silaturrahim Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang ada dikalangan mereka seseorang yang memutuskan silaturahim (Imam Al Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak ada dosa yang paling wajar disegerakan Allah akan siksanya kepada pelakuna di dunia ini daripada pemutus silaturahim (Abu Daud, Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)


KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...