Memaparkan catatan dengan label iSLAM PiliHANkU : KiSaH pEnGIsLAMan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iSLAM PiliHANkU : KiSaH pEnGIsLAMan. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mei 2013

Aku Meninggalkan Suami Kerana Ia Memintaku Meninggalkan Islam


Aku Meninggalkan Suami Kerana Ia Memintaku Meninggalkan Islam


Jika ada sebahagian di antara wanita muslimah yang rela meninggalkan Islam yang dianutnya demi cinta, ekonomi, harta, kekayaan, atau urusan dunia lainnya, maka dalam kisah nyata kali ini tidaklah demikian. Seorang wanita Jerman yang telah mendapat hidayah islam justru mengorbankan suaminya demi mempertahankan hidayah yang telah diraihnya! Sungguh hidayah itu adalah sangat mahal nilainya bagi orang-orang yang mau merenunginya dan mensyukurinya. Inilah dia kisahnya :

“Saya sampai di Saudi, sedangkan di fikiranku ada berbagai hal tentangnya. Sebelumnya saya sudah yakin bahawa akan terjadi perubahan besar pada diriku. Saya mulai memperhatikan hal-hal aneh di masyarakat yang ada di sekitarku. Ketika waktu shalat tiba, semua orang meninggalkan apa saja yang mereka kerjakan dan berdiri di shaf-shaf secara teratur (untuk melaksanakan shalat), mereka diliputi oleh kebahagiaan dan ketenangan.

Saya memperhatikan berbagai macam pergaulan antara anggota masyarakat, difikiranku berkecamuk dan bertumpuk berbagai pertanyaan. Pada setiap jawapan yang saya dapatkan, saya merasakan adanya denyutan baru di dalam hati yang belum pernah saya rasakan sebelumnya. Saya membandingkan antara susunan kehidupan di Jerman dan susunan kehidupan yang ada di sini. Di Jerman, kami menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tak bermanfaat, sementara di sini semua orang menghabiskan waktunya untuk bekerja dan beribadah.”

Selanjutnya wanita ini menambahkan, “Jurutera Subhi Tiraji dan isterinya telah menerangkan Islam kepadaku secara terperinci. Mereka juga telah menjelaskan kepadaku perkara-perkara yang ghaib dan pemahaman-pemahaman yang salah supaya saya masuk Islam dengan penuh kerelaan. Saya menamakan diri dengan Hana.

Saya mengirim surat kepada suamiku di Jerman untuk memberitahukan hal ini dan menjelaskan kepadanya tentang kelebihan-kelebihan agama Islam, serta menjelaskan bahawa Islamlah agama yang benar. Akan tetapi sayang, suamiku malah memintaku untuk segera pulang dan meninggalkan Islam. Saya menolak permintaannya dan mengorbankan dirinya. Saya meminta untuk di talak dan saya pun mendapatkan hasilnya. ALLAH memberiku seorang suami yang shalih, warganegara Amerika yang berasal dari Mesir.”

Kemudian Hana menceritakan kehidupan barunya, “Setiap minggu kami pergi ke Mekkah atau Madinah al-Munawwarah untuk menghabiskan waktu-waktu yang indah di berbagai tempat suci dan mendengarkan berbagai kaset, supaya dengan mudah kami mendapatkan pemahaman yang benar tentang Islam dengan lebih dalam dan lebih sempurna.”

http://helmdahl.blogspot.com/2013/05/aku-meninggalkan-suami-kerana-ia.html

Sabtu, 2 Februari 2013

DARI SAMI KEPADA PENDAKWAH ISLAM


DARI SAMI KEPADA PENDAKWAH ISLAM

"Tugas pendakwah sebenarnya menerangkan kemuliaan Islam itu sendiri bukannya mengkritik agama lain."

Demikian nasihat seorang bekas sami yang menceritakan pengalamannya memeluk agama Islam 12 tahun lalu.

Muhammad Sadiq, 50, yang sebelum ini dikenali sebagai Boojya Sri Vanamamalai Rajaguru Partha Sarathy Swamigal berkata, adalah tidak wajar bagi beliau dan mana-mana umat Islam lain mengkritik agama lain kerana tindakan itu sebenarnya boleh mencetuskan kekacauan yang akhirnya mendatangkan ketegangan antara agama.

Sehubungan itu Muhammad Sadiq menjelaskan, sepanjang pengalamannya memberikan dakwah kepada masyarakat, keindahan dan kemuliaan Islam merupakan antara intipati usaha murni untuk menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat.

"Perkara demikian yang dilakukan Rasullullah ketika zaman permulaan penyebaran Islam, malah tindakan itu sendiri menunjukkan bahawa Islam tidak mengajar umatnya untuk menghina kepercayaan lain," ujar beliau.

Muhammad Sadiq mengakui, beliau tidak pernah mengenali Islam sebelum memeluki agama itu.

Katanya, hatinya mula terbuka untuk menerima Islam apabila terdengar suara kalimah syahadah pada satu malam ketika berlangsungnya satu program keagamaan di salah sebuah kawasan di negeri Tamil Nadu, India.

Suara Pelik

Antara pukul 3 hingga 4 pagi, Muhammad Sadiq berkata bahawa beliau terdengar suara pelik kerana perkataan itu tidak pernah didengari sebelum ini sehinggakan menimbulkan tanda tanya berhubung maksud dan tujuan kejadian berkenaan.

"Suara itu menimbulkan tanda tanya sehingga beberapa hari. Lalu saya pergi menemui seorang ulama terkenal negeri Tamil Nadu yang bernama Maulana Ibrahim untuk menceritakan peristiwa malam tersebut.

"Beliau kemudian memberi penerangan selama sejam berkenaan soal agama Islam.

"Selama seminggu, saya memikirkan peristiwa dua kalimah syahadah itu dan penerangan oleh Maulana Ibrahim berkenaan kebenaran agama suci tersebut.

"Ekoran itu, barulah saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam setelah mengakui sepenuh hati kebenaran agama suci tersebut," kata beliau.

Pada saat tersebut menurut Muhammad Saddiq, beliau kehilangan keluarga, rakan-rakan, pengaruh dan segala-galanya selepas memutuskan untuk menganuti agama Islam.

Katanya, tiada apa yang tinggal ketika itu melainkan akidah Islam tersemat dalam sanubarinya.

"Dalam beberapa bulan, Maulana Ibrahim tinggal bersama saya dengan tujuan menerangkan agama tersebut sebelum saya membuat keputusan membina sebuah masjid dan sekolah agama untuk tujuan dakwah.

"Selepas mengenali Islam, baru saya mengetahui bahawa terdapat nama Nabi Muhammad, tanah suci Mekah dan beberapa perkataan berkaitan dengan agama Islam dalam isi kandungan keempat-empat jilid kitab Veda yang dimana tidak diketahui ketika menganut agama Hindu," jelas beliau yang kemudian menjelaskan bahawa Veda adalah kitab suci pada zaman Nabi Nuh.

Sehubungan itu, beliau kini sedang melakukan kajian bersama universiti tempatan di Malaysia dalam usaha mengkaji kaitan antara kitab Veda dengan agama Islam selain mewujudkan rujukan untuk panduan a generasi akan datang.

Sebelum mengakhiri temuramah, Muhammad Saddiq sekali lagi mengingati bahawa tugas pendakwah Islam adalah menyebarkan kesempurnaan ajaran agama yang dibawa Nabi Muhammad kepada seluruh umat manusia. Selebihnya berkenaan soal penerimaan terpulang kepada individu tersendiri memandangkan taufik dan hidayah adalah hak milik ALLAH.

"Oleh demikian, jangan kita mengkritik agama lain dengan tujuan untuk menarik perhatian ke agama Islam kerana itu bukan ajaran agama yang dibawa oleh Rasullullah," ujar beliau selepas sidang akhbar anjuran Madrasah India Muslim Malaysia (MIM) di ibu kota baru-baru ini.

Jumaat, 11 Januari 2013

Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam

Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam
by CAHAYA PURNAMA
Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades
Seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.

Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.

Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.

Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam. Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.

“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.

“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.

Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.

Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.

Tempah Percutian Murah Anda Sekarang !!
“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.

“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.

Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.

Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.

http://cahayapurnama.com/wp-content/uploads/2012/10/Melanie-Georgiades.jpg

Sabtu, 5 Januari 2013

Masuk Islamnya Jerry D Gray

Masuk Islamnya Jerry D Gray

Jerry D Gray, seorang penulis terkenal menjadi seorang saudara baru (mualaf ) yang sangat mencintai Indonesia dengan menukar kewarganeraraannya daripada warga AS ke WNI, menikahi seorang Indonesia dan menetap di Jakarta.

“Bagi saya Indonesia itu ibarat syurga. Saya sudah melancong ke banyak negara dan di sini saya mendapatkan kedamaian bergaul dan berinteraksi dan berkomunikasi dengan Muslim terbesar di dunia,” ujar Jerry.

Beristerikan seorang wanita Tasikmalaya dan dikaruniai seorang anak lelaki. Jerry terlibat dalam banyak kegiatan di Indonesia yang membuatkan dia makin serasi dengan suasana Indonesia, iaitu dengan mengadakan pengajian, berkongsi pengalaman dan menulis buku.

Tidak banyak orang yang menyangka Jerry D. Gray, warga AS yang pernah menjadi prajurit angkatan udara kuasa besar itu akan seorang mualaf yang tekun beribadah.

Jerry mengatakan, dia berusaha mengamalkan ajaran Islam secara kaffah sebagaimana diajarkan dalam kitab suci Al`Quran. Semua itu baru terlaksana setelah beliau mencari dan mengkajinya dalam waktu yang cukup lama. Bagi penulis buku “Deadly Mist”, “Demokrasi Barbar ala AS` dan “Dosa-dosa Media Amerika” itu, kecenderungannya terhadap Islam bermula dari tanah Arab tempat ajaran Islam itu sendiri pertama kali diturunkan kepada Rasullullah oleh Allah SWTmelalui Jibril.

Sebagai duta yang ditugaskan di Arab Saudi, beliau melihat betapa khusyuk dan ikhlasnya orang  Islam menjalankan solat sehingga sanggup meninggalkan segala aktiviti mereka termasuk yang berkaitan dengan wang sekalipun.

“Ketika alunan azan dilaungkan, solat dilaksanakan di tepi-tepi jalan, pengusaha kedai dan pasar raya semuanya mendirikan solat dengan meninggalkan barang-barang begitu sahaja, namun tidak ada yang hilang. Semua orang  melaksanakan solat dengan khusuk,” ujar Jerry yang pernah selama 2 hingga 5 tahun menjadi wartawan di sebuah stesen TV swasta di Indonesia itu.

Beliau menjadi bingung sekaligus takjub dan hasratnya untuk mengenal ajaran Islam  sudah tidak berupaya untuk ditahan-tahan lagi. Beliau melihat cahaya iman setelah melihat orang-orang melaksanakan solat.

Jerry mengaku ketika pertama kali memegang kitab suci Al Qur`an badannya terasa meremang, ketika mula membaca hatinya bergetar dan sejurus kemudian suara tangisan mengiringinya semasa membaca sepatah-sepatah ayat suci Al Qur`an.

Setelah hatinya merasa mantap beliau kemudian memilih menjadi mualaf di Arab Saudi. Keislamannya belum serta merta jadi mantap. Beliau pertama kali hanya melaksanakan solat dua kali dalam seminggu.

“Ketika tertimpa musibah saya akan bersolat, ternyata saya mendapatkan ketenangan dan musibah hilang. Setelah itu saya makin rajin mendirikan solat,” ujar Jerry.

Kini, Jerry seringkali diminta memberikan pandangannya tentang Islam, demokrasi dan terorisme. “Islam itu agama rahmatan lil alamin dan orang Islam bukanlah teroris,” ujar ayah kepada seorang anak itu. Bagi mantan wartawan CNBC itu, Indonesia sebagai negara dengan populasi Islam terbesar di dunia merupakan syurga yang ada di dunia.

" Saya tidak pernah bertemu Muslim, mendengar suara azan atau pun melihat masjid. Meskipun demikian saya berkeyakinan bahawa Yesus bukan anak Tuhan. Pada usia 12 tahun saya sudah berfikir tentang Tuhan. Ketika saya berumur 14 tahun, sudah mulai malas ke gereja". ujarnya semasa mengimbau pengalaman sewaktu kanak-kanak.

Saya malas pergi ke sana kerana tempat itu tidak dapat menghilangkan dahaga saya tentang Tuhan. Saya bosan setiap kali datang selalu dipenuhi dengan banyak ucapan haleluya. Padahal yang saya perlukan adalah penerangan tentang siapa itu Tuhan dan penjelasan tujuan atau misi hidup saya di dunia ini.

Saya percaya adanya Tuhan dan mahu masuk syurganya Tuhan. Tapi dari agama ini saya mengesan sesuatu yang tak kena kerana saya harus meyakini Yesus sebagai anak Tuhan. Untung saja nenek di rumah sering bercerita tentang Tuhan, sehingga saya lebih suka mendengarkan cerita-cerita nenek. Selama saya belajar agama daripadanya, dia tidak pernah menyatakan bahawa Yesus adalah anak Tuhan. Namun sebaliknya, di gereja saya selalu dipersalahkan, kerana tidak mahu mengakui Yesus sebagai anak Tuhan.

Jika Yesus menjadi anak Tuhan, mengapa Musa, Ibrahim dan Adam tidak menjadi anak Tuhan? Padahal, secara logiknya adalah lebih wajar Adamlah yang paling berhak menjadi anak Tuhan kerana dia tidak punya ibu dan bapa. Keyakinan saya bertambah setelah membaca kisah Musa yang memaksa ingin melihat Tuhan. Musa akhirnya dibolehkan melihat sedikit cahaya Tuhan dari gunung granit yang sangat gelap. Baru saja merefleksikan sedikit cahaya Tuhan, langsung gunung itu bergoyang-goyang dan sangat menyilaukan,  Musa pun pingsan. Berdasarkan kisah itu, kalau benar Yesus anak Tuhan, pasti orang yang melihat Yesus bakal mati atau pingsan. Ini kan tidak, bererti Yesus bukanlah anak Tuhan.

Saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar tentang Tuhan. Setelah tamat mengikuti kerahan wajib angkatan tentera dalam angkatan udara Amerika, saya ditawarkan menjadi penyelenggara pesawat peribadi Raja Fadh di Jeddah, Arab Saudi. Saya menolak tawaran tersebut kerana saya takut dibunuh oleh orang Islam dan berfikir adalah lebih baik saya menganggur sahaja.

Saya tinggal di dalam kereta di ujung sebuah dermaga di Hawaii. Setiap hari saya memancing. Apabila mendapat ikan, saya makan. Apabila tidak saya kelaparan. Paling teruk saya hanya minum daripada paip air yang ada di situ. Enam bulan saya menjalani keadaan sebegitu. Pernah tiga hari  berturut-turut saya tidak makan sama sekali, hanya minum saja kerana tidak dapat ikan. Tapi  saya tidak mahu bunuh diri. Saya menangis, memohon, agar Tuhan memberikan jalan keluar.

Namun tawaran tersebut datang lagi. Saya mengira Tuhan telah marah kepada saya. Kerana saya tidak mendapatkan pekerjaan lain dan menolak tawaran ke Arab. Akhirnya teman saya memberikan saranan kepada saya supaya menerima sahaja tawaran itu. Saya pun berangkat ke sana.

Di Jeddah saya melihat kejadian-kejadian yang sangat luar biasa, yang sangat berbeza dengan bayangan saya sebelumnya. Ternyata orang Islam begitu taat kepada Tuhannya dan baik kepada saya. Ketika mendengar azan mereka terus meninggalkan semua aktiviti untuk segera mengerjakan solat.

Begitu juga ketika saya berada di sebuah kedai emas. Saya mendengar azan. Pintu kedai emas terbuka. Padahal di kedai tersebut tidak ada orang yang menjaganya. Sesiapa pun yang berniat mencuri emas, akan sangat mudah mengambilnya. Tetapi kedai itu dibiarkan tidak bertutup  Saya berdiri saja di depan kedai itu menunggu penjual emas muncul. Setelah azan, jalan raya menjadi sepi dari lalu lalang manusia. Pengawal keselamatan tidak ada. Hanya apa yang saya lihat polis menegur beberapa orang yang terlewat untuk segera solat.

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu datang dan berkata “Mengapa tidak masuk?” Saya jawab, “Tidak mahu”. “Kenapa tidak mahu?” tanyanya.  “Saya takut disangka pencuri, nanti tangan saya dipotong,” jawab saya kerana setahu saya orang yang mencuri tangannya akan dipotong. Biasanya orang yang datang ke Jeddah diundang untuk menyaksikan pemotongan tangan bagi pencuri setiap Jumaat.

Masuk saja, kerana semua ini adalah milik Allah, bukan kepunyaan saya,” kata pemilik kedai itu. “Apa pun, kamu perlu, ambil! Mungkin kamu lebih memerlukan itu daripada saya?” katanya. Dia mengatakan bahawa semua itu milik Allah dan akan kembali kepada Allah.

Saya terharu dan mahu menangis mendengar ucapan yang tulus itu. Saya sangat teringin memiliki iman seperti itu. Sebaik mendengar azan dia terus bersolat. Orang mahu mengambil atau tidak hartanya, dia  tidak mempedulikannya, yang penting ketika Allah menyuruh solat dia berangkat solat dan semua hartanya itu dia serahkan kepada Allah.

Peristiwa itu membuat saya menjadi tertarik untuk mengetahui agama Islam lebih lanjut. Saya banyak berdiskusi tentang Islam. Termasuk dengan  Ahmad, salah seorang anggota Angkatan Udara Arab Saudi. Saya diberinya Al -Quran terjemahan bahasa Inggeris.

Ahmad menunjukkan ayat yang menyatakan Isa anak Maryam adalah hamba dan utusan Allah, bukan anak Allah. Ahmad menyebut Isa itu adalah nama lain dari Yesus, sedangkan Maryam sebutan lain dari Bunda Maria. Lebih kurang tiga ayat saya baca. Saya tidak mampu lagi meneruskan membacanya, kerana saya terasa amat sebak dan mahu sahaja menangis. Saya tidak mahu menangis di hadapan orang. Saya sangat yakin, inilah jawapan dari Tuhan. Rupa-rupanya saya disuruh ke Jeddah itu bukan kerana Tuhan marah, tapi kerana Tuhan mengabulkan doa saya.

Kemudian teman Ahmad yang bernama Rosyid,  datang ke rumah. Dia memberi tahu bahawa di salah sebuah masjid di Jeddah  akan diadakan kuliah mengenai Islam yang menggunakan bahasa Inggeris. “Kalau kamu ingin tahu lebih banyak tentang Islam datanglah ke masjid tersebut, nanti saya hantar,” kata Rosyid. Di masjid itu terjadilah perbincangan. Hati saya berdetak kagum. Luar biasa, bijak sekali guru ini. Semua yang dia katakan masuk akal. Penerangannya begitu spiritual dan jelas. 

Dia mengatakan bahawa Tuhan itu SATU bukan tiga, semua adalah ciptaan Tuhan dan bergantung kepada Tuhan. Tuhan tidak beranak tidak pula punya orangtua. Tidak ada yang dapat menyerupai Tuhan. Serta manusia hidup di dunia ini untuk mengabdi kepada Tuhan saja. Belum pun satu jam berdiskusi, sebenarnya hati saya sudah menerima Islam. Hanya saja saya belum mahu menyatakannya pada guru.

Malam itu saya tidak dapat tidur. Saya terus memikirkan ucapan guru tersebut. Akhirnya, pada hari ketiga saya putuskan untuk memeluk Islam. Saya ucapkan dua kalimat syahadat. Setelah itu guru berdiri dan mencium pipi kanan dan kiri saya. Guru mengajak semua orang yang ada di situ berdiri untuk mencium saya. Saya terkejut sekali  mendapat layanan seperti itu. Kemudian saya memahami bahawa itu adalah ungkapan kesejahteraan biasa daripada sesama Muslim.

-Dani Fitriyani-

http://ceritasoleh.blogspot.com/2012/11/masuk-islamnya-jerry-d-gray.html

Mantan Direktur NATO Masuk Islam, Jerman Gempar


Wilfried Hoffman
Namanya Wilfried Hoffman. Ia dilahirkan dalam keluarga Katolik Jerman pada 3 Julai 1931. Hoffman meraih gelar Doktor di bidang ilmu hukum dan yurisprodensi dari Universiti Munich, Jerman tahun 1957. Pada tahun 1983-1987, beliau dilantik menjadi pengarah maklumat NATO di Brussels.

Jerman sangat mengenali Hoffman, kerana setelah bertugas di NATO, beliau dilantik menjadi diplomat (duta besar) Jerman ke Algeria tahun 1987 dan duta di Maghribi tahun 1990-1994. Oleh itu, Jerman menjadi gempar seketika apabila Hoffman menerbitkan buku yang berjudul Der Islam als Alternative (Islam sebagai Alternatif). Jerman terkejut, ternyata salah satu putra terbaiknya telah memeluk Islam.

Hoffman sebenarnya telah masuk Islam sejak lama, jauh sebelum bukunya diterbitkan pada 1992. Beliau memeluk Islam bahkan sebelum bertugas ke Algeria dan Maghribi. Bagaimana beliau mendapatkan hidayah?

Pada ketika itu, Hoffman sangat prihatin pada dunia barat yang mulai kehilangan moral. Agama yang dulu dianutnya dirasakannya tidak mampu mengubati rasa kekecewaan dan keprihatinannya akan keadaan tersebut.

Hoffman juga mempunyai beberapa soalan teologi yang belum terjawab, terutama mengenai dosa warisan. Beliau juga tidak puas dengan jawapan mengapa tuhan mempunyai anak dan harus pasrah diseksa hingga mati di kayu salib.

"Ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak punya kuasa," tegasnya.

Hoffman bahkan sempat "meragukan" kewujudan Tuhan. Beliau lalu melakukan analisa terhadap karya-karya ahli falsafah seperti Wittgenstein, Pascal, Swinburn, dan Kant, hingga akhirnya beliau dengan yakin mendapati bahawa Tuhan itu ada.

Jika Tuhan itu ada, bagaimana manusia berkomunikasi dengan-Nya? Hoffman mencari akan jawapan persolan itu. Akhirnya beliau menemui jawapan, Jawapannya adalah wahyu. Maka beliau pun membandingkan pelbagai "wahyu" yang ada. Setelah membandingkan kitab suci Yahudi, Kristian dan Islam itulah Hoffman mendapati Islamlah yang secara tegas menolak dosa warisan. Beliau juga mendapati, dalam Islam seseorang  berdoa secara langsung terus kepada Allah, bukan melalui perantara atau tuhan-tuhan yang lain.

"Seorang Muslim hidup di dunia tanpa pendeta dan tanpa hierarki keagamaan; ketika berdoa, tidak berdoa melalui Yesus, Maria, atau orang-orang suci, tetapi terus kepada Allah," kata Hoffman.

Tauhid yang murni di dalam Islam itulah yang akhirnya membuatkan Hoffman memeluk Islam. Keyakinannya semakin kuat ketika beliau bertugas di Algeria dan melihat betapa umat Islam Algeria begitu sabar, kuat dan tabah menghadapi pelbagai macam ujian dan cubaan dari umat lain. Sangat berbeza dengan keperibadian masyarakat Barat yang rapuh.

"Saya menyaksikan kesabaran dan ketahanan orang-orang Algeria dalam menghadapi penderitaan melampau (perit), mereka sangat berdisiplin dan menjalankan ibadat puasa selama bulan Ramadhan, rasa percaya kedudukan diri mereka sangat tinggi akan meraih kemenangan di sisi Tuhan. Saya sangat  menghormati dan bangga dengan sikap mereka," ujarnya.

Ketika keislamannya diketahui umum pasca terbitnya buku Der Islam als Alternative, media massa dan masyarakat Jerman serentak mencerca dan menggugat Hoffman. Media massa terkenal Del Spigel pun turut mencercanya. Bahkan pada kesempatan berbeza, televisyen Jerman menyiarkan   video ketika Hoffman  sedang melaksanakan solat di atas sejadah, di pejabat Duta Besar Jerman di Maghribi, sambil diulas oleh pemberita: "Apakah logik jika Jerman berubah menjadi Negara Islam yang tunduk kepada undang-undang Tuhan?"

Hoffman tersenyum mendengar komentar wartawan tersebut. "Jika aku telah berjaya mengemukakan sesuatu, maka sesuatu itu adalah suatu realiti yang pedih." Ertinya, lelaki yang menambah namanya dengan "Murad" (yang dicari) ini, faham bahawa keislamannya akan membuat warga Jerman marah. Namun beliau sedar, segala sesuatu harus beliau hadapi apapun risikonya. Bagi Murad Wilfried Hoffman, demikian nama lengkapnya setelah menjadi Muslim, Islam adalah agama yang rasional dan maju.

Seiring waktu, masyarakat Jerman mula "menerima" keislaman Hoffman. Sebahagian mereka juga turut membaca karya-karya mualaf yang komitmen mendakwahkan Islam ini. Buku berikutnya yang ditulis Hoffman berjudul Trend Islam 2000. Selain menulis, Hoffman juga aktif dalam organisasi keislaman, seperti OIC. Beliau terus menyampaikan pemikiran-pemikiran briliannya untuk kemajuan Islam.

Pada September 2009 lalu, Hoffman dinobatkan sebagai Muslim Personality of The Year (Muslim Berkepribadian Tahun Ini), yang diadakan oleh Dubai International Holy Quran Award (DIHQA). Penghargaan serupa pernah diberikan kepada Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi. 

http://ceritasoleh.blogspot.com/2012/08/mantan-direktur-nato-masuk-islam-jerman.html

Sabtu, 14 Julai 2012

Kisah Masuk Islamnya Seorang Doktor Amerika Kerana Satu Ayat Al-Qur’an


Gambar hiasan

Beberapa tahun yang lalu, seorang teman bercerita kepadaku tentang kisah seorang doktor Amerika memeluk Islam. Daripada apa yang kuingat, kisah yang indah ini adalah : Kisah ini terjadi di salah satu hospital di Amerika Syarikat.

Di HOSPITAL tersebut, seorang doktor pakar muslim bekerja dengan sangat baik, sehingga memberi pengaruh besar di kalangan doktor berbangsa Amerika yang bekerja di hospital yang sama. Dan dia, dengan kemampuan tersebut menarik perhatian serta mengkagumkan mereka. Di antara para doktor Amerika ini, dia mempunyai satu teman karib, iaitu orang yang menceritakan kisah ini. Mereka berdua selalu bertemu dan kedua-duanya bekerja di wad bersalin.

Pada suatu malam, di hospital tersebut dua orang wanita telah melahirkan bayi pada ketika yang hampir sama. Setelah kedua-dua wanita itu melahirkan, dua bayi tersebut tercampur dan tidak ada yang mengetahui pemilik sebenar kedua-dua bayi tersebut iaitu seorang laki-laki dan seorang lagi perempuan. Kecelaruan ini terjadi disebabkan kelalaian jururawat yang seharusnya menulis nama ibu pada gelang yang diletakkan di tangan kedua-dua bayi tersebut.

Dan dalam kebingungan menentukan pemilik bayi-bayi tersebut, maka doktor berbangsa Amerika berkata kepada doktor Muslim tersebut;
" Engkau mengatakan bahwasanya Al-Qur’an telah menjelaskan segala sesuatu dan engkau mengatakan bahwasanya Al-Qur’an itu mencakup semua permasalahan-permasalahan apapun. Maka tunjukkanlah kepadaku cara mengetahui siapa ibu dari masing-masing bayi ini..!!"

Doktor Muslim itupun menjawab,
" Ya, Al-Qur’an telah menerangkan segala sesuatu dan akan aku buktikan kepadamu tentang hal itu. Biarkan kami mendiagnosis kedua ibu dan kami akan menemukan jalan keluar."

Setelah nampak hasil diagnosis, dengan sangat percaya diri doktor muslim itu memberitahu temannya si doktor Amerika, siapakah ibu sebenarnya dari masing-masing bayi tersebut…!! Doktor Amerika itupun kehairanan dan bertanya, " Bagaimana kamu tahu?"

Doktor Muslim menjawab:
" Sesungguhnya hasil yang nampak menunjukkan bahwasanya kadar banyaknya  air susu pada payudara ibu si bayi laki-laki dua kali ganda kandungannya dibanding ibu si bayi perempuan. Perbandingan kadar garam dan vitamin pada si ibu bayi laki-laki itu juga dua kali ganda dibanding ibu si bayi perempuan."

Kemudian doktor muslim tersebut membacakan ayat Al-Qur’an yang dia jadikan dasar kenyataannya dari jalan keluar itu,

.....iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”
 (QS. An-Nisa:11)

Dan setelah mendengar penerangan daripada doktor Muslim itu mengenai kaitan ayat tersebut dengan kes yang terjadi, doktor Amerika itu kehairanan, dan dia menyatakan keislamannya secara spontan tanpa ragu-ragu.

Subhanallah, Maha Suci Allah Pentadbir semesta alam.

sumber: jilbab.or.id

Ahad, 10 Jun 2012

Joseph Cohen, Yahudi Fanatik yang Memeluk Islam

Yusuf Muhammad Khatab sekeluarga
Namanya Joseph Cohen, seorang Yahudi fanatik warga Amerika Syarikat. Pada tahun 2008, demi kecintaan pada Yudaisme, dia berpindah ke Israel.

Namun tiga tahun kemudian, dia memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Yusuf Muhammad Khatab. Sejak itu pula, dia menjadi pendukung setia Hamas. Sebuah gerakan  Islam yang menentang penjajahan Israel terhadap Palestin.


Kini, Josep alias Yusuf tak ingin lagi mengucap kata Israel. Ia bahkan menyebut tanah yang diduduki Israel sebagai wilayah Palestin.

Hidayah Allah diterima oleh Yusuf ketika dia tinggal di Kota Netivot, sebuah kawasan gurun di Israel. Saat ia berbincang dengan seorang syeikh dari Uni Emirat Arab (UAE) via internet. “Saya menghabiskan waktu berjam-jam dengan Syeikh, berdiskusi tentang teologi,” tuturnya ketika diwawancarai Israel TV beberapa waktu lalu.
Setelah itu, dia pun mencuba membaca Al-Quran, kitab suci umat Islam. Lambat-laun, pandangan Yusuf tentang Yudaisme mulai berubah. Dalam penilaiannya, Yudaisme seakan sama dengan rasisme.
Saat itu juga, Yusuf mengatakan pada isterinya, Luna, hasratnya ingin menukar agama dengan memeluk Islam. Sebagaimana dirinya, Luna juga merupakan seorang Yahudi fanatik. “Dengar sayang,” kata Yusuf. “Aku sangat mencintaimu, namun aku harus jujur padamu…”

“Aku membaca Al-Quran, dan sangat kagum dengan apa yang terkandung di dalamnya. Dan jika harus mengatakan bahawa aku seorang beragama Yahudi, maka aku adalah pembohong,” tegasnya kepada isterinya.
Rupanya Luna tidak terkejut dengan kata-kata suaminya. Bahkan, dia pun menyokong keputusan Yusuf dengan memeluk Islam bersama-sama, termasuk anak-anak mereka.


Mereka sekeluarga telah berpindah dari Netivot ke lingkungan Arab di Yerusalem Timur. Anak-anak mereka tidak lagi belajar Taurat. Padahal di sekolah, mereka termasuk murid-murid menonjol dalam pelajaran tersebut. “Kini, anak-anak mereka belajar Al-Quran,” kata Yusuf.
Yusuf juga sangat menyokongHamas. Dan dia percaya, bahawa negara Islam harus didirikan di mana Israel dan Palestina kini berada.

Kini, Yusuf tak ingin lagi dikaitkan dengan masa lalu Yahudi-nya. Dia  menegaskan dirinya 100 peratus Muslim

Sabtu, 9 Jun 2012

Al Quran Buka Pintu Hati Myriam

Susunan ZUARIDA MOHYIN
Myriam Francois-Cerrah

MYRIAM Francois-Cerrah, yang juga dikenali dengan nama Emilie Francois dilahirkan 29 tahun lalu, sebelum ini adalah pelakon Britain yang berdarah kacukan Perancis dan Ireland.

Kerjaya seninya bermula seawal usia 12 tahun ketika membintangi filem Sense and Sensibility (1995). Dia membawakan watak Margaret Dashwood sebaris dengan pelakon Emma Thompson and Kate Winslet.

Kemudian menerima tawaran lakonan dalam filem Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri and Heath Ledger dan New Year's Day (2000), dia membawa watak Heather.

Pada tahun 2003, selepas melakukan penyelidikan luas ke dalam aspek kepercayaan beragama, Myriam telah mengambil keputusan mengejutkan semua pihak dengan mengucap dua kalimah syahadah, sekali gus bergelar Muslim pada usianya menginjak 21 tahun ketika itu.

Kini, Myriam aktif sebagai jurucakap bagi mengenali umat Islam dengan muncul di program perbandingan agama Big Question, di stesen televisyen BBC pada tahun 2008 hingga 2011 bergandingan dengan Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan ramai lagi. Malah dia juga menyumbang buah fikiran dan ilmu pengetahuannya dalam diskusi di Newsnight (2009), 4thought (2011), BBC News (2010), Crosstalk (2010) dan pelbagai dokumentari termasuk, The Life of Muhammad, dihoskan oleh Rageh Omar (2011).

Pada masa ini, bertugas sebagai wartawan bebas rencana-rencanaya tersiar di The Huffington Post, New Statesman, The London Paper, Index on Censorship, F-Word, dan majalah Emel.

Pada tahun ini, Myriam dijangka memperoleh doktor falsafah dalam bidang Pengajian Oriental dari Universiti Oxford setelah memiliki ijazah sarjana dengan kepujian dalam bidang politik Asia Barat dari Universiti Georgetown dan ijazah sarjana muda dari Universiti Cambridge dalam bidang Sains Politik dan Sosial.
Menurut Myriam, dia memeluk Islam seusia menamatkan pengajiannya di Cambridge.

Sebelum itu, mengakui dirinya seorang yang beragama Kristian tetapi memiliki sikap yang skeptikal iaitu mempercayai tuhan tetapi agak curiga pada agama yang teratur.

Akuinya lagi, al-Quran adalah penting dan paling terkesan dalam keseluruhan hidupnya. Ini kerana dia pernah cuba mengetahui tentang kitab suci umat Islam ini dalam keadaan diri yang marah.

“Saya mengambil al-Quran bertujuan untuk membuktikan kepada teman yang beragama Islam bahawa apa yang tercatat di dalamnya itu adalah pembohongan belaka.
“Namun, kemudiannya marah yang membuak-buak itu bertukar dengan hati dan fikiran yang terbuka.

“Mukadimah dengan surah al-Fatihah, yang ditujukan kepada seluruh umat manusia, secara psikologinya telah meredakan baran saya ketika itu," kata Myriam.

Hakikatnya, sedikit demi sedikit, bait-bait ayat al-Quran itu menjawab segala sanggahan yang selama ini bermain di fikiran Myriam, terutamanya berkaitan kepercayaan.
Jelasnya lagi, ia menjadikan dia dewasa secara tiba-tiba sebaik menyedari bahawa setiap perlakuan individu di atas muka bumi ini akan dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka sendiri kelak.
Semuanya menjawab mengapa atau tujuan manusia diwujudkan di atas muka bumi ini?
Cerita Myriam lagi, dia dapat merasakan bahawa kebanyakan daripada teman-teman baiknya menyangka yang dia sedang melalui satu fasa dan akan muncul dalam keadaan yang selamat, tanpa menyedari bahawa perubahannya itu adalah sesuatu yang pastinya amat mengejutkan.

“Sebahagian daripada teman baik saya sentiasa memberikan sokongan dan pemahaman terhadap apa juga keputusan yang saya ambil.

“Malah saya tidak melihat pengislaman diri saya ini sebagai reaksi berlawanan atau membelakangkan kebudayaan saya. Islam bukanlah satu agama yang asing.
Kita tidak sepatutnya merasakan apabila sahaja kita beragama Islam, maka segala tentang kebudayaan warisan kita akan hilang. Islam adalah pengesahan tentang kebaikan di dalam diri kita dan bagaimana kita memperbaiki segala yang buruk.

“Islam adalah bermaksud adanya keseimbangan dan mesej Rasulullah SAW itu adalah asasi dalam memperoleh keseimbangan dalam apa juga yang kita lakukan," jelas Myriam.

Kalau dahulu Myriam memperoleh populariti menerusi lakonan di layar perak lewat tahun 90-an. Kini, Myriam adalah sebahagian daripada wanita terpelajar golongan pertengahan yang memeluk Islam di Britain.

Akhir-akhir ini, Myriam telah menyumbangkan beberapa siri video berkaitan Islam yang diterbitkan di United Kingdom (UK) berjudul, Inspired by Muhammad.
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info

Ahad, 18 Mac 2012

Sara kaji Islam sebelum syahadah


MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka
 pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan
 
Susunan ZUARIDA MOHYIN

MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan

IBU bapa saya mengatakan bahawa orang Islam itu berperangai buruk, pengganas dan suka menyeksa orang lain. Jadi pandangan saya tentang Islam adalah negatif.

Rupa-rupanya saya silap! Pertama kali saya mendengar tentang Islam ialah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada waktu itu saya berada di sebuah sekolah menengah dan ramai di kalangan teman-teman sekolah saya adalah orang Islam.

"Mereka sangat baik, peramah dan mengambil berat. Ada sekali itu, saya terdengar mereka bercerita tentang Tuhan mereka. Secara curi-curi dengan, saya dapati mereka sangat menyayangi agama mereka.

"Bermula dari situ, saya mula berminat untuk mengenali siapa tuhan bagi orang Islam. Lantas, saya mula mencarinya menerusi bahan-bahan bacaan dan menerusi Internet. Saya terkesima apabila mendapati bahawa apa yang disentuh di dalam Islam itu diterima akal belaka."

Itu cerita Sara membuka bicara detik awal yang membawa kepada Islam.

Mungkin ramai yang berasa pelik pada usia 11 tahun Sara sudah mula mencari maklumat tentang agama. Sedangkan lumrah remaja seusianya hal berkaitan agama langsung tidak pernah diendahkan.

Namun, akui Sara, oleh kerana dia dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang kuat, tidak hairlanlah pada usia muda dia telah mula mengkaji pelbagai agama, sebelum mengambil keputusan untuk memilih pegangan agama yang dirasakan betul dan benar.

Malah dia pernah diajukan persoalan tentang pandangan ramai yang beranggapan wanita Islam sentiasa ditindas dan perlu dibebaskan.

Semua itu adalah salah belaka kerana katanya, wanita Islam jauh lebih bebas dan ada hak-hak mereka yang jelas.

Malah dalam al-Quran sendiri ada beberapa surah khas buat kaum Hawa.

"Yang sebenarnya, ramai yang tidak perasan atau mungkin tidak tahu bahawa wanita Barat adalah golongan yang lebih ditindas secara rela. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka terang-terangan telah dipotretkan sebagai simbol seks.

"Lantas, mereka terpaksa menggunakan aset tersebut untuk mencapai pelbagai matlamat dalam hidup. Yang mana hakikatnya, ini merupakan sesuatu yang jelas satu penghinaan kepada kaum wanita. Apabila datangnya Islam, wanita itu telah dipelihara hak-hak mereka," jelas Sara yang masih merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya.

Kata Sara lagi, dia mungkin berbuat demikian kerana masih dibelenggu dengan perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya rahsia yang disimpan itu bocor.

"Saya akan memberitahu mereka bila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini saya rasa lebih selesa dan selamat jika mereka tidak mengetahuinya. Tetapi apabila mereka tahu, saya pasti akan bertudung selepas itu."



Rabu, 22 Februari 2012

MENGAPA SAYA MEMELUK ISLAM - Yusuf Islam


Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan. Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal. Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang.

Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda. Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim. Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan.

Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami. Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik. Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia.

Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula. Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!


Isnin, 28 November 2011

KISAH ANEH PENDETA KRISTIAN YANG MEMELUK ISLAM


Sumber : http://hanafishahdan.blogsome.com

Mungkin kisah ini terasa sangat aneh bagi mereka yang belum pernah bertemu dengan orangnya atau langsung melihat dan mendengar penuturannya. Kisah yang mungkin hanya terjadi dalam cerita fiksyen, namun menjadi kenyataan. Hal itu tergambar dengan kata-kata yang diucapkan oleh sipemilik kisah yang sedang duduk di hadapanku mengisahkan tentang dirinya. Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut dan mengetahui kejadian-kejadian yang menarik sepenuhnya, mari bersama-sama mengikuti kisah ini. Kisah yang berlaku di kota Johannesburg, kota bintang emas yang kaya di negara Afrika Selatan di mana aku pernah bertugas sebagai pimpinan cawangan di pejabat Rabithah al-’Alam al-Islami di sana.

Pada tahun 1996, di sebuah negara yang sedang mengalami musim dingin, pada siang hari yang mendung, diiringi hembusan angin dingin yang menusuk tulang, aku menunggu seseorang yang berjanji akan menemuiku. Isteriku sudah mempersiapkan makanan tengah hari untuk menjamu tetamu yang terhormat. Orang yang aku tunggu dahulunya adalah seorang yang mempunyai hubungan erat dengan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela. Dia seorang pendakwah dan penyebar dan agama Nasrani. Orang yang dimaksudkan ialah seorang pendeta, namanya ‘Sily.’ Aku dapat bertemu dengannya melalui perantaraan urusetia pejabat Rabithah yang bernama Abdul Khaliq Matir, di mana dia memberitahu kepada-ku bahawa seorang pendeta ingin datang ke pejabat Rabithah kerana ingin membincangkan suatu perkara penting.

Tepat pada waktu yang telah dijanjikan, pendeta tersebut datang bersama temannya yang bernama Sulaiman. Sulaiman adalah salah seorang anggota sebuah kelab tinju setelah dia memeluk Islam. Aku menyambut kedaatangan mereka di pejabatku dengan perasaan yang sangat gembira. Sily seorang yang bertubuh pendek, berkulit sangat hitam dan mudah tersenyum. Dia  duduk di depanku dan berbicara denganku dengan lemah lembut. Aku katakan, "Saudara Sily bolehkah kami mendengar kisah keIslamanmu?" dia tersenyum dan berkata, "Ya, tentu saja boleh."

Pembaca yang mulia, dengar dan perhatikan apa yang telah dia ceritakan kepadaku, kemudian setelah itu, silakan beri penilaian!

Sily berkata, "Dulu aku seorang pendeta yang sangat aktif. Aku berkhidmat untuk gereja dengan sepenuh hati. Tidak hanya sampai di situ, aku juga salah seorang aktivis kristianisasi senior di Afrika Selatan. Kerana penglibatanku yang sangat aktif maka Vatikan memilihku untuk menjalankan program kristianisasi yang mereka biayai. Aku mengambil dana Vatikan yang sampai kepadaku untuk menjalankan program tersebut. Aku mempergunakan segala cara untuk mencapai matlamatku. Aku melakukan berbagai kunjungan rutin ke madrasah-madrasah, sekolah-sekolah yang terletak di kampung dan di daerah pedalaman. Aku memberikan dana tersebut dalam bentuk sumbangan, pemberian, sedekah dan hadiah agar dapat mencapai matlamatku iaitu mengkristienkan seberapa ramai  masyarakat ke dalam agama Kristien. Gereja melimpahkan dana tersebut kepadaku sehingga aku menjadi seorang hartawan, mempunyai rumah mewah, kereta dan gaji yang tinggi. Kedudukanku menjulang naik berbanding  pendeta-pendeta lainnya.

Pada suatu hari, aku pergi ke pusat pasar di kotaku untuk membeli beberapa hadiah. Di tempat itulah bermulanya perubahan!

Di pasar itu aku bertemu dengan seseorang yang memakai kopiah. Dia  pedagang yang mendagangkan berbagai hadiah. Waktu itu aku mengenakan pakaian jubah pendeta berwarna putih yang merupakan ciri khas kami. Aku mulai menawar harga yang disebutkan si penjual. Dari sini aku mengetahui bahawa dia seorang muslim. Kami menyebutkan agama Islam yang ada di Afrika Selatan dengan sebutan ‘agama orang Arab.’ Kami tidak menyebutnya dengan sebutan Islam. Aku pun membeli berbagai hadiah yang aku inginkan. Sulit bagi kami menjerat orang-orang yang lurus dan mereka yang taat mengamalkan agamanya, sebagaimana yang telah berhasil kami tipu dan kami kristienkan dari kalangan orang-orang Islam yang miskin di Afrika Selatan.

Si penjual muslim itu bertanya kepadaku, "Bukankah anda seorang pendeta?" Aku jawab, "Benar." Lantas dia bertanya kepadaku, "Siapa Tuhanmu?" Aku katakan, "Al-Masih."

Dia  kembali berkata, "Aku mencabarmu, cuba nyatakan satu ayat di dalam Injil yang menyebutkan bahawa al-Masih AS ada berkata seperti ini…….., ‘Aku adalah Allah atau aku anak Allah. Maka sembahlah aku’." Ucapan muslim tersebut bagaikan petir yang menyambar kepalaku. Aku tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut.

Aku berusaha membuka-buka kembali catatanku dan mencarinya di dalam kitab-kitab Injil dan kitab Kristien lainnya untuk menemukan jawaban yang jelas terhadap pertanyaan lelaki tersebut. Namun aku tidak menemukannya. Tidak ada satu ayat pun yang men-ceritakan bahawa al-Masih berkata bahawa dia adalah Allah atau anak Allah. Lelaki itu telah menjatuhkan mentalku dan menyulitkanku. Aku ditimpa sebuah bencana yang membuat dadaku sempit. Bagaimana mungkin pertanyaan seperti ini tidak pernah terlintas olehku? Lalu aku tinggalkan lelaki itu sambil menundukkan wajah. Ketika itu aku sadar bahawa aku telah berjalan jauh tanpa arah. Aku terus berusaha mencari ayat-ayat seperti ini, walau bagaimanapun rumitnya. Namun aku tetap tidak mampu, aku telah kalah.

Aku pergi ke dewan Gereja dan meminta kepada para anggota dewan agar berkumpul. Mereka bersetuju. Pada pertemuan tersebut aku menerangkan kepada mereka tentang apa yang telah aku dengar. Tetapi mereka malah menyerangku dengan ucapan, "Kamu telah ditipu orang Arab. Mereka  hanya ingin menyesatkanmu dan memasukkan kamu ke dalam agama orang Arab." Aku katakan, "Kalau begitu, cuba beri jawabannya!" Mereka membantah pertanyaan seperti itu namun tak seorang pun yang mampu memberikan jawapan.

Pada hari minggu, aku ditugaskan memberikan pidato dan pelajaranku di gereja. Aku berdiri di depan orang ramai untuk memberikan pesanan dan nasihat sebagaimana biasa. Namun aku tidak sanggup melakukannya. Para hadirin merasa aneh, kerana aku berdiri di hadapan mereka tanpa mengucapkan sepatah katapun. Aku kembali masuk ke dalam gereja dan meminta kepada temanku agar ia menggantikan tempatku. Aku katakan bahawa aku sedang sakit. Padahal jiwaku hancur luluh.

Aku pulang ke rumah dalam keadaan bingung dan cemas. Lalu aku masuk dan duduk di sebuah ruangan kecil. Sambil menangis aku menengadahkan pandanganku ke langit seraya berdoa. Namun kepada siapa aku berdoa.

Kemudian aku berdoa kepada Dzat yang aku yakini bahawa Dia adalah Allah Maha Pencipta, "Ya Tuhanku… Wahai Dzat yang telah menciptakanku… sungguh telah tertutup semua pintu di hadapanku kecuali pintuMu… Janganlah Engkau halangi aku mengetahui kebenaran… manakah yang hak dan di manakah kebenaran? Ya Tuhanku… jangan Engkau biarkan aku dalam kebimbangan… tunjukkan kepadaku jalan yang hak dan bimbing aku ke jalan yang benar…" lantas akupun tertidur.


Bermimpi bertemu Rasulullah SAW
Di dalam tidur, aku melihat diriku sedang berada di sebuah ruangan yang sangat luas. Tidak ada seorang pun di dalamnya kecuali diriku.

Tiba-tiba di tengah ruangan tersebut muncul seorang lelaki. Wajah orang itu tidak begitu jelas kerana kilauan cahaya yang terpancar darinya dan dari sekelilingnya. Namun aku yakin bahawa cahaya tersebut muncul dari orang tersebut.

Lelaki itu memberi isyarat kepadaku dan memanggil, "Wahai Ibrahim!" Aku menoleh ingin mengetahui siapa Ibrahim, namun aku tidak menjumpai siapa pun di ruangan itu. Lelaki itu berkata, "Kamu Ibrahim… kamulah yang bernama Ibrahim. Bukankah engkau yang memohon petunjuk kepada Allah?" Aku jawab, "Benar." Lelaki itu berkata, "Lihat ke sebelah kananmu!" Maka akupun menoleh ke kanan dan ternyata di sana ada sekelompok orang yang sedang memanggul barang-barang mereka dengan mengenakan pakaian putih dan bersorban putih. Ikutilah mereka agar engkau mengetahui kebenaran!" Lanjut lelaki itu.

Kemudian aku terbangun dari tidurku. Aku merasakan perasaan  gembira menyelimutiku. Namun aku belum juga memperoleh ketenangan ketika muncul pertanyaan, di mana gerangan kelompok yang aku lihat di dalam mimipiku itu berada.

Pergi Mengembara Mencari...

Aku bertekad untuk mencari jawapannya dengan pergi mengembara untuk mencari sebuah kebenaran, sebagaimana ciri-ciri yang telah diisyaratkan dalam mimpiku. Aku yakin ini semua merupakan petunjuk dari Allah SWT. Kemudian aku minta cuti kerja dan mulai melakukan perjalanan panjang yang memaksaku untuk berkeliling di beberapa kota mencari dan bertanya di mana orang-orang yang memakai pakaian dan sorban putih berada. Telah panjang perjalanan dan pencarianku. Setiap aku menjumpai kaum muslimin, mereka hanya memakai seluar panjang dan kopiah. Hingga akhirnya aku sampai di kota Johannesburg.


Di sana aku menuju ke pejabat penerima tamu milik Lembaga Muslim Afrika. Di pejabat itu aku bertanya kepada pegawai penerima tamu tentang jamaah tersebut. Namun dia menyangka bahawa aku seorang peminta sedekah lalu memberikan sejumlah wang kepadaku. Aku katakana padanya, "Bukan ini yang aku minta. Bukankah kalian mempunyai tempat ibadah yang dekat dari sini? Tolong tunjukkan masjid yang terdekat." Lalu aku mengikuti arahannya dan aku terkejut ketika melihat seorang lelaki berpakaian dan berserban putih sedang berdiri di depan pintu.

Selamat Datang Ya Ibrahim!
Aku sangat gembira, kerana ciri-cirinya sama seperti yang aku lihat dalam mimpi. Dengan hati yang berbunga-bunga, aku mendekati orang tersebut. Sebelum aku mengatakan sepatah kata, ia terlebih dahulu dia berkata, "Selamat datang ya Ibrahim!" Aku terperanjat mendengarnya. Dia mengetahui namaku sebelum aku memperkenalkannya. Lantas dia meneruskan kata-katanya, "Aku melihatmu di dalam mimpi bahawa engkau sedang mencari-cari kami. Engkau hendak mencari kebenaran? Kebenaran ada pada agama yang diredhai Allah untuk hamba-Nya iaitu Islam." Aku katakan, "Benar. Aku sedang mencari kebenaran yang telah ditunjukkan oleh lelaki bercahaya dalam mimpiku, agar aku mengikuti sekelompok orang yang berpakaian seperti pakaian yang engkau pakai.

 Tahukah kamu siapa lelaki yang aku lihat dalam mimpiku itu?" Dia menjawab, "Dia adalah Nabi kami Muhammad, Nabi agama Islam yang benar, Rasulullah SAW." Sukar bagiku untuk mempercayai apa yang terjadi pada diriku. Namun terus sajaaku peluk dia dan aku katakan kepadanya, "Benarkah lelaki itu Rasul dan Nabi kalian yang datang menunjukiku agama yang benar?" Ia berkata, "Benar."

Dia lalu menyambut kedatanganku dan memberikan ucapan selamat kerana Allah telah memberiku hidayah kebenaran. Kemudian ketika sampai waktu solat zohor. Dia mempersilakan aku duduk di tempat paling belakang dalam masjid dan dia pergi untuk melaksanakan solat bersama jamaah yang lain. Aku memperhatikan kaum muslimin banyak memakai pakaian seperti yang dipakainya. Aku melihat mereka rukuk dan sujud kepada Allah. Aku berkata dalam hati, "Demi Allah, inilah agama yang benar.

Aku telah membaca dalam berbagai kitab bahawa para nabi dan rasul meletakkan dahinya di atas tanah sujud kepada Allah." Setelah mereka solat, jiwaku mulai merasa tenang dengan fenomena yang aku lihat. Aku berkata dalam hati, "Demi Allah sesungguhnya Allah SAW telah menunjukkan kepadaku agama yang benar." Seorang muslim memanggilku agar aku mengumumkan keislamanku. Lalu aku mengucapkan dua kalimat syahadat dan aku menangis semahu-mahunya selepas itu kerana terlalu gembira setelah mendapat hidayah dari Allah SWT.

Kemudian aku tinggal bersamanya untuk mempelajari Islam dan aku pergi bersama mereka untuk melakukan perjalanan dakwah dalam waktu beberapa lama. Mereka mengunjungi semua tempat, mengajak manusia kepada agama Islam. Aku sangat gembira menyertai mereka. Aku dapat belajar solat, puasa, tahajjud, doa, kejujuran dan amanah daripada mereka. Aku juga belajar dari mereka bahawa seorang muslim diperintahkan untuk menyampaikan agama Allah dan bagaimana menjadi seorang muslim yang mengajak kepada jalan Allah serta berdakwah dengan hikmah, sabar, tenang, rela berkorban dan berwajah ceria.

Setelah beberapa bulan kemudian, aku kembali ke kotaku. Ternyata keluarga dan teman-temanku sedang mencari-cariku. Namun ketika melihat aku kembali memakai pakaian Islami, mereka mengingkarinya dan dewan Gereja meminta kepadaku agar diadakan sidang darurat. Pada pertemuan itu mereka mencelaku kerana aku telah meninggalkan agama keluarga nenek moyang kami.

Mereka berkata kepadaku, "Sungguh kamu telah tersesat dan tertipu dengan agama orang Arab." Aku katakan, "Tidak ada seorang pun yang telah menipu dan menyesatkanku. Sesungguhnya Rasulullah Muhammad SAW datang kepadaku dalam mimpi untuk menunjukkan kebenaran dan agama yang benar iaitu agama Islam. Bukan agama orang Arab sebagaimana yang kalian katakan. Aku mengajak kalian kepada jalan yang benar dan memeluk Islam." Mereka semua terdiam.

Kemudian mereka mencuba cara lain, iaitu memujukku dengan memberikan harta, kekuasaan dan pangkat. Mereka berkata, "Sesungguhnya Vatikan memintamu untuk tinggal bersama mereka selama enam bulan untuk menyerahkan sejumlah wang ,membelikan rumah dan kenderaan baru untukmu serta memberimu kenaikan gaji dan pangkat tertinggi di gereja."

Semua tawaran tersebut aku tolak dan aku katakan kepada mereka, "Apakah kalian akan menyesatkanku setelah Allah memberiku hidayah? Demi Allah aku takkan pernah melakukannya walaupun kalian memenggal leherku." Kemudian aku menasihati mereka dan kembali mengajak mereka ke agama Islam. Maka masuk Islamlah dua orang dari kalangan pendeta.

Alhamdulillah, Setelah melihat tekadku tersebut, mereka menarik semua kedudukan dan pangkatku. Aku merasa senang dengan itu semua, bahkan tadinya aku ingin agar penarikan itu segera dilakukan. Kemudian aku mengembalikan semua harta dan tugasku kepada mereka dan akupun pergi meninggalkan mereka,” Sily mengakhiri kisahnya.

Kisah masuk Islam Ibrahim Sily yang dia ceritakan sendiri kepadaku di pejabatku, disaksikan oleh Abdul Khaliq urusetia pejabat Rabithah Afrika dan dua orang lainnya. Pendeta sily sekarang dipanggil dengan Da’i Ibrahim Sily berasal dari kabilah Kuza Afrika Selatan. Aku mengundang pendeta Ibrahim -maaf- Da’i Ibrahim Sily makan tengah hari di rumahku dan aku laksanakan apa yang diwajibkan dalam agamaku iaitu memuliakannya. Setelah pertemuan itu aku pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk melaksanakan suatu tugas. Waktu itu kami sudah mendekati persiapan seminar Ilmu Syar’i I yang akan diadakan di kota Cape Town. Lalu aku kembali ke Afrika Selatan tepatnya ke kota Cape Town.

Ketika aku berada di pejabat yang telah disiapkan untuk kami di Ma’had Arqam, Dai Ibrahim Sily mendatangiku. Aku langsung mengenalnya dan aku ucapkan salam untuknya dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan di sini wahai Ibrahim.?" Dia  menjawab, "Aku sedang mengunjungi tempat-tempat di Afrika Selatan untuk berdakwah kepada agama Allah. Aku ingin mengeluarkan masyarakat negeriku dari api neraka, mengeluarkan mereka dari jalan yang gelap ke jalan yang terang dengan memasukkan mereka ke dalam agama Islam."

Setelah Ibrahim selesai mengisahkan kepada kami bahawa perhatiannya sekarang hanya tertumpah untuk dakwah kepada agama Allah, dia meninggalkan kami menuju suatu daerah… medan dakwah yang penuh dengan pengorbanan di jalan Allah. Aku perhatikan wajahnya berubah dan pakaiannya bersinar. Aku hairan dia tidak meminta bantuan dan tidak menghulurkan tangannya meminta sumbangan. Aku merasakan ada yang mengalir di pipiku yang membangkitkan perasaan aneh. Perasaan ini seakan-akan berbicara kepadaku, "Kalian manusia yang mempermainkan dakwah, tidakkah kalian perhatikan para mujahid di jalan Allah!"

Benar wahai sudaraku. Kami telah tertinggal… kami berjalan lambat… kami telah tertipu dengan kehidupan dunia, sementara orang-orang yang seperti Da’i Ibrahim Sily, Da’i berbangsa Sepanyol Ahmad Sa’id berkorban, berjihad dan bertempur demi menyampaikan agama ini. Ya Rabb rahmatilah kami.

(SUMBER: SERIAL KISAH TELADAN karya Muhammad Shalih al-Qaththani, seperti yang dinukilnya dari tulisan Dr. Abdul Aziz Ahmad Sarhan, Dekan fakultas Tarbiyah di Makkah al-Mukarramah, dengan sedikit perubahan. PENERBIT DARUL HAQ, TELP.021-4701616)

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...