Isnin, 28 Oktober 2013

Cubaan Memadam Cahaya Allah

Cubaan memadam cahaya Allah - epondok-Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Gambar hiasan
ALHAMDULILLAH sekali lagi dalam ruangan ini dapat dikemukakan berkaitan dengan cubaan memadam cahaya Allah oleh musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya cubaan mereka berlangsung sejak Allah mengutuskan rasul-Nya sehingga dunia dikiamatkan. Perlawanan antara kebenaran dan kebatilan pasti berlangsung dengan hebatnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (al-Taubah: 32)

Syeikh al-Maraghi berkata: Orang Yahudi dan Nasrani berhasrat memadam cahaya Allah SWT yang dibawa oleh seluruh utusan-Nya yang dilimpahkan kepada manusia melalui Nabi Musa as, Nabi Isa as dan para rasul yang lainnya. Kemudian ia disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW, penutup para nabi.

Mereka memadam cahaya itu dengan mencemuh Islam, menghalang manusia dengan cara yang batil, seperti melontar fitnah terhadap Uzair dan bidaah yang dibuat oleh para pemimpin mereka, seperti membuat syariat, sehingga tauhid menjadi syirik dan marbub (sesuatu yang dimiliki) menjadi rabb (yang memiliki).

Demikianlah, ahli kitab memusuhi Islam sejak perutusan Nabi Muhammad SAW. Mereka sengaja ingin melenyapkan Islam dengan perang di suatu pihak dan merosakkan akidah di pihak yang lain. Kedua-dua usaha ini dimaksudkan untuk memadam cahaya Islam.

Allah SWT berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup nabi, yang diutuskan kepada seluruh makhluk dengan menjadikan baginya mukjizat yang paling besar, iaitu al-Quran bersifat ilmiah dan terpelihara hingga ke akhir zaman.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menerangkan segala yang mereka perlukan yang berupa akidah yang dikuatkan oleh keterangan dan membatalkan penyembahan manusia terhadap manusia, lebih-lebih lagi terhadap patung dan berhala.

Allah SWT juga menerangkan ibadah yang dapat menyuci dan membersihkan jiwa daripada segala kotoran. Menjadikan pemberian orang kaya kepada orang miskin sebagai hak Ilahi dan membatalkan pahala pemberian itu kerana menyebut perkataan yang menyakitkan.

Dalam ayat ini juga, digariskan adab yang menyatakan keutamaan dalam jiwa dan tashri’ yang memadukan kasih-sayang, keadilan dan persamaan antara seluruh manusia.

Para ahli tafsir dan ahli sejarah mengatakan: Qarun datang dengan peti yang sangat besar. Lalu dia berkata kepada seorang perempuan penzina: Apabila manusia telah berkumpul dan Nabi Musa as berdiri memberikan ceramah, berdirilah kamu dan menangislah, robek-robeklah pakaianmu, kusut masaikanlah rambutmu dan bersumpahlah bahawa Nabi Musa as telah berzina denganmu.

Cahaya Allah

Manusia pun berkumpul dan Nabi Musa as mulai menyampaikan ceramahnya tentang tauhid dan keimanan. Dan Qarun hendak membenamkan dakwah Nabi Musa as ke dalam bumi hingga manusia tiada yang percaya dengannya lagi dan membenarkannya.

Ini kerana cahaya itu adalah cahaya Allah, ajaran itu adalah ajaran Allah, risalah itu adalah risalah Allah dan Rasul adalah Rasul Allah. Ketika Nabi Musa sedang berpidato, tiba-tiba terdengarlah suara tangisan seorang perempuan sambil mencakar-cakar mukanya.

Maka bermulalah sebuah konspirasi yang sangat jahat dan jijik, iaitu pembohongan yang dibuat oleh mereka yang dengki terhadap Islam, para ulama dan terhadap para daienya.

Nabi Musa as berhenti dan terdiam, lalu Baginda menoleh ke arah perempuan itu, Baginda pun merasa gugup untuk berbicara dan menangis. Nabi Musa as yang diutus oleh Allah dengan risalah-Nya, mungkinkah melakukan perbuatan yang keji itu? Nabi Musa as pun berhenti menangis, tetapi Baginda tetap tabah dan mengetahui bahawa ini semua adalah ujian.

Baginda pun mengangkat tongkatnya dan berdiri di hadapan perempuan tersebut dan bertanya: “Aku ingin bertanya kepadamu dengan nama Zat Allah yang memecah-belahkan laut untukku. Apakah benar aku melakukan perbuatan tersebut (zina)? Perempuan itu menjawab: Tidak. Kemudian perempuan itu menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya daripada tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. (al-Ahzab: 69)

Maka Nabi Musa as semakin bertambah kekuatan diri dan berkeyakinan terhadap ajaran Allah kerana kejujuran Baginda itu. Sejak awal lagi Baginda telah mengetahui siapa yang berdusta.

Mereka mahu memadamkan cahaya Allah SWT yang telah digariskan untuk membimbing para hamba-Nya dengan mentauhidkan Allah SWT pada sifat rububiyyah dan uluhiyyah. Kemudian mereka berpaling daripada tauhid kepada syirik dan paganisme. Semoga Allah kurniakan kita sifat-sifat yang soleh.

http://epondok.wordpress.com/2013/10/29/cubaan-memadam-cahaya-allah/

Ahad, 20 Oktober 2013

TaK RuGi BeRdOa unTuk KejAyAaN OrAnG LaiN

Tak rugi berdoa untuk kejayaan orang lain -  by epondok 


Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat melindungi jalan-jalan yang dilalui lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui satu jalan, malaikat bertanya: “Tuan hendak ke mana?” Jawab lelaki itu: “Saya hendak ke rumah seorang saudara saya di kampung ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah tuan mengharapkan sesuatu daripada saudara tuan itu?” Jawab lelaki itu: “Tidak, saya mengasihinya kerana Allah SWT.”

Malaikat berkata: “Percayalah, saya ini utusan Allah SWT yang disuruh menemui tuan. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi tuan seperti mana tuan mengasihi saudara tuan itu kerana Allah SWT.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita digalakkan menziarahi orang yang baik-baik, bergaul, bersahabat serta berkasih sayang dengan mereka. Malah, kita juga digalakkan memohon dan mendoakan kebaikan untuk mereka serta untuk kita.

Andainya semua makhluk di dunia ini sentiasa mengharapkan serta mendoakan yang terbaik untuk sesama mereka, pasti tidak berlaku permusuhan, saling dengki mendengki atau khianat mengkhianati seperti berlaku hari ini.

Cemburu lihat orang senang

Malangnya, kita hari ini tidak boleh melihat orang lain senang, akan timbul rasa cemburu malah hingga sanggup melakukan perkara yang boleh memusnahkan kesenangan dimiliki seseorang itu.
Sebenarnya, tidak rugi untuk kita berlapang dada melihat kejayaan dicapai orang lain malah digalakkan mendoakan supaya sahabat tadi terus berjaya kerana Allah SWT akan memberi ganjaran terhadap kebaikan (doa) yang dibuat kita untuk orang lain.

Adalah lebih baik jika kesenangan dimiliki saudara kita itu dijadikan penguat semangat untuk bersaing secara sihat supaya dengan cara itu kita juga boleh mencapai kejayaan.

Hendaklah ikhlas mengasihi saudara kerana Allah SWT bukan mengharapkan balasan bersifat keduniaan. Segala yang dilakukan manusia bermula dengan niat dan Allah SWT akan membalas berdasarkan niat seseorang itu.

Jika kasih sayang kerana Allah SWT pasti kita juga akan dikasihi Allah SWT malah hubungan sesama manusia lebih bermakna apabila didasari niat ikhlas bukan tersembunyi maksud selain mendapat keredaan Allah SWT.

Rabu, 16 Oktober 2013

Kisah Sahabat Nabi: Ja’far bin Abu Thalib, Si Burung Surga

Kisah Sahabat Nabi: Ja’far bin Abu Thalib, Si Burung Surga

Ja'far bin Abu Thalib bin Abdul Muthalib bin Hasyim masuk Islam sejak awal dan sempat mengikuti hijrah ke Habasyah. Ia malah sempat menyebarkan Islam di daerah itu.

Dalam Perang Muktah, ia diamanahkan tugas sebagai pemegang bendera Islam. Setelah tangan kanannya terpotong dia memegang bendera dengan tangan kiri. Namun tangan kirinya juga terpotong, sehingga dia memegang bendera itu dengan dadanya. Akhirnya, ia mati syahid dengan tubuh penuh luka dan sayatan pedang.

Di kalangan Bani Abdi Manaf ada lima orang yang sangat mirip dengan Rasulullah SAW, sehingga seringkali orang tersalah menerka. Mereka itu adalah Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muthallib, sepupu sekaligus saudara sesusuan baginda. Qutsam Ibnul Abbas bin Abdul Muthallib, sepupu Nabi. Saib bin Ubaid bin Abdi Yazin bin Hasyim. Ja’far bin Abu Thalib, saudara Ali bin Abu Thalib. Dan Hasan bin Ali bin Abu Thalib, cucu Rasulullah SAW. Dan Ja'far bin Abu Thalib adalah orang yang paling mirip dengan Nabi SAW di antara mereka berlima.

Ja’far dan isterinya, Asma’ bin Umais, bergabung dalam barisan kaum Muslimin sejak dari awal. Kedua-duanya menyatakan Islam di hadapan Abu Bakar Ash-Shiddiq sebelum Rasulullah SAW masuk ke rumah Al-Arqam.

Pasangan suami isteri Bani Hasyim yang muda belia ini tidak luput pula dari penyiksaan kaum kafir Quraisy, sebagaimana yang dideritai kaum Muslimin yang awal masuk Islam. Namun mereka bersabar menerima segala cobaan yang menimpa.

Namun yang merisaukan mereka berdua adalah kaum Quraisy membatasi geraknya untuk menegakkan syiar Islam dan melarangnya untuk merasakan kelazatan ibadah. Maka Ja’far bin Abu Thalib beserta isterinya memohon izin kepada Rasulullah untuk hijrah ke Habasyah bersama-sama dengan para sahabat lainnya. Rasulullah SAW pun mengizinkan.

Ja'far pun menjadi pemimpin kaum Muslimin yang berangkat ke Habasyah. Mereka merasa lega, bahwa Raja Habasyah (Najasyi) adalah orang yang adil dan saleh. Di Habasyah, kaum Muslimin dapat menikmati kemanisan agama yang mereka anuti, bebas dari rasa cemas dan ketakutan yang mengganggu dan yang menyebabkan mereka hijrah.

Ja’far bin Abu Thalib beserta isteri tinggal dengan aman dan tenang dalam perlindungan Najasyi yang ramah tamah itu selama sepuluh tahun.

Pada tahun ke-7 Hijriyah, kedua suami isetri itu meninggalkan Habasyah dan hijrah ke Yatsrib (Madinah). Kebetulan Rasulullah SAW baru saja pulang dari Khaibar. Beliau sangat gembira bertemu dengan Ja’far sehingga kerana kegembiraannya beliau berkata, "Aku tidak tahu mana yang menyebabkan aku gembira, apakah kerana kemenangan di Khaibar atau kerana kedatangan Ja’far?"

Begitu pula kaum Muslimin umumnya, terlebih fakir miskin, mereka juga bergembira dengan kedatangan Ja’far. Ia adalah sosok yang sangat penyantun dan banyak membela golongan dhuafa, sehingga digelari Abil Masakin (bapak orang-orang miskin).

Abu Hurairah bercerita tentang Ja’far, "Orang yang paling baik kepada kami (golongan orang-orang miskin) ialah Ja’far bin Abu Thalib. Dia sering mengajak kami makan di rumahnya, lalu kami makan apa yang ada. Bila makanannya sudah habis, diberikannya kepada kami periuknya, lalu kami habiskan sampai dengan kerak-keraknya."

Belum begitu lama Ja’far tinggal di Madinah, pada awal tahun ke-8 Hijriyah, Rasululalh SAW menyiapkan pasukan tentera untuk memerangi tentara Romawi di Muktah. Beliau mengangkat Zaid bin Haritsah menjadi komandan pasukan.

Rasulullah berpesan, "Jika Zaid tewas atau cedera, komandan digantikan Ja’far bin Abi Thalib. Seandainya Ja’far tewas atau cedera pula, dia digantikan Abdullah bin Rawahah. Dan apabila Abdullah bin Rawahah cedera atau gugur pula, hendaklah kaum muslmin memilih pemimpin /komandan di antara mereka."

Setelah pasukan sampai di Muktah, iaitu sebuah kota dekat Syam dalam wilayah Yordania, mereka mendapati tentara Romawi telah siap menyambut dengan kekuatan 100.000 orang dari pasukan utama yang terlatih, berpengalaman, dan membawa persenjataan lengkap. Pasukan mereka juga terdiri dari 100.000 orang tentera Nasrani Arab dari kabilah-kabilah Lakham, Judzam, Qudha’ah, dan lain-lain. Sementara, tentera kaum Muslimin yang dipimpin Zaid bin Haritsah hanya berkekuatan 3.000 orang tentara.

Begitu kedua pasukan yang tidak seimbang itu berhadap-hadapanan, pertempuran segera tercetus dengan hebatnya. Zaid bin Haritsah gugur sebagai syahid ketika dia dan tenteranya sedang maju menyerbu ke tengah-tengah musuh.

Melihat Zaid jatuh, Ja’far segera melompat dari belakang kudanya, kemudian secepat kilat disambarnya bendera komando Rasulullah dari tangan Zaid, lalu diacungkan tinggi-tinggi sebagai tanda pimpinan kini beralih kepadanya. Dia maju ke tengah-tengah barisan musuh sambil mengibaskan pedang kiri dan kanan melibas setiap musuh yang menghampirinya. Akhirnya musuh dapat mengepung dan mengeroyoknya.

Ja’far berputar-putar mengayunkan pedang di tengah-tengah musuh yang mengepungnya. Dia mengamuk menyerang musuh ke kanan dan kiri dengan hebat. Suatu ketika tangan kanannya terkena sabetan musuh sehingga kudung. Maka dipegangnya bendera komando dengan tangan kirinya.

Tangan kirinya putus pula terkena sabetan pedang musuh. Dia tidak gentar dan putus asa. Dipeluknya bendera komando ke dadanya dengan kedua lengan yang masih utuh. Namun tidak berapa lama kemudian, kedua lengannya tinggal sepertiga saja dilibas pedang musuh. Ja'far pun syahid menyusul Zaid.

Secepat kilat Abdullah bin Rawahah merebut bendera komando dari komando Ja’far bin Abu Thalib. Pimpinan kini berada di tangan Abdullah bin Rawahah, sehingga akhirnya dia gugur pula sebagai syahid, menyusul kedua sahabatnya yang telah syahid lebih dahulu.

Rasulullah SAW sangat sedih mendapat berita ketiga-tiga panglimanya gugur di medan tempur. Baginda pergi ke rumah Ja’far, didapatinya Asma’, isetri Ja’far, sedang bersiap-siap menunggu kedatangan suaminya. Dia mengaduk adonan roti, merawat anak-anak, memandikan dan memakaikan baju mereka yang bersih.

Asma’ bercerita, "Ketika Rasulullah mengunjungi kami, terlihat wajah beliau diselubungi kabut sedih. Hatiku cemas, tetapi aku tidak berani menanyakan apa yang terjadi, kerana aku takut mendengar berita buruk. Baginda memberi salam dan menanyakan anak-anak kami. Baginda menanyakan mana anak-anak Ja’far, suruh mereka ke sini.”

Asma' kemudian memanggil mereka semua dan disuruhnya menemui Rasulullah SAW. Anak-anak Ja'far berlompatan kegirangan mengetahui kedatangan baginda. Mereka berebutan untuk bersalaman kepada Rasulullah. Baginda menundukkan mukanya kepada anak-anak sambil menciumi mereka penuh keharuan. Air mata baginda mengalir membasahi pipi mereka.

Asma' bertanya, "Ya Rasulullah, demi Allah, mengapa Rasulullah menangis? Apa yang terjadi dengan Ja’far dan kedua-dua sahabatnya?"

Beliau menjawab, "Ya, mereka telah syahid hari ini."

Mendengar jawaban beliau, maka reduplah senyum kegirangan di wajah anak-anak, apalagi setelah mendengar ibu mereka menangis tersedu-sedu. Mereka diam terpaku di tempat masing-masing.
Rasulullah berdoa sambil menyeka air matanya, "Ya Allah, gantilah Ja’far bagi anak-anaknya... Ya Allah, gantilah Ja’far bagi isterinya."

Kemudian baginda bersabda, "Aku melihat, sungguh Ja’far berada di syurga. Dia mempunyai dua sayap berlumuran darah dan bertanda di kakinya."

Subhanallah Subhanallah Subhanallah

Sumber : Shuwar min Hayaatis Shahabah/Ahlul Hadist

Isnin, 14 Oktober 2013

Ceramah Singkat: Tips Hidup Sukses di Dunia - Ustadz Mubarak Bamualim, L...

تكبيرات العيد- تكرار لمدة 14 دقيقة

Macha'Allah!! Takbirat-Al-Eid

Kelebihan Hari Arafah

Kelebihan Hari Arafah 
Padang Arafah
PADANG Arafah dinamakan demikian kerana menurut sebahagian ulama, Nabi Adam AS dipertemukan kembali ('arafa) dengan Siti Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari Syurga. Sebahagian pendapat menyatakan perpisahan mereka selama lebih kurang 200 tahun. Mereka berdua bertemu kembali di Padang Arafah.

Lokasi Arafah terletak di sebelah tenggara Masjidil Haram sejauh 22 kilometer (km) dan ia dianggap sebagai kawasan Tanah Haram.

Jemaah haji hendaklah wukuf (berada) di Arafah pada 9 Zulhijjah, kerana jika tidak maka hajinya tidak sah. Kerana ia adalah rukun haji.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Haji adalah (wukuf) di Arafah." Ketika berada di Arafah pada 9 Zulhijjah hendaknya jemaah memperbanyak doa, berzikir, membaca al-Quran, talbiah dan lain-lainnya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
Ibadah wukuf di Arafah adalah "kemuncak" ibadah haji. Semasa wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT. Ini saat seseorang hamba kembali kepada Penciptanya untuk mendapat keampunan dan keredaan-Nya. Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai.

Ada riwayat menyatakan, kehadiran para malaikat dan Allah SWT turun ke langit serendahnya menyaksikan para jemaah yang wukuf di Padang Arafah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi kepada para malaikat-Nya bermaksud: "Lihatlah kepada orang-orang yang menziarahi rumah-Ku, sesungguhnya mereka telah mengunjungi-Ku, hingga kusut masai keadaannya dan penuh debu." (riwayat al-Hakim bersumber daripada Abu Hurairah).

Sungguh mereka berlaku ikhlas dalam melaksanakan ibadah haji, kerana itu mereka berhak mendapat limpahan kurniaan dan selayaknya Aku memberi mereka sebaik-baik pahala atas jerih payah serta sambutan atas panggilan-Ku.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud bahawa mengerjakan haji adalah satu jihad, jihad ertinya perjuangan. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai ibadah haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita bahawa mengerjakan haji itu adalah yang bermaksud : "Kusut masai dan penuh debu." Digambarkan keadaan yang sedemikian kerana orang yang mengerjakan haji berlumba-lumba bersaing untuk mendapatkan keampunan Allah dan rahmat-Nya, ganjaran besar (syurga) yang penuh dengan kenikmatan dan kesenangan yang tidak terlintas di hati dan tergambar dalam pemikiran manusia.

Di Padang Arafah, di mana satu-satunya lokasi yang paling mustajab doa kita. Kerana di situ Allah SWT turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: "Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku." (riwayat Imam Ahmad).


Fadhilat Puasa Pada Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti).

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
Doa pada Hari Arafah Untuk Jemaah Haji Atau Semua? 

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, doa ini paling cepat diterima atau diqabulkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Sehinggakan kita diperintahkan untuk berterusan dan mengambil berat untuk melakukan ibadah yang satu ini pada hari Arafah. Lebih-lebih lagi untuk orang yang sedang berwukuf di Arafah.

Dari ‘Aisyah ra, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ 
هَؤُلاَءِ؟

Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. 
[HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”].

Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. 
(Lihat Tuhfatul Ahwazi, 10: 33).

Persoalannya, apakah keutamaan doa ini hanya khusus bagi mereka yang wukuf di Arafah? Apakah termasuk juga keistimewaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadat haji? 

Ulama’ berbeza pandangan dalam masalah ini; Ada ulama’ yang mengatakan bahawa mustajabnya doa tersebut adalah umum, baik bagi yang menunaikan haji mahupun yang tidak. Ini kerana keutamaan yang ada adalah keutamaan pada hari Arafah. 

قال الباجي رحمه الله: قوله: (أفضل الدعاء يوم عرفة) يعني: أكثر الذكر بركة ، وأعظمه ثواباً ، وأقربه إجابة. ويحتمل أن يريد به الحاج خاصة ؛ لأن معنى دعاء يوم عرفة في حقه يصح ، وبه يختص وإن وصف اليوم في الجملة بيوم عرفة فإنه يوصف بفعل الحاج فيه ، والله أعلم . انتهى . " المنتقى شرح الموطأ " (1 / 358 ) .

Berkata Al-Baji rahimahullah: Makna Hadis “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah” ialah: Zikir yang paling banyak berkat, paling besar pahala dan paling hampir dengan ijabah (diperkenan/diterima).

Pandangan yang kedua (Ihtimal) maksudnya ialah khas untuk jemaah haji sahaja, kerana makna doa pada hari Arafah untuk mereka memang sah, dikhususkan untuk mereka, walaupun disifatkan hari secara umumnya dengan nama Hari Arafah. Maka ianya disifatkan dengan perbuatan jemaah haji pada hari tersebut, wallahu a’lam”. [Al-Muntaqa’ Syarah Muwatto’ 1/358].

Bagi jemaah yang berwukuf, waktu untuk berdoa bermula pada siang hari 9hb itu, selepas matahari tergelincir ke barat (masukwaktu solat Zuhur) sehingga terbenamnya matahari (maghrib). Maka bagi mereka yang sedang berada di Arafah  ia bererti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.

Dalil bagi yang mengatakan ia adalah umum untuk semua ialah: Bahawa doa pada hari Arafah dilihat kerana kemuliaan hari tersebut, bahkan dapat kita lihat sebahagian dari salaf yang membolehkan ta’rif. Ta’rif adalah berkumpul di masjid untuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah. Antara yang melakukan seperti ini adalah sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma yang berkumpul pada petang Arafah mengajar tafsir Al-Quran (bukan berdoa beramai-ramai).

Imam Ahmad juga membolehkannya walau beliau sendiri tidak melakukannya. Syaikh Soleh Al Munajjid -semoga Allah memberkati umur beliau- menerangkan: “Hal ini menunjukkan bahawa mereka menilai keutamaan hari Arafah tidaklah khusus bagi orang yang haji saja. Walau memang berkumpul ramai-ramai seperti ini untuk berzikir dan berdoa pada hari Arafah tidak pernah ada asalnya dari Nabi SAW.

Oleh kerana itu Imam Ahmad tidak melakukannya. Namun beliau memberi keringanan dan tidak melarang kerana ada sebahagian sahabat yang melakukannya seperti Ibnu ‘Abbas dan ‘Amr bin Harith radhiyallahu ‘anhum.”

Para salaf dahulu saling ingat-memperingati pada hari Arafah untuk menyibukkan diri dengan ibadah dan membanyakkan doa serta tidak banyak bergaul dengan manusia. ‘Ata’ bin Abi Rabah berkata kepada ‘Umar bin Al Warud, “Jika engkau mampu mengasingkan diri pada siang hari Arafah, maka lakukanlah.” [Ahwal Al-Salaf fi Al-Hajj, hal. 44].

Kesimpulannya, rahmat Allah swt sangat luas, perbincangan ulama’ ini menunjukkan kepada amalan berzikir dan berdoa pada hari Arafah ada dilakukan oleh sebahagian ulama’. Ada pula sebahagian yang lain melarangnya kerana berkumpul pada Hari Arafah hanya dikhususkan kepada jemaah haji yang berada di Arafah.

Maka apa yang sepatutnya ialah kita galakkan masyarakat Islam yang tidak mengerjakan haji agar berpuasa, menghidupkan sunnah puasa pada hari Arafah sebagaimana sabda Nabi SAW:

[صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ) [رواه مسلم )

Maksudnya: “Puasa pada hari Arafah, aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].

Doa orang yang berpuasa ketika berbuka puasa juga salah satu antara waktu mustajab doa.
Semoga Allah memudahkan kita untuk banyak melakukan amal ibadat di awal bulan Zulhijjah, menyibukkan diri dengan pelbagai amal kebajikan padanya, insya'Allah.

http://azizulhakim91.blogspot.com/2013/10/kelebihan-hari-arafah-9-dzulhijjah-1434.html

Sabtu, 12 Oktober 2013

Ucaplah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ucaplah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar



Dicatat oleh shat mashuri

Apabila kita berzikir, mangulangi kalimat-kalimat memuji Allah, secara automatiknya beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif. Lama-kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi. Maka, otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru.

Banyak fakta rahsia yang tidak kita ketahui dari amalan berzikir

Dalam satu ujian imbasan mengukur kadar aktiviti otak manusia di Universiti Washington, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, imbasan di beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks. 

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada sukarelawan, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, memuji-muji Allah terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah KEMAMPUANNYA.

Penemuan menakjubkan ini dimuatkan dalam majalah Scientific American pada tahun 1993. Tatkala saintis barat menemui keajaiban ini, kita umat islam telah lama mengamalkan dan mendapat faedahnya. Sedihnya, masih ramai umat islam memandang rendah dan mengabaikan kepentingan berzikir sebaliknya suka menyanyi dan berhibur. Benarlah firman Allah yang bermaksud "maka ingatlah Aku, supaya Aku ingat pula kepadamu"- Surah al-Baqarah, ayat 152.

- See more at: http://shatmashuri.blogspot.com/2012/03/ucaplah-subhanallah-alhamdulillah.html#sthash.HXvUlKAM.dpuf

Zikir 20 Sifatullah (Sifat Allah)

60 PINTU PaHaLa DaN PeLeBuR DoSa

60 Pintu Pahala Dan Pelebur Dosa
Gambar hiasan
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
  
Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.

Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah semata dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan utama yang sangat penting bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam syurga kenikmatan, hidup kekal di dalamnya, tidak keluar selama-lamanya.
  
Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadis-hadis yang sahih. Kita rmohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang hak selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
  
1. TAUBAT
"Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, niscaya Allah akan mengampuninya". (HR. Muslim). "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama roh belum sampai kekerongkong".

2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju syurga". (HR. Muslim)

3. SENANTIASA MENGINGATI ALLAH
"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: ( Zikir kepada Allah Ta`ala )".
 (HR. At Turmidzi)

4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN
"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya". (HR. Bukhari).

5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH
"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun" (HR. Muslim)

6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman" (HR. Muslim)

7. MEMBACA AL QUR`AN
"Bacalah Al Qur`an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" (HR. Muslim)

8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya" (HR. Bukhari)

9. MENYEBARKAN SALAM
"Kalian tidak akan masuk syurga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Mahukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (iaitu) sebarkanlah salam" (HR. Muslim)

10. MENCINTAI KERANA ALLAH
"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku))" (HR. Muslim)

11. MELAWAT ORANG SAKIT
"Tiada seorang muslim pun melawat orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga petang hari, dan apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di syurga". (HR. Tirmidzi)

12. MEMBANTU MELUNASI HUTANG
"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" (HR. Muslim)

13. MENUTUP AIB ORANG LAIN
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" (HR. Muslim)

14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHMI
"Silaturahmi itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"
(HR. Bukhari dan HR. Muslim)

15. BERAKHLAK YANG BAIK
"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik" (HR. Tirmidzi)

16. JUJUR
"Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju syurga" (HR. Bukhari)

17. MENAHAN MARAH
"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" (HR. Tirmidzi)

18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS
"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kekecohan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahawa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut". (HR. Tirmidzi)

19. SABAR
"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya". (HR. Bukhari)

20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA
"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: (Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk syurga)". (HR. Muslim)

21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN
"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi-pent) mengira beliau berkata: Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka" (HR. Bukhari)

22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM
"Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini," seraya baginda menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah.(HR. Bukhari)

23. WUDHU`
"Barangsiapa yang berwudhu`, kemudian ia memperbagus wudhu`nya maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya". (HR. Muslim)

24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDHU`
Barangsiapa berwudhu` lalu memperbagus wudhu`nya kemudian ia mengucapkan:
(Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahawa Muhammad hamba dan utusan-Nya,Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci)," maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki" (HR. Muslim)

25. MENGUCAPKAN DO`A SETELAH AZAN
"Barangsiapa mengucapkan do'a ketika ia mendengar seruan azan:
Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah (derajat paling tinggi di syurga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada hari kiamat".
(HR. Bukhari)

26. MEMBANGUN MASJID
"Barangsiapa membangun masjid karena mengharapkan keridhaan Allah maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga". (HR. Bukhari)

27. BERSIWAK
"Seandainya aku tidak memberatkan umatku niscaya aku perintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap shalat". (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

28. BERANGKAT KE MASJID
"Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau petang, niscaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di syurga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau petang". (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

29. SHALAT LIMA WAKTU
"Tiada seorang muslim kedatangan waktu shalat fardhu kemudian ia memperbagus wudhu`nya, kekhusyu`annya dan ruku`nya kecuali hal itu menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak dilanggar suatu dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa" (HR. Muslim)

30. SHALAT SUBUH DAN ASHAR
"Barangsiapa shalat pada dua waktu pagi dan petang (subuh dan ashar) maka ia masuk syurga".
 (HR. Bukhari)

31. SHALAT JUM`AT
"Barangsiapa memperelok wuduknya lalu, kemudian ia menghadiri shalat Jumaat dan mendengar  (khutbah) maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jumaat pada hari itu dengan Jumaat yang lain dan ditambah lagi tiga hari". (HR. Muslim)

32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUM`AT
"Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri shalat seraya bermohon kepada Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya". (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

33. MENGIRINGI SHALAT FARDHU DENGAN SHALAT SUNNAT RAWATIB
 "Tiada seorang hamba muslim shalat kerana Allah setiap hari 12 rakaat sebagai shalat sunnat selain shalat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di syurga". (HR. Muslim)

34. SHALAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA
 "Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhu` dengan sempurna kemudian berdiri melakukan shalat DUA rakaat, lalu memohon ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya".
(HR. Abu Daud)

35. SHALAT MALAM
 "Shalat yang paling afdhal setelah shalat fardhu adalah shalat malam".(HR. Muslim)

36. SHALAT DHUHA
"Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan shalat 2 rakaat dhuha" (HR. Muslim)

37. SHALAWAT KEPADA NABI SAW
"Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah membalas shalawatnya itu sebanyak 10 kali". (HR. Muslim)

38. PUASA
"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya kerana puasa itu dari neraka selama 70 tahun". (HR. Bukhari)

39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN
"Puasa tiga hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa". (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

40. PUASA 60 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL
"Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa".(HR. Muslim)

41. PUASA `ARAFAT
"Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang" (HR. Muslim)

42. PUASA `ASYURA
"Dan dengan puasa hari `Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya".(HR. Muslim)

43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA
"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun".(HR.Tirmidzi)

44. SHALAT DI MALAM LAILATUL QADR
"Barangsiapa mendirikan shalat di (malam) Lailatul Qadr kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim)

45. SEDEKAH
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api".(HR. Tirmidzi)

46. HAJI DAN UMRAH
"Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga" (HR. Muslim)

47. BERAMAL SHALIH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH
"Tiada hari-hari, beramal shalih pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, yaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: "Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: "Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa sesuatu apapun". (HR. Bukhari)

48. JIHAD DI JALAN ALLAH
"Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di syurga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya".(HR. Bukhari)

49. INFAQ DI JALAN ALLAH
"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang". (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

50. MENYEMBAYANGKANI MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH
"Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai dishalatkan maka ia memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai di kubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: "Apakah dua qirat itu?"Beliau menjawab: (Seperti dua gunung besar)" (HR. Bukhari)

51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN
"Siapa yang menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua pahanya, maka aku jamin baginya syurga" (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI HAMDIH
"Barangsiapa mengucapkan: (LAA ILAHA ILLALLAH) sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 budak, dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaithan pada hari itu sampai petang. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya". Dan beliau bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: (SUBHANALLAH WA BI HAMDIH) satu hari 100 kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan".
 (HR. Bukhari dan HR. Muslim)

53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN
"Saya telah melihat seseorang bergelimang di dalam kenikmatan syurga disebabkan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang-orang" (HR. Muslim)

54. MENDIDIK DAN MENGASIHI ANAK PEREMPUAN
"Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan syurga". (HR. Ahmad dengan sanad yang baik)

55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
"Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian memberi minum kepada anjing tersebut, maka Allah membalasnya dengan memasukkannya ke dalam syurga".(HR. Bukhari)

57. MENINGGALKAN PERDEBATAN
"Aku adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya". (HR. Abu Daud)

58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN
(Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni syurga? Mereka berkata: "Tentu wahai Rasulullah", maka beliau bersabda: "Nabi itu di syurga, orang yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah maka ia di syurga") (Hadits Hasan, riwayat At-Thabrani)

59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA
"Apabila seorang perempuan menjaga shalatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta mentaati suaminya maka ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki" (HR. Ibnu Hibban, hadits Sahih)

60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN
"Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk syurga" (Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan).

Wallahua'lam


Jumaat, 11 Oktober 2013

MAKRIFATULLAH PERISA IBADAT

Makrifatullah Perisa Ibadat - Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR
Gambar hiasan


SUATU hari seorang ulama terkenal bernama Abdullah bin Al-Mubarak berkata: “Kasihan ahli dunia. Mereka keluar dari dunia sebelum merasai perkara yang paling lazat di dalamnya.”

“Apakah perkara yang paling lazat di dunia?,” tanya murid-muridnya.

Ibnu Al-Mubarak menjawab: “Mengenal (Makrifat) Allah.”

Mengenal Allah merupakan keperluan asas fitrah manusia. Selagi mana seseorang belum mengenali tuhannya, selama itu juga jiwanya terasa kosong, kering dan tak bermakna.

Namun ketika ia mula mengenal tuhannya, maka pada saat itu ketenangan membasahi kalbunya. Hatinya merasakan kebahagiaan yang keindahannya tak tergambar dengan kata-kata.

“Sesungguhnya kelazatan, kegembiraan, kenikmatan dan kebahagiaan yang tidak mungkin digambarkan dengan kata-kata hanya boleh kita rasai apabila mengenal Allah, mentauhidkan-Nya dan beriman kepada-Nya… Hati tidak akan merasai kegembiraan dan kelazatan sempurna melainkan apabila ia mencintai Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.”

Sayangnya, syaitan selalu menyibukkan manusia daripada mendapatkan hajat asasi ini. Setiap hari minda dan hati manusia selalu diingatkan dengan harta, takhta dan wanita. Akhirnya, Allah menjadi hilang daripada kesedaran manusia.

Dalam hadis qudsi, Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah menciptakan semua hamba-hamba-Ku dalam keadaan hanif (cenderung kepada kebenaran), namun syaitan-syaitan lalu mendatangi dan menjauhkan mereka daripada agamanya. Syaitan-syaitan mengharamkan apa yang telah Aku halalkan dan menyuruh manusia untuk mempersekutukan diri-Ku dengan sesuatu yang tidak memiliki kuasa apa-apa. (riwayat Muslim)

Perisa ibadah

Makrifatullah seolah menjadi perisa ibadah. Kita tidak akan mendapatkan kenikmatan ibadah selagi mana kita belum mengenal pihak yang kita sembah dalam ibadah tersebut. Kita belum tahu siapa Dia, dan mengapa kita harus patuh kepada-Nya?

Namun apabila kita mengenal-Nya, kita pasti jatuh cinta kepada-Nya. Apabila kita mencintai sesuatu, kita akan ingin selalu bersamanya. Pada satu tahapan, kita tidak dapat hidup tanpa pihak yang kita cintai itu.

Semua ini berlaku pada diri Rasulullah, para sahabat dan ulama salaf soleh kita terdahulu. Mereka merasakan ibadah sebagai salah satu saat-saat yang paling manis di dalam hidup mereka. Rasulullah bersabda: “Allah membuatku mencintai wewangian dan wanita. Dan kebahagiaan aku rasai apabila tengah melakukan solat.” (riwayat al-Nasai)

Justeru, apabila orang yang tidak mengenal Allah melihat ibadah sebagai bebanan, orang yang mengenal Allah melihatnya satu kesempatan.

Ya, ibadah ialah kesempatan untuk kita berjumpa dan berbincang-bincang dengan Allah.

Kita dapat menggunakan kesempatan ini untuk meminta bantuan, pertolongan dan petunjuk atas setiap cabaran hidup yang kita hadapi.

RIAK - SIFAT ORANG MUNAFIK

Riak sifat orang munafik

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata: Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredaan daripada Allah SWT.
Sebaliknya, riak pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).

Perbuatan riak (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu, ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu.

Namun, amalan yang tidak dapat tidak mesti dizahirkan seperti solat berjemaah dan yang seumpama dengannya tidak termasuk dalam perbuatan riak melainkan memang mereka berjemaah kerana ingin menunjuk kepada orang dirinya juga sembahyang.

Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah SWT sekalipun ia terpuji di mata manusia.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.” (Riwayat Bukhari).

http://epondok.wordpress.com/2013/10/10/riak-sifat-orang-munafik/

Ahad, 6 Oktober 2013

“Padamkan Lampu Jika Hendak Tidur”

Hikmah Medis di Balik Hadits “Padamkan Lampu Jika Hendak Tidur”


Gambar hiasan aje
"Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).

Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad moden ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Seperti ditulis Ustaz Yusuf Mansur, ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahawa, tubuh hanya boleh memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Orang yang tidur dalam keadaan gelap sahaja membolehkan tubuhnya memproduksi hormon ini.

Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti.

Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para ilmuwan dari Barat. Peneliti menemukan bahawa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh mencetuskan expresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Sebuah persidangan tentang kanak-kanak yang menghidap leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahawa orang boleh menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Subhanallah... demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah mengenai kesihatan daripada baginda baru terugkap. Wallahu a’lam bish shawab.

[Sumber: Fan page Ustad Yusuf Manur].

Dari rakan FB

Khamis, 3 Oktober 2013

Keutamaan Tanah Haram Makkah


Tanah haram jika dimutlakkan secara umum yang dimaksudkan adalah tanah Haram Makkah. Inilah tanah yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika disebut Haromain, maka yang dimaksudkan adalah Makkah dan Madinah.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah menyebutkan dalam Zaadul Ma’ad, “Allah Ta’ala telah memilih beberapa tempat dan negeri, yang terbaik serta termulia adalah tanah Haram. Karena Allah Ta’ala telah memilih bagi nabinya –shallallahu ‘alaihi wa sallam- dan menjadikannya sebagai tempat manasik dan sebagai tempat menunaikan kewajiban. Orang dari dekat maupun jauh dari segala penjuru akan mendatangi tanah yang mulia tersebut.”

Di antara keutamaan tanah haram Makkah disebutkan dalam beberapa ayat dan hadits berikut.

Pertama: Di Makkah terdapat baitullah

Sebagaimana Allah menyebutkan mengenai do’a Nabi Allah –kholilullah (kekasih Allah)- Ibrahim ‘alaihis salam,
“Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Rabb kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (QS. Ibrahim: 37).

Rumah pertama yang dijadikan peribadatan kepada Allah Ta’ala adalah baitullah sebagaimana disebutkan dalam ayat,
“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia” (QS. Ali Imran: 96).

Dan baitullah inilah yang dijadikan tempat berhaji sebagaimana disebutkan dalam ayat,
“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah” (QS. Ali Imran: 97).

Haji ini dijadikan sebagai amalan penghapus dosa yang telah lalu Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berhaji ke Ka’bah lalu tidak berkata-kata seronok dan tidak berbuat kefasikan maka dia pulang ke negerinya sebagaimana ketika dilahirkan oleh ibunya.” (Muttafaqun ‘alaih).

Sebagaimana shalat di baitullah juga dilipatgandakan. Dari Jabir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Harom. Shalat di Masjidil Harom lebih utama daripada 100.000 shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad 3/343 dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173).

Kedua: Tanah haram dijadikan tempat yang penuh rasa aman

Inilah berkat do’a Nabi Ibrahim ‘alaihis salam,

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Rabbku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali“.” (QS. Al Baqarah: 126).

Begitu pula disebutkan dalam ayat lainnya,
“Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia” (QS. Ali Imran: 97).

Kaum Quraisy di masa silam juga merasakan rasa aman ketika safar mereka,
“Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan” (QS. Quraisy: 4).

Ketiga: Rizki begitu berlipat di tanah haram.

Inilah juga berkat do’a Nabi Ibrahim ‘alaihis salam,
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (QS. Ibrahim: 37).

Keempat: Tanah Haram tidak akan dimasuki Dajjal

Dajjal akan muncul dari Ashbahan dan akan menelusuri muka bumi. Tidak ada satu negeri pun melainkan Dajjal akan mampir di tempat tersebut. Yang dikecualikan di sini adalah Makkah dan Madinah karena malaikat akan menjaga dua kota tersebut. Dajjal tidak akan memasuki kedunya hingga akhir zaman.

Dalam hadits Fathimah bin Qois radhiyallahu ‘anha disebutkan bahwa Dajjal mengatakan,
“Aku akan keluar dan menelusuri muka bumi. Tidaklah aku membiarkan suatu daerah kecuali pasti aku singgahi dalam masa empat puluh malam selain Makkah dan Thoybah (Madinah Nabawiyyah). Kedua kota tersebut diharamkan bagiku. Tatkala aku ingin memasuki salah satu dari dua kota tersebut, malaikat menemuiku dan menghadangku dengan pedangnya yang mengkilap. Dan di setiap jalan bukit ada malaikat yang menjaganya.” (HR. Muslim no. 2942)

Dan Dajjal tidak akan memasuki empat masjid. Dalam hadits disebutkan tentang Dajjal,
“Dajjal tidak akan memasuki empat masjid: masjid Ka’bah (masjidil Haram), masjid Rasul (masjid Nabawi), masjid Al Aqsho’, dan masjid Ath Thur.” (HR. Ahmad 5: 364. Kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth, sanad hadits ini shahih.


http://www.jurnalhajiumroh.com/post/dunia-islam/-keutamaan-tanah-haram-makkah

Rabu, 2 Oktober 2013

KisAH OraNG SoLEH - ABu QiLaBAH

Kisah orang solih : Abu Qilabah
Gambar hiasan sahaja
Abu Ibrahim bercerita:
Suatu ketika, aku berjalan-jalan di padang pasir . Aku tersesat dan tidak berjumpa jalan pulang. Di sana kutemukan sebuah khemah lama dan lusuh… kuperhatikan khemah tersebut, dan ternyata di dalamnya ada seorang tua yang sedang duduk di atas tanah dengan keadaan sangat tenang.

Ternyata keadaan orang tua tersebut kedua-dua tangannya kudung… matanya buta… dan hidup sebatang kara tanpa sanak saudara. Kulihat bibirnya terkomat-kamit mengucapkan beberapa kalimat..
Aku mendekati untuk mendengar ucapannya, dan ternyata ia mengulang-ulang kalimat berikut:

الحَمْدُ لله الَّذِي فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً .. الحَمْدُ للهِ الَّذِي فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَق تَفْضِيْلاً ..

Segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas banyak manusia… Segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas banyak manusia…

Aku hairan  mendengar ucapannya, lalu kuperhatikan keadaannya lebih jauh… ternyata sebahagian besar panca inderanya tak berfungsi… kedua tangannya kudung… matanya buta… dan ia tidak memiliki apa-apa bagi dirinya…

Kuperhatikan keadaannya sambil mencari adakah ia memiliki anak yang menjaganya? atau isteri yang menemaninya? Ternyata,  tak ada seorang pun…

Aku mendekatinya, dan ia merasakan kehadiranku… ia lalu bertanya: “Siapa? siapa?”
“Assalaamu’alaikum… aku seorang yang tersesat dan melihat kemah ini” jawabku, “Tapi kamu sendiri siapa?” tanyaku.

“Mengapa kau tinggal seorang diri di tempat ini? Di mana isterimu, anakmu, dan saudara-maramu? tanyaku..

“Aku seorang yang sakit… semua orang meninggalkanku, dan kebanyakan keluargaku telah meninggal…” Jawabnya.

“Namun kudengar kau mengulang-ulang perkataan: “Segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas banyak manusia…!! Demi ALLAH , apa kelebihan yang diberikan-Nya kepadamu, sedangkan engkau buta, faqir, kudung kedua tangannya, dan sebatang kara…?!?” Ucapku.

“Aku akan menceritakannya kepadamu… tapi aku punya satu permintaan kepadamu, mahukah kamu mengabulkannya?” tanyanya.

“Jawab dulu pertanyaanku, baru aku akan mengabulkan permintaanmu.” kataku.
“Engkau telah melihat sendiri betapa banyak cobaan ALLAH atasku, akan tetapi segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas banyak manusia… bukankah ALLAH memberiku akal sihat, yang dengannya aku boleh memahami dan berfikir…?

“Betul.” jawabku. Lalu katanya, “Berapa banyak orang yang gila?”
“Banyak juga.” jawabku. “Maka segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas banyak manusia.” Jawabnya.
“Bukankah ALLAH memberiku pendengaran, yang dengannya aku bisa mendengar adzan, memahami ucapan, dan mengetahui apa yang terjadi di sekelilingku?” tanyanya
.
“Iya benar.” Jawabku. “Maka segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas orang banyak tersebut.” Jawabnya.
“Betapa banyak orang yang tuli tak mendengar…?” Katanya.

“Banyak juga…” Jawabku. “Maka segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas orang banyak tersebut.” katanya.
“Bukankah ALLAH memberiku lisan yang dengannya aku boleh berdzikir dan menjelaskan keinginanku?” tanyanya.

“Iya benar” jawabku. “Lantas berapa banyak orang yg bisu tidak bisa bicara?” tanyanya.
“Wah, banyak itu.” Jawabku. “Maka segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas orang banyak tersebut.”  jawabnya.

“Bukankah ALLAH telah menjadikanku seorang muslim yang menyembah-Nya… mengharap pahala dari-Nya… dan bersabar atas musibahku?” tanyanya.

“Ya benar.” Jawabku. Lalu katanya, “Padahal berapa banyak orang yg menyembah berhala, salib, dan sebagainya dan mereka juga sakit? Mereka merugi di dunia dan akhirat…!!”
“Banyak sekali.” Jawabku. “Maka segala puji bagi ALLAH yang melebihkanku di atas orang banyak tersebut.” katanya.

Orang tua itu terus menyebut kenikmatan ALLAH atas dirinya satu-persatu… dan aku semakin takjub dengan kekuatan imannya. Ia begitu mantap keyakinannya dan begitu rela terhadap pemberian ALLAH.

Betapa banyak manusia selain beliau, yang musibahnya tidak sampai seperempat dari musibah beliau. Mereka ada yang lumpuh, ada yang kehilangan penglihatan dan pendengaran, ada juga yang kehilangan anggota tubuhnya… tapi bila dibandingkan dengan orang ini, maka mereka tergolong ‘sihat’. Pun demikian, mereka meronta-ronta, mengeluh, dan menangis mengenangkan nasib.  Mereka amat tidak sabar dan tipis keimanannya terhadap balasan ALLAH atas musibah yang menimpa mereka, padahal pahala ujian tersebut sangat besar.

Aku pun menyelami fikiranku makin jauh… hingga akhirnya khayalanku terputus saat orang tua itu mengatakan: “Hmmm, bolehkah kusebutkan permintaanku sekarang… mahukah kamu mengabulkannya?”

“Baiklah.. apa permintaanmu?” Kataku.
Maka ia menundukkan kepalanya sejenak seraya menahan tangis.. ia berkata: “Tidak ada lagi yang tersisa dari keluargaku melainkan seorang remaja berumur 14 tahun. Dia lah yang menghantar kepadaku makan dan minum, serta mewudhukan aku dan mengurusi segala keperluanku.  Sejak malam tadi ia keluar mencari makanan untukku dan belum kembali hingga kini. Aku tak tahu apakah ia masih hidup dan diharapkan kepulangannya, ataukah telah tiada dan kulupakan saja… dan kamu tahu sendiri keadaanku yang tua bangka dan buta, yang tidak mampu mencarinya…”

Maka kutanya ciri-ciri anak tersebut dan ia menyebutkannya, maka aku berjanji akan mencarikan remaja tersebut untuknya.

Aku pun meninggalkannya dan tak tahu bagaimana cara untuk mencari remaja tersebut… aku tak tahu harus memulai dari arah mana.

Namun tatkala aku berjalan dan bertanya-tanya kepada orang sekitar tentang remaja tersebut, nampaklah olehku dari kejauhan sebuah bukit kecil yang tak jauh letaknya dari kemah orang tua itu.

Di atas bukit tersebut ada sekawanan burung gagak yang sedang mengerumuni sesuatu… maka segeralah terdetik di benakku bahawa burung tersebut tidaklah berkerumun kecuali pada bangkai, atau sisa makanan.

Aku pun mendaki bukit tersebut dan mendatangi kawanan gagak tadi hingga mereka berhamburan terbang.
Tatkala kudatangi lokasi tersebut, ternyata remaja tersebut telah wafat dengan badan terpotong-potong. Rupa-rupanya seekor serigala telah menerkamnya dan memakan sebahagian dari tubuhnya, lalu meninggalkan sisanya untuk burung-burung.

Aku lebih sedih memikirkan nasib or tang tua dari pada nasib remaja yang telah terkorban itu.

Aku pun turun dari bukit… dan melangkahkan kakiku dengan berat menahan kesedihan yang mendalam.
Haruskah kutinggalkan orang tua itu dan  menghadapi nasibnya sendirian… ataukah kudatangi dia dan ku khabarkan nasib yang menimpa anaknya itu?

Aku berjalan menuju ke khemah orang tua itu. Aku bingung bagaimana cara untuk menerangkan keadaan anaknya?

Lalu terlintaslah di hatiku akan kisah Nabi Ayyub ‘alaihissalaam. Maka aku temui orang tua itu dan ia masih dalam keadaan yang sama seperti ketika kutinggalkan. Ku ucapkan salam kepadanya, dan orang tua yang malang itu menyatakan rasa rindunya dan teramat ingin melihat anaknya. Dia mendahuluiku dengan bertanya: “Di mana anaknya?”

Namun kataku, “jawablah terlebih dahulu… siapakah yang lebih dicintai ALLAH  engkau atau Ayyub ‘alaihissalaam?”
“Tentu Ayyub ‘alaihissalaam lebih dicintai ALLAH” jawabnya.
“Lantas siapakah di antara kalian yang lebih berat ujiannya?” tanyaku kembali.
“Tentu Ayyub…” jawabnya.

“Kalau begitu, berharaplah pahala dari ALLAH kerana aku mendapati anakmu telah terkorban di lereng gunung… ia diterkam oleh serigala dan dikoyak-koyak tubuhnya…” jawabku.

Maka orang tua itu pun tersedak-sedak seraya berkata, “Laa ilaaha illallaaah…” dan aku berusaha meringankan musibahnya dan menyabarkannya… namun sedakannya semakin keras hingga aku mulai mengajarkan kalimat syahadat kepadanya… hingga akhirnya dia meninggal dunia.

Ia wafat di hadapanku, lalu kututupi jasadnya dengan selimut yang ada di bawahnya… lalu aku keluar untuk mencari orang yang boleh membantuku mengurus jenazahnya.

Maka kudapati ada tiga orang yang mengendarai unta mereka… nampaknya mereka adalah para musafir, maka kupanggil mereka dan mereka datang menghampiriku.

Kukatakan, “Mahukah kalian menerima pahala yang ALLAH tawarkan kepada kalian? Di sini ada seorang muslim yang wafat dan dia tidak punya siapa-siapa yang mengurusinya… mahukah kalian menolongku memandikan, mengafani dan menguburkannya?”

“Ya..” Jawab mereka.

Mereka pun masuk ke dalam khemah menghampiri mayat orang tua itu untuk memindahkannya. Namun ketika mereka menyingkap wajahnya, mereka saling berteriak, “Abu Qilabah… Abu Qilabah…!!”

Ternyata Abu Qilabah adalah salah seorang ulama mereka, akan tetapi waktu silih berganti dan ia dirundung berbagai musibah hingga menyendiri dari masyarakat dalam sebuah khemah usang. Kami pun menunaikan kewajiban kami atasnya dan menguburkannya, kemudian aku kembali bersama mereka ke Madinah.

Malamnya aku bermimpi melihat Abu Qilabah dengan penampilan indah. Beliau mengenakan gamis putih dengan badan yang sempurna… ia berjalan-jalan di tanah yang hijau… maka aku bertanya kepadanya:

“Hai Abu Qilabah… apa yang menjadikanmu seperti yang kulihat ini?”

Maka jawabnya: “ALLAH telah memasukkanku ke dalam Jannah, dan dikatakan kepadaku di dalamnya:

( سلام عليكم بما صبرتم فنعم عقبى الدار )

Salam sejahtera atasmu sebagai balasan atas kesabaranmu… maka (inilah Syurga) sebaik-baik tempat kembali.

Kisah ini diriwayatkan oleh Al Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya: “Ats Tsiqaat” dengan penyesuaian.
Diterjemahkan oleh Abu Hudzaifah Al Atsary dari kitab: ‘Aasyiqun fi Ghurfatil ‘amaliyyaat, oleh Syaikh Muh. Al Arify.

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...