Jumaat, 21 Februari 2014

AMALAN -Untuk PENUNTUT ILMU



Untuk penuntut ilmu silalah mengamalkan amalan ini...

1.Letakkan tangan kanan di bahagian hati anda. 
2.Baca Surah Alam Nasyrah 3x. Kemudian..
3.Baca Robbish rohli shidri wa yassirlii amri .....hingga akhir..7x 
4.Amalkan selalu membaca Ya Fattaahu Ya 'Aleem 100x.

Petua amalan daripada Habib Umar bin Zein bin Ibrahim bin Sumaith Hafidzahullah 

Rabu, 19 Februari 2014

Perbanyakkan ZiKir , Doa Dalam SUJUD

Perbanyakkan zikir, doa dalam sujud - Oleh Mohd Rasyiq Mohd Alwi


Pergerakan dalam solat ketika sujud adalah gambaran terbesar kehambaan kita kepada Allah SWT. Sujud keadaan yang paling hampir seseorang hamba itu kepada penerimaan Tuhannya maka perbanyakkan zikir dan doa ketika sujud.

Rasulullah SAW bersabda: “Paling hampir seorang hamba itu dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud maka perbanyakkan doa.” (Riwayat Muslim)
Maksud hampirnya hamba itu kepada Allah SWT adalah dekat penerimaan segala permohonan, rasa rendah dirinya kepada Allah, bukan hampir dari segi tempat atau ruang makhluk kerana zat Allah bukan di kiri, kanan, belakang, depan, atas atau bawah.

Begitu juga lafaz yang disebut bererti Maha Suci Tuhan Yang Tinggi Keagungan-Nya bukan bererti tinggi tempat kerana Allah SWT ada tanpa bertempat.

Sementara itu, tiada didikan yang amat mulia melainkan memberi tarbiah kepada anak supaya memelihara akidah dan solat lima waktu. Sabda Baginda Rasulullah SAW: “Wajib ke atas penjaga kanak-kanak sama ada perempuan atau lelaki yang telah mumayyiz iaitu telah mula boleh memahami sesuatu ketika berumur tujuh tahun ke atas ibu bapanya hendaklah menyuruh anaknya menunaikan solat dan mengajar keduanya hukum hakam solat serta memukul keduanya setelah berumur 10 tahun jika sengaja meninggalkan solat begitu juga pada puasa yang selagi dia mampu.”

Ibnu ‘Abbas ketika berehat sebentar di rumah ibu saudaranya, Maimunah isteri Rasulullah, baginda yang pulang ke rumah terus bertanya: “Adakah Ibnu ‘Abbas telah solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Sejurus Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah, baginda terus bertanya akan solat terhadap anak di bawah jagaannya. Ini menunjukkan penting memerhatikan orang bawahan kita terutama anak-anak supaya sentiasa memelihara solat.

Ucapan setinggi-tingginya tahniah kepada ibu bapa yang mendidik anak untuk menjaga solat sekalipun berada di negara barat yang agak sarat dengan gejala sosial demi melahirkan generasi yang beramal dengan agama Islam dan cinta akan solat.

http://epondok.wordpress.com/2014/02/20/perbanyakkan-zikir-doa-dalam-sujud/

Selasa, 18 Februari 2014

EMPAT Cara Mudah Kenalpasti Orang yang Baik?'

4 Cara Mudah Kenalpasti Orang yang Baik?'.
Gambar hiasan jee

4 cara mudah kenalpasti orang yang baik? Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/4-cara-mudah-kenalpasti-orang-yang-baik.html

Adakah anda tahu macammana nak kenalpasti orang yang baik? Dalam ramai-ramai kawan anda, bolehkah anda beritahu siapa yang baik? Bagaimana anda menilai seorang itu baik atau tidak? Apakah yang anda perhatikan?

Orang baik
Ada seorang kawan pernah berbual dengan saya mengenai topik ini. Katanya, untuk mengetahui seseorang itu baik atau tidak, mudah saja.

Begini caranya ;
1. Lihat perangai atau sikap IBU nya
Kalau ibunya seorang yang baik, penyantun, lemah lembut dalam berkata-kata, tidak pemarah, pemurah dan ‘manis muka’, insyaAllah memang anaknya itu akan terdidik dengan sikap yang begitu juga.

2. Lihat siapa kawan baiknya
Cuba perhatikan atau selidik siapakah kawan baiknya. Lihat perangai atau sikap kawan baiknya. Cuba perhatikan apakah aktiviti kawan baiknya itu.

Biasanya seseorang itu akan terpengaruh atau terikut-ikut dengan sikap kawan baiknya. Kalau kawannya itu minat bola, dia juga biasanya akan minat bola. Kalau kawan baiknya minat pergi clubbing, dia juga pasti minat untuk bersosial.

3. Tanya kepada isterinya
Untuk kenalpasti seorang lelaki yang dah berkahwin, samada dia seorang yang benar-benar baik atau tidak, sila tanya kepada isterinya.

Cuba tanya isterinya, adakah suami awak seorang yang baik?
Sekiranya dia terus bercerita panjang lebar tentang kebaikan suaminya (dengan penuh semangat), pastinya lelaki itu adalah seorang yang benar-benar baik. Kalau dia macam teragak-agak jer nak jawab, hmmm anda boleh nilai sendiri tahap kebaikan lakinya.

4. Lihat bagaimana dia melayan budak kecil
Kalau nak tahu seorang perempuan itu baik atau tidak, lihat bagaimana dia melayan budak kecil. Petua ni dari kawan saya. Dia kata inilah cara dia menilai ‘calon’ yang sesuai untuk dijadikan isteri’nya.

Jika anda lihat seorang wanita itu sangat suka, mesra dan pandai melayan budak-budak, biasanya perempuan itu memang seorang yang berhati lembut, pengasih, taat dan setia.

Adakah cara ini memang boleh dipercayai?

Usah tanya saya.

Bertenang. Lihat orang-orang di sekeling anda. Cuba perhatikan betul-betul. Adakah cara ini relevan dan boleh dipercayai?

Anda sendiri lah yang patut menilainya.

HaKiKaT KeHiDuPaN DuNiA

Hakikat kehidupan dunia - by epondok 

SETIAP orang di dunia ini diberi peluang untuk berbuat kebaikan, bersegera mencapai keredaan Allah SWT dan bertaubat sebelum terlambat.

Sehubungan dengan itu Allah SWT membawa satu pendekatan motivasi dan semangat kepada hamba-hamba-Nya iaitu pendekatan berlumba-lumba untuk mengerjakan amalan kebaikan bagi mendapat keampunan dan juga pembalasan syurga.

Firman Allah SWT: Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (al-Hadid: 21)

Perlumbaan di sini membawa maksud perlumbaan melakukan ketaatan dan amal soleh yang berterusan. Allah SWT juga menceritakan tentang sikap Nabi Zakaria a.s melalui firman-Nya: Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (al-Anbiya’: 90)

Siang dan malam silih berganti menurut pusingan cakerawala yang sentiasa bergerak dan pasti Allah SWT tidak menjadikannya dengan sia-sia. Kehidupan ini adalah ibarat gelanggang yang disediakan untuk pertandingan di mana orang yang berjaya mencapai kemenangan adalah orang yang mengenal Tuhan dan melaksanakan hak yang wajib ditunaikan serta bersegera memanfaatkan waktu yang ada.

Tokoh tasawuf terkenal, Hassan Al Basri menyebut, “Tiada satu hari yang fajarnya menyinsing melainkan diseru. Wahai anak Adam, aku satu makhluk yang baharu (suatu hari yang baharu) dan menyaksikan semua amalanmu maka ambillah bekalan daripadaku. Sesungguhnya apabila aku berlalu pergi, aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat.”

Bersandarkan kata-kata Hassan Al Basri di atas, adalah suatu perkara yang menyedihkan bila kita melihat orang yang tidak menghiraukan kehilangan waktu dan pada masa yang sama menambah dosa mereka dengan mengajak orang lain mengikuti mereka dalam kerja-kerja yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Islam menyarankan agar setiap Muslim mengambil faedah daripada ruang masa tersebut supaya tekun dalam melaksanakan kerjanya walaupun kerja itu kecil dan dipandang ringan. Sabda Rasulullah SAW, Wahai manusia, ambillah kerja-kerja itu mengikut keupayaanmu. Sesungguhnya, Allah tidak jemu sehingga kamu terlebih dahulu merasa jemu. Dan sesungguhnya, sekasih-kasih amalan di sisi Allah adalah melakukan sesuatu perkara dengan tekun dan berterusan walaupun sedikit. (riwayat Bukhari)

Mencari pahala

Dalam konteks perlumbaan mencari pahala, Rasulullah SAW menjelaskan betapa kebaikan perlu direbut dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah SAW, Bersegeralah kamu mengerjakan amal soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah paginya kafir, dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit. (riwayat Bukhari)

Keampunan Allah adalah matlamat yang ingin dicapai oleh setiap mukmin dan ia hanya boleh dicapai dengan perlumbaan mencari kebaikan, di samping usaha yang sungguh-sungguh bagi mencapainya dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT. Ia tidak diperoleh jika sikap malas dan mengambil mudah menyelubungi diri.

Ya Rasulallah - Munsyid Malaysia

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.


Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan menyebabkan menitisnya air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur,dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Sama ada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok di hujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di perkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek al Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan
ia seorang yang buta al Quran. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Quran itu dengan tangannya,seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai
Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapan Allah di akhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani al Quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.

Lelaki itu meminta untuk melihat al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.

Hatinya telah bersatu dengan roh al Quran. Dia sangat mengasihi kalimat Allah dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita
menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari utk membaca.


Kisah ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. 

DUA Kejayaan SEBENAR Perlu DiCapai

DUA Kejayaan sebenar perlu dicapai - by epondok- MOHD SYAHMIR ALIAS
Gambar hiasan jah
Banyak kes bunuh diri yang berlaku berpunca daripada hilang rasa bahagia. Setiap insan pasti mengharapkan kebahagiaan iaitu fitrah insan yang timbul dalam jiwa datangnya daripada kegembiraan rohani.

Oleh itu, ia perlu dihubungkan dengan konteks ketaatan kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Dalam Islam, kebahagiaan adalah manifestasi kejayaan. Terdapat beberapa terminologi disebutkan dalam al-Quran untuk menggambarkan kebahagiaan berkait dengan kejayaan seperti annajah (kejayaan), al-fawz (kemenangan), al-falah (kemakmuran) dan as-sa’adah (kegembiraan).

Secara umumnya, terdapat dua bentuk kejayaan atau kebaikan yang sering diminta dalam doa yang juga firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah, ayat 201)

Dua Bentuk Kejayaan

Dua bentuk kejayaan menurut al-Quran, pertama adalah kejayaan di dunia yang bersifat sementara. Manusia tidak menginginkan kehidupan terumbang-ambing, ditindas, merasai kesakitan dan terancam dengan bala bencana.

Allah SWT mengingatkan manusia dalam firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah siapakah yang menyelamatkan kamu daripada bencana-bencana di darat dan di laut? Kamu berdoa merayu kepada-Nya dengan merendah diri dan secara bersembunyi: Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami daripada bencana ini nescaya jadilah kami daripada orang yang bersyukur. Katakanlah Allah jugalah yang menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan daripada segala jenis kesusahan, namun, kamu masih mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah al-An’am, ayat 63-64)

Kejayaan kedua ialah yang kekal abadi di akhirat. Kejayaan hakiki ini hanya dapat diperoleh dengan tahap keimanan dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT. Hanya insan bertakwa (muttaqin) akan memperoleh kebahagiaan sebenarbenarnya iaitu pembebasan daripada seksa api neraka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertakwa dan Kami akan biarkan orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.” (Surah Maryam, ayat 72)

Membincangkan konsep kebahagiaan ini, ahli falsafah Islam, al-Farabi berpendapat, kebahagiaan adalah kebaikan yang mutlak dan suatu tahap kesempurnaan insan. Kebahagiaan tertinggi akan dialami ketika kehidupan di Hari Akhirat.

Konsep Kebahagiaan

Namun, ia juga bertitik tolak daripada kejayaan di dunia yang perlu dikecapi melalui empat pendekatan, menuntut ilmu dan memahami hakikat ilmu; mengamati setiap perkara yang baik dan buruk; menjadikan perkara baik sebagai akhlak diri dan bersungguh-sungguh mengamalkan kebaikan.

Justeru, al-Farabi menyarankan setiap manusia harus mempunyai guru yang sentiasa menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk memperoleh kejayaan hidup di dunia. Selain itu, beliau menyatakan kebahagiaan di dunia dapat dirasai apabila seseorang itu terbabit bersama masyarakat.

Setelah mengecapi kebahagiaan yang bersifat sementara di dunia ini, Imam al-Ghazali berkata, kebahagiaan paling tertinggi adalah keupayaan insan untuk melihat Allah SWT secara terus di dalam syurga.

Imam al-Ghazali menyatakan, nikmat itu akan menyebabkan manusia lupa kenikmatan lain di syurga kerana melihat Allah SWT adalah kurniaan paling sempurna. Untuk mencapainya, manusia perlu mentaati perintah Allah SWT, sentiasa berbaik sangka dengan-Nya serta memohon keampunan.

Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan ketika hidup di dunia. Selain itu, menurut Imam al-Ghazali, kebahagiaan di akhirat dapat dicapai apabila seseorang itu mengenal dirinya sendiri, memahami fungsi dan tujuan diciptakan seterusnya mengenali Penciptanya, Allah SWT.

https://us-mg4.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=518sp22h3ln8c#mail

Ahad, 16 Februari 2014

Waktu Solat Isyak

Gambar hiasan
Assalamualaikum..
Soalan : saya ada sedikit kemusykilan tentang tamatnya waktu sembahyang isyak. ada seorang ustaz di kampung saya mengatakan bahawa solat isyak tamat pada pukul 12 malam, kerana solat isyak tersebut adalah solat malam dan selepas pukul 12 tiada malam lagi. Ia jadi waktu pagi. lantas timbul kekeliruan dengan apa yg saya pelajari iaitu waktu isyak adalah panjang sehingga terbitnya fajar sidik. mohon diberi pencerahan tentang hal ini. wassalam.

Jawapan: Para ulama membahagikan waktu solat kepada waktu ikhtiariy dan waktu al-Idhtiroriy . Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, org kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

Maksudnya: “Waktu ‘isya itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.” (6/113)

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:

Maksudnya: “Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu maghrib dan masuknya waktu ‘isya sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat ‘isya, tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat ‘isya, jika seseorang menunaikan solat ‘isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384).

Wallahua'lam

Khamis, 13 Februari 2014

Roh Orang Mati Bertemu Antara Satu Sama Lain

Roh Orang Mati Bertemu Antara Satu Sama Lain
Gambar hiasan
Roh orang mati yang berada di dalam kubur akan merasai keadaan yang berbeza. Roh yang baik akan merasai kenikmatan dan bebas untuk bertemu antara satu sama lain, tanpa ada halangan dan bantahan. Mereka akan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Mereka juga akan mengingati setiap perbuatan dan amalan yang dilakukan di dunia. Roh ini juga bertanya sesama mereka tentang keadaan penghuni dunia. Roh ini berada di sisi temannya dan berada pada tingkatan yang sama. Berbeza dengan roh yang diseksa. Roh ini sibuk dengan kesiksaan yang dirasainya, dan tidak teringat untuk bertemu atau menziarahi antara satu sama lain. 

Adakah  Roh Nabi saw akan Bersama Kita?

Daripada Masruq katanya, para sahabat  bersedih apabila mengenangkan jika Rasulullah saw meninggalkan mereka di dunia ini. Mereka tidak mahu berpisah dengan Baginda. di akhirat kelak mereka juga tidak dapat bersama dengan nabi saw kerana sudah pasti Baginda berada pada tingkatan yang paling tinggi dan para sahabat berada pada tingkatan bawah. Pada waktu itu sahabat tidak lagi boleh bertemu dan mereka sangat sedih. 

Apabila Rasulullah saw mendengar rintihan para sahabat, maka turunlah ayat ini. Firman Allah SWT ertinya: 

"Sesiapa yang mentaati Allah dan rasul, maka mereka itu akan berada bersama-sama dengan orang-orang yang dikurniakan ke atas mereka dari golongan para nabi, para ahli kebenaran, orang-orang yang syahid dan orang-orang yang soleh, dan adalah mereka itu sebagai teman-teman yang baik-baik". (Surah an-Nisa':69)

Keadaan ini juga berlaku kepada seorang Ansor dari kalangan sahabat nabi bertemu dengan baginda dalam keadaan menangis. Dia menangis mengenangkan dirinya. Beliau berkata:" Wahai nabi Allah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan segala harta bendaku. Aku sentiasa mengingatimu walaupun aku bersama dengan keluargaku. Aku teringat bagaimana keadaaan selepas kewafatanmu, aku yakin kita tidak akan bertemu lagi setelah kita berpisah di dunia ini. di akhirat nanti engkau akan berada pada tingkatan para nabi, sedangkan aku berada di tempat yang lebih rendah. Mendengar kata-kata sahabat daripada Ansor itu, maka Rasulullah saw terdiam seketika. Maka turunlah ayat surah al-fajr ayat 27-30 yang bermaksud: 

"Wahai jiwa yang tenang tenteram. Kembalilah kepada TuahnMu dengan keadaan redha meredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, masuklah ke dalam Syurgaku".

Berdasarkan kepada firman Allah SWT ini, nyatalah kepada kita bahawa di akhirat nanti sekiranya roh kita adalah roh yang baik, maka roh kita akan bersama -sama dengan roh para nabi, para solihin, pembela kebenaran, para Syuhada'. Inilah janji Allah yang pasti pada hari akhirat kelak. Betapa seronok dan gembiranya kita apabila kita dapat bertemu semula dengan ibu kesayangan kita, ayah yang kita sangat kasihi, adik beradik kita yang dicintai di akhirat setelah kita berpisah di dunia. Titik pertemuan kita ini akan kekal selama-lamanya dan tidak akan berpisah lagi buat selama-lamanya. Khabarkanlah berita gembira ini buat anak-anak kita yang sering bermanja dengan kita sehingga tidak sanggup berpisah di dunia. Namun sebenarnya kita diberi peluang untuk bertemu semula di akhirat kelak, dengan syarat taatlah segala perintah dan ajaran Allah dan rasulNya. Apa yang lebih menggembirakan kita lagi, bukan sahaja kita dapat bertemu dengan mereka ini, tetapi dapat bersama-sama dengan roh para nabi, golongan yang benar, para syuhada' dan orang-orang yang solih.

* Kuliah Agama di Taman Sri Siantan Klang Selangor pada 28 Februari 2012
Dicatat oleh Mohd Afendi Mat Rani

http://drafendi.blogspot.com/2012/02/roh-orang-mati-bertemu-antar-satu-sama.html

Isnin, 10 Februari 2014

PESANAN ULAMAK YANG MENINGGALKAN KESAN

Chechen_Mujahideen
1. SIBUKANLAH DIRImu dalam usaha agama ;jika tidak kamu akan sibuk tapi bukan dalam agama.
2. GUNAKAN WAKTUmu untuk agama; jika tidak waktmu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3. GUNAKANLAH HARTAmu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4. MATILAH KAMU dalam agama ; jika tidak kamu akan mati tapi bukan untuk agama.

(Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan rahmatullah’alaih)

Ahad, 9 Februari 2014

IMAM ABU HANIFAH DAN TEROMPAH KAYU

Gambar hiasan
Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tibaternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu,Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”

Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini… 

Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.

sOLaT KiTa...BaGaiMaNa....??

Gambar Hiasan
DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.

Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.

Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” 

Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” 

Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.

Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim.

Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meninggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan yang diucapkan.

Wallahua'lam

HaRtA TeMan Dan PeNgaWaL


HARTA yang PALING MENGUNTUNGKAN ialah SABAR.
TEMAN yang PALING AKRAB adalah AMAL.
PENGAWAL PERIBADI yang PALING WASPADA ialah DIAM.
BAHASA yang PALING MANIS adalah SENYUM.
dan....
IBADAH yang PALING INDAH ialah KHUSYUK

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...