Rabu, 11 Jun 2014

Kisah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Bersama Anak Yatim Di Pagi Syawal

Anak-anak Yati al-Wadi
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,yang kita cintai begitu prihatin terhadap anak-anak yatim. Bahkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , merupakan seorang yatim piatu sejak kecil. Mari kita hayati bagaimana lembut dan ikhlasnya kasih sayang yang diberikan oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , kepada anak-anak yatim.

Pada zaman jahiliah, penduduk kufar Quraisy Makkah sering memperlakukan kezaliman terhadap anak-anak yatim. Anak yatim pada zaman itu seperti anak yang tiada halatuju kehidupan. Sekirannya ibu seorang anak yatim dinikahi oleh lelaki lain, warisan berupa harta si anak dihabiskan oleh bapa tirinya sehingga mengakibatkan si anak yatim hidup merempat.

Namun, kedatangan Islam telah merubah semua persepsi negatif terhadap anak-anak yatim ini. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
“Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); “

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلاً لَّمّاً
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبّاً جَمّاً
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! [Surah AL-Fajr : 17-20]

Menurut Muqatil, seorang ahli tafsir ayat tersebut menjelaskan mengenai kisah Qudamah bin Maz’un, yang merupakan seorang anak yatim diperlakukan dengan kejam oleh Umayyah bin Khalaf seorang pembesar Quraisy yang zalim.

Peringatan-peringatan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala banyak ditegaskan mengenai kewajiban dan berhati-hati dalam mengendalikan harta anak yatim sebagaimana firman ALLAH Subhanahu Wa Taala yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya”.[Surah al-Isra : 34]

Kita hayati juga kesedihan yang dialami oleh Nabi kesayangan kita Sayyidina Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم , sebagai seorang yang bergelar anak yatim piatu. ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak pernah mempersiakan kekasih NYA dan berfirman :

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى
“Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? “

Mari kita fahami dahulu keadaan anak yatim piatu di zaman sebelum kedatangan Islam sebelum saya kongsikan kisah Junjungan Mulia yang kita cintai Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , bersama anak yatim di pagi Syawal. Barangkali kita boleh bandingkan nasib anak-anak yatim piatu di zaman kita ini.

Ahmad Musthafa Al-Maraghi dalam tafsirnya menyebut, apabila seseorang bergelar yatim di Makkah, maka kehidupan mereka ibarat sudah di yakinkan akan gelap gelita. Ini termasuklah kerosakan akhlak, kehidupan yang disia-siakan dan tekanan perasaan kerana kehilangan ayah dan ibu. Ini disebabkan tiada sesiapa yang mengambil peduli akan untung nasib anak-anak yatim kerana masing-masing sibuk mementingkan diri sendiri. Anak-anak yatim ketika itu menjadi sesat disebabkan pengaruh jahiliah arab kufar. Walaubagaimanapun tidak kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang dipelihara kemaksumannya oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala Yang Maha Mulia.

Ayuh Hayati Kisah ini :

“Ayahku ialah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,”

Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Aidilfitri. Sebagaimana yang diketahui, betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Aidilfitri, ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,telah melihat sekumpulan kanak-kanak sedang girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.

Tiba-tiba, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , mendekati gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; ”Mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.

Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh ke arah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :

“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis.

Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namun kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”

Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “Anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engkau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”

Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri di hadapannya. MASYAALLAH… orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,. Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan di wajahnya.

Setibanya di rumah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , gadis kecil itu disambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan sepatu yang indah.

Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena Hari Raya Aidilfitri. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Begitu pula Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.

Begitulah keperibadian Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dengan anak-anak yatim-piatu. 

ar-Rahiq al-Makhtum
Sollu’ alan Nabiyy….
.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...