Khamis, 3 Julai 2014

IkhLasKaN AmaLaNmU

Hiasan saja
Ikhlaskan AmalanMu

Kesempurnaan amalan bergantung kepada keikhlasan iaitu amalan hati,hal ini menghendaki sesuatu dilakukan tanpa keterlaluan agar kesempurnaan tidak luput. Iklhas juga merupakan syarat pada setiap amalan tanpa ikhlas segala amalan yang dilakukan menjadi sia-sia.

Syeikh al-buti berkata :

 الأَعْمَالُ صُوَرٌ قَائِمَةُ، وَأَرْوَاحُها وُجُودُ سِرِّ الإِخْلاصِ فِيهَا

Maksudnya : “amalan-amalan itu merupakan gambaran-gambaran yang zahir manakala roh-rohnya ialah rahsia ikhlas yang wujud padanya”.

Amalan kebaikan diibaratkan seperti jasad yang sedang berdiri dan untuk hidup,jasad tersebut memerlukan roh. Begitu juga dengan amalan yang memerlukan ikhlas untuk hidup. Sungguh halus sifat ikhlas ini sehingga para ulama menyatakan, para malaikat dan syaitan tidak mengetahui bahawa orang itu ikhlas atau tidak  pada amalannya.

Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu hanya kerana Allah SWT dan tidak akan diterima amalan oleh-Nya melainkan dilakukan dengan ikhlas. Apabila ditanya  sahl bin Abdullah: “apakah perkara yang paling susah keatas diri sesorang ?” jawabnya : “ikhlas kerana nafsu tidak mempunyai apa-apa keuntungan di dalamnya”.

Oleh itu, sebagai seorang muslim kita haruslah melakukan ibadah dengan ikhlas tanpa wujud sifat ujub dan riyak yang jelas atau tersembunyi serta tanpa tuntutan nafsu. Ini kerana tanpa keikhlasan, ibadat kita hanya sia-sia dan tidak mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNYA serta ingatlah ibadat dengan khusyuk sahaja yang akan mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.

http://gemuzs.blogspot.com/2013/04/salam-jumaat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...