Ahad, 6 Julai 2014

TAUBATNYA PENJAHAT Berkah Bacaan Selawat


Kisah seorang yang sangat zuhud bernama Syeikh Abdul Wahid bin Zaid :

Seorang tetangga kami, bekerja sebagai pegawai negeri dan sangat jahat ketika hidupnya di dunia, dan melakukan maksiat dan suka menakut-nakutkan orang.

Pada suatu malam, saya melihat di dalam tidur bahawa tangan tetangga saya tersebut memegang tangan Rasulullah SAW. Saya bertanya kepada Rasulullah SAW :
“Wahai Rasulullah, seseungguhnya orang ini sangat terkenal sebagai penjahat di muka Bumi, bagaimana ceritanya engkau sangat menaruh tanganmu memegang tangannya ? “ Rasulullah SAW bersabda :

“ Saya mengetahui apa yang engkau katakan tersebut. Oleh kerana itu, saya datang untuk memberikan SYAFAATku kepadanya. ”

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW :
“ Wahai Rasul, apakah kelebihan tetangga kami itu, sehingga engkau memberikan syafaatnya ? ”
Rasulullah SAW menjawab :
“ Tetanggamu itu banyak membaca SELAWAT kepadaku. Pada setiap malam ketika dia hendak tidur, dia selalu membaca selawat 1000 kali ( seribu kali ), sehingga aku mohon kepada Alloh SWT mudah-mudahan syafaatku ini diterima disisi-Nya, agar tetanggamu ini bertaubat kpd-Nya.”

Berkata Syeikh Abdul Wahid ( shohibul hikayat ) :
“ Di pagi hari saya mengajar di masjid sebagaimana biasanya, tiba-tiba datang tetangga itu, di saat saya sedang menceritakan apa yang saya lihat di dalam tidur ( mimpi ), dia masuk dan mengucapkan salam sambil menangis, lalu dia berkata :

“ Wahai Syeikh Abdul wahid, izinkanlah aku menjabat tanganmu, kerana Rasulullah SAW mengutusku kepadamu, agar aku bertaubat di hadapanmu, dan disaksikan oleh murid-muridmu di masjid ini. ”

Syekh Abdul Wahid telah berjabat tangan dengan tetangganya yang telah menyesali segala perbuatannya selama hidupnya tersebut. Ia berjanji tidak akan mengulanginya kembali perbuatan jahatnya tersebut.”

Subhanallah…… Setelah itu, Syeikh Abdul Wahid bertanya kepada tetangganya tersebut : “ Apakah yang menyebabkan engkau bertaubat, wahai saudaraku…?” tetangganya menjawab :
“ Rasulullah SAW telah datang kepadaku di dalam tidurku, dan baginda menceritakan kepadaku tentang tanya jawab yang antara engkau dengan baginda, kemudian Rasulullah memegang tanganku dan bersabda:
“ Aku datang kepadamu untuk memberikan syafaat Allah atas segala dosamu, adalah semata-mata kerana engkau banyak membaca Salawat atasku. ” “ Setelah itu beliau bertitah kepadaku, agar di pagi hari aku datang kepadamu, Wahai Syaikh….Untuk mengumumkan kepada khalayak ramai bahawa aku telah bertaubat yang sebenar-benarnya…..”

Demikianlah keberkahan membaca Salawat atas Rasulullah SAW, ternyata tidak sia-sia bagi setiap lisan yang selalu di basahi dengan salawat.

Kisah di atas sebagai bukti nyata Syafaat Rasulullah SAW, bahawa pembacaan salawat dapat mengugurkan dosa-dosa yang pernah terlanjur dikerjakan oleh seseorang. Sebagaimana diterangkan dalam Hadits :

“ Diriwayatkan dari Abu Bakar As Shiddiq : belaiu berkata, bahawa salawat kepada Nabi SAW lebih cepat menghapus dosa dari pada air dingin memadamkan api dan lebih utama daripada memerdekakan hamba sahaya ”

http://kumpulan-kisah2.blogspot.com/2012/07/taubatnya-penjahat-berkah-bacaan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...