Sabtu, 25 Februari 2017

MENGAPA AKTIVIS AGAMA BERBEZA -SEHINGGA HAMPIR BERPECAH?


Oleh -Zaharuddin Abd Rahman
(Tulisan ini mungkin hanya sesuai dibaca oleh orang kebanyakan jika terdapat bimbingan ilmuan agama disebabkan beberapa contoh isu teknikal yang dibawakan)

pecah_rebut

Sebelum ini saya telah pernah menulis perihal kejinya sangka buruk yang sering berlingkar di dalam masyarakat. Hari ini saya ingin mengecilkan sedikit skopnya, bagi menyambung beberapa isi dalam artikel ‘Inginkah  Ulama Malaysia seperti Al-Qaradawi’ yang ada menyebut berkenaan pertelingkahan atau perbezaan pandangan di kalangan graduan agama di tanahair, malah di seantero dunia. Ada mereka yang bertanya lanjut, justeru ini sebahagian ulasannya.

Tidak dinafikan ada juga kedapatan jurutera yang bertelagah, namun mungkin jarang disebabkan ilmu mereka tetapi mereka bertelagah mengenai pangkat, jawatan, gaji, persaingan dan keputusan di tempat kerja. Ya mereka mungkin bertelagah disebabkan urusan dunia.

Demikian doktor, peguam, artitek, akauntan, guru dan sebagainya. Namun pertelagahan menjadi lebih kelihatan buruk apabila punca yang dizahirkan adalah bukan dunia tetapi disebabkan ilmu Islam atau akhirat.

Saya masih baru dalam dunia dakwah, hanya baru berpengalaman menyertainya sejak 20 tahun lalu. Dalam tempoh itulah saya terjun secara khusus dalam bidang dakwah, sama ada secara fardiah atau jama’iyyah. Saya mungkin masih agak mentah berbanding tokoh-tokoh pendakwah lain yang wujud di Malaysia. Namun begitu saya kira, tempoh itu sewajarnya cukup untuk memberi saya masa untuk meneliti antara punca pertembungan di kalangan ilmuan atau graduan agama di Negara kita dan di peringkat antarabangsa.

Sedihnya, jumlah mereka yang berminat kepada ilmu agama dan yang berkait dengannya tidaklah ramai, namun dari jumlah yang tidak ramai ini berlaku pula perselisihan dan pertelingkahan, kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Mengapa demikian?

Bayangkan mungkin jumlah yang berminat dengan agama ini hanya 20-30 % dari seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, dari situ terpecah dan berbalah disebabkan aliran Salafi (digelar wahabi), Khalafi (digelar Ahbash). Terpecah pula disebabkan politik, dan seterusnya terpecah lagi disebabkan berlainan wala’ dan bai’ah masing-masing kepada jemaah Tabligh, ABIM, JIM, IKRAM, ISMA, Tarekat, PAS, Hizb Tahrir dan lainnya.

Justeru, kelihatan semua pihak berlumba-lumba ‘mengejar’ sokongan dan dokongan, adakalanya SEBAHAGIAN DARI MEREKA menggunakan teknik menghentam pihak yang lain bagi meyakinkan kumpulannya lebih baik dari yang lain. TIDAK MAMPU lagi untuk bersangka baik terhadap pihak lain.  Asyik tidak yakin dengan kemampuan pihak lain.  Snagka buruk akhirnya didahulukan, cuba menelaah niat  'tidak ikhlas' orang lain untuk menjustifikasikan tentangan. Perlukah demikian? Banyakkah keuntungan yang diperolehi oleh Islam dan umatnya melalui cara ini?

Bagaimanakah boleh tertariknya kumpulan majoriti umat Islam yang tidak minat dan tidak ambil berat urusan agama kepada Islam jika itulah gambaran yang terlihat berlaku di kalangan mereka yang serius di bidang agama?.

Ketidaksatuan ini hanya akan lebih memburukkan imej Islam dan muslimin, mengelirukan sesiapa sahaja yang ingin mula berjinak-jinak dengan Islam. Entahlah, tidak diketahui siapa yang perlu memulakan proses perdamaian tetapi yang pasti masing-masing perlu memperbetulkannya bermula dengan diri mereka sendiri.

CONTOH PERTEMBUNGAN MERUGIKAN BERPUNCA SANGKA BURUK
Saya ingin mengambil contoh kepada pertembungan tradisi di antara kumpulan yang dinamakan sebagai salafi dan khalaf, kaum tua dan kaum muda. Secara ringkasnya, antara punca utama pertembungan adalah banyak bergantung kepada sangka buruk serta miscommunication di antara mereka atau juga sengaja mengambil kalam pihak lain secara terpotong (out of context). Berikut adalah maksud saya :-

GELARAN BID'AH
1. Sekumpulan ilmuan yang digelar salafi atau wahabi sering ‘membelasah’ amalan tradisi yang diamalkan oleh ilmuan tempatan dengan nama bid’ah.

SOALAN : Mengapa sebahagian besar ilmuan tradisi melenting apabila amalan yang diiktiraf dan diamalkan oleh mereka dilabel sebagai bid’ah?

JAWAPAN : Kerana majoriti ilmuan salafi telah berusaha sedaya upaya untuk mem’package’ kan bahawa amalan bida’ah itu adalah satu dosa besar. Sebahagiannya menggambarkan bid’ah itu sebagai dosa kedua besar selepas syirik. Selain itu, bid’ah juga digambarkan pula oleh sebahagiannya pelaku bid’ah akan ke neraka disebabkan kerana amalan itu.

AKIBAT : Kumpulan ilmuan tradisi tentulah marah dan merasa diserang, kebijaksanan dan keilmuan mereka dicabar secara ‘keras’ akibat dilabel sebagai pelaku bid’ah. Mereka merasa di ‘jahil’kan oleh kumpulan tadi. Lantaran itu mereka membalas dan sebahagiannya mempertahankan diri.

PUNCA : Sangka buruk ilmuan salafi atau yang digelar ‘wahabi’ bahawa kandungan ilmu, takwil dan takrifan yang dipegang oleh mereka adalah yang paling tepat. Justeru setiap takrif yang tidak bertepatan dengan mereka adalah salah dan sudah tentulah bid’ah.

SEPATUTNYA : Ada beberapa perkara yang sepatutnya iaitu:-
Kedua-dua pihak secara adil dan tenang mengenalpasti isu yang diperbezakan pandangan adalah terdiri dari isu qat’ie atau zanni thubut dan dalalahnya. Jika ia bukan dari isu yang Qat’ie, saya yakin sepatutnya kedua-duanya sewajarnya tahu dan faham bahawa dalam sebarang hukum dan isu yang tidak disandarkan oleh dalil qati’e thubut dan dalalah, mana-mana pihak tidaklah boleh secara putus atau muktamad meyakini pihak lain sebagai salah dan dirinya sebagai wajib betul secara 100 %.

Tidak salah merasakan diri berpegang dengan pandangan yang betul lagi tepat, tetapi yang salah adalah seolah-olah sudah confirm pandangan lain adalah tersasar lalu menafi dan meremehkannya dengan cara yang keras atau penuh sindiran.

Di hari akhir pengajian bersama Syeikhuna Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradawi di Qatar baru-baru ini, beliau menjelaskan, proses tarjih (berijtihad) untuk menentukan pandangan yang paling tepat dan lebih kukuh boleh dilakukan. Selepas itu wajib pula ke atas pihak yang telah memilih untuk beramal dengan pilihannya. Namun ia tidak sekali boleh memburukan (taqbih al-mukhalifin) amalan dan pilihan pihak lain.

Apa yang patut dilakukan sepatutnya adalah menerangkan kepada masyarakat akan mengapa pandangan yang dipegang olehnya lebih kukuh dari pelbagai sudut, tanpa perlu dilekehkan hujah dan pilihan pihak lain. Tindakan itu hanyalah sebagai salah satu tanggungjawabnya selaku ahli ilmu yang inginkan orang ramai mengikuti pandangan yang lebih kukuh pada hematnya. Tapi jangan sekali usaha itu dicemari dengan kutukan terhadap ilmuan yang berbeza pandangan dengannya.

Apabila tindakan memperlekeh, menghina, mengutuk dan membid’ahkan ini dilakukan, ia tidak lain hanya menaikkan amarah ilmuan yang berbeza ijtihad dengannya. Kita harus faham, masing-masing ilmuan mempunyai hak untuk berusaha mencari jalan terbaik untuk mencapai redha Allah swt dan hampir kepada Rasulullah saw.

Alangkah baiknya, jika kita semua berlapang dada dan bersangka baik terlebih dahulu terhadap usaha ilmuan beraliran lain dari kita. Malangnya sangka buruk sering didahulukan, rasa ujub sering menyelubungi diri merasa diri lebih hebat dan bijak serta alim dari pihak lain. Malah, tergambar dibenaknya pihak ilmuan lain itu sengaja mengamalkan pandangan lemah kerana inginkan sesuatu dari dunia yang murah ini, sengaja ingin menyesatkan manusia dan membiarkan manusia ke neraka bersamanya!.

Saya amat berharap kita boleh bersangka baik, tiada siapa yang waras dan berilmu sengaja inginkan dirinya sesat, menyesatkan orang lain dan membawa mereka ke neraka.

GELARAN WAHHABI
SOALAN 2 : Mengapa kumpulan ilmuan yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj salafi ini MELENTING, TIDAK PUAS HATI apabila ilmuan tradisional (Khalaf) menyerang mereka dengan gelaran Wahhabi?

JAWAPAN : Kerana ilmuan khalaf ini telah berusaha sejak sekian lama mem ‘package’ nama wahhabi sebagai ajaran sesat, mujassimah (menyatakan Allah ada jasad dan jisim) dan terkeluar dari ahli sunnah wal jama’ah.

AKIBAT: Sebahagian besar ilmuan dari aliran ini melenting dan tidak selesa dengan gelaran tersebut kerana seolah mereka memperjuangkan ajaran sesat dan adakalanya ada yang menuduh mereka sebagai kafir.

PUNCA : Memotong ayat dan sangka buruk yang bersarang dalam diri sebahagian pembenci wahhabi. Bayangkan, tidaklah saya faham mengapa kumpulan yang digelar Wahhabi ini boleh digelar sebagai mujassimah, padahal hanya orang bodoh dan terencat aqal sahaja yang akan berani mentajsimkan Allah dan menyamakannya dengan makhluk.

Masakan tidak, jika dirujuk kepada penulisan, ucapan dan sumber kedua-dua ilmuan aliran sama ada khalaf (tradisional) dan salaf, AMAT JELAS KEDUA-DUA MEREKA berpegang teguh kepada firman Allah :-Ertinya : Tiadalah yang menyerupai Allah dengan sesuatu apapun (dari kalangan makhluknya) ( Surah Al-Shura :11)

Nah, justeru dari mana datangnya salah satu antara dua aliran ini yang mengatakan Allah ada mata, tangan, kaki, kepala yang berjisim dan menyerupai manusia atau mana-mana makhluk lain?.

Hakikat sebenarnya, apabila kita merujuk kepada sumber kedua-dua kumpulan akan kita dapati bahawa ulama kumpulan Salafi berijtihad mengatakan tiada takwilan pada setiap perkataan yang Allah menyifatkan dirinya, justeru apabila Allah mengatakannya: “Tangan Allah berada di atas mereka” (Surah Al-Fath : 10)

Kumpulan salafi ini berkata, ini bermakna Allah ada mempunyai tangan, namun sifat tangan itu tidak sama dengan manusia dan makhluk dan jangan ditanya perinciannya. Itulah ijtihad ulama bermanhaj salafi.

Namun ada kumpulan yang sengaja mencari salah, lalu ‘memotong’ ijtihad di atas dari boleh diterima kepada suatu kesalahan. Mereka mewarwarkan perkataan yang saya gariskan dan memotong  huraian yang sepatutnya, lalu kelihatanlah kumpulan manhaj salafi ini mengatakan Allah punyai tangan macam manusia dan berjisim. Lalu mereka berusaha mensabitkan bahawa pihak lain ini mentajsimkan Allah.

Begitulah satu contoh bagaimana hal ini berlaku, sama ada ia disengajakan atau tidak. Wallahu’alam. Jika mahu fahamkan lagi bentuk memotong konteks dan mengambil kata bukan yang dimaksudkan ini, bolehlah dibaca lanjut tulisan sahabat saya, Al-fadhil Ustaz Hasrizal DI SINI.

Memang benar, terdapat kemungkinan seseorang penulis itu sememangnya bermaksud sedemikian dan mentajsimkan Allah. Tapi mengapakah mungkin kita memasukkan penulis itu dalam mana-mana kumpulan?. Adalah lebih wajar, kesalahan penulis itu dibebankan kepada dirinya sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kerana tiada siapa yang boleh mendakwa diri dan pandangannya mewakili aliran Wahabi.

SEPATUTNYA : JANGAN MUDAH BEBANKAN KESALAHAN ‘SESAT’, ‘BID’AH, APATAH LAGI KAFIR
Jika kita boleh belajar dari arahan Nabi s.a.w agar berhati-hati dalam bab hudud, iaitu menjatuhkan kesalahan terhadap tertuduh dalam jenayah yang melibatkan hudud, nescaya saya yakin semua kita sepatutnya lebih berhati-hati untuk melabelkan seseorang sebagai:

Wahabi yang disifatkan sebagai terkeluar dari ahli sunnah wal jama’ah dan sesat
Ahbash yang disifatkan sebagai ahli bid’ah yang berlagak soleh tetapi digambarkan mereka jika berterusan dalam amalan mereka lalu akan ke neraka.
Menghina nabi kerana mengggunakan hadis dhoif.
Khawarij hanya kerana terdapat pandangan dan tindakannya yang membangkang pihak pemerintah secara terbuka.
Ahli bid’ah kerana berzikir beramai-ramai dengan satu nada dan sebagainya.
Menjadi wahabi yang sesat dan tajsim Allah, hanya kerana ketika solat mengangkang kaki lebih dari biasa, tangan di atas dada atau menggoyangkan jari.
Bermazhab Zahiri hanya kerana terdapat beberapa tulisan dan pandangannya yang cenderung kepada mazhab terbabit.

Syiah yang disifatkan sebagai kafir dan sesat hanya kerana terdapat luahan kecintaannya kepada ahli al-bayt.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda: Ertinya: Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap 
dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab: Ertinya: Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan graduan agama agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’  dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya atau alirannya dalam sesuatu masalah hukum sebagai wahabi, ahbash, syiah, bid’ah, khawarij, muktazilah, murjiah dan lain-lain label yang berat lagi boleh membawa kepada menyesat dan mengkafirkan.

Sedang dalam masalah yang lebih ringan dari kafir dan sesat iaitu hudud pun terdapat hadis di atas menasihatkan agar cuba mencari jalan, bersangka baik dan mentakwilkan apa yang dibaca dan didengari kepada yang lebih baik, seperti mungkin tersalah tulis, kesilapan penerbit dan editor, terlanjur kata, tersasul, terlebih emosi tanpa niat dan sebagainya yang boleh menghalang kita dari tergesa-gesa dari meletak sebarang label.

Malah label-label ini juga sama sekali tidak adil khususnya jika ia dilakukan disebabkan beberapa pandangan sahaja. Perlu diingat satu pandangan yang sama tidak semestinya SESEORANG ITU TERMASUK di dalam package mana-mana aliran. Banyak sekali kemungkinan bahawa seorang ilmuan itu hanya mentarjihkan satu pandangan yang mungkin sama dengan aliran yang ‘digelar wahabi’ tetapi dia sama sekali tidak pernah mentajsimkan Allah, membid’ahkan amalan orang lain dan sebagainya. Namun akibat penyakit sangka buruk dan busuk hati, terdapat individu lain yang memasukkannya ke dalam label ‘wahabi’.

Tindakan itu samalah menuduh seorang yang tidak mentajsimkan Allah, sebagai melakukannya, bukankah itu akan memburukkan keadaan? hanya menyebabkan pihak yang dituduh akan kembali menyerang dan akhirnya berlakulah pertempuran, kutuk mengutuk dari generasi ke satu generasi.

'PACKAGE'  SUATU TEKNIK ‘JAHAT’ MENJATUHKAN PIHAK LAIN
Sama juga dengan individu yang sengaja mengatakan ‘tindakan menyertai demonstrasi aman’ atau membangkang tindakan dan kesalahan pemimpin sebagai khawarij. Persoalan wajar atau tidak demonstrasi & teguran terang-terangan bukan target artikel ini, tetapi saya mengambilnya hanya sebagai contoh, bagaimana hanya disebabkan seseorang itu menyokong bantahan terbuka terhadap pemerintah, lalu di cuba dinamakan dan dilabelkan sebagai khawarij. Sedangkan khawarij itu adalah satu kumpulan yang menentang pemerintah yang merupakan khalifah dengan jalan kekerasan atau menggunakan senjata. Khawarij juga mendakwa dosa-dosa besar menyebabkan kekafiran lalu mengkafirkan pemimpin yang melakukan dosa besar dan menghalalkan darah mereka. ( Rujuk Fiqh Al-Jihad, Al-Qaradawi, 1/200 dan 2/1030)

Adakah mereka yang membangkang ini seperti itu? Saya yakin tidak. Justeru mengapakah dengan mudah cuba untuk melabel dengan label seburuk Khawarij?

Sedangkan mungkin sekali mereka yang dilabel itu sama sekali tidak faham seluruh rukun, polisi dan asas gerakan khawarij yang dikatakan itu. Malangnya disebabkan sangka buruk dan teknik ‘tidak sihat’ dikalangan sebahagian ahli agama, setiap kali apabila mereka berbeza pandangan, mereka kerap mencari nama-nama dan label-label buruk serta diketahui jahat agar boleh dinisbahkan kepada pihak yang berbeza dengannya. Mungkin harapannya agar boleh ‘mematikan’ hujah dan sokongan terhadap pihak sebelah sana.

Justeru, adakalanya kita mendengar gelaran ‘Munafiq’, ‘sama seperti Yahudi’ dan lain-lain label yang boleh terus memburukkan seseorang ilmuan yang tidak dipersetujui itu. Inilah juga yang dialami oleh Syeikhuna Dr. Yusuf Al-Qaradawi, hanya disebabkan satu dua ijtihad beliau yang tidak disukai oleh sekumpulan pengkaji ilmu, beliau dituduh sebagai ulama kerajaan (padahal telah dibuang negara dan dipenjara oleh kerajaannya di Mesir), boneka, munafiq, bekerjasama dengan Yahudi dan Kristian dan lain-lain tuduhan tidak bertanggungjawab.

Nabi s.a.w bersabda: Ertinya : Mencela orang muslim itu suatu kefasiqan, dan membunuhnya adalah kufur ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Mas’ud)

Biasanya, tindakan label melabel ini biasanya adalah hasil dari niat dan hati tidak baik pihak yang melabel kerana mahu segera mematikan kredibiliti mereka yang tidak sama fikiran dan pendapat dengannya. Agar orang awam terus boleh menjauhi mereka dan pandangan mereka sama sekali. Akhirnya ustaz-ustaz terus bertelagah dan orang awam berterusan keliru.

Sebahagian orang awam menjauhkan diri dan sebahagian yang lain mengambil keputusan untuk turut serta menyokong ustaz mereka.

Malanglah kita mempunyai keadaan graduan agama yang sebegini. Kali ini gejala negatif ini bukan hanya berlaku di kalangan graduan agama yang kurang cemerlang di universiti malah yang juga cemerlang. Tetapi mungkin terlalu hairan dengan kealiman sendiri dan terburu-buru, tidak memikirkan cara pelaksanaan dan ajakan kepada sunnah.

TERGESA-GESA INGIN MEMBAWA PERUBAHAN
Memang benar, sunnah itu jelas tetapi cara ajakan itu adalah terdiri dari hukum-hukum mutaghaiyyirat dan perlu mengambil kira keadaan dan kesediaan orang ramai. Mengajar orang ramai dan awam secara tergesa-gesa tanpa proses lunak dan tadarruj hanya mencipta orang awam yang keliru dan merasa layak untuk berfatwa sendiri, merujuk ayat dan hadis  secara sendirian, lalu semakin mudahlah dia tersesat jalan.

Lihat bagaimana Rasulullah membatalkan hasrat baginda untuk mengubah binaan Ka’abah kepada asas yang didirikan oleh Nabi Ismail a.s disebabkan melihat umat Islam di ketika itu belum bersedia untuk Ka’abah diperlakukan sedemikian. Rasulullah bersabda kepada Aisyah Ertinya : Sekiranya tidaklah kaummu itu baru-baru sahaja (keluar) dari zaman syirik (menyembah berhala) nescaya sudah tentu akan ku bina semula Kaabah di atas binaan asal nabi Ibrahim ( Al-Bukhari & Muslim)

Demikian juga lunaknya baginda nabi s.a.w. ketika baginda menegur seorang sahabat bernama Mu’awiyah Al-Hakam yang bercakap di dalam solat, Muawayiah menceritakan walaupun sahabat-sahabat lain marah-marah dan membuat pelbagai isyarat keras kepadanya, namun sesudah solatnya, baginda hanya menerangkan kepadanya tanpa menyakitinya, memukulnya atau mencelanya, baginda bersabda

Ertinya : Sesungguhnya ini adalah solat, dan tidak boleh didalamnya kecuali tasbih takbir dan bacaan al-Quran”  (Riwayat Muslim)

KESIMPULAN
Sebenarnya banyak lagi hasil pemerhatian yang ingin dikongsikan, cuma cukuplah sekadar itu buat dahulu masa ini. Itupun belum tentu ingin dibaca oleh graduan-graduan agama yang asyik bertelagah ini, mungkin disebabkan saya bukan dari aliran mereka, malah saya bukan dari mana-mana aliran. Salafi tidak memasukkan saya sebagai manhaj salafi, khalaf juga menolak saya dari kalangan mereka.

Atau dalam bahasa mudahnya:
“Pendokong Wahhabi tidak menganggap saya dari kalangan mereka kerana saya tidak membid’ahkan amalan orang lain, pendokong khalaf juga tidak menganggap saya dari kalangan mereka kerana tidak membantai Wahhabi.”

Atau mereka bakal menolak tulisan ini kerana saya bukan graduan dari universiti yang mereka hormati..

Sebab itulah saya menyatakan kita perlukan seorang graduan cemerlang dari pelbagai universiti dan Negara sebagaimana yang disebutkan di dalam artikel sebelum ini. Semoga beliau kelak mampu meredakan pertelingkahan merugikan ini.

Lebih menyedihkan, sehingga sampai satu tahap kebencian di antara mereka ini, ada yang cuba memalukan antara satu sama lain memalukan dengan mencela kelulusan agama, wajah, tubuh, dan cuba pula memalukan keluarga pihak yang dibenci itu. Adakah ini merupakan amalan sunnah dan boleh menghampirkan diri kepada Allah?

Paling menyedihakan, sudah sampai satu tahap dimana perpecahan ini mengakibatkan satu pihak mengharapkan kematian pihak yang tidak sependapat dengannya atau bergembira dengan kematian individu tidak sependapat dengannya (jika berlaku).

Seringkali saya cuba mengingatkan diri dan sahabat-sahabat awam yang mula berjinak dengan mana-mana kumpulan dan aliran agar segera sedar tipu daya Syaitan ini. Syaitan sedang cuba membelit kita, kononnya berjuang untuk kesucian agama dan sunnahnya tetapi rupanya terpedaya dengan syaitan sehingga menggadaikan larangan qati’e yang ditegah oleh Allah dan rasulNya iaitu  sangka buruk, mengadu domba, merendah dan memperlekeh manusia serta mengumpat dan mencela orang lain. Sedang isu yang diperjuangkan 90 % antaranya adalah hanya isu yang bersifat zanni.

Berterusan sebahagian dari mereka melanggar larangan qat’ie kerana memperjuang arahan yang bersifat zanni?

Saya akui, saya sendiri mungkin tidak terlepas dari apa-apa inti yang disebutkan di atas dan dengan itu saya memohon keampunan serta beristighfar kepada Allah swt atas kelemahan-kelemahan diri. Sentiasa berusaha ke arah kesatuan dan sikap hormat menghormati yang lebih positif.

Saya memohon kemaafan jika sebahagian bahasa dalam tulisan ini menyinggung sesiapa dan aliran yang mereka dokongi tanpa hikmah. Tujuan dan harapan saya hanyalah untuk melihat sebuah kesatuan dan toleransi di kalangan ahli agama dalam bab yang cabang atau usul yang zanni serta bersepadu dalam membanteras yang sepakat salahnya sama ada isu cabang atau usul.

Zaharuddin Abd Rahman

Ahad, 19 Februari 2017

DAKWAH DAN TABLIGH Perjalanan Da'wah Sahabat r.hum Ke Seluruh Dunia


Allah S.W.T menegaskan tanggungjawab Dakwah Nabi Muhammad S.A.W beserta umatnya keseluruh manusia di seluruh dunia: Dan tiadalah Kami mengutus kamu,melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [Surah al-Anbiya:107]

Dan Kami tidak mengutus kamu,melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. [Surah Saba’ : 28]

Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." [Surah Yusuf: 108]

Usaha dakwah Islam Rahmatal Lil 'Alamin yang dipimpin Rasulullah S.A.W., dibuktikan oleh catatan sejarah berikut ini. (disesuaikan dengan Geografi Negara saat ini)

Antara lain:
ASIA BARAT - 1. Jemaah Dakwah Ali bin Abi Thalib r.a., pernah berdakwah di Kawasan Asia Barat meliputi beberapa negara: Arab Saudi, Yaman, Oman, Emiriah-Arab-Bersatu(UAE), Qatar, Kuwait, Iraq, Yordania, Syria, Lebanon, Palestin, Israel, Cyprus, Turki, Afghanistan, dan Iran.Dilakukan sejak tahun 622 M. (Sumber: HabibBahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.9;Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al- Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah).

2. Jemaah Dakwah Abu Bakar As-Siddiq r.a. pernah berdakwah ke Damsyik, Syria. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929,h.10;Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash- Shahabah).

3. Jemaah Dakwah Umar bin Khattab r.a. pernah berdakwah juga di kawasan Palestin, Syria, Turki dan kawasan Mesopotamia (Iraq). (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.11, Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah).

4. Jemaah Dakwah Mu'adz bin Jabal r.a. pernah berdakwah ke Yaman (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan,Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.12).

5. Jemaah Dakwah Amr bin 'Ash r.a. pernah berdakwah ke Jerussalem, Palestin. (Sumber:HabibBahruddin Azmatkhan,Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929,h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani,Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah).

6. Jemaah Dakwah Surahbil r.a. pernah berdakwah ke Jerussalem, Palestin. (Sumber: abibBahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929,h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani,Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah).

7. Jemaah Dakwah Abdullah bin Hudhafah as-Sahmi r.a. pernah berdakwah ke Persia, diutus kepada Raja Kisra Persia. Sekarang negara Iran. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.14).

8. Jemaah Dakwah Shuja’ bin Wahab al-Asadi r.a. berdakwah kepada Raja Ghassan. Palestin. (Sumber:Habib Bahruddin, Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah(Nusantara),1929,h.15).

9. Jemaah Dakwah Hauzah bin ‘Ali Hanafi r.a. berdakwah dan diutus kepada penguasa Yamamah, Yamamah terletak di Negara Saudi Arabia. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, ishshatudDakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, 15).

ASIA SELATAN -1. Jemaah Dakwah Ali bin Abi Thalib r.a. pernah datang dan dakwah di kawasan Shind (Hind), yang meliputi kawasan: Bangladesh, Bhutan, India, Maladewa, Nepal, Pakistan, SriLanka. (Sumber: HabibBahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929,h.20).

ASIA TENGGARA - 1. Pada tahun 627 M satu rombongan sahabat sahabat Nabi S.A.W. yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah r.a. dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah). (dipetik dari kitab ‘Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara’, oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0).

2. Jemaah Dakwah Ali bin Abi Thalib r.a. pernah datang dan berdakwah di Garut, Cirebon, Jawa Barat (Tanah Sunda), tahun 625 M. Perjalanan dakwahnya dilanjutkan dari ke kawasan Nusantara, melalui: Timor Leste, Brunei Darussalam, Sulu, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja. (Sumber:H.Zainal Abidin Ahmad,Ilmu politik. Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang, Bulan Bintang, 1979; Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.31; S. Q.Fatini, Islam Comes to Malaysia,Singapura: M. S. R.I.,1963, hal. 39).

3. Jemaah Dakwah Ja'far bin Abi Thalib r.a. pernah datang dan berdakwah di Jepara, Kerajaan Kalingga, Jawa Tengah (JawaDwipa), sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber:HabibBahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929,h.33).

4. Jemaah Dakwah Ubay bin Ka'ab r.a. pernah datang dan berdakwah di Sumatera Barat,kemudian kembali ke Madinah,sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber:Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.35).

5. Jemaah Dakwah Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah datang dan berdakwah di Aceh Darussalam dan kembali lagike Madinah. Sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: G. E.Gerini, Futher India and Indo-Malay Archipelago).

6. Jemaah Dakwah Abdurrahman bin Mu'adz bin Jabal r.a. dan putera-puteranya Mahmud dan Isma'il , berdakwah dan wafat dimakamkan di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. Sekitar tahun 625M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929, h.38).

7. Jemaah Dakwah Akasyah bin Muhsin Al-Usdi r.a. pernah berdakwah di Palembang, Sumatera Selatan dan sebelum Rasulullah Saw wafat, beliau kembali ke Madinah. sekitar tahun 623 M/ 2 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),1929, h.39; Pangeran Gajahnata,Sejarah Islam Pertama Di Palembang, 1986; R.M.Akib, Islam Pertama di Palembang, 1929; T. W. Arnold, The Preaching of Islam,1968).

8. Jemaah Dakwah Salman Al-Farisi r.a. pernah datang berdakwah Ke Perlak, Aceh Timur dan Kembali Ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H.  (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39).

ASIA TENGAH - 1. Jemaah Dakwah Uthman bin Affan r.a. pernah datang berdakwah ke Armenia, Azerbaijan, Kazakhstan, Kirgystan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan (Sumber:Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005, 15).

2. Jemaah Dakwah Zaid bin Tsabit r.a. pernah datang dan berdakwah di Armenia (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005, h.20).

3. Jemaah Dakwah Abdullah bin Zubair r.a. pernah datang dan berdakwah di Kazakstan (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005,h.32).

4. Jemaah Dakwah Sa’id bin Ash r.a. pernah datang dan berdakwah di Kirgystan (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005, h.41).

5. Jemaah Dakwah Abdurahman bin Harits ibn Hisyam r.a. pernah datang dan berdakwah di Tajikistan (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis,2005, h.54).

6. Jemaah Dakwah Malik Ibn Abi ‘Amir r.a. pernah datang dan berdakwah ke Uzbekistan (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005,h.88).

7. Jemaah Dakwah Katsir Ibn Aflah r.a. pernah datang dan berdakwah di Uzbekistan (Sumber: ShohibulFaroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005,h.99).

8. Jemaah Dakwah Hudzaifah bin Yaman r.a. pernah datang dan berdakwah ke Armenia dan Azerbaijan (Sumber Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005, h,114).

ASIA TIMUR - 1. Jemaah Dakwah Anas bin Malik r.a. berdakwah ke China/Tiongkok melalui Nusantara, kawasan yang disinggahi iaitu: Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Mongolia, RRC, dan Taiwan. (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005, h.61).

2. Jemaah Dakwah Abdul Wahab Abi Kasbah r.a. pernah berdakwah ke China/Tiongkok melalui Nusantara dan Wafat dimakamkan di China. Kawasan yang disinggahi adalah: Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Mongolia, RRC, dan Taiwan. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.41; T.W.Arnold, The Preaching of Islam,1968 ; F. Hirth dan W. W. Rockhill (terj), ChauJu Kua,His Work On Chinese and Arab Trade in XII Centuries, St.Petersburg:Paragon Book, 1966, hal. 159.).

AMERIKA UTARA - 1. Jemaah Dakwah Abu Bakrah r.a.(nama lengkapnya Nafi’ bin al-Harith bin Kaldah Bin ‘Amr bin Ilajbin Abi Salamah) pernah datang dan berdakwah di wilayah Amerika Utara (Bani Qanthurah) pada tahun 622-637 M,melalui jalur: Amerika Serikat dan Kanada. Bukti ini dapat
dilihat dalam sebuah hadits: Dari Abu Bakrah r.a.bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda:Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijlah (Dajlah), dan di atas sungai itu ada sebuah jambatan. 

Penduduk daerah itu akan bertambah banyak,dan ia akan menjadi salah satu negeri dari negeri-negeri orang-orang yang berhijrah. [Perawi Muhammad ibnu Yahya berkata: Abu Ma’mar meriwayatkan dengan mengatakan: negeri-negeri kaum muslimin].

Kelak di akhir zaman Bani Qanthura’ yang berwajah lebar dan bermata sipit akan datang menyerbu, sehingga mereka mencapai tepian sungai Dajlah. Pada saat itulah penduduk daerah itu akan terpecah menjadi tiga kelompok. Satu kelompok mengikuti ekor sapi (menuntun binatang mereka) dan menyelamatkan diri kepedalaman, Mereka akan binasa. Satu kelompok lainnya memilih menyelamatkan dirinya dengan jalan memilih kekafiran. Adapun kelompok terakhir menempatkan keluarganya di belakang punggung mereka dan bertempur melawan musuh. Mereka itulah orang-orang yang akan mati syahid.” [HR. Abu Daud] dihasankan oleh Al Albani. (Menurut ImamSyamsul Haq AzhimAbadi dalam ‘Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, dijelaskan bahwa Bani Qanthurah adalah Amerika).

AMERIKA TENGAH -1. Jemaah Dakwah Abu Bakrah r.a. (nama lengkapnya Nafi’ bin al- Harith bin Kaldah Bin ‘Amr bin Ilajbin Abi Salamah), pada tahun 638-653 M, melanjutkan perjalanan dakwahnya ke-wilayah Amerika Tengah melalui jalur: Belize, Dominika, El Savador, Grenada, Guetamala, Haiti, Honduras, Kepulauan Bahama, Costa Rica, Cuba, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, Rep.Saint Lucia, St.Vincent & Grenadines, Trinidad and Tobago dan Kepulauan Caribbean.

AMERIKA SELATAN - 1. Jemaah Dakwah Abu Bakrah r.a.(nama lengkapnya Nafi’ bin al-Harith bin Kaldah Bin ‘Amrbin Ilaj bin Abi Salamah), pada tahun 654-670 M pernah datang dan berdakwah di wilayah Amerika Selatan, iaitu meliputi: Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Ecuador, Ghyana, Ghyana Perancis, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela .Kemudian pada tahun 671 Abu Bakrah pindah ke Basrah (Iraq), dan menurut Ibnu Khayyat dalam kitab al-Tabaqat berpendapat Abu Bakrah wafat pada tahun 52H atau 674 Masehi.

AFRIKA BARAT - 1. Jemaah Dakwah Uqbah Bin Nafi r.a. pernah berdakwah ke hampir seluruh wilayah gurun-gurun besar Afrika. Wilayah yang dilalui adalah: Benin, Burkina Faso, Gambia, Ghana, Guinea, Guinea Bissau, Liberia, Mali, Mauritania, Nigeria, Pantai Gading, Senegal, Sierra Leone, Tanjung Verde, dan Togo. (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan Ensiklopedi Sahabat Nabi, volume 4-5, Penerbit MADAWIS, 2005, h.1999).

AFRIKA SELATAN - 1. Jemaah Dakwah Abdullah bin Abbas r.a. pernah datang dan berdakwah ke Afrika Selatan, Bostwana, Lesotho, Namibia, Swaziland, dan Zimbabwe. (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ekspansi Islam Era Utsman bin Affan, Penerbit Madawis, 2005,h.77).

AFRIKA TIMUR - 1. Jemaah Dakwah ‘Amar bin Umayyah , berdakwah ke Ethiopia diutus kepada Raja Ethiopia. Negara Ethiopia ada di Afrika Timur. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.52).

AFRIKA TENGAH - 1. Jemaah Dakwah Muhammad bin Abu Bakar As-Siddiq, berdakwah di wilayah Angola, Gabon, Cameron, Congo, Afrika Tengah, Saotome&Principe, Zaire dan Zambia. (Sumber: Shohibul FarojiAzmatkhan, Ensiklopedia Sahabat Nabi, Volume 3, Penerbit MADAWIS, 2005, 1351).

AFRIKA UTARA - 1. Jemaah Dakwah Ali bin Abi Thalib r.a. pernah dikirim untuk berdakwah ke Afrika Utara,Kawasan yang dilalui meliputi:Aljazair, Chad, Libya, Morocco, Mesir, Nigeria, Sahara Barat, Tunisia. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.60; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyizash-Shahabah).
2. Jamaah Dakwah Hatib bin Abi Balta’ah pernah dikirim untuk berdakwah ke Mesir dan diutus kepada Gubernur Mesir, (Sumber:Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah FiiArahbiliyyah (Nusantara),1929, h.62).

EROPAH BARAT - 1. Jemaah Dakwah Uthman bin Affan r.a. pernah melakukan safar dakwah ke wilayah Eropah Barat, melalui jalur: Jerman, Luxembourg, Perancis, Belanda, Belgium, England, Ireland. (Sumber: Joesoef Sou’yb, Sejarah Khulafaur Rasyidin, Bulan Bintang, cet. 1,1979, hal. 390-391)

EROPAH TENGAH - 1. Jemaah Dakwah Abdur-Rahman bin Auf r.a. pernah melakukan perjalanan dakwah ke Austria, Czechoslovakia, Hungary, Poland, Slovakia, dan Switzerland. Kebanyakan keturunan Abdurrahman bin Auf r.a. banyak yang bermukim di Swiss. (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan Ensiklopedia Sahabat Nabi, Volume 1-2, Penerbit MADAWIS, 2005, h. 70).
EROPAH SELATAN - 1. Jemaah Dakwah Umar bin Khattab r.a. pernah berdakwah ke Romawi dan Yarmuk, kawasan yang dilalui adalah: Albania, Andorra, Bosnia, Itali, Croatia, Macedonia, Monaco, Portugal, San Marino, Slovenia, Sepanyol, Vatikan, Yunani. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.70; IbnuHajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah).

2. Jemaah Dakwah Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. pernah diutus berdakwah ke Romawi dan Yarmuk, kawasan yang dilalui adalah: Albania, Andorra, Bosnia, Itali, Croatia, Macedonia, Monaco, Portugal, San Marino, Slovenia, Sepanyol, Vatican, Yunani. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud DakwahFii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.71; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fiTamyiz ash-Shahabah).

3. Jemaah Dakwah Khalid bin Walid r.a. pernah diutus berdakwah ke Romawi dan Yarmuk, kawasan yang dilalui adalah: Albania, Andorra, Bosnia, Itali, Croatia, Macedonia, Monaco, Portugal, San Marino, Slovenia, Sepanyol, Vatican, Yunani. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud DakwahFii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.72; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fiTamyiz ash-Shahabah)

4. Jemaah Dakwah Dihyah bin Kalbi r.a. pernah berdakwah ke Romawi dan diutus membawa surat kepada Kaisar Romawi. Kawasan yang dilalui adalah: Albania, Andorra, Bosnia, Itali, Croatia, Macedonia, Monaco, Portugal, San Marino, Slovenia, Spanyol, Vatican, Yunani. (Sumber:Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.72).

EROPAH TIMUR - 1. Jemaah Dakwah Thalhah bin Ubaidillah r.a. pernah safar dakwah di wilayah yang sekarang di sebut Eropah Timur, meliputi Belarus, Bulgaria, Estonia, Georgia, Latvia, Lithuania, Moldova, Rumania, Rusia dan Ukraine. Sehingga di wilayah Eropah Timur ini banyak ditemukan beberapa keturunan dari Thalhah bin Ubaidillah r.a. (Sumber:Shohibul Faroji Azmatkhan, Ensiklopedia Sahabat Nabi, Volume 4, Penerbit MADAWIS, 2005, h.1888).

EROPAH UTARA - 1. Jemaah Dakwah Zubair bin Awwam r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah SAW mendakwahkan Islam kewilayah Eropah bahagian Utara, melintasi Denmark,Finland, Iceland, Norway ,dan Sweden (Sumber: Shohibul Faroji Azmatkhan, Ensiklopedia Sahabat Nabi, Volume5, Penerbit MADAWIS, 2005, h.2340).

 AUSTRALIA - 1. Jemaah Dakwah Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah SAW mendakwahkan Islam di wilayah Australia atau Oceania, yang melintasi beberapa negara seperti New South Wales, Victoria, Queensland, Australia Barat, Australia Selatan, Tasmania, Australia Utara dan New Zealand. (Sumber:Shohibul Faroji Azmatkhan, Ensiklopedi Sahabat Nabi, Volume 4, PenerbitMADAWIS, 2005, h.1541) Sumber : Asy-SyaikhAs-Sayyid Shohibul Faroji Azmatkhan Al-Hafizh (Syekh Mufti Kesultanan Palembang Darussalam)

Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." [Surah Yusuf: 108]

Kamu sekalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia, menyuruh kepada yang ma´ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. [Surah ali-'Imran: 110]

Orang-orang yang ter dahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. [surah at-Taubah: 100]


Inilah jalan yang ditempuh oleh Baginda Rasulullah SAW dan Para Sahabat r.a. serta orang-orang yang mengikutinya dengan mengorbankan harta, waktu dan diri mereka untuk sampaikan Agama ke seluruh alam. Allah SWT berikan penghargaan terbesar kerana pengorbanan-pengorbanan Para Sahabat iaitu Allah SWT redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah SWT. Insha Allah Anda semua bersiap sedia ikut jalan hidup Rasulullah SAW dan Para Sahabat r.a. untuk Dakwah ke seluruh alam? Wallahuaalam...

الشيخ الحصري - سورة البقرة (مرتّل)

Jumaat, 17 Februari 2017

IRSYAD AL-FATWA KE - 174: PERBEZAAN SIFAT MA’ANI DAN MA’NAWIYYAH

Mukadimah

Bagi memudahkan pemahaman masyarakat berhubung akidah, para ulama’ memberi perhatian kepada beberapa sifat-sifat penting yang wajib diimani bagi setiap Muslim agar pemahaman berkenaan hal ketuhanan dapat dicerna dengan baik.

Sifat 20 disusun agak lewat dalam perkembangan mazhab Asya’irah. Boleh dikatakan, ia datang pada peringkat dan era-era terakhir dalam penyusunan perbahasan ketuhanan mengikut mazhab Asya’irah. Sifat 20 ini dihimpunkan oleh Imam al-Sanusi dalam karyanya Umm al-Barahin dan disyarahkan oleh ramai para ulama’ seluruh dunia. Sebelum Imam al-Sanusi, perbincangan sifat-sifat Allah SWT telah pun dinyatakan dalam buku-buku mereka. Antaranya Imam al-Haramain al-Juwaini membahagikan sifat-sifat Allah kepada sifat nafsiyyah dan sifat ma’nawiyyah manakala Imam Fakhruddin al-Razi pula membahagikan sifat-sifat Allah kepada salbiyyah, idhafiyyah dan haqiqiyyah.

Perbahasan sifat-sifat Allah pada peringkat awal, terutamanya pada zaman Imam Abu Hasan al-Ash’ari lebih menekankan sifat-sifat asas yang disebutkan di dalam al-Qur’an iaitu qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam. 7 sifat ini adalah sifat wajib yang berada dalam zat Allah. Sifat inilah yang dinamakan sifat ma’ani yang akan kami huraikan pada kali ini dan perbezaannya dengan sifat ma’nawiyyah. Empat bahagian sifat yang di susun oleh Imam al-Sanusi adalah sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyyah.

Sambutan lanjut di laman web PMWP: https://goo.gl/vu9s32

AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE-531: SOLAT JUMAAT KETIKA MUSAFIR

Soalan: Apakah hukum solat Jumaat di atas kapal seperti misi bantuan ke Myanmar?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Kami memulakan perbahasan ini dengan menyatakan hukum solat Jumaat terlebih dahulu:

Solat jumaat diwajibkan ke atas semua orang Islam berdasarkan:

• Fiman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [al-Jumu’ah:9]

Para ulama’ memperincikan ayat tersebut dengan meletakkan syarat-syarat wajib Jumaat dan syarat-syarat sah Jumaat. Antara syarat wajib Jumaat ialah bermusthauthin atau bermukim, maka tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW:

• Daripada Thariq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ

Maksudnya: “Jumaat adalah hak wajib bagi setiap muslim secara berjemaah melainkan empat (golongan): Hamba, wanita, bayi atau orang yang sakit”. [Riwayat Abu Daud (1067)][Imam al-Nawawi berkata bahawa hadis ini sanadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim]

Walaupun hadis tersebut tidak menyebut orang musafir tetapi ulama’ menjelaskan bahawa bilangan yang yang disebutkan tidaklah menghadkan kepada empat golongan itu sahaja bahkan perlu dilihat kepada hadis yang lain juga.

Pengecualian kepada orang musafir berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak melakukan solat jumaat ketika Baginda SAW bermusafir sepertimana ketika Nabi SAW dalam perjalanan menunaikan haji yang mana hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, maka Nabi SAW telah melakukan solat Zohor dan Asar secara jamak. Pandangan itu dipegang oleh jumhur ulama’, antaranya:

• Kata Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “tidak diwajibkan Jumaat ke atas orang musafir dan ini adalah pegangan mazhab kami yang tiada perselisihan dalam kalangan kami”.

Manakala hukum sembahyang Jumaat di atas kapal Flotilla ke Myanmar adalah tidak diwajibkan berdasarkan beberapa hujah:

1. Bahawa mereka sedang dalam keadaan musafir.

2. Solat Jumaat hendaklah dilakukan di kampung atau di dalam binaan (tempat) yang ditetapkan seperti masjid,surau atau lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun , kami berpendapat bahawa solat Jumaat yang telah dilakukan oleh ahli rombongan yang berada di atas kapal tersebut adalah sah dan tidak perlu diulangi (qadha’) kerana mereka yang dalam musafir tidak diwajibkan untuk mendirikan solat Jumaat tetapi bukanlah solat yang dilakukan itu tidak sah. Bahkan sesetengah ulama’ seperti Imam Ibn hazm dan Imam al-Bukhari mengatakan wajib ditunaikan solat jumaat ke atas orang musafir dengan bersandarkan kepada zahir hadis tersebut.

Kesimpulan 
Berdasarkan kepada perbezaan pendapat ulama’ dalam masalah ini dan dengan melihat kepada hujahan maka kami ingin menyimpulkan seperti berikut:

• Tidak wajib ditunaikan solat Jumaat ke atas orang yang sedang bermusafir.
• Sah solat Jumaat yang dilakukan oleh rombongan yang berada di atas kapal Flotilla ke Myanmar.
• Sebaiknya ditunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak.
• Diadakan slot ceramah atau tazkirah bagi memberi suntikan semangat kepada ahli rombongan.

Wallahua’lam.

Akhukum fillah,
SS. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/jJih3B

IRSYAD AL-FATWA #172 : HUKUM MENULIS AL-QURAN MENGGUNAKAN ABJAD ROMAN/LATIN

"Setelah meneliti keterangan-keterangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum menulis al-Quran menggunakan huruf Roman adalah haram pada asalnya. Ini kerana ulama sepanjang zaman, salaf dan khalaf, telah bersepakat bahawa al-Quran hendaklah ditulis dengan menggunakan metod Rasm Uthmani. Ini bagi mengelakkan pengurangan dan penyelengan lafaz yang membawa kepada perubahan dan kerosakan makna kerana sifat al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab memiliki mukjizat yang tersendiri.

Namun begitu, terdapat beberapa keadaan apabila penulisan sebegini dibenarkan. Kami nyatakan dibawah beberapa dhawabit atau prinsip-prinsip tersebut:

1. Hendaklah dinyatakan teks atau nas asal a-Quran bersamaan dengan teks Roman.

2. Hendaklah menggunakan kaedah transliterasi yang diterima oleh ahli akademik dan difahami oleh masyakat setempat.

3. Hendaklah diiktikadkan bahawa penulisan berkenaan hanyalah bersifat wasilah (sarana) bagi pembelajaran al-Quran, dan bukan tujuan utama.

4. Hendaklah sarana ini bersifat sementara dan bukan kekal. Maksudnya, hendaklah kaedah sebagai alat bantuan pembelajaran bagi mubtadi (orang yang baru belajar), dan bukan dikekalkan setelah dikuasai kaedah pembacaan al-Quran yang betul.

5. Buku, makalah atau terbitan yang mengandungi ayat transliterasi itu tidaklah dianggap sebagai mushaf al-Quran mengikut pendapat yang masyhur."

Baca lanjutan perbincangan di portal rasmi PMWP: https://goo.gl/2SdQfj

IRSYAD AL-FATWA KE-173 : HUKUM MEMBATALKAN SOLAT SUNAT APABILA SUDAH IQAMAH

Selalu terjadi dalam masyarakat apabila iqamah bagi solat fardu sudah dilaungkan, masih terdapat mereka yang keliru bagaimana perlu dilakukan. Adakah perlu terus dibatalkan solat sunat itu atau meneruskan sahaja? 

Kami cenderung kepada sekiranya seseorang yang sedang bersolat sunat qabliyyah mendengar iqamah dilaungkan, maka dia boleh membatalkan solatnya jika dia takut akan tertinggal fadilat solat Jumaat. Manakala jika kuat sangkaan dia sempat menyempurnakan solat tanpa tertinggal fadilat berjemaah, yakni takbir bersama imam, maka paling afdal dia selesaikan dahulu solat sunat berkenaan.

Ikuti perbincangan lanjut di portal rasmi PMWP: https://goo.gl/41dth0

Ahad, 5 Februari 2017

MAULANA ILYAS KANDHLAWI : ULAMA SUFI, DAIE & MUJADID LUAR BIASA

Muhammad Dzahir: 
Maulana Ilyas Kandhlawi (1885- 1944), Badi’uzzaman Said Nursi (1877- 1960), Syeikh Umar Mukhtar (1858- 1931) & Syeikh Izzuddin Al Qassam (1882- 1934) adalah ulama sufi yang hidup sezaman. Persamaan keempat-empat mereka adalah berakidah Asya’irah wal Maturidiyah, bermazhab dengan salah satu mazhab fiqh yang empat & bertasawuf dengan tarekat-tarekat muktabar.

Keempat-empat mereka hidup di ambang kejatuhan Daulah Uthmaniyah, satu zaman yang sangat mencabar bagi umat Islam. Jika Syeikh Umar Mukhtar & Syeikh Izzuddin Al Qassam bergelumang di medan jihad, Maulana Ilyas & Said Nursi pula bergelumang di medan tarbiah & islah umat. Inilah kemuliaan hidup yang Allah kurniakan pada mereka.

Maulana Ilyas Kandhlawi adalah seorang ulama besar India. Beliau lahir dalam keluarga ulama. Beliau juga seorang ulama bertarekat Chistiyah, satu tarekat yang masyhur di kalangan para ulama India. Beliau sangat warak & tawaduk. Akhlaknya dipuji oleh semua orang yang pernah bertemu dengannya.

Sejak dari usia mudanya, keilmuan beliau dalam pelbagai bidang diakui oleh para ulama India. Ketika dianjurkan perhimpunan para ulama besar India di Kandahla, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimamkan solat mereka. Antara ulama besar yang hadir pada ketika itu ialah Maulana Asyraf Ali At Tanwi, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri & Maulana Abdur Rahim Ar Raipuri.

Di India pada ketika itu, umat Islam di bandar sangat teruja & mengagungkan cara hidup British. Manakala umat Islam di kampung pula mencampur adukkan amalan Hindu dalam kehidupan mereka. Keadaan ini sangat menyedihkan Maulana Ilyas. Maka beliau meninggalkan madrasahnya di Nizamuddin lalu pergi ke Mewat & membina madrasah (maktab) di sana.

Mewat adalah sebuah daerah yang dihuni oleh suku Meo. Major Powlett pernah menulis tentang keadaan suku Meo di Mewat sebelum kedatangan Maulana Ilyas seperti berikut:-
“Orang Meo semuanya Islam, tetapi hanya pada nama…Mereka menyambut hari kebesaran Hindu di samping hari kebesaran Islam..Ketika berkahwin, Brahmin Hindu akan melaksanakan upacara perkahwinan. Manakala majlis akad nikah pula dilaksanakan oleh Kadi. Sangat sedikit yang melaksanakan solat di kalangan mereka…Masjid-masjid juga jarang kelihatan…Hanya terdapat 8 buah masjid dalam 50 buah kampung…Mereka benar-benar jahil terhadap agama mereka…”
Di Mewat, Maulana Ilyas menawarkan pengajian percuma di madrasahnya berserta wang saku kepada orang-orang Meo. Namun usaha Maulana Ilyas ini gagal menarik minat mereka untuk mendalami ilmu agama. Maulana Ilyas berasa sangat sedih.

Pada tahun 1931, ketika mengerjakan haji di Mekah, Maulana Ilyas mendapat ilham bahawa untuk menarik manusia kepada Allah, mestilah dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad pada permulaan dakwah Islam iaitu berjumpa manusia dari pintu ke pintu & dari hati ke hati.

Apabila pulang ke Mewat, Maulana Ilyas bersama anak-anak muridnya memulakan dakwah dengan jaulah dari rumah ke rumah. Setiap hari berpuluh-puluh batu lembah Mewat dilalui oleh Maulana Ilyas. Tidak sedikit ancaman & kecederaan yang dialami oleh Maulana Ilyas. Namun beliau tetap sabar & istiqamah. Ketika berhadapan dengan orang-orang Mewat, beliau menunjukkan akhlak yang sangat baik hatta kepada para samseng.

Lama-kelamaan, usaha dakwah beliau mula diterima. Penduduk Mewat sangat terkesan dengan akhlak & kesungguhan Maulana Ilyas. Mereka mula minat pada agama. Masjid-masjid mula didatangi & mereka mula menghantar anak-anak mereka belajar di madrasah.

Suasana Mewat bertukar. Dari masyarakat yang meninggalkan amalan-amalan agama kepada msyarakat yang taat beragama. Maulana Ilyas mula mengutuskan jemaah dakwah dari Mewat ke tempat-tempat lain di India. Dari sinilah bermulanya gerakan jemaah tabligh.

Berapa ramai yang begitu jauh dari agama, berubah menjadi seorang yang sangat mencintai Islam. Setelah itu, ulama-ulama besar India juga turut melibatkan diri dalam usaha dakwah ini.

Sebagai seorang ulama sufi, beliau sangat menitik beratkan ilmu, zikir, ibadat & khidmat pada karkun-karkun jemaah Tabligh. Pada beliau, amalan-amalan tersebut tidak boleh dipisahkan dari dakwah, begitu juga sebaliknya. Berkat usaha yang dijalankan oleh Maulana Ilyas, hari ini jutaan umat Islam dapat diislahkan. Tidak sedikit juga orang-orang bukan Islam yang mendapat hidayah dari usaha dakwah yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh.

Kini, jutaan Jemaah Tabligh bergerak di seluruh dunia atas maksud dakwah. Selain dari gerakan Islam yang bersifat antarabangsa, perhimpunan tahunan Jemaah Tabligh diiktiraf sebagai perhimpunan kedua terbesar umat Islam selepas perhimpunan Haji di Mekah. Maulana Ilyas Kandhalwi memang layak digelar “Mujadid yang Luar Biasa’.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=763045317180587&id=226389644179493


KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...