Jumaat, 3 Mac 2017

CATATAN KULIAH SUBUH



Ustaz Luqmanurhakim Iskandarani - MAIJ

1. Syukur pada Allah diberi kesempatan dan kelapangan untuk hadir di majlis ilmu.
2. Orang alim lebih dicintai Allah, orang alim lebih besar kelebihannya dari orang yang beribadah tanpa ilmu.
3. Adab melakukan Ibadah: Wajib itu modal dan sunat itu keuntungan.wajib tidak boleh ditinggalkan.
4. Dekatkan diri dengan Allah dengan melakukan yang wajib dahulu.
5. Menambah yang sunat setelah melakukan yang wajib bagi mendekatkan diri dengan Allah.
6. Berhati-hati doa orang alim sebab itu orang alim sangat berhati-hati bila berkata-berkata.
7. Melakukan ibadah solat seolah-olah dan seakan-akan kita melihat Allah.
8. Kuasai hati untuk melakukan yang baik jaga lintasan hati kita.
9. Allah tidak pandang jasad dan penambilan kita tapi Allah pandang hati dan lintasan hati kita.
10. 40 soalan menanti kita semasa kita masuk ke dalam kubur.
11. Allah akan pandang hati yang bersih dan gerak hati kita.
12. Allah mengetahui pandangan hati yang khianat dan setiap lintasan hati kita.
13. Pandangan hati keluar dengan sendirinya berhati-hati kerana Allah mengetahui segalanya.
14. Allah mengetahui rahsia yang tersembunyi di hati kita kerana Allah bersama kita. Allah sentiasa melihat kita.
15. Pastikan kita tidak berada di tempat-tempat yang dilarang , sebaliknya sering berada di tempat-tempat yang dikehendaki.
16. Pasar dan pusat membeli belah bukan tempat haram tetapi pendekkan waktu di tempat-tempat tersebut.
17. Aturkan masa dengan sebaik-baiknya. Elakan pembaziran waktu dengan sia-sia.
18. Adab bangun dari tidur: usaha bangun sebelum terbit fajar, niat sebelum tidur.
19. Minimum bangun 15 minit sebelum waktu subuh.
20. Syaitan akan mengikat kepala kita dengan 3 ikatan semasa kita tidur.
21. Ikatan: Bila kita bangun terlepas satu ikatan, berwuduk lepas ikatan ke2, dan bila kita solat lepas ketiga-tiga ikatan.
22. Ketika bangun dari tidur perkara pertama yang dilakukan ialah menyebut nama Allah.
23. Berterima kasihlah : Kita bangun tidur setelah Allah mematikan kita, berterima kasihlah pada Allah kerana menghidupkan kita semula.
24. Mohonlah bersungguh-sungguh kebaikan dan jauhkan keburukan pada Allah setelah bangun tidur.
25. Berdoalah semasa memakai pakaian kerana berpakaian dapat pahala dengan niat yang baik jauhkan dari niat menunjuk-nunjuk.
26. Niat semasa makan dapat pahala ,aku makan untuk tenaga bagi melakukan amal ibadah kepada Allah.
Catatan Sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...