Isnin, 19 Mac 2018

MALAM MUSTAJAB DOA DAN AMALAN DI BULAN REJAB

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Malam ini selepas maghrib (18/03/2018) adalah bersamaan 1 Rejab 1439H. Salah satu daripada 4 bulan haram.

❝Para Ulama mengatakan "Bulan Rejab adalah bulan istighfar. Bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.

Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah:

1) Banyakan doa "Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" (Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)

2) Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه  وتعالى.

3) Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya" (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).

4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bul
an yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.

5) Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.❞

[Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered]

Sabtu, 3 Mac 2018

SOLAT SUNAT QABLIAH ATAU MENDENGAR CERAMAH?



SOALAN:  Ada masjid yang saya kunjungi sewaktu solat Zuhur sering mengadakan kuliah sebelum solat. Biasanya selepas tamat kuliah, iqamah terus dilaungkan dan solat fardu Zuhur terus didirikan secara berjemaah. Adakah lebih baik solat terus tanpa solat badiah Zuhur atau adakah saya patut beralih ke belakang dan solat badiah Zuhur dan meninggalkan ceramah?

JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

PERTAMANYA, kami beranggapan bahawa saudara/i yang bertanya mungkin terkeliru dengan istilah qabliah dan badiah. Maklum dalam Syarak bahawa disunatkan bagi seseorang itu untuk solat sunat qabliah (sebelum) Zuhur dan badiah (selepas) Zuhur. Paling afdal ialah empat rakaat qabliah dan empat rakaat badiah manakala paling kurang ialah dua rakaat bagi qabliah dan badiah. Hal ini berdasarkan hadith, Aisyah R.Anha meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: “Nabi SAW tidak meninggalkan empat rakaat solat sunat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” Riwayat al-Bukhari (1127).

Hadith seterusnya: Maksudnya: “Baginda bersolat di rumahku empat rakaat sebelum Zuhur, kemudian Baginda keluar bersolat bersama-sama orang ramai. Selepas itu Baginda masuk semula bersolat pula dua rakaat.” Riwayat Muslim (730).

Baginda juga menambah solat dua rakaat lagi selepas itu. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ummu Habibah R.Anha katanya, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang bersolat empat rakaat sebelum solat Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah memeliharanya daripada neraka.”
Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Tirmizi (427 & 428)

KEDUA, adalah lebih baik masjid tersebut tidak meninggalkan azan kerana azan adalah syiar Islam. Ia juga merupakan pemberitahu kepada masyarakat sekeliling bahawa waktu solat sudah masuk. Apatah lagi jika kejadian itu berlaku di masjid yang merupakan pusat kepada aktiviti keagamaan masyarakat setempat. Daripada sudut fiqh, azan itu sunat muakkad hukumnya bagi solat yang hendak dilakukan atau yang sudah luput. (Rujuk Fiqh al-Manhaji, 1/114).

Ertinya, tiada masalah sekiranya selepas habis kuliah, azan dilaungkan. Namun, kami cadangkan sebaiknya dihentikan seketika kuliah untuk azan Zuhur, kemudian disambung yang berbaki daripada kuliah. Dengan itu setiap hak penceramah dan hak solat dapat diraikan dengan harmoni.

KETIGA, tiada masalah untuk solat qabliah dan meninggalkan ceramah itu. Baik juga jika selesai solat dan ceramah masih berlangsung, untuk bersama dengan jemaah mendengar ceramah tersebut. Berkenaan dengan solat di belakang atau di sisi ruang solat, kami berpendapat perbuatan tersebut lebih utama jika dengan itu sebagai adab dan mengelakkan gangguan kepada penceramah sekiranya kita solat di hadapan mereka.  Sebuah hadis Nabi SAW yang menjadi kaedah fiqh menyebut:

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”
Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) serta selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik (2/746) dalam Muwattho’.

Kami juga menasihatkan agar imam dan jemaah tidak meninggalkan solat sunat qabliah dengan terus didirikan solat selepas tamatnya kuliah untuk meraih fadilat solat sunat. Abdullah bin Mughaffal al-Muzani RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Di antara setiap dua azan (yakni azan dan iqamah) itu terdapat solat. Di antara setiap dua azan itu terdapat solat.” Kemudian baginda menyebut pada kali ketiga: “bagi siapa yang ingin melaksanakannya (menunjukkan hal itu sunat).” Hadis riwayat Imam Bukhari (627) dan Imam Muslim (838).

Wallahua’lam.

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...