Khamis, 18 Julai 2019

Meninggal Dunia Dalam Keadaan Memboikot Saudara Muslim

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ  فَمَنْ هَجَرَ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَمَاتَ دَخَلَ النَّارَ  .
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW:

“Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari 3 hari. Siapa yang memboikot saudaranya lebih dari 3 hari, kemudian dia meninggal maka dia masuk neraka.”
(Sunan Abu Daud  No:4914) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat, kita saling berhubung antara satu sama lain, saling tegur menegur, bertolong bantu dalam suasana berkasih sayang. 

2.  Kita dilarang memusuhi dan memboikot saudara Muslim kita hanya kerana kita berbeza pandangan, kumpulan atau disebabkan sedikit kesilapan dengan tidak bertegur sapa dengan mereka.

3.  Barang siapa memusuhi dan memboikot saudara Muslim yang lain bukan atas sebab yang dibenarkan oleh syarak lebih daripada 3 hari dan kemudian ia meninggal dunia maka ia boleh menjadi penyebab masuk ke dalam neraka.

4.  Waliyud Did Al-Iraqi menyatakan, larangan dalam hadis di atas, berlaku untuk boikot yang muncul kerana marah dalam masalah yang harus, tidak ada kaitannya dengan agama. Adapun boikot kerana maslahah agama, seperti kerana maksiat atau bid’ah, hukumnya tidak terlarang. Nabi SAW memerintahkan untuk memboikot Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi’. (Tharhu At-Tasrib, 8/353)

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...