Khamis, 18 Julai 2019

Jadilah Orang Yang Paling Berakhlak

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian."
(HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia
Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”
[Riwayat Ahmad (8952)] Status: Hadis sahih 

2.  Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya
3.  Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW
4.  Bersifat RAHMAHlah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...