Sabtu, 24 Oktober 2020

42 KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu telah menjelaskan di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah tentang kelebihan kita umat Islam untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW itu mempunyai 42 kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. Dapat melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t.
2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w.
3. Mendapat ganjaran 10 x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat.
4. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10 x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat 10 x kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10 x kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban.
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat.
29. Terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat keberkatan Alalh.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S.:"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...