Jumaat, 17 September 2021

PUISI CINTA PARA MUHIBBIN: Kalam Ulamak

SELAMAT MENYAMBUT MAULID NABI SAW, KEKASIH HATI PARA PERINDU,

KETIKA BERJALAN MENGIGATIMU, TURUN HUJAN RENYAI PENUH RAHMAT DI KOTA MADINAH INI, HUJAN YanG TURUN INI MENJADI SAKSI KEMULIAAN HARI KELAHIRANMU,

Dialah Nabi ﷺ Pelita Cahaya yang memberi petunjuk orang-orang yang bimbang di Padang Mahsyar dan Panjinya sebagai pemberi naungan.

Sampailah kepadanya hikmah tanpa perantara apapun dengan hikmah itu hujanlah langit (dengan Rahmat) di segala penjuru barat dan timur.

Para saksi dari para Ahli Ma`rifah yang dalam kebenaran, menyaksikan dari Beliau ﷺ kasih sayang dan kelembutan-kelembutanmu (ﷺ).

Padaku penglihatan apa-apa yang kusaksikan sangatlah berpijar luhur, menundukkan para pemilik kemuliaan yang masih tertutup penglihatannya dari pandangan keluhuran ini.

Jawablah wahai diriku, adalah terbenam dalam rindu padamu (ﷺ) dan mengalir pada sanubariku apa-apa yang dirindukan sanubari ini dan yang ia (diriku) dambakan.

(Jika) aku sakit, maka menceritakan tentangnya (ﷺ) adalah ubat bagi penyakitku, sungguh indah, menyebutnya adalah ubat bagi hatiku.

Jika para perindu mengetahui penyakitku, maka katakan kepada mereka, sesungguhnya perjumpaan dengan kekasih hati itulah ubatnya.

Maka sulitlah bagi yang memusuhi cinta ini sampai ke batas yang tidak mungkin, mencapai jalan kebenaran dengan memujinya (ﷺ) dan mengucapkan padanya (ﷺ).

Jiwaku terbakar (karena cinta) dengan sebaik-baik Utusan, dan yang terindah di pendengaranku adalah mendengar pujiannya.

Wahai Tuanku, hatiku lebur dengan kecintaan kepadamu, mata ini niscaya menangis darah setelah air mata mengering dan tidak mengalir.

Jawablah seruan kerinduan ini wahai Kekasih hati, rintihan api kerinduan telah menyelimuti lubuk hatiku.

Maka datangkanlah keindahan dan kelembutanmu saat hamba-hamba ummatmu (ﷺ) yang tenggelam dalam kelupaan, lintasan keindahan dan kemuliaanmu yang membuat berlinangnya airmata.

Wahai ALLAH, Muliakanlah dengan memandang (Sayyidina Muhammad) dan Bersihkanlah hati yang penuh dengan kekeruhan ini.

Atasnya Curahan Selawat selama angin berhembus sebanyak asyik merdunya pujian yang memadukan cinta padamu (ﷺ), maka semakin indahlah yang menyatukan hati dalam cinta padanya (ﷺ).

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Cintai Orang2 Solih Semasa Hidupmu Di Dunia

 Berkata Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad :

 “ Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang sholeh, karena mereka bagai  bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit “.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos :

 “Berziarahlah kamu kepada orang-orang sholeh! Karena orang-orang sholeh adalah obat hati”

 Berkata Al Habib Abdullah Bin Abdull Qadir Bin Ahmad Balfaqih :

 “Sebaik-baiknya ilmu adalah ilmu fiqih”

  Berkata Ustadzul Imam Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih :

 “ Jadilah orang-orang yang sholeh, karena orang-orang     yang sholeh akan bahagia di dunia dan akherat . Dan jadilah orang-orang yang benar,  jangan menjadi orang yang pintar, karena orang yang pintar belum tentu benar,  tetapi orang yang benar sudah pasti pintar “

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat empang Bogor) :

 “Ilmu membutuhkan amal, amal membutuhkan ikhlas, maka ikhlas mendatangkan keridho’an”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas :

 “Kunci kesuksesan ada tiga, yaitu :

1. Menuntut ilmu dan beramal.

2. Istiqomah dan sabar.

3. Saling menghormati.”

 Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :

  “Pemuda yang baik adalah pemuda yang berakhlak :

1. Ta’at kepada Allah SWT.

2. Ta’at kepada Nabi Muhammad SAW.

3. Ta’at kepada orang tua.

4. Ta’at kepada ulama.”.

SYAITAN MUSUH SELAMANYA

"Manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT. Namun tugas syaitan adalah untuk menghasut manusia menggunakan nafsu lebih daripada menggunakan akal. Oleh itu, hendaklah kita menjadikan syaitan ini sebagai musuh ketat kita.

Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim AS pernah memecahkan berhala di tempatnya. Apabila beliau ditanyakan mengapa melakukan perkara sedemikian, beliau menyuruh mereka mengajukan soalan yang sama kepada berhala yang dipecahkan. Lalu mereka berkata, berhala ini tidak boleh berbicara. Disebut satu persatu sifat berhala tersebut yang melintas di dalam fikiran mereka. Kemudian Nabi Ibrahim AS bertanya, mengapa mereka sembah berhala jika berhala tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa?

Kita digalakkan untuk berdoa agar sentiasa kekal di jalan yang lurus. Doa di dalam surah Al-Fatihah juga perlu diulang-ulang kerana syaitan tidak akan berhenti berusaha daripada menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus. Jadi, usaha kita sebagai hamba adalah menguatkan usaha dan berdoa kepada Allah."

Habib Najmuddin Othman Al-Khered

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Maulidur Rasul

"Di zaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid , sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja."

"Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati. Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang di ajar banyak tengok hiburan di Televisyen itu walaupon ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pon melihatnya."

"Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam. Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah. Didalam maulid kan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang."

"Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit."

"Cuba kalau tutup Televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pon kita suka. Begitu juga rasulullah ﷺ. Kalau kita cinta dan sayang rasulullah ﷺ, semua tentangnya kita akan suka."

"Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad. Musuh musuh islam tidak pernah lena. Baik di luar rumah bahkan ketika di dalam rumah kita untuk memperkenalkan anak-anak kita kepada orang-orang ataupun apa sahaja role model, idola berterusan dilakukan oleh orang-orang yang ingin menjauhkan Ummat Islam sendiri daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Kalau ada orang yang mengatakan apa guna majlis-majlis seperti ini Maulid, selawat Usaha ini Majlis Maulid hanya sedikit sebenarnya. Usaha yang kita lakukan, perjumpaan seperti ini, perkumpulan untuk membaca maulid, sejarah Nabi, bercerita tentang Rasulullah, memuji kepada Nabi ﷺ hanyalah usaha yang sedikit."

"Berbanding untuk kita membalas ataupun untuk menolak kepada usaha-usaha yang besar yang dilakukan pada hari ini untuk orang menarik anak-anak kita dan diri kita sendiri untuk melihat kepada orang-orang yang jauh daripada Allah, daripada orang-orang yang dikutuk oleh Allah."

"Tapi hari ini tiba-tiba ada orang rasa dia hebat mengatakan tiada manfaat di dalam mengajak orang mengingati kepada Nabi ﷺ.Siapa mereka yang boleh menembusi hati kita dan check hati kita sejauh mana cinta kita kepada Nabi ﷺ. Sebab itu kita nak anjurkan banyak berselawat kepada Nabi ﷺ supaya jangan kita berjauhan dengan Nabi ﷺ. Dan ubat yang paling minimum itu adalah selawat kepada Rasulullah ﷺ."

"Allah nak beritahu betapa besarnya fungsi selawat itu.Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Sesungguhnya Allah dan Para MalaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ berterusan. Wahai orang-orang yang beriman yakni orang yang solat, puasa, zakat, haji dan di dalam hatinya ada iman berselawatlah kamu kepada Nabi yang mulia Nabi Muhammad ﷺ."

"Didalam maulid itu kan ada cerita perihal rasulullah ﷺ. Kan baik tu. Bila cerita kisah Sayyidina Muhammad katanya puji Nabi lebih-lebihan. Eh, apa ni puji nabi lebih-lebih. Sedangkan Para sahabat setiap masa memuji Rasulullah ﷺ di depan Rasulullah ﷺ sendiri mahupun dibelakangnya. Bukankah itu baik."

Habib Najmuddin Othman Al-Khered

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Menjaga Pandangan

 Kalam Ulama

Menjaga Pandangan; "Hendaklah seseorang itu menjaga pandangan. Allah سبحانه وتعالى berfirman didalam Al-Quran; "Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman itu; "Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." 

"Al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى mengatakan; "Jika seseorang itu betul-betul mengenali Allah سبحانه وتعالى. Maka, seharusnya dia mengetahui adab-adab didalam hubungannya dengan Allah سبحانه وتعالى. Seseorang itu harus menundukkan kepalanya, menjaga pandangan matanya, mengkonsentrasikan fikiran, senantiasa diam, menenangkan anggota badan, segera mengerjakan perintah-Nya."

"Dan meninggalkan larangan-Nya, tidak menolak takdir, senantiasa berzikir dan berfikir, mengutamakan yang hak atas yang batil, berputus asa daripada makhluk, tunduk dengan perasaan hormat, risau diliputi oleh rasa malu, tenang dalam berusaha kerana yakin atas jaminan-Nya, bertawakal kepada kurniaan Allah سبحانه وتعالى."

"Semua ini harus menjadi karakter kamu sepanjang siang dan malam. Itulah adab didalam menjalinkan hubungan dengan "Teman yang tak pernah berpisah denganmu." Yakni Allah سبحانه وتعالى. Adapun semua makhluk, dalam waktu tertentu akan berpisah denganmu. Satu kisah, ketika Al-Imam Hasan Al-Basri رحمه الله تعالى diwaktu remajanya, sebelum beliau menjadi alim."

"Sebelum beliau menjadi wali yang zuhud. Beliau adalah seorang yang tampan segak dan sentiasa memakai pakaian yang mahal. Beliau sering kesana sini didalam kota seperti anak-anak muda yang lain bermundar mandir dikota tanpa tujuan hidup. Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan yang cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik."

"Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori perempuan cantik itu. Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?" Hasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. Beliau menjawab, "Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya."

"Jawab perempuan itu, Allah سبحانه وتعالى mengetahui Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui, itu khianatnya pada mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu. Hasan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu.

"Mengapa tuan masih mengikut saya?" "Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik."

"Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu. Hasan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan; "Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan."

"Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.

Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah. Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."


"Menggigil tubuh badan Hasan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Keesokan harinya, Hasan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal dunia kerana terlalu sedih akan dosanya. Terketar-ketar badan Hasan mendengarnya, dan rasa bagaikan hendak tumbang."

"Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga. Perempuan itu berkata; "Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan kepada saya itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya mendapat kemuliaan disisi Allah سبحانه وتعالى."

"Jawab Hassan; " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi antara golongan orang-orang yang soleh. Jawab perempuan tersebut, Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika ramainya orang. Sentiasalah ingat Allah سبحانه وتعالى dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, perbanyakkan istighfar."

"Setelah itu, Imam Hasan Al-Basri رحمه الله تعالى pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki akhlak yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Begitu takut mendedahkan kecantikan dirinya kepada lelaki yang mampu mengundang seribu fitnah."

"Itu dizaman imam hasan. Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh kerosakan ini. Takut dengan murka Allah سبحانه وتعالى, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah firman Allah سبحانه وتعالى; "Tundukkanlah pandanganmu wahai lelaki terhadap wanita itu kerana sering berlaku "panahan syaitan" di matanya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

KiSAH ORANG SOLiH

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan": 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratalmustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadah nya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Apabila didengarkan nama sang kekasih...

Kalam Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz.

ﻭﺍﻟﻠـﻪ ﻣﺎ ﺫﻛﺮ ﺍﻟﺤﺒﻴﺐ ﻟﺪﻯ ﺍﻟﻤﺤﺐ

ﺇﻻ ﻭ ﺃﺿﺤــﻰ ﻭﺍﻟِﻬًﺎ ﻧﺸﻮﺍﻧـﺎ

Demi Allah, sungguh apabila diperdengarkan nama sang kekasih (Muhammad) di hadapan pencintanya, pasti akan tersentak gembira di mabuk kepayang..

ﺃﻳـــــﻦ ﺍﻟﻤﺤـﺒﻮﻥ ﺍﻟﺬﻳــﻦ ﻋــﻠﻴﻬـﻢ

ﺑﺬﻝ ﺍﻟﻨﻔﻮﺱ ﻣﻊ ﺍﻟﻨﻔﺎ ﺋﺲ ﻫﺎﻧﺎ

Dimanakah para pencinta Nabi (Muhammad) yang rela berkorban dengan harta dan jiwa mereka tanpa peduli apa yang mereka korbankan demi cintanya..

ﻻ ﻳﺴﻤﻌﻮﻥ ﺑﺬﻛﺮ ﻃــﻪ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ

ﺇﻻ ﺑﻪ ﺍﻧﺘﻌـﺸﻮﺍ ﻭ ﺃﺫﻫﺐ ﺭﺍﻧـﺎ

Apabila mereka mendengar nama Thoha Al-Musthofa (Muhammad), bangkitlah semangat di hati mereka dan hilanglah segala penyakit dan kekotoran hati.

ﻓﺎﻫﺘﺎﺟﺖ ﺍﻷﺭﻭﺍﺡ ﺗـﺸـﺘﺎﻕ ﺍﻟﻠــﻘـﺎ

ﻭﺗﺤﻦ ﺗﺴﺄ ﻝ ﺭﺑﻬﺎ ﺍﻟﺮﺿﻮﺍﻧﺎ

maka bergetarlah jiwa mereka dengan penuh kerinduan ingin berjumpa dengan Sang Nabi, dan dengan penuh kerendahan hati mereka memohon keridhoan dari Allah.

ﺣﺎﻝ ﺍﻟﻤﺤــﺒـﻴـﻦ ﻛــﺬﺍ ﻓﺎﺳﻤﻊ ﺇﻟﻰ

ﺳﻴﺮ ﺍﻟﻤﺸﻔﻊ ﻭ ﺍﺭﻫﻒ ﺍﻷﺫﺍﻧـﺎ

Begitulah keadaan para pencinta Nabi, maka dengarkanlah kisah-kisah Sang Nabi, dan gunakan pendengaranmu..

ﻭﺍﻧﺼﺖ ﺇﻟﻰ ﺃﻭﺻﺎﻑ ﻃـﻪ ﺍﻟﻤﺠﺘﺒﻰ

ﻭﺍﺣﻀﺮ ﻟﻘـﻠﺒﻚ ﻳﻤﺘـﻠﺊ ﻭﺟﺪﺍﻧـﺎ

lalu simaklah dengan baik sifat-sifat Thoha sang pemimpin dan hadirkanlah hatimu dengan penuh kesungguhan..

ﻳـــﺎ ﺭﺑﻨـﺎ ﺻﻞ ﻭﺳــﻠﻢ ﺩﺍﺋﻤـــــﺎ # ﻋﻠﻰ ﺣـﺒﻴﺒﻚ ﻣﻦ ﺇﻟﻴﻚ ﺩﻋـﺎﻧـﺎ

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah shalawat dan salam selalu atas kekasihMu yang telah menyeru kami kepadaMu..

ﺍﻟﻠـﻬﻢ ﺻـﻞ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻭ ﺑـﺎﺭﻙ ﻋـﻠﻴﻪ ﻭﻋـﻠﻰ ﺁﻟـﻪ

Ya Allah limpahkanlah shalawat dan salam serta berkahilah atasnya dan atas keluarganya..

[Petikan bait-bait syair buku maulud Adh-Dhiya’ Al-Lami’, karya Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz]

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Kisah Saidina Jaafar Si Burung Syurga.

Setelah merasakan semua nikmat dekat syurga tu, beliau tetap terasa akan kekurangan,kegusaran.. Allah kurniakan Saidina Jaafar dengan 2 sayap, maka beliau boleh terbang ke mana-mana.

Namun hatinya tetap pada Rasulullah, di dalam syurga pun menangis nak jumpa Rasulullah seakan tidak tenang bila tiada insan itu di sampingnya.

Saidina Ja'far meminta pada Allah untuk bertemu Rasulullah.. Rasulullah masih hidup.. lalu Allah berkata pada Saidina Ja'far, "pergilah engkau terbang dengan sayap itu bersama sekumpulan para malaikat,"

Betapa gembiranya Saidina Ja'far.. Rasulullah sedang mengajar.

Tiba-tiba Rasulullah ucapkan, "waalaikassalam," lalu sahabat bertanya, kepada siapa tuan menjawabkan salam?

Kehairanan para sahabat semua,

Baginda jawab, "kepada Ja'far yang datang daripada syurga, sesungguhnya dia merindui aku,"

Berderai air mata para sahabat.. orang dah duduk dalam syurga yang punyai pelbagai nikmat.. tetap cari, tetap kasihi insan bernama MUHAMMAD🌹

Khamis, 16 September 2021

BERGURU

 بسم الله الرحمن الرحيم 


ilmu agama ianya perlu belajar secara berguru. Seseorang yang ingin menjadi engineering dan hanya belajar buku engineering kemudian tiba-tiba dia nak jadi engineering, boleh ke?.

Seseorang yang ingin jadi doktor, dia tak nak belajar di institusi kedoktoran, dia nak belajar seorang je, adakah dia boleh jd doktor? Adakah dia boleh dapat tauliah? Belajar pembedahan drpd buku, drpd kitab, kamu nak jalankan pembedahan dgn dia tapi 10 tahun dah baca buku pembedahan drpd A smpai Z, ada sapa2 berani?.

Sebagai contoh yg lain, seorang pembina bangunan, kontraktor. Dia baca buku je mcm mana nak jadi kontraktor tiba-tiba ada org dtg nak buat 100 tingkat bangunan, berani nk jumpa dia untuk buat bangunan? Orang buat rumah kecik pun tak sanggup nak jumpa dia. Sebab dia takde tauliyah. Dia tak berguru dgn org yg mahir sebelumnya yg ajar betul2 mcm mana. Itu ilmu dunia. Kita perlu fahami ia tak boleh diambil tanpa guru.

Ini dalam bidang agama yang lebih berharga di sisi Allah swt. Lebih penting untuk seorang berguru. Seseorang yang belajar (agama) tanpa guru, maka siapa gurunya? Syaitan akan jadi gurunya. Kerna guru itu diambil dr dada para ulamak.

Seseorang lelaki yg baca hadis Rasulullah saw, hadis penawar segala penyakit. Tiba-tiba anak dia sakit dan innalillah. Maka dia bawa jumpa ulamak, hadis sepatutnya betul. Maka ulamak mengatakan innalillahiwainnailaihiraji'un. Ini salah cetakan. Perbezaan huruf saja sudah lain maksudnya, maka perlu belajar secara berguru.

Daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Ilmu tanpa Akhlak



Al-Imam As-Syafi'e rah. pernah berpesan, kita ini tidak akan mendapatkan sesuatu ilmu itu kecuali dengan enam perkara. Yang pertama adalah kecerdasan akal. Akal untuk memahami, membaca dan menghafal. Yang kedua adalah semangat. Orang yang mencari ilmu mesti punya semangat dan keazaman untuk mendapatkan ilmu. Mereka ini diibaratkan seperti orang yang dahaga sangat dan amat memerlukan kepada minuman.

Dan yang ketiga adalah rajin dan istiqamah. Dalam kehadiran, dalam membaca, dalam mendengar, dalam mencatit serta apa sahaja untuk mendapatkan ilmu. Memerlukan istiqamah. Yang keempat adalah mempunyai wang. Wang untuk membeli buku, membeli pen, transport, dan membayar yuran pengajian sekiranya di universitas.

Yang kelima adalah hubungan yang baik antara guru dengan murid. Dan yang keenam adalah petunjuk daripada guru. Bukan daripada kitab, kitab adalah wasilah. Tetapi daripada guru. Guru yang bersanad akan keilmuannya.

Kerana apa yang kita baca dan faham sendiri itu belum tentu yang di maksudkan oleh sohibul kitab. Oleh sebab itu kita memerlukan guru mursyid, untuk mengajar dan menerangkan apa yang di maksudkan oleh ulama pengarang kitab.

Dikatakan Imam As-Syafie pernah dimaki oleh seseorang yang lalu. Tetapi, beliau tidak menjawab dan mengendahkan orang tersebut berlalu pergi. Lalu datang anak muridnya dan berkata "Wahai Imam, kenapa engkau tidak menjawab kepada orang yg memaki hamun kepada engkau tadi? selalu orang dimaki sekali tetapi kita dibantai dengan tiga empat kali dengan makian.

Lalu Imam As-Syafie berkata; "Orang jahil berkata perkara yg tidak baik kepada saya, tidak ingin dilayan, kerana ia akan bertambah jahil dengan kata-katanya yg jahil saya bertambah mulia dengan tidak melayani beliau. Umpama kayu gaharu, jika kita hendak tahu ia wangi atau tidak,dibakar dulu. Ya kan.

Nak tahu kedudukan seseorang itu alim dan berakhlak ataupun tidak, hendaklah diuji, apabila diusik emosinya jika ia melenting. Mungkin dia berilmu tetapi akhlaknya dan cara mengawal emosinya itu adalah akhlak kerna akhlak itu tidak mungkin didapati oleh sesiapa tanpa ilmu.

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid

Kalau Bukan Kerana Rasulullah ﷺ

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Kalau bukan kerana Rasulullah ﷺ , nescaya tiadalah alam ini. Wujudnya kejadian alam ini. Alas kaki Nabi Muhammad ﷺ itu agung di atas kepala seluruh alam semesta, dan segenap makhluk itu semuanya berada di bawah bayangnya.

Ketika di bukit Tursina, Sayyidina Musa as diperintah supaya menanggalkan alas kakinya, sedangkan Nabi Muhammad ﷺ biarpun berada pada jarak yang lebih dekat tidak diminta supaya ditanggalkan alas kakinya.

Lambang yang meniru sandal asli Sang Rasul yang termulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan untuk menjadi tanah, agar dipijak olehnya. Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya.

Lambang Sepatu Al-Mustafa itu tiada bandingannya, ianya merupakan kerehatan bagi ruh dan kecerahan bagi mata bagi para perindunya. Sangatlah mulia lambang na'al yang agung ini. Kerananya, semua kepala berharap alangkah baiknya jikalau dapat menjadi alas kaki Baginda ﷺ.

Apabila aku melihat Allah (Ad-Dahr) mula memerangi manusia kerana kemaksiatan mereka aku menjadikan alas kaki pemiliknya yang mulia sebagai perisai mengingati si pemiliknya bagai tembok yang kukuh di mana aku berasa aman dengannya.

Aku berkhidmat pada lambang na'al Al-Mustafa, supaya mengharap dapat hidup di dunia dan akhirat di bawah bayang-bayangnya. Berbahagianya Saidina Abdullah Ibn mas'ud r.a. kerana khidmatnya pada na'al Baginda Yang sebenar. Dan berbahagialah bagi mereka, yang berkhidmat pada lambangnya secara simbolik. Yakni berkhidmat dengan membawa agama yang dibawa Rasulullah ﷺ .

Antara Bait-bait Syair Shaykh Yusuf Al-Nabhani yang diletakkan di dalam Na'al Al Mustofa;"

ألفُ ألفِ صَلَاةٍ وَألفُ ألفِ سَلَامٍ عَلَيْكَ يَا صَاحِبَ اْلنَعْلَيْن .

Sejuta selawat dan sejuta salam untukmu wahai yang memiliki sepasang Na'al yang mulia.

Sesungguhnya bukanlah pada lambang itu yang aku rindui, tetapi pada si dia yang memakai Na'al itu yang aku rindukan. Kita umatnya dimuliakan oleh cinta yang agung kerana kita memuliakan si pemilik Na'al ini yang sungguh mulia. Secara zahirnya ia adalah na'al, namun pada hakikatnya ianya itu adalah mahkota .

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Selasa, 14 September 2021

ILMU YANG MAHAL


Yang Mahal; "Seseorang yang sentiasa di dalam majlis ilmu, maka mereka akan sentiasa mendapatkan nasihat-nasihat agama sebagai peringatan. Peringatan kepadanya kerana kita ini makhluk yang sering terlupa. Peringatan ni suatu nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى kerana peringatan itu daripada Allah سبحانه وتعالى sendiri. Mendapat rahmat Allah."

"Apabila seseorang itu menerima nasihat dengan berlapang dada, maka Allah سبحانه وتعالى akan mencampakkan hidayah kepadanya. Ulamak menyifatkan manusia yang sntiasa terlupa ini umpama terkena penyakit amnesia. Dia hilang ingatan. Manusia memerlukan nasihat supaya tidak lupa."

"Dan Seluruh alam ini ialah tanda untuk kita membaca, yakni alat untuk memperolehi ilmu untuk kita dekat kepada Allah سبحانه وتعالى, keesaan kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan alam ini dinamakan sebagai alam iaitu ilmu atau alamat atau petanda. Yakni alat utk memperolehi ilmu, dan di antaranya ialah gunung adalah ayat yang kita perlu baca, langit yang terbentang adalah ayat yang perlu kita baca. Untuk kita mendapatkan rahmat Allah سبحانه وتعالى."

"Apakah itu rahmat? Rahmat ialah kesayangan, kasih sayang, atau mendapat rahim Allah سبحانه وتعالى. Dan tempat curahnya rahmat Allah ialah di rumah-rumah Allah atau tempat-tempat yang diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk mengagungkan-Nya."

"Bagaimana harta dunia itu memberi ketenteraman di dalam jiwa manusia? walhal Rasulullah ﷺ pernah bersabda; "Dan harta dunia semua tu adalah dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى." Ketenteraman hati atau jiwa itu terletak pada point akhirat bukan daripada segi point dunia."

"Yakni bukan dari segi rumah besar kereta mewah. Akan tetapi daripada hati yang sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى. Apabila manusia mencari sesuatu pada tmpt yang betul, maka ia akan dapat mencari sesuatu itu. Begitu juga dengan ketenangan. Ketenangan itu satu yang mahal. Barangsiapa yang mencari ketenangan perlulah cari di tempat yang betul iaitu di rumah-rumah Allah سبحانه وتعالى."

"Di zaman kita sekarang, adab amatlah penting. Kenapa imam Al-Ghazali membuka pendahuluan kitabnya dengan adab-adab? Kerana Rasulullah ﷺ mengajar kita adab yakni memperadabkan sesuatu. Dan adab adalah aspek yang mencangkupi segala perbuatan yang akan kita lakukan. Dan alat untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adab juga perkara bagaimana utk berinteraksi dengan Allah سبحانه وتعالى dan juga manusia. Kita juga diajar oleh Rasulullah ﷺ untuk beradab kepada para rasul, para malaikat, kitabullah dan sekalian makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Dan di alam menuntut ilmu juga ada adabnya. Adab di dalam menuntut ilmu dan memilih gurunya. Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya? Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru?" Yang mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak beradab di dalam kata-kata mahupun perbuatan mereka?"

"Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya, belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa? Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil hukum sendiri terus dari sumbernya Al-Quran dan Hadith tanpa panduan daripada ulama. Tafsir sendiri ikut akal dia. Ilmu agama ini amat mahal dan perlu kita beradab dengannya. Perlulah diambil daripada dada para ulama yang ahlinya, bersanad sambung kepada Rasulullah ﷺ."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Kuliah Bulanan- Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

 Kitab Syamail Muhammadiyyah : Bab Wangian Rasulullah

Muqaddimah

📌 Syamail Muhammadiyyah: Budi Pekerti Rasulullah, Akhlak Mulia Rasulullah

📌 Allah berfirman (yang bermaksud) tentang akhlak nabi, "Sesungguhnya pada dirimu (hai Muhammad) memiliki akhlak yang mulia)."

📌 Rasul dijadikan sebagai nabi untuk diteladani akan akhlaknya.

📌 Sebelum kita fikir siapa yang patut kita teladani, Allah telah mula-mula sediakan siapakah yang patut diteladani. Pilihan manusia belum tentu baik tapi pilihan Allah sudah tentu baik.

📌 Alangkah bertuah kita menjadi umat Rasulullah, alangkah bertuah kita dijadikan sebagai ikutan kepada baginda Rasulullah SAW.

📌 Al-Quran tidak habis maknanya. Terlalu banyak yang tersingkap di dalamnya. Begitu juga dengan akhlak baginda SAW. Sebanyak mana orang yang menceritakan tenatg akhlak nabi, walaupun sampai habis waktu sekalipun, masih ada yang tidak cukup. Habib Ali Al Habsyi berkata, "Sebanyak mana saya ceritakan tentang akhlak Rasulullah, belum smpai 1/10 lagi. Ini bererti terlalu banyak kebaikan yang ada pada diri baginda. 

✏️Bab Wangian Rasulullah

📌 Rasulullah memakai wangian yang dipakai oleh lelaki, iaitu bau yang kuat.

📌 Anas bin Malik berkata, "Tidak pernah aku menemui wangian yang lebih wangi dari keringat (peluh) Rasulullah." 

📌 Nabi SAW sudah wangi tanpa menyapu minyak wangi. Tetapi kenapa baginda masih memakai minyak wangi? Kerana baginda menyuruh kita utk berwangian.

📌 Masjid adalah tempat untuk beribadah. Harus diletakkan wangian di dalamnya untuk memberi keselesaan pada orang lain untuk beribadah. Adapun sekiranya memakan makanan yang boleh mengundangkan ketidakselesaan orang lain beribadah di masjid, maka tidak perlu datang ke masjid. 

📌 Ada adab ketika bercakap. Hatta ketika membaca Al-Quran sekalipun, jangan membaca dengan bau mulut yang tidak enak.

📌 Antara wangian Rasulullah ialah Gaharu dan Anbar.

📌 Siapa yang diberi minyak wangi, jangn ditolak kerana ia bersifat ringan dan wangi.

📌 Jika kita tolak pemberian orang lain, ia akan menyalahi adab. Jangan merendah-rendahkan pemberian orang lain. Antara salah satu adab yang sering nabi berpesan ialah, tidak boleh menghampakan orang lain ketika dia memberi hadiah hatta minyak wangi. 

📌 Nabi SAW mengharapkan kebaikan pada hal-hal yang baik. Jika nak beri nama anak, beri nama yang baik-baik. Jika beri nama yang maksudnya tidak baik, takut-takut maknanya itu memberi kesan pada anak itu. Contoh, apa maksud Jessica? Itu nama tidak mempunyai makna.

📌 Nabi menceritakan adab wanita dalam berwangian :

1-Jangan pakai minyak wangi untuk dihidu oleh orang lain (ajnabi)

2-Wangian untuk keharmonian rumah tangga.

3-Tidak melampau dalam berwangian.

📌 Allah berfirman yang bermaksud, "Jangan hampiri zina." Jadi, apa-apa yang boleh mendekati zina , itu haram. Jika melihat pada sesuatu dengan penuh hawa nafsu, maka mata itu telahpun terjebak dengan zina. 

📌 Fitnah akhir zaman tentang perempuan ialah, "Mereka berpakaian tetapi telanjang."📌 Perempuan yang tidak menutup aurat, tidak akan hidu bau syurga. Belum masuk syurga lagi, sudah tidak dapat hidu bau syurga. Allah Allah.

📌 Rasulullah SAW memberi keringanan sekiranya ada wanita yang melalui jalan yang ada lelaki, dan jubahnya yg terlalu labuh sehingga terkena najis, maka tidak mengapa jika dibawa solat. Najis itu tidak dikira. Hal ini demikian kerana, wanita itu ingin menjaga aurat kakinya dari menyingkap jubahnya. Sungguh besar ganjaran bagi wanita yang benar-benar menjaga aurat. 

📌 Setiap apa yang nabi bicara itu baik. Nabi tidak bicara apa yang tidak perlu. 

📌 Jika nabi kagum akan sesuatu, nabi mengangkat tangan, sekiranya nabi marah, nabi memalingkan wajah daripada orang itu, tidak mempedulikan orang itu atau terus memaafkan.

📌 Sahabat adalah orang yang hidup sezaman dengan nabi, beriman dengan nabi dan meninggal dalam keadaan beriman. Bukan digelar sahabat pada zaman nabi bagi mereka yang hidup sezaman dengan nabi tapi tidak beriman dengan nabi dan mati dalam keadaan tidak beriman. 

📌 Orang yang sibuk dengan Allah, dia tidak pernah beristirehat.

🍃wallahua'lam

Isnin, 13 September 2021

 Sayyidina Al-Habib Umar Al Hafidz

مٓن عرف اللهٓ صغُر عنده كلُّ شيء.

Siapa yang mengenal Allah maka segala sesuatu kecil atau murah dalam anggapannya.

ومن أحبّ اللهَ هان عنده كلُّ شيء..

Siapa yang mencintai Allah maka menjadi hina atau remeh segala sesuatu dalam dirinya.

ومن وحّد الله لم يشرك به شيئا.

Siapa yang mengesakan Allah maka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.

ومن آمن بالله أَمِن مِن كل شيء.

Siapa yang beriman kepada Allah maka dia aman dari segala sesuatu.

ومن أسلم لله قلّ ما يعصيه.

وإن عصاه تاب إليه فقبله واعتذر إليه فقبل عذرَه جل جلاله وتعالى في علاه.

Siapa yang pasrah pada Allah, sedikit dia bermaksiat kepadanya.. dan jika dia bermaksiat lalu bertaubat dan beralasan, maka Allah terima taubat dan alasannya, Subhanahu wa Ta'ala

Pesan Guru Mulia kami, Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,

 


"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu.."

Pesan Guru Mulia kami, Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,

Melihat Baginda Muhammad

Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan jika kita kita ingin melihat baginda Muhammad صلی الله علیه وسلم dalam mimpi kita. Jika kita menjaga 4 perkara ini, إن شاء الله kita akan diberi izin melihat Rasulullah صلی الله علیه وسلم 

Pertama, banyakkan berselawat ke atas Rasulullah صلی الله علیه وسلم

Berkata Imam Hafiz Al Sakhawi , paling sedikit selawat dalam sehari ialah 300kali pagi dan petang. Berselawat lah dimana kamu berada.

Kedua, mengagungkan sunnah baginda Muhammad صلی الله علیه وسلم 

Lakukan dengan penuh keagungan.

Ketiga, khidmat kepada umat bagjnda  Rasulullah صلی الله علیه وسلم

Hendaklah kamu hidup dengan selalu berkhidmat untuk orang lain.

Keempat, menyebarkan dakwah.

Tanamkan dalam hati sifat cinta dan rindu yang membara kepada Rasulullah صلی الله علیه وسلم .

Setiap kali melakukan 4 perkara ini, berdoalah 

Ya Allah , aku ingin melihat kekasih Mu ; Muhammad صلی الله علیه وسلم , muliakan kan lah aku untuk melihat baginda. 

Oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Jufry

Ciri Orang Soleh

Gambar hiasan

Kisah seorang pelajar bertanye kepada guru tentang ciri-ciri orang soleh.

Pelajar:   Wahai guru ku adakah aku termasuk dalam golongan orang soleh atau tidak?
Guru:      Adakah kamu ingat dan berdoa kan ibu bapa kamu pada setiap hari atau lupa kepada mereka. Pelajar:   Kenapa guru bertanya soalan sedemikian ?
Guru:      Jika kamu doa dan ingat kepada ibu bapa kamu itu pertanda kamu seorang yang soleh jika tidak kamu bukan orang yang soleh.
Pelajar:   Kenapa begitu wahai guruku?
Guru:      Aku boleh bagi tahu kamu ciri-ciri orang soleh 
Pelajar:   Apakah ciri ciri itu wahai guru ku?
Guru:     Jika mati anak Adam semua terputus kecuali 3 perkara:- harta yang dibelanjakan  atas jalanAllah, Iimu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua ibu bapa.

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا ولجميع المسلمين والمسلمات والمومنين والمومنات برحمتك يا ارحم الراحمين.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه. اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنه. امين يا رب العالمين

 Semoga kita tergolong dalam golong yang di sebuat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w 

 -Habib Kadzim As Seggaf

Hiburan untuk Hati


HABIB NAQJAMUDDIN SYED OTHMAN AL KHERED mengatakan: 

"Di zaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid, sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja." "Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati. 

Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang diajar banyak tengok hiburan di televisyen itu walaupun ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pun melihatnya." "Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam. 

 Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah. Di dalam maulidkan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang." 

 "Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit." 

 "Cuba kalau tutup televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pun kita suka. Begitu juga Rasulullah صلی الله عليه وسلم .

 Kalau kita cinta dan sayang Rasulullah صلی الله عليه وسلم semua tentangnya kita akan suka." "Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم ." "Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم

KISAH ABDULLAH BIN MUBARAK DAN HAJI-NYA YANG AJAIB

 

Gambar hiasan

Dalam sebuah kisah yang lain, Abdullah bin Mubarak telah membuat persiapan untuk berangkat mengerjakan haji. Beliau telah bertolak dari Baghdad untuk memulakan  perjalanan, beliau sempat bermalam di kota Kufah. Keesokan harinya, ketika ingin menyambung perjalanan ke Mekah, Abdullah ternampak seorang wanita tua sedang membelek timbunan sampah,kemudian mengambil darinya seekor bangkai itik, lalu dicabut-cabut bulunya seolah-olah ingin disediakan untuk juadah.

Abdullah segera menegur wanita itu. “Hai makcik, adakah itu bangkai itu telah disembelih?”. Jawab makcik itu. “ Ianya bangkai, aku sedang menyiapkannya untuk dimasak”.

Abdullah “Apakah berani engkau melanggar perintah rasulullah SAW, bahawa bangkai itu haram dimakan?”. Makcik hanya berdiam.

“Ya, saya sekali tidak menafikan kebenaran hukum itu. Akan tetapi saya dan anak-anak sudah tiga hari tidak makan apa-apa. Kami perlukan sesuatu untuk dimakan. Saya tidak meminta-minta sedekah kerana kami dari keturunan Rasulullah ” Ujar makcik penuh kesedihan.

Abdullah bin Mubarak lantas berkata. “Mak cik, haram tetap haram. Nah, mak cik ambillah segala harta yang saya bawa ini sebagai hadiah dan gunakanlah ia untuk mencukupi keperluan keluargamu.” Lalu diserahkan segala yang ada pada dirinya, kenderaan dan semua kelengkapan untuk menuju ke Mekah. Tinggallah beliau sehelai sepinggang.

Abdullah terpaksa membatalkan hasrat untuk menuju ke tanah suci. Baginya hadiah itu lebih mustahak untuk dilakukan dan mak cik  itu amat memerlukan pertolongan lebih-lebih lagi dia adalah dari keturunan Rasulullah saw. Beliau akhirnya berpatah balik ke negeri asalnya berjalan kaki.

Beliau menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah musim haji selesai dan rombongan haji telah selamat pulang. Mereka berjumpa dengan Abdullah bin Mubarak dan mengucapkan tahniah dan selamat di atas ibadah hajinya.

Abdullah  “Maaf, saya sebenarnya tidak jadi mengerjakan haji.” Ujarnya pasrah.

“Mana mungkin begitu, kami berjumpa denganmu ketika tawaf, ada di antara kami yang jumpa kamu di Arafah, ada yang ketika melontar jumrah, dan kamu banyak membantu jemaah yang lemah !”.

Orang lain pula bersuara “Kamu bersama kami mengerjakan haji, dan kamu sendiri telah menginfakkan harta yang banyak kepada golongan memerlukan disana. Sungguh hebat hajimu.” 

Abdullah semakin hairan. Penafiannya tidak diterima membuatkan seharian beliau memikirkan hal tersebut sehinggalah beliau tertidur pada malam itu.

Di dalam mimpi tersebut Abdullah bin Mubarak berjumpa dengan Rasulullah saw , berkata kepadanya “ Wahai Abdullah, disebabkan engkau telah mengambil berat kepada salah seorang keturunanku, Allah telah menerima sedekahmu kepadanya dan melantik seorang malaikat yang akan menyerupaimu untuk mengerjakan haji untukmu setiap tahun hingga hari Qiamat”.

Kisah diatas memberi pengajaran kepada kita bahawa ganjaran yang besar dari Allah untuk orang yang sanggup berkorban untuk menyempurnakan hajat saudaranya dan kisah ini juga memaparkan kelebihan memuliakan ahli keluarga Rasulullah saw.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Jumaat, 3 September 2021

ZiKir JUWAiRiAH - Zikir sesudah Subuh.

Dari Juwairiyah binti Al Harith isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat.

Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula.
Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!”
Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat.
Kalimah itu ialah:
‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada kholqihi, wa ridho nafsihi, wa zinata 'arsyihi wa midaada kalimaatihi.'
[Maha Suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan 'Arasy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimah-Nya]
(Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...