Jumaat, 17 September 2021

SYAITAN MUSUH SELAMANYA

"Manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT. Namun tugas syaitan adalah untuk menghasut manusia menggunakan nafsu lebih daripada menggunakan akal. Oleh itu, hendaklah kita menjadikan syaitan ini sebagai musuh ketat kita.

Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim AS pernah memecahkan berhala di tempatnya. Apabila beliau ditanyakan mengapa melakukan perkara sedemikian, beliau menyuruh mereka mengajukan soalan yang sama kepada berhala yang dipecahkan. Lalu mereka berkata, berhala ini tidak boleh berbicara. Disebut satu persatu sifat berhala tersebut yang melintas di dalam fikiran mereka. Kemudian Nabi Ibrahim AS bertanya, mengapa mereka sembah berhala jika berhala tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa?

Kita digalakkan untuk berdoa agar sentiasa kekal di jalan yang lurus. Doa di dalam surah Al-Fatihah juga perlu diulang-ulang kerana syaitan tidak akan berhenti berusaha daripada menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus. Jadi, usaha kita sebagai hamba adalah menguatkan usaha dan berdoa kepada Allah."

Habib Najmuddin Othman Al-Khered

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...