Khamis, 16 September 2021

BERGURU

 بسم الله الرحمن الرحيم 


ilmu agama ianya perlu belajar secara berguru. Seseorang yang ingin menjadi engineering dan hanya belajar buku engineering kemudian tiba-tiba dia nak jadi engineering, boleh ke?.

Seseorang yang ingin jadi doktor, dia tak nak belajar di institusi kedoktoran, dia nak belajar seorang je, adakah dia boleh jd doktor? Adakah dia boleh dapat tauliah? Belajar pembedahan drpd buku, drpd kitab, kamu nak jalankan pembedahan dgn dia tapi 10 tahun dah baca buku pembedahan drpd A smpai Z, ada sapa2 berani?.

Sebagai contoh yg lain, seorang pembina bangunan, kontraktor. Dia baca buku je mcm mana nak jadi kontraktor tiba-tiba ada org dtg nak buat 100 tingkat bangunan, berani nk jumpa dia untuk buat bangunan? Orang buat rumah kecik pun tak sanggup nak jumpa dia. Sebab dia takde tauliyah. Dia tak berguru dgn org yg mahir sebelumnya yg ajar betul2 mcm mana. Itu ilmu dunia. Kita perlu fahami ia tak boleh diambil tanpa guru.

Ini dalam bidang agama yang lebih berharga di sisi Allah swt. Lebih penting untuk seorang berguru. Seseorang yang belajar (agama) tanpa guru, maka siapa gurunya? Syaitan akan jadi gurunya. Kerna guru itu diambil dr dada para ulamak.

Seseorang lelaki yg baca hadis Rasulullah saw, hadis penawar segala penyakit. Tiba-tiba anak dia sakit dan innalillah. Maka dia bawa jumpa ulamak, hadis sepatutnya betul. Maka ulamak mengatakan innalillahiwainnailaihiraji'un. Ini salah cetakan. Perbezaan huruf saja sudah lain maksudnya, maka perlu belajar secara berguru.

Daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...