Isnin, 31 Januari 2022

KISAH HABIBUN NAJJAR-SURAH YASIN

Kisah Habibun Najjar ini seperti dari kupasan tafsir surah Yassin (Dr. Fatmah El Zahrah, 2006) bermula dari ayat 13 hingga ayat 29.

Ayat 13 bermaksud : "Dan tunjuklah kepada mereka satu contoh disatu negeri ketika datang kepadanya beberapa rasul" dari kupasan ini negeri yang dimaksudkan adalah Antoqiah dan rajanya bernama Antoqis. Negeri in tidak mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihissalam. Mereka melakukan maksiat, berjudi dan meminum arak. (Jika direnungkan disini ketika ini dimanakah satu negeri/negara yang tidak melakukan perkara ini.) Disebabkan oleh Nabi Isa mempunyai urusan lain, maka Allah S.W.T menghantar 2 orang rasul ke negeri tersebut yang bernama Masduq dan Syam'u tetapi mereka tidak mengendahkannya. Lalu Allah mengutuskan rasul yang ketiga (Ayat 14). Kebetulan ketiga-tiga rasul itu berada di negeri Antoqiah ini, negeri tersebut dilanda kemarau, (Ayat 18) lalu apa lagi mereka mengarahkan ketiga-tiga rasul tersebut agar menghentikan seruan mereka kerana penduduk Antoqiah percaya rasul-rasul ini membawa bencana.

Lalu para rasul ini lantas menjawab "kamu yang melampaui batas. kamu yang membawa kecelakaan kepada negeri kamu. Bukan kami yang membawa kecelakaan ini" (Ayat 19).

Ketika inilah Habibun Najjar muncul (ayat 20). Beliau tinggal di kampung pendalaman, bekerja sebagai tukang kayu, miskin, tidak mempunyai sebelah tangan dan berpenyakit kusta. Apabila beliau mendengar kisah 3 orang rasul ini beliau lantas menyeru kepada kaumnya agar menuruti perintah Allah.

Beliau berkata "Ikutlah mereka yang tidak mengharapkan apa-apa upah dari kamu sedangkan mereka dipimpin Allah" (Ayat 21) "Dan mengapa kamu tidak mahu menyembah tuhan yang menjadikan kamu? Sedangkan kamu akan kembali kepadaNya" (Ayat 22)

Habibun Najjar menegaskan bahawa tidakkah mereka sedar bahawa menyembah berhala itu tidak boleh mendatangkan apa-apa, tidak boleh membantu ketika mereka susah atau ditimpa bencana. Berhala tidak mampu menjadikan sesuatu pun, walaupun sebutir pasir atau seekor lalat.(Ayat 23)

Lalu Habibun Najjar pun menyatakan bahawa beliau beriman kepada Allah S.W.T. Di hadapan penduduk negeri Antoqiah beliau menyatakan keputusan beliau. Habibun Najjar seorang yang sangat berani menyatakan keimanannya. (Ayat 24)
Demi keimanannya beliau berani berhadapan dengan orang ramai, fisabillillah.

Oleh itu penduduk Antoqiah pun membunuh Habibun Najjar dengan cara yang amat kejam, (Ayat 25), beliau disula dari punggung, mulut ditusuk kayu dan telinganya juga dihentakkan dengan kayu. Malah ada ahli tafsir mengatakan isi perutnya keluar melalui telinga dan sebahagiannya keluar melalui mulut. Nauzubillah. Begitulah kejamnya orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. ( Ketika hari ini para ulama dinafikan suaranya, diletakkan pada satu tempat yang suaranya susah didengar - maksudnya apabila ulama hendak memberi pandangan atau pendapat tidak mendapat liputan dari pihak media, tiada pentas kebebasan - yang ada semuanya dibawah kawalan dan pantauan dengan serba serbi syarat jika hendak muncul memberi pendapat kepada media, tetapi berbeza dengan para artis - gelanggangnya sentiasa terbuka, mendapat liputan walaupun kisah cerai-berai atau kisah khalwat atau kisah penagihan dadah dan terus mendapat sanjungan dari peminat).

Kembali kepada kisah Habibun Najjar. Ketika nyawanya hendak meninggalkan jasad, maka berkata malaikat kepadanya (Habibun Najjar), "Masuklah engkau ke dalam syurga" dan beliau berkata " Alangkah baiknya jika kaum ku mengetahui" (Ayat 26). Maksudnya ketika itu kaum Antoqiah tidak mengetahui kenikmatan beriman kepada Allah. Mereka tidak mendapat hidayah atau memang tidak dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka tidak mendapat petunjuk. (Malangnya ketika ini ramai antara kita dilahirkan sebagai orang Islam tetapi bertindak seperti orang-orang zaman jahiliah, sedangkan mereka telah mengenal dan diberikan ilmu keislaman dari kecil. Perbuatan mereka lebih-kurang sama dengan penduduk Antoqiah yang membunuh Habibun Najjar, malah lebih kejam lagi membunuh anak yang masih kecil).

Jika kita beriman Allah akan ampunkan dosa kita, sesungguhnya jika kita mengetahui nikmat yang Allah beri tentu kita mendapat hidayah dan petunjuk. Kata Habibun Najjar "Bahawa tuhanku telah mengampuni dosa ku, dan telah menempatkan aku pada tingkatan yang mulia" (Ayat 27).

Lalu Allah berkata tak perlu aku menurunkan bala tentera dari langit untuk hancurkan kaum yang derhaka ini (Ayat 28), (sebenarnya manusia ini terlalu lemah, semuanya berharapkan dari kuasa alam - nak buat rumah perlukan tanah, pokok batu  dan air, besi untuk dibuat paku. Manusia hanya boleh buat jika ada bahan ini tapi boleh ker cipta bahan tersebut - tentu tak boleh. Tapi mengapa manusia masih lagi mendabik dada mengatakan diri itu terlalu hebat)
Allah Subhanawataala menyurauh Jibrail mengeluarkan satu suara sahaja maka lenyaplah seluruh penduduk bumi Antoqiah (Ayat 29). Begitulah hebatnya kuasa Allah. Apabila ia berkata jadi maka jadilah ia.
  
Kepada tuan-puan dimaklumkan ayat 29 ini boleh dibaca kepada orang-orang yang zalim. Amalkan supaya kita terlepas dari kezaliman manusia dan boleh mendoakan kepada umat Islam yang lain yang negara mereka dizalimi seperti Palestin..InsyaAllah.

http://roslanali.blogspot.com/2010/08/kisah-habibun-najjar-surah-yasin.html

Sabtu, 22 Januari 2022

Nur Ilmu -Zikrullah

Pada suatu hari, selepas solat Subuh, ramai karkun lama berkumpul untuk khuruj di Masjid Nizamuddin. Maulana Ilyas rahimahullah sangat lemah dan terbaring kerana sakit. Beliau tidak larat bercakap maka dengan berbisik kepada khadamnya yang khusus, beliau telah beri bayan hidayat kepada mereka ; “Perjuangan dan usaha kamu akan menjadi sia-sia jika tidak dijalin dengan ilmu dan zikir (seperti sayap burung tanpanya ia tidak boleh terbang). Malah menjadi satu bahaya dan sangat membimbangkan. Jika tidak disertai dua perkara ini, usaha ini akan membuka pintu fitnah dan pintu kegelapan yang baru. Tanpa ilmu, Iman dan Islam itu hanya sekadar adat dan nama sahaja. Ilmu tanpa zikir hanyalah zulmat. Banyak zikrullah tanpa ilmu, itu adalah bahaya.

Nur ilmu akan datang melalui nur zikrullah. Dan zikrullah tanpa ilmu agama, tidak akan mencapai natijah yang hakiki. Bahkan ahli sufi (zikirin) yang jahil dijadikan syaitan sebagai alatnya. Untuk itu ilmu dan zikir sangat penting menjalin usaha ini, tidak diabaikan dan harus diberi perhatian khusus. Jika tidak, kerja tabligh hanyalah satu kembara sahaja dan kamu akan kerugian besar. Semoga Allah melindungi kita.”

*Maksud nasihat Maulana Ilyas rahimahullah ialah agar karkun tidak menganggap hanya usaha, susah payah, safar dan hijrah serta pengorbanan dan berkorban untuk orang lain sebagai kerja asal, seperti yang banyak difahami secara umum sekarang. Hendaklah ingat bahawa bersungguh-sungguh menjalankan Taklim wa Taklum, Zikrullah dan hubungan diri dengan Allah harus dijadikan sifat asli dalam diri kita dan kewajipan kita yang terpenting. Dengan lain perkataan, bukan sahaja menjadi tentera agama atau mubaligh tetapi juga menjadi penuntut agama dan hamba yang sentiasa mengingati Allah Taala.

KalamParaUlama (11 Julai 2018)

Kemuliaan Bersama Allah

Sheikh Abu Hassan Syazili Rahimahullah bercerita, Ada seseorang yang sentiasa menyertaiku. Aku merasa tidak enak sehingga aku tanyakan kepadanya, "Anakku apa keperluanmu? Mengapa kau selalu menyertai ku?" Ia menjawab, "Tuan, ada yang memberitahuku bahawa kau mengetahui prinsip hidup. Aku menyertaimu untuk mempelajarinya darimu".

"Engkau benar, begitu pula orang yang mengabarimu. Namun, Aku khuatir kau tidak akan dapat menerimanya".

"Tentu saja aku akan menerimanya", jawabnya.

Jadi aku katakan kepadanya, "Aku melihat seluruh makhluk. Aku dapati mereka terbahagi kepada dua iaitu musuh dan orang yang aku cintai. Ketika aku melihat musuh, aku sedar mereka tidak dapat memberiku sedikit pun bahaya yang tidak Allah kehendaki. Kerananya, Aku mengalihkan pandangan ku dari mereka.

Kemudian aku berpaling kepada orang yang ku cintai. Ternyata mereka pun tidak dapat memberi ku sedikit manfaat yang tidak dikehendaki Allah. Kerananya, aku mengabaikan mereka dan hanya bergantung kepada Allah. Lalu aku mendengar suara berkata kepadaku, "Kau tidak akan sampai pada hakikat ini sebelum menghilangkan keraguan kepada Kami dan sebelum menyakini bahawa selain Kami tidak ada yang dapat memberimu kecuali yang telah Kami tetapkan untukMu".

Sumber : Kitab Al Tanwir Fi Isqath Al Tadbir Karangan Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary.

Kalam ParaUlama (12 JulI 2018)

Mencari Guru Mursyid

Seperti mana badan kita dipupuk oleh ibubapa kita dari bayi sehingga dewasa , begitu juga dengan roh kita memerlukan seseorang yang boleh mendidik dan mentarbiahnya secara berperingkat dari masa ke semasa. 

Pembimbing atau bapa rohani ini disebut sebagai Mursyid atau Murobbi. Ilmu yang diperlukan untuk membimbing dan terbimbing pula dipanggil sebagai ilmu tasauf.

Ilmu tasauf pada peringkat bimbingan ini mempunyai beberapa nama lain antaranya: ilmu tariqat, ilmu hakikat, ilmu ihsan, ilmu makrifat dan sebagainya.

Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau penyakit batinnya melainkan para Nabi”.

Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili: “Barangsiapa tiada masuk di dalam ilmu ini, yakni ilmu tasauf dan tiada mahir dengan selok-beloknya nescaya dia ditakuti mati atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”.

Kata Syeikh Ibnu Abbad dalam syarah Hikam: “Dan ilmu tasauf inilah segala ilmu yang seharusnya bagi manusia dikaramkan sepanjang umur di dalamnya sehingga umur yang lanjut untuk menuntutnya, dan jangan merasa cukup daripada ilmu ini walau banyak sekalipun yang dimilikinya apakan lagi kalau hanya dengan sedikit”

Adapun kadar fardu ain pada ilmu batin itu yakni ilmu tasauf ialah dia mengetahui suasana hati yang sejahtera daripada segala amal zahir yang fasad(rosak), dan sejahtera hatinya daripada yang membatalkan pahalanya, seperti seseorang apabila solat dia berserta riya’ atau ujub atau sum'ah dan sebagainya yang boleh menghapuskan pahala solatnya itu.

Wajib hukumnya mencari al-waris al-Muhammadi (guru Mursyid) untuk mempelajari adab dan mengenali aib-aib yang tersembunyi dan penyakit-penyakit hati. 

Akan tetapi mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk mencari dan mengenal guru yang mursyid.Apakah syarat-syarat dan sifat-sifat guru mursyid?

Ketika seseorang berhajat kepada mursyid seperti perasaan seorang pesakit berhajat kepada doktor, maka dia perlu menguatkan azamnya dan membetulkan niat dan bertawajjuh kepada Allah Taala dengan hati yang penuh kerendahan. 

Lalu menyeruNya di tengah malam dan berdoa dalam sujudnya dan selepas solat dengan doa begini:

اللهم دلني على من يدلني عليك واوصلني الى من يوصلني اليك.

(Allahumma dullani 'ala man yadulluni 'alaik wa au-silni ila man yuusiluni ilaik)

Maksud: “Ya Allah, tunjukilah daku kepada orang yang akan menunjukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah aku kepada orang yang menyampaikan daku kepadaMu”.

Doa di atas juga boleh dibaca pada bila-bila masa terutama setelah solat fardhu. Setelah itu dia mesti mencari Mursyid di negerinya dan jangan terpedaya dengan dakwaan sesetengah orang bahawa guru Mursyid Murabbi sudah tiada di zaman ini.Sekiranya tidak ditemui Mursyid di bandarnya maka dia mesti mencari di bandar-bandar yang lain..

Bukankah kita lihat seorang penderita penyakit zahir sanggup bermusafir ke negara yang jauh untuk berubat mencari doktor pakar..

Maka mengubati hati dan ruh adalah lebih penting dan memerlukan kepada doktor-doktor yang lebih mahir daripada doktor-doktor badan..

Bagi mursyid perlu ada 4 syarat untuk memandu manusia:

1) Mestilah alim dengan hukum-hukum fardhu ain.

2) Mestilah seorang yang Arif BILLAH.

3) Mahir dengan cara-cara tazkiah nafsu dan wasilah tarbiah.

4) Diizinkan untuk membimbing dan mengijazahkepada orang lain daripada syeikhnya.

Ulama mengatakan bahawa seseorang yang benar-benar jujur dalam pencariannya mendapatkan guru mursyid, maka Allah akan pertemukannya dan kadangkala berkat kejujurannya, Allah menghantar sehingga mursyid datang mengetuk pintu rumahnya.

Sementara masih belum berjumpa dengan guru Mursyid, ulama tarbiah menasihati untuk memperbanyakkan bacaan selawat keatas Rasulullah SAW, insyallah dengan cahaya dan berkat selawat itu Rasulullah sendiri yang menjadi mursyid dan murobbi kita.

Sumber: Ustaz Iqbal Zain

Jawablah di hatimu:

Apabila kamu bertanya di mana amalanmu di mana pahalamu di mana kebaikanmu,di mana kemulianmu maka tiadalah jawapan bagimu tetapi jika kamu bertanya di mana dosamu di mana dirimu maka kamu akan beroleh jawapan yang sememangnya kamu wajib faham pendirian hatimu di dalam dirimu terhadap tuhanmu..

KalamParaUlama

NASIHAT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI TENTANG REDHA

"Kalian harus senantiasa redha kepada Allah Azza wa Jalla dalam keadaan senang mahupun susah, dalam keadaan baik maupun buruk, sihat ataupun sakit, kaya mahupun miskin, dan dalam keadaan sukses ataupun gagal. Aku tidak melihat ubat yang baik bagi kalian selain berserah diri kepada-Nya. 

Jika Allah menakdirkan sesuatu bagi kalian, janganlah takut. Janganlah mengeluh kepada selain-Nya, sebab itu justru boleh menyebabkan bencana bagi kalian, Tenang dan diamlah! Jika kalian redha, Dia akan mengubah kesusahan kalian menjadi kebahagiaan!" 

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...