Sabtu, 22 Januari 2022

Nur Ilmu -Zikrullah

Pada suatu hari, selepas solat Subuh, ramai karkun lama berkumpul untuk khuruj di Masjid Nizamuddin. Maulana Ilyas rahimahullah sangat lemah dan terbaring kerana sakit. Beliau tidak larat bercakap maka dengan berbisik kepada khadamnya yang khusus, beliau telah beri bayan hidayat kepada mereka ; “Perjuangan dan usaha kamu akan menjadi sia-sia jika tidak dijalin dengan ilmu dan zikir (seperti sayap burung tanpanya ia tidak boleh terbang). Malah menjadi satu bahaya dan sangat membimbangkan. Jika tidak disertai dua perkara ini, usaha ini akan membuka pintu fitnah dan pintu kegelapan yang baru. Tanpa ilmu, Iman dan Islam itu hanya sekadar adat dan nama sahaja. Ilmu tanpa zikir hanyalah zulmat. Banyak zikrullah tanpa ilmu, itu adalah bahaya.

Nur ilmu akan datang melalui nur zikrullah. Dan zikrullah tanpa ilmu agama, tidak akan mencapai natijah yang hakiki. Bahkan ahli sufi (zikirin) yang jahil dijadikan syaitan sebagai alatnya. Untuk itu ilmu dan zikir sangat penting menjalin usaha ini, tidak diabaikan dan harus diberi perhatian khusus. Jika tidak, kerja tabligh hanyalah satu kembara sahaja dan kamu akan kerugian besar. Semoga Allah melindungi kita.”

*Maksud nasihat Maulana Ilyas rahimahullah ialah agar karkun tidak menganggap hanya usaha, susah payah, safar dan hijrah serta pengorbanan dan berkorban untuk orang lain sebagai kerja asal, seperti yang banyak difahami secara umum sekarang. Hendaklah ingat bahawa bersungguh-sungguh menjalankan Taklim wa Taklum, Zikrullah dan hubungan diri dengan Allah harus dijadikan sifat asli dalam diri kita dan kewajipan kita yang terpenting. Dengan lain perkataan, bukan sahaja menjadi tentera agama atau mubaligh tetapi juga menjadi penuntut agama dan hamba yang sentiasa mengingati Allah Taala.

KalamParaUlama (11 Julai 2018)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...