Sabtu, 22 Januari 2022

Kemuliaan Bersama Allah

Sheikh Abu Hassan Syazili Rahimahullah bercerita, Ada seseorang yang sentiasa menyertaiku. Aku merasa tidak enak sehingga aku tanyakan kepadanya, "Anakku apa keperluanmu? Mengapa kau selalu menyertai ku?" Ia menjawab, "Tuan, ada yang memberitahuku bahawa kau mengetahui prinsip hidup. Aku menyertaimu untuk mempelajarinya darimu".

"Engkau benar, begitu pula orang yang mengabarimu. Namun, Aku khuatir kau tidak akan dapat menerimanya".

"Tentu saja aku akan menerimanya", jawabnya.

Jadi aku katakan kepadanya, "Aku melihat seluruh makhluk. Aku dapati mereka terbahagi kepada dua iaitu musuh dan orang yang aku cintai. Ketika aku melihat musuh, aku sedar mereka tidak dapat memberiku sedikit pun bahaya yang tidak Allah kehendaki. Kerananya, Aku mengalihkan pandangan ku dari mereka.

Kemudian aku berpaling kepada orang yang ku cintai. Ternyata mereka pun tidak dapat memberi ku sedikit manfaat yang tidak dikehendaki Allah. Kerananya, aku mengabaikan mereka dan hanya bergantung kepada Allah. Lalu aku mendengar suara berkata kepadaku, "Kau tidak akan sampai pada hakikat ini sebelum menghilangkan keraguan kepada Kami dan sebelum menyakini bahawa selain Kami tidak ada yang dapat memberimu kecuali yang telah Kami tetapkan untukMu".

Sumber : Kitab Al Tanwir Fi Isqath Al Tadbir Karangan Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary.

Kalam ParaUlama (12 JulI 2018)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...