Selasa, 10 Oktober 2023

Apabila Anak Kita Bertanya,-Tentang Palastin...

 "Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita:

Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

🇵🇸 Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.

🇵🇸 Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

🇵🇸 Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

🇵🇸 Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).

🇵🇸 Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

🇵🇸 Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

🇵🇸 Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

🇵🇸 Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

1. Anak kita bertanya: 

“Bagaimana dengan Nabi Muhammad ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”

Jawab: “Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”

🇵🇸 Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

🇵🇸 Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

🇵🇸"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

🇵🇸 Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

🇵🇸 Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."

2. Anak kita bertanya lagi: 

“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab: “Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

3. Anak kita berkata: 

"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”

Jawab: 

“Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3)

🇵🇸 Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

🇵🇸 Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata: 

“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab: “Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Footnote: This is not my writing. Credit to the original writer

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...