Khamis, 5 Oktober 2023

Apakah amal yang terbaik?

Ketika ditanya Rasulullah ﷺ - Apakah amal yang terbaik?

Jawab baginda ﷺ, “Memasukkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman.”

Yang susah dihibur.

Yang memerlukan bantuan dibantu.

Yang perlu dengan kata-kata indah agar terangkat kesedihannya, maka diucapkan kepadanya.

Semua itu sebahagian daripada menggembirakan orang lain yang anggapan kita perkara itu kecil tapi ianya sebaik-baik amal di sisi Allah.

Jangan kamu menganggap remeh kepada satu perbuatan baik walaupun sekadar senyum kepada saudaramu.

Kadang-kadang senyum itu menghilangkan kesusahan yang dihadapi seseorang. 

- disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Maulid MTDM 05012019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...