Jumaat, 10 Mei 2013

SoLaT KeBaiKaN DaRi PeRsPeKtiF SaiNs


Solat Kebaikan dari Perspektif Sains
Author: azah
Jasad manusia terdiri daripada komponen fizikal dan mental. Operasi fizikal jasad manusia diuruskan oleh bahagian mental. Tatacara pengurusan ini merupakan manifestasi daripada tindakan dan kelakuan otak manusia itu sendiri, sama ada dalam bentuk mekanikal, kimia, atau elektrik.

Kesihatan seseorang manusia pula bergantung kepada kesihatan fizikal dan mentalnya. Manusia yang sihat fizikal dan mental akan dapat melaksanakan tugas hariannya dengan sempurna. Malahan, mereka juga dapat memainkan peranannya sebagai warga dunia secara lebih efektif. Ada banyak kegiatan berkala harian yang boleh dilakukan untuk menjamin kesihatan seseorang agar berada pada tahap yang sempurna.

Dalam agama Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadat wajib yang perlu dilakukan pada masa, keadaan, serta mengikut tertibnya. Solat wajib merupakan satu kegiatan rutin harian orang Islam yang mesti dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam. Di samping itu, ada solat-solat tambahan yang digalakkan untuk orang-orang Islam melakukannya pada bila-bila masa mahupun pada masa-masa tertentu.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”
( Al-Ankabut 29 : 45 )

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
( Al-Baqarah 2 : 45 )

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ”
( Al-Baqarah 2 : 149 )

Orang yang tekun menunaikan solat, akan merasakan kebahagiaan yang hakiki, walaupun tidak memiliki harta yang banyak. Kebahagiaan yang memancar daripada ibadah solat, melangkaui batas harta yang sukar dihurai dengan kata-kata (Misbah Em Majidy (2009). Menyukat Solat Diri. Petaling Jaya : Kemilau Publika Sdn. Bhd., h. 29)

Menurut kajian Professor Fatimah Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan  Ng Siew Cheok, tabiat lazim sempurna yang patut diamalkan dalam solat selain menyempurnakan solat lima waktu sehari semalam ialah berusaha memahami sepenuhnya makna bacaan di dalam solat, menunaikan solat secara berjemaah, memastikan kedudukan tulang belakang yang lurus ketika rukuk (rukuk 90 darjah) dan membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk tahiyat.

Jika seseorang dapat mengamalkan lima atau empat tabiat lazim tersebut, mereka akan mempunyai tahap kesihatan yang terbaik dan melepasi aras optimum sihat. Malah tubuh badan juga akan menjadi lebih sihat, bertenaga serta daya ketahanan badan menjadi tinggi dan mantap serta dapat menghindarkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit fizikal dan mental.


Dipetik dari: Program Wacana Buku 2010 Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris, 25 Februari 2010

Buku  :  Solat Kebaikan dari Perspektif Sains: Membongkar Fakta-Fakta Saintifik di Sebalik Solat
Pengarang: Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, Ng Siew Cheok
Pewacana : Dr. Norasikin Fabil & Dr. Nor Azah Abdul Aziz
Moderator :  Pn. Nor Zuhaidah Mohamed Zain

Khamis, 9 Mei 2013

KASYAF DIRI

Fakeh Khalifah Saka
KASYAF DIRI - SULUHAN MURABBI 
Gambar hiasan saja
Imam Al-Ghazali, di dalam kitabnya yang bertajuk Al Munkidz Minad Dholal, telah membahagikan fahaman pencari kebenaran yang mudah untuk tersimpang dari kebenaran itu ialah kepada beberapa golongan, iaitu:-

Golongan Ahli Kalam 
Iaitu mereka yang menguasai ilmu Kalam dan berdebat dengannya. Mereka banyak menggunakan akal di dalam perdebatan dengan tujuan untuk menunjukkan kelemahan-kelemahan lawannya. Kaedah sebegini tidak berapa baik kesannya tambahan pula di dalam perdebatan teori ilmu Kalam ini banyak dipengaruhi fahaman falsafah dan logik Greek dan Yunani.

Golongan Ahli Falsafah 
Iaitu golongan yang mengagungkan akal mereka dan membahaskan kebenaran dengan akal. Sehingga mereka mendapati agama itu tertakluk dibawah kekuasaan akal. Golongan ini akan mengambil mudah terhadap urusan agama, kerana apabila agama telah diakalkan, maka tidak ada persoalan ubbudiah (kehambaan) di dalam agama. Maka semuanya perlu ada dalil hujah bagi golongan ini untuk mengamalkan agama

Golongan Ahli Ta’limiah 
Iaitu golongan batiniah yang bersumber dari guru-guru yang mendakwa mendapat alamat dari ALLAH atau kasyaf. Guru-guru ini diberikan kedudukan yang istimewa di kalangan pengikutnya. Sedangkan pengikutnya begitu taksub mempertahankan pendapat gurunya yang karut dan tidak berlandaskan kebenaran yang gurunya itu kononnya dianggap sebagai mursyid. Golongan seperti ini terlalu ramai di dunia pada hari ini khususnya Malaysia. Maka lahirlah gerakan-gerakan batiniah yang mendakwa mereka dipilih oleh ALLAH swt dan menyalahkan golongan jumhur ulama yang lain. Mereka juga meremeh-remehkan syariat kerana pada mereka syariat itu kononnya kulit dan tidak mempunyai nilai di sisi ALLAH swt. Yang menjadi nilai adalah hakikat

Golongan Ahli Tasawwuf 
Iaitu ahli tareqat (sufi atau salik) yang ingin membebaskan diri dari tipuan belenggu nafsu, akhlak yang keji dan dunia yang menipu. Sehingga terbit pada mereka akhlak yang terpuji dan hati mereka tidak lekang dari zikrullah (mengingati ALLAH).

wallahua'lam

TAQWA ; Nilai Manusia Di Sisi ALLAH

TAQWA ; Nilai Manusia Di Sisi ALLAH

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13).

ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ۬ مَّعۡلُومَـٰتٌ۬‌ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلۡحَجِّ‌ۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُ‌ۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰ‌ۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٧)

Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh ALLAH dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah : 197)

۞ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِ‌ۖ قُلۡ هِىَ مَوَٲقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّ‌ۗ وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰ‌ۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٲبِهَا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٨٩)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya. (Al Baqarah : 189)

Ayat yang pertama jelas dan nyata ALLAH menjadikan TAQWA sebagai kayu ukuran dalam menilai manusia ciptaan-NYA.

Ayat yang kedua menyatakan taqwa adalah sebaik-baik bekalan di dunia dan di akhirat. Ayat yang ketiga pula menyatakan orang yang bertaqwa adalah orang yang melakukan kebajikan.

Pokoknya di sini, apakah taqwa ?
Ada orang kata, taqwa adalah apabila seseorang itu mampu membelanjakan wang ringgit dan harta demi Islam. Pantang dia dengar ada rumah anak yatim atau madrasah yang perlukan bantuan dana, pasti dialah orang pertama yang menghulurkan sumbangan. Kalau ada di kalangan golongan muallaf yang perlukan bantuan kewangan, dialah orang pertama memberi sedekah. Pendekata, tersohorlah hamba ALLAH ini kerana sifat pemurahnya. Sifat pemurah membelanjakan wang dan bersedekah untuk Islam ini dikatakan taqwa ?

Bila kita lihat orang di sekeliling kita dan gaya hidup masyarakat kita, baru kita sedar. Sifat pemurah suka bersedekah dan menderma ini, belum lagi dikatakan taqwa. Masih tidak sempurna. Sebab ramai orang yang menderma dan bersedekah, tetapi hanya untuk lari dari membayar cukai. Ramai yang menderma dan bersedkah, tetapi tidak ikhlas. Ramai yang menderma dan bersedekah, tetapi punya agenda dan kepentingan dunia. Hakikatnya, anugerah yang layak diberi ialah munfiq (dermawan). Tarafnya belum lagi menjamin kedudukan orang bertaqwa (muttaqin).

Ada orang kata, taqwa adalah apabila seseorang itu mampu berjuang dan berjihad. Mereka tidak gentar berhadapan dengan musuh. Mereka berjuang bermati-matian demi menegakkan agama ALLAH walau teruk tercedera. Adakah dia layak digelar orang muttaqin ?

Ramai orang berjuang. Ramai orang berjihad. Tapi ada di kalangan mereka yang masih lalai melaksanakan tuntutan Fardhu Ain. Ramai orang mengaku pejuang Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka membantu ekonomi musuh Islam dengan membeli jenama-jenama barangan yang jelas dari kilang milik musuh Islam. Ramai yang mengaku pejuang, tetapi masih merasa nikmat menghirup asap rokok Marlboro dari Amerika. Ramai yang mengaku pejuang, tetapi masih dedah aurat, keluarga tidak terdidik mentaati perintah ALLAH dan sebagainya. Gelaran yang layak bagi orang yang sebegini ialah mujahid. Gelaran taqwa masih jauh dari layak.

Ada orang kata, taqwa ialah bila boleh buat solat sunat minima 100 rakaat sehari. Boleh zikir dan berwirid 10,000 kali sehari semalam. Boleh baca Al Quran satu juz sehari. Boleh puasa ala-ala Nabi Daud AS, sehari berpuasa, sehari berbuka. Adakah ini juga taqwa ? Ini pun belum menjamin kedudukan taqwa di sisi ALLAH.  Sebab ramai orang kuat sembahyang sunat, kuat berpuasa sunat, kuat berwirid zikir tetapi anak-anak dididik oleh musuh Islam di sekolah milik missionary musuh Islam. Isteri sakit di rawat oleh doktor lelaki yang bukan muhrim. Gelaran yang selayak baginya adalah abid (ahli ibadah). Gelaran muttaqin masih jauh dari layak.

Ada orang kata, taqwa ialah bila boleh berdakwah ke tengah masyarakat. Boleh memberi ceramah motivasi sampai pendengar atau penonton boleh menangis dan insaf. Berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan risalah Islam sehingga ke ceruk-ceruk kampong dan pendalaman hutan belantara. Tidak ada tempat dan manusia yang tidak dia temui dalam menyampaikan risalah dakwah. Adakah ini juga taqwa ? Sebenarnya, ini juga belum cukup memenuhi syarat menjadi orang bertaqwa. Sebab ramai orang berdakwah, tetapi mereka umpama burung kakaktua yang hanya pandai mengajuk kata-kata tuannya. Mereka hanya pandai bercakap, tetapi tidak pandai beramal. Mereka berdakwah menemui masyarakat dan menjaga kebajikan masyarakat, tetapi kebajikan nafkah anak isteri terabai. Malah tidak kurang juga ada yang meletakkan HARGA untuk mereka berdakwah. Gelaran yang selayak baginya adalah da’ie (pendakwah). Masih banyak proses yang perlu ditempuh untuk mencapai taqwa.

Ada orang kata, taqwa ialah bila boleh menulis artikel, buku, majalah bercorak Islam. Bahan media itu bersirkulasi di tengah masyarakat. Masyarakat mendapat manfaat dari tulisannya. Adakah itu taqwa ? Hakikatnya dia hanya layak mendapat gelaran karyawan. Kerana ramai orang menulis, tetapi tulisannya hanya dari teori yang ada di minda. Untuk dia mengimplementasi dan beramal dengannya terlalu sukar. Masih banyak proses dan peringkat yang perlu di lalui untuk mencapai taraf taqwa.

Jadi apakah taqwa ?
Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib k.w. tentang apa itu taqwa. Beliau menjelaskan bahawa taqwa itu adalah :
1. Takut (kepada ALLAH) yang diiringi rasa cinta, bukan takut kerana adanya neraka.
2. Beramal dengan Al Quran iaitu bagaimana Al Quran menjadi pedoman dalam kehidupan sehari-hari seorang manusia.

3. Redha dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezeki. Bila mendapat rezeki yang banyak, siapa pun akan redha tapi bagaimana bila sedikit? Yang perlu disedari adalah bahawa rezeki tidak semata-mata yang berbentuk wang atau material.

4. Orang yang menyiapkan diri untuk "perjalanan panjang", maksudnya adalah hidup sesudah mati.
Sabda Rasulullah SAW : Seorang hamba tidak dapat mencapai darjat taqwa (muttaqin) sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa , semata-mata kerana khuatir terjerumus dalam dosa (H.R. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Pendekata, taqwa ialah kita lakukan apa yang ALLAH perintah sama ada yang wajib mahu pun sunat, dan kita tinggalkan apa yang ALLAH larang sama ada yang haram mahu pun makruh, serta kita jadikan perkara yang harus ibadah setelah menempuh syarat-syarat tertentu.

Mengapa sifat taqwa ini perlu ? Kerana hanya taqwa yang diniliai di sisi ALLAH. Dengan adanya taqwa maka layaklah kita untuk mendapat cinta dan kasih sayang ALLAH.


Antara kelebihan orang bertaqwa ialah :

1. Mendapat ilmu yang bermanfaat. Firman ALLAH, Surah Al Baqarah : 282

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana ALLAH telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah dia bertakwa kepada ALLAH Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya dan adakanlah saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada ALLAH dan (ingatlah), ALLAH (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan ALLAH sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

2. Lepas dari masalah kehidupan ; Firman ALLAH, Surah At Thalaq ayat 2

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana ALLAH semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

3. Mendapat rezeki dari sumber-sumber yang luar biasa, Firman ALLAH, Surah At Thalaq ayat 3

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

4. Urusannya dipermudahkan. Firman Allah, Surah At Thalaq ayat 4 :

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH memudahkan baginya segala urusannya.

5. Mendapat pembelaan dari ALLAH. Surah Al Jatsiyah : 19

Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) ALLAH (kalau engkau menurut mereka) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah) dan (sebaliknya) ALLAH menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertakwa (yang engkaulah pemimpinnya)

6. Amal ibadah diterima. Al Maaidah : 27

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada ALLAH . Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya ALLAH menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

7. Mendapat berkat dari langit dan bumi

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

8. Mendapat bekalan dunia dan bekalan akhirat

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh ALLAH dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

9. Mewarisi bumi (kekayaan, kekuasaan, kehormatan) , Al Anbiya : 105

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.

10. Mendapat bantuan ALLAH. Surah Ar Rum : 47

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

Bagaimana hendak mendapat sifat taqwa ?

Untuk mendapat sifat taqwa, hanya dengan menempuh jalan iman. Jalan iman ini saya ada menulis dalam notes di link berikut ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/08/jalan-iman.html). Saya ringkaskan :

1. Menimba ilmu, bermula dengan ilmu fardhu ain seterusnya ilmu fardhu kifayah dan beramal dengannya.
2. Bertaubat, sama ada taubat atas dosa kepada ALLAH, mahu pun dosa sesama manusia.
3. Bersifat zuhud dan bermujahadah ke atas perkara-perakara yang menghalang untuk beribadah iaitu dunia, manusia, syaian dan nafsu.
4. Bersabar dan bertawakal ke atas perkara yang memesongkan ibadah iaitu kerisauan ke atas rezeki, kekhuatiran masa depan, musibah yang melanda dan qadha qadar dari ALLAH.
5. Mengimbangi sifat khauf dan raja' dalam mendorong diri dalam beribadah.
6. Bersifat tawadduk rendah diri dengan nikmat yang diperolehi agar terhindar dari rasa ujub dan riya'.
7. Mengucapkan puji dan syukur kepada hadrat ALLAH atas nikmat yang diberi-NYA, dan nikmat yang terbesar anugerah-NYA ialah nikmat iman dan Islam.

Maka berjuang dan berjihadlah kita agar kita berjaya melaksanakan yang wajib dan sunat, dan mampu meninggalkan yang haram dan makruh, serta mengikis sifat-sifat mazmumah dalam diri kita untuk digantikan denagn sifat mahmudah. Kita mampu melaksanakan perintah fardhu ain dan fardhu kifayah. Kita mampu memperindahkan amal ibadah kita dengan ibadah sunat. Dan kita memperelokkan dengan meninggalkan yang haram dan makruh. Agar setelah kita Islam dan beriman, maka gearan muttaqin pula kita raih dalam mengejar cinta ALLAH dan Rasulullah SAW.


Madrasah Darus Syifa

Solat Jumaat Sarat Pahala


Oleh DR AMINUDIN MANSOR

DI antara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaat adalah paling mulia, banyak fadilat dan kebaikannya. Pada hari Jumaat pula terdapat solat Jumaat. Oleh itu, sebagai umat Islam iaitu lelaki yang sudah baligh wajib menunaikan solat Jumaat ini. Bagi mereka yang meninggalkannya sangat rugi dan berdosa di sisi ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru azan untuk solat pada hari Jumaat, segeralah kamu pergi mengingati ALLAH (bersolat) dan meninggalkan urusan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. (al-Jumu’ah: 9)

Mengenai pahala mengerjakan solat Jumaat ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat pertama (pukul 7 pagi) ia seumpama berkorban seekor unta. Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat kedua (pukul 8 pagi) ia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat ketiga (pukul 9 pagi) ia seperti berkorban seekor kambing (kibas). Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat keempat (pukul 10 pagi) ia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat ketiga (pukul 11 pagi) ia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Adalah diingatkan bahawa apabila imam telah naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut serta mendengarkan khutbah. Maka barang siapa yang datang ke masjid selepas itu seolah-olah ia hanya datang untuk solat semata-semata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”

Daripada Ibnu Umar RA mendengar Nabi SAW bersabda: “Siapa datang untuk bersolat Jumaat, maka hendaklah dia mandi.” Hadis daripada Aus bin Aus RA menyatakan siapa yang mandi pada hari Jumaat, mencuci kotoran pada badan, bersegera ke masjid dan mendengar khutbah, baginya dengan setiap langkah yang dilangkahnya pergi ke Jumaat itu pahala setahun.

Kita disarankan membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada siang dan malam Jumaat itu. Menghidupkan malam Jumaat dengan berbagai-bagai zikir.

Oleh itu, kita disarankan supaya datang awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi mengelakkan perkara ini. Banyak kelebihannya jika datang awal iaitu mendapat saf yang paling depan, tidak tergesa-gesa untuk mencari tempat serta tenang dan lapang menghadapi ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian dia mendatangi solat Jumaat dengan mendengarkan khutbah dan diam, maka dia akan mendapat ampunan hingga hari Jumaat yang berikutnya ditambah tiga hari lagi. (riwayat Muslim).

Nabi SAW bersabda: “Ada empat orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat iaitu wanita, budak, orang yang sakit dan musafir (pengembara).” (riwayat Abu Hanifah).

Mereka ini adalah tidak diwajibkan daripada menunaikan solat Jumaat. Oleh itu, larangan ini mengandungi tujuan tersirat yang dapat mengelakkan daripada fitnah bagi wanita, kebisingan bagi kanak-kanak kecil yang tidak boleh dikawal dan kesusahan bagi mereka yang sakit serta musafir.


http://epondok.wordpress.com/2013/05/10/solat-jumaat-sarat-pahala/

Rabu, 8 Mei 2013

Rahmat Allah atasi kemurkaan-Mencari Ampunan-nya


Rahmat Allah atasi kemurkaan-Mencari Ampunan-nya
MAD DHIYAUDDIN  & ABDUL KADIR

ISLAM merupakan agama yang penuh dengan rahmat dan kemudahan. Syariat-syariat yang terkandung dalam Islam sesuai untuk semua manusia. Islam menyeru agar sentiasa mengerjakan amal kebaikan dan melarang kepada keburukan dan dosa.

Pun begitu, setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangannya yang tersendiri. Tiada tanah yang tidak pernah ditimpa hujan. Begitulah manusia, tiada yang pernah terlepas daripada sebarang dosa sebagaimana Nabi yang maksum.

Dosa yang dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja baik dosa besar mahupun kecil akan diampunkan oleh ALLAH SWT jika seseorang itu benar-benar bertaubat kepada-Nya. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah segera bertaubat dengan mengharapkan rahmat dan keampunan daripada-Nya. Janganlah berputus asa kerana dosa yang dirasakan terlalu banyak sehingga merasa tidak layak untuk bertaubat dan menjadi lebih baik.

ALLAH SWT berfirman: Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH SWT mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar: 53)

ALLAH SWT sendiri telah mengakui akan kebesaran rahmat dan keampunan buat hamba-hamba-Nya. Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ketika ALLAH SWT telah selesai menciptakan dunia dan seisinya, ALLAH SWT menuliskan dalam kitab yang ada disisi-Nya yang tersimpan di atas Arasy-Nya: Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku. (riwayat al-Bukhari no. 6969 dan Muslim no. 2751)

Ketenangan, kedamaian dan keindahan yang dirasakan di dunia ini adalah berkat rahmat daripada ALLAH SWT.  Seluruh makhluk ciptaan-Nya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya berkongsi rahmat yang telah dikurniakan Ilahi.

Sesungguhnya di akhirat nanti, rahmat ALLAH SWT jauh lebih besar berbanding kenikmatan yang manusia rasakan ketika hidup di dunia dahulu.

Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH SWT memiliki 100 rahmat. Satu di antaranya ALLAH SWT telah turunkan dan dibahagi-bahagikan-Nya kepada jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan rahmat-Nya yang satu itu juga para makhluk-Nya saling mencintai dan menyayangi dan dengan rahmat-Nya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat lagi, ALLAH SWT akan berikan pada hari kiamat nanti kepada para hamba-Nya. (riwayat al-Bukhari no. 6000 dan Muslim no. 2752)

Jika kehidupan di dunia ini adalah hanya satu peratus daripada rahmat ALLAH SWT  maka seharusnya umat Islam hari ini tidak berputus asa untuk meminta keampunan dan rahmat ALLAH SWT agar diampunkan dosa yang telah lalu.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/09/rahmat-allah-atasi-kemurkaan-nya/

Selamat Daripada Api Neraka Jika Baik Akhlak


Selamat daripada api neraka jika baik akhlak

Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah aku telah memberitahu kamu semua mengenai orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” (Riwayat at-Tarmizi)

Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat menggunakan budi bahasa lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu. Tidak melakukan perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
 Tabiat manusia berhubung rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya.

Melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran”

Akhlak baik jauh dari neraka

Jika baik akhlak seseorang itu, maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauh mana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah SWT sendiri.

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy. Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.” (Riwayat Bukhari)

Ada dua sifat bertentangan, yang terpuji (mahmudah) dan tercela (mazmudah). Rasulullah adalah manusia yang terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan namun Baginda tidak pernah membalas.
 Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan bersikap tenang dan tidak pernah berputus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak Baginda yang sekali gus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan dilemparkan kepada yang mengutuk itu sendiri.

Lihat kebenaran Rasulullah

Musuh Baginda sama ada kaum kafir atau pun kalangan kaum munafiqin hingga akhirnya mereka melihat kebenaran yang dibawa Baginda dan memeluk Islam.

Bukankah Allah SWT telah memberi peringatan kepada Rasulullah SAW mengenai manusia akan lari dan menjauhkan diri jika Baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.

http://epondok.wordpress.com/2013/05/04/selamat-daripada-api-neraka-jika-baik-akhlak/

RENUNGAN - TIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAKAN MATI

Gambar hiasan
“Kullu nafsin dzaiqotul maut” Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)

Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT,
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.
Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
(QS.Al Imran:185).

.......Dan ketika kematian terasa begitu dekat
terpadam semua hal duniawi, tiada lagi mimpi-mimpi pelangi,
hanya dibayangi wajah yang bakal menjemput
apakah yang hadir itu bersama cahaya? apakah ia membawa kegelapan?.....

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...