Khamis, 9 Mei 2013

KASYAF DIRI

Fakeh Khalifah Saka
KASYAF DIRI - SULUHAN MURABBI 
Gambar hiasan saja
Imam Al-Ghazali, di dalam kitabnya yang bertajuk Al Munkidz Minad Dholal, telah membahagikan fahaman pencari kebenaran yang mudah untuk tersimpang dari kebenaran itu ialah kepada beberapa golongan, iaitu:-

Golongan Ahli Kalam 
Iaitu mereka yang menguasai ilmu Kalam dan berdebat dengannya. Mereka banyak menggunakan akal di dalam perdebatan dengan tujuan untuk menunjukkan kelemahan-kelemahan lawannya. Kaedah sebegini tidak berapa baik kesannya tambahan pula di dalam perdebatan teori ilmu Kalam ini banyak dipengaruhi fahaman falsafah dan logik Greek dan Yunani.

Golongan Ahli Falsafah 
Iaitu golongan yang mengagungkan akal mereka dan membahaskan kebenaran dengan akal. Sehingga mereka mendapati agama itu tertakluk dibawah kekuasaan akal. Golongan ini akan mengambil mudah terhadap urusan agama, kerana apabila agama telah diakalkan, maka tidak ada persoalan ubbudiah (kehambaan) di dalam agama. Maka semuanya perlu ada dalil hujah bagi golongan ini untuk mengamalkan agama

Golongan Ahli Ta’limiah 
Iaitu golongan batiniah yang bersumber dari guru-guru yang mendakwa mendapat alamat dari ALLAH atau kasyaf. Guru-guru ini diberikan kedudukan yang istimewa di kalangan pengikutnya. Sedangkan pengikutnya begitu taksub mempertahankan pendapat gurunya yang karut dan tidak berlandaskan kebenaran yang gurunya itu kononnya dianggap sebagai mursyid. Golongan seperti ini terlalu ramai di dunia pada hari ini khususnya Malaysia. Maka lahirlah gerakan-gerakan batiniah yang mendakwa mereka dipilih oleh ALLAH swt dan menyalahkan golongan jumhur ulama yang lain. Mereka juga meremeh-remehkan syariat kerana pada mereka syariat itu kononnya kulit dan tidak mempunyai nilai di sisi ALLAH swt. Yang menjadi nilai adalah hakikat

Golongan Ahli Tasawwuf 
Iaitu ahli tareqat (sufi atau salik) yang ingin membebaskan diri dari tipuan belenggu nafsu, akhlak yang keji dan dunia yang menipu. Sehingga terbit pada mereka akhlak yang terpuji dan hati mereka tidak lekang dari zikrullah (mengingati ALLAH).

wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...