Sabtu, 18 Mei 2013

Menenangkan Rasa Sedih, Bimbang dan Dukacita

Menenangkan Rasa Sedih, Bimbang dan Dukacita
Sulaiman
Hiasan saja
Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (ALLAH tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki]. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.). “Ya ALLAH, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”
(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

Hadis riwayat Syaikhani melalui Abu Hurairah r.a. “Apabila seseorang daripada kamu melihat orang lain mempunyai kelebihan dari segi harta benda dan tubuh badan, maka hendaklah dia lihatlah orang yang di bawah (kurang daripadanya)”.

Tenangkanlah hati dengan melihat “orang yang dibawah” iaitu mereka yang kurang daripada kita. Misalnya kita bermotosikal, janganlah dibandingkan dengan mereka yang berkereta, sebaliknya lihatlah mereka yang berbasikal atau berjalan kaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Dukacita sebahagian penyebab ketuaan” (Riwayat Dailami)

Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw., ‘Wahai Rasulullah, anda telah beruban.’ Maka beliau bersabda,’ Yang membuatku beruban adalah surah Hud, al-Waqi’ah, al-Mursalat, an-Naba’, dan surah at-Takwir.’ “ ( Riwayat Tirmidzi,Ibnu Sa’d, dan Hakim)

Surah-surah ini menceritakan tentang hari kiamat. Baginda beruban dan nampak tua kerana memikirkan hari kiamat dan risaukan nasib umatnya disana nanti. Kerana itu jugalah Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. Oleh itu janganlah terlalu berdukacita dan pada masa yang sama ingatlah pada negeri akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila ALLAH  melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Pertolongan ALLAH datang dengan bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 
(Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan maka dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila dia tertimpa musibah maka dia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya“.(Riwayat Ahmad )

Ar-Ra’d [28]…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.. Ta-Ha [14] .. dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

“Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.”

Ketika Rasulullah s.a.w. dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solah. “

Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad).

Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)

Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a. Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/02/15/menenangkan-rasa-sedih-bimbang-dan-dukacita/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...