Jumaat, 31 Mei 2013

BeRsAnGkA BaiK DeNgAn ALLAH SWT AtAs UjiAnNYA

Bersangka baik dengan Allah s.w.t atas ujianNya…
Hiasan saja
Berbaik sangka dengan ALLAH s.w.t merupakan suatu yang indah.. 
Al Hafiz Ibnu Abi Dunya menceritakan daripada Seorang Ulama Kufah bernama Masruq bin Ajda..

Beliau bercerita, “Di sebuah desa pendalaman, terdapat sebuah keluarga yang hanya mempunyai seekor ayam, anjing dan keldai.. Ketiga tiga haiwan ini sangat disayangi oleh keluarga ini kerana manfaatnya pada mereka.. Ayam membantu untuk mendirikan solat, keldai digunakan untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah..

Suatu hari, seekor musang memangsa ayam mereka.. Seisi keluarga menjadi sedih.. Namun, si ayah keluarga ini berkata “Tidak apa apa, In sya ALLAH (takdir ini) baik untuk kita”..

Tidak beberapa hari kemudian, seekor serigala telah membunuh keldai mereka pula.. Ahli keluarga itu sedih sekali.. Namun ayah keluarga ini tetap berkata, “Tidak apa apa, In sya ALLAH (takdir ini) baik untuk kita”..

Selang beberapa ketika, anjing mereka pula mati mendadak.. Maka ahli keluarga menjadi sedih kembali.. Si ayah tetap berkata , “Tidak apa apa, In sya ALLAH (takdir ini) baik untuk kita”..

Masruq berkata , “ Selang beberapa hari.. Suatu pagi, ahli keluarga itu bangun daripada tidurnya.. Lalu mereka mendapati bahawa seluruh penduduk desa itu telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan perompak malam tersebut.. Hanya keluarga mereka terselamat kerana para perompak hanya mendatangi rumah rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja”..

Natijah kesabaran..

Abu Salamah dan Umi Salamah merupakan pasangan suami isteri yang sangat bahagia.. Kedua – duanya termasuk di kalangan mereka yang awal memeluk Islam di Makkah ketika seluruh penduduk kota itu menolaknya..

Pahit getir kehidupan dalam menjaga akidah mereka lewati bersama dengan tabah.. Apabila pasangan ini hendak berhijrah ke Madinah, mereka harus berpisah kerana orang – orang musyrik menghalangi Abu Salamah untuk membawa isteri dan anaknya berhijrah..

Selepas setahun kemudian, ALLAH s.w.t menyatukan kembali dua insan yang saling mencintai ini di kota Madinah bersama Rasulullah s.a.w

Suatu hari, Umi Salamah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah (ujian), lalu ia mengucapkan kata – kata yang ALLAH perintahkan [Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un] dan berdoa, “Ya ALLAH , berilah daku pahala atas musibah (ujian) ini, dan gantilah musibah (ujian) ini dengan sesuatu yang lebih baik, melainkan ALLAH  akan menggantikan musibah (ujian) itu dengan sesuatu yang lebih baik untuknya”..

Tidak lama setelah itu, tepat pada peristiwa Perang Uhud, Abu Salamah pulang dari perang sambil membawa luka yang sangat parah.. kemudian, beliau meninggal dunia.. Kejadian ini amat menggoncangkan hati Umi Salamah.. Dia segera teringat akan pesanan Rasulullah s.a.w untuk mengucapkan apa yang telah diajari oleh Rasulullah s.a.w  Dia pun terfikir, “Siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia ialah suami yang begitu dan begini….”

Umi salamah terus mengingati kelebihan – kelebihan bekas suaminya itu.. Namun, akhirnya Umi Salamah tetap mengucapkan kata – kata itu juga..

Tidak lama setelah masa ‘iddahnya berlalu, Rasulullah s.a.w datang meminang Umi Salamah.. Baginda s.a.w merupakan manusia terbaik yang pernah diciptakan ALLAH  s.w.t.. Baginda s.a.w hadir untuk menggantikan Abu Salamah sebagai perwujudan janji ALLAH s.w.t bagi orang yang bersabar menghadapi ujian.. Kisah ini terkandung di dalam Kitab Soheh Al Imam Muslim r.a..

Sekadar untuk motivasi diri..

http://nauratulhidayah2.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...