Jumaat, 10 Mei 2013

CARA RASULULLAH BERJALAN


Abu Hurairah berkata: Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, Matahari seolah-olah beredar pada wajah baginda. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat dari Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuk baginda. Kami selalu berusaha dengan sedaya upaya (melakukan hal yang sama) dan baginda tidak pun perlu bersusah-payah untuk itu. (Tirmizi)

Seorang anak lelaki Ali bin Abi Thalib berkata, bapanya pernah memberitahu sifat Rasulullah : Apabila berjalan, baginda akan mengangkat dan melangkahkan kakinya dengan kuat, seolah-olah sedang turun di lereng yang curam. (Tirmizi)

Ali bin Abi Thalib berkata : Apabila Rasulullah berjalan, dada baginda akan condong ke hadapan, seolah-olah sedang turun di lereng yang curam. (Tirmizi)

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang. 'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...