Sabtu, 16 Ogos 2014

Islam Kembali Dagang

Islam Kembali Dagang

Gambar hiasan
Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”. (Hadith riwayat Muslim)

Sejarah telah merakamkan bahawa Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Ini kerana pada ketika itu, bilangan mereka yang menjadi pendukung Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasai ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Malah, seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Inilah akibatnya apabila memilih neraca hidup yang salah  supaya dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat tanpa mengambil kira nilaian hidup kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Sebagai contoh, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang ajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bergurau senda ketika orang lain bersembahyang tidak pula dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Antara lain, apa yang sering kita alami sendiri sekarang ialah masyarakat memandang serong terhadap mereka yang mengajak manusia kepada kebaikan dianggap asing dan pelik, sedangkan melakukan maksiat dan kemungkaran dianggap sebagai satu kebiasaan dan berbangga dengannya. Begitulah nasib umat Islam pada hari ini. Umat Islam pada hari ni ketandusan role model yang dapat dijadikan contoh teladan, lantas mengambil contoh budaya barat yang tidak bertamadun dan berakhlak mulia.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan Islam kembali dagang buat kali pertama seperti faktor politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi harus diketahui, faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang ialah faktor akidah Islam yang berlawanan dengan jahiliyah atau kufur. Justeru, Islam mengajak kepada akidah yang sahih, serta kualiti hidup sejahtera yang bertentangan dengan kekufuran. Islam dan peperangan sentiasa berada dalam keadaan peperangan. Ini kerana, kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Kekufuran tidak menerima undang-undang dan hukum-hukum Allah SWT berkuasa di muka bumi ini. Inilah faktor terbesar yang wujud pada setiap zaman sehingga ke zaman sekarang. Dengan berkat bantuan Allah, segala usaha, pengorbanan dan jihad Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersama-sama para sahabat r.a yang sabar dan ikhlas, maka dagang tersebut telah hilang. Akhirnya rahmat dan petunjuk Allah SWT diterima, dihayati sepenuhnya di Madinah.

Allah SWT telah menerima dan meredhai semua pengorbanan dan jihad Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat-sahabat baginda. Mereka addlah contoh ikutan bagi kerja-kerja dakwah untuk memartabatkan Islam. Mereka juga dikenali sebagai Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang unik kerana diiktiraf oleh Allah SWT sebagi sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Kerja-kerja mereka telah selesai, Cuma kelemahan umat Islam dan kepimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiyyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir dengan kejatuhan Daulah Turki Utmanniyyah di Turki. Lantas, pengaruh sekularisme yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara Islam. Pengaruh itu terus luas merebak ke negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam kembali dagang untuk kali kedua pada hari ini.

Sekiranya kita mengkaji di antara faktor yang menyumbang kepada dagangnya Islam buat kali kedua ini antaranya ialah faktor akidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat terpengaruh dengan selain daripada Islam. Sedangkan seperti mana kita ketahui, dakwah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengajak kepada akidah yang sahih, hidup dan berfungsi. Akidah yang menerima Allah SWT sebagai ilah dan Rabb. Antara lain, faktor kejahilan umat Islam tentang Islam baik dari segi tasawwur, tuntutan dan penghayatannya menyumbang kepada berlaku fenomena Islam kembali dagang. Begitu juga kejahilan tentang sifat-sifat Allah SWT ,sifat-sifat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, hari pembalasan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Selain itu, sikap umat Islam sendiri yang melupai dan mengabaikan peringatan-peringatan Allah SWT. Ini kerana, umat Islam hanya beriman dengan sebahagian sahaja daripada kandungan Al-Quran dan menolak sebahagiannya yang lain. Tambahan pula cabaran untuk berhadapan dengan dugaan kemewahan dunia yang menguasai hati dan kehidupan umat Islam. Umat Islam cintakan dunia dan bencikan kematian. Begitu juga dengan penyakit perpecahan dan kedengkian yang menyerang hati orang Islam.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah dagangnya Islam buat kali kedua ini, maka tidak ada jalan lain melainkan kita hendaklah kembali kepada jalan yang pernah dipimpin oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, yakni jalan yang telah terbukti berjaya menghilangkan dagangnya Islam kali pertama di Mekkah. Menegakkan kembali Islam adalah amanah yang besar dan ianya merupakan satu taklif rabbani. Manakala meninggalkannya adalah berdosa kerana sudah menjadi tanggungjawab setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah menjaga agar tidak dicerobohi oleh musuh Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memikul tugas yang mulia ini mengajak masyarakat untuk kembali ke jalan Allah dengan penuh rasa tanggungjawab menjaga kesucian Islam daripada dicemari musuh Islam. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar memberi kekuatan dan kemampuan kepada kita untuk menjadi khalifahNya di muka bumi ini.

Susunan: Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Sarjana Muda Kepujian Usuludin (Al Quran & Hadith)
Universiti Malaya.
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/modal-insan/533-islam-kembali-dagang 

Sabtu, 9 Ogos 2014

Gambar hiasan sahaja
Sahabat ku pernah mengirimkan sebuah pesan penuh makna:

"Sahabat.. renungkanlah sejenak..!! Telah diriwayatkan bahwasanya "Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, mereka bertanya tentang sahabat mereka itu kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala, "Yaa Rabb..Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, sollat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami"

Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya masih ada iman walaupun hanya sebesar dzarrah." (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd")

Al-Hasan Al-Bashri berkata, "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin-mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka bertanyalah kepada Allah Ta'ala tentang aku, "Wahai Rabb kami..., hamba-Mu fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu."

Sahabatku....
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah ta'ala. Agar aku dapat bersamamu kelak di Syurga & meraih ridha-Nya..

Aku memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk, patuh & taat kepada syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat nanti dengan-Mu..

آمــين اَللّهُمَّ آمــين

DOA DI PENGHUJUNG MALAM

Ass
alaamu alaikum wa rahmatullaahi wa barkaatuhu.

Bismillaahirohmaanirrohiim, Alhamdulillaahirobbil alamin, ALLAHUMMA sholli wa sallim alaa Rasulillahi shollolloohu alaihi wassalam, wa alaa aalihi wa ashhaabihi ajmaiin.

Ya ALLAH, tiada sesuatu yang tersembunyi di mataMU, ENGKAU tahu betapa banyaknya dosa yang telah kami perbuat kepadaMU, Ya Rohmaan Ya Rohiim, kami mohon AMPUNILAH seluruh dosa dosa kami, dosa besar dosa kecil, sengaja tidak sengaja, terang terangan mahupun yang kami sembunyikan selama ini, yang lalu lalu bahkan yang akan datang, dari mulai aqil baligh hingga akhir hayat kami...

Ya Rohmaan Ya Rohiim, ampunilah dosa dosa ayah ibu kami, SAYANGILAH ayah ibu kami dengan RAHMATMU sebagaimana ayah ibu kami menyayangi kami, demikian pula guru guru kami yang telah membimbing kami mengenalMU, datuk nenek kami, suami kami, isteri kami, kakak adik kami, anak anak cucu keturunan kami,

Ya ALLAH ampuni pula semua jamaah zikir, jamaah FB ini, dan seluruh orang orang yang kami cintai kaum muslimiin muslimaat baik yang hidup apalagi yang telah wafat.

Ya ALLAH yang MAHA PERKASA, hinakan, hancurkan, pecahbelah kekuatan kuffar zionis dengan segala sekutunya yang terus menerus memerangi kami, mengsengsarakan kami, memenjarakan kami, membunuh kami di manapun mereka berada...

Ya ALLAH YANG MAHA PENYELAMAT, selamatkan saudara kami di Gaza Palestine, di Iraq, di Afghanistan, di Suriah, di Mesir, di Rohingya Myanmar dan seluruh keberadaan kaum muslimin muslimat. Ya Allah berkahi pula negara kami dengan kesholehan pemimpin dan rakyatnya...

Aamiin.



K. H. Muhammad Arifin Ilham

Rabu, 23 Julai 2014

TIGA YANG TIGA AKU SUKAI

Sekadar gambar Hiasan sahaja
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya ; bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"Apa yang kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra.
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
 duduk bersamamu ya Rasulullah
 melihat wajah mu ya Rasulullah
 aku korbankan harta ku untuk mu ya Rasulullah

Lalu Rasulullah saw bertanya dengan Saidina Umar ra."Bagaimana pula dengan mu ya Umar?"
▫Jawab Saidina Umar ra. "Ada 3 perkara juga yang aku suka:

 membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
 mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
 berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"
▫Berkata Saidina Uthman ra. "Ada 3 perkara yang aku suka:

 memberi makan
 memberi salam
 bersolat malam di waktu manusia tidur"

"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra ?"▪"Aku juga cintakan 3 perkara:

 memuliakan tetamu
 berpuasa di musim panas ( ramadhan )
 dan memukul musuh dengan pedang"

▪Kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar. ra.
"Apa yg kamu suka di dunia ini?"
▫Berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

lapar
sakit
mati

▪Kemudian Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
Berkata saidina Abu Dzar ra,

☑ aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.

☑ aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.

☑ aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

▪kemudian bersabdalah Rasulullah saw "Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

wangian
wanita yang solehah
 SEMBAHYANG YANG MENJADI PENYEJUK HATIKU

🔘 Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah saw; para sahabat.

🔘Kemudian malaikat Jibril mengatakan "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
menyampaikan risalah
menunaikan amanah
cinta terhadap orang miskin

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi; berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua; Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

lidah yang sentiasa berzikir
hati yang sentiasa khusyuk
jasad yang sabar menanggung ujian

Isnin, 21 Julai 2014

CaTaTaN RiNgKaS : Pesanan Guru Sekumpul


Menghormati ulama dan orang tua
Baik sangka terhadap muslimin
Murah harta
Manis muka
Jangan menyakiti orang lain
Mengampunkan kesalahan orang lain
Jangan bermusuh-musuhan
Jangan tamak atau serakah
Berpegang kepada Allah, pada kabul segala hajat
Yakin keselamatan itu pada kebenaran.

Khamis, 17 Julai 2014

TIGA BELAS KATA ''Jangan MeNuNGGu'' Yang PerLu DiHINDARI

Gambar hiasan
13 kata “JANGAN MENUNGGU” yang perlu dihindari:

1. JANGAN MENUNGGU 
bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. JANGAN MENUNGGU 
kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. JANGAN MENUNGGU 
termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. JANGAN MENUNGGU 
dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan.

5. JANGAN MENUNGGU orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. JANGAN MENUNGGU 
terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. JANGAN MENUNGGU 
projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. JANGAN MENUNGGU 
dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. JANGAN MENUNGGU 
banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. JANGAN MENUNGGU 
contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. JANGAN MENUNGGU 
berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. JANGAN MENUNGGU boleh, 
baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. JANGAN MENUNGGU 
waktu luang untuk Allah, Tapi luangkan waktu untuk Allah,


Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...