Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah
حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ
يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي
Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:
1. Saling mencintai kerana Allah
2. Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah
3. Saling menziarahi kerana Allah
4. Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah
5. Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah
Jadikanlah diri kita orang yang dicintai Allah kerana kecintaan kita kepada orang lain.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Ahad, 2 September 2018
Selasa, 14 Ogos 2018
27 CHECK LIST SAMA ADA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA @ TIDAK
1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an
lantaran Anda terlalu sibuk.
3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda
semakin bertambah.
4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan
yang Anda lakukan adalah haram.
5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan
mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”
6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita
duniawi sehingga terabaikan amal ibadah
8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan
selalu menunda bertaubat kepada Allah.
10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya
perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.
11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat
ingin Anda miliki.
12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi
waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya
14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan
Anda kepada Allah.
15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di
dunia.
16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan
anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak
bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya,
walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.
20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi
Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah
kesulitan ekonomi.
21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.
23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan
lama datangnya.
24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit
pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan
pekerjaan.
26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir
Anda hidup di dunia.
27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan
yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.
- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita
termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.
Amiin..
Credit ; Ust Iqbal ZainKhamis, 9 Ogos 2018
TIGA AMAL YANG TIDAK DITIMBANG DI HARI KIAMAT KERANA KEHEBATANNYA.. ..
Tiga amal yang tidak akan ada timbangannya pada hari kiamat, kerana keagungannya...
1- العفو عن الناس: لم يحدد الأجر
قال الله تعالى: { فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ}.
1- Memaafkan Kesalahan Orang: (amal istimewa) yang tidak terbatas pahalanya.
Allah berfirman:
(وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا ۖ فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ)
[Surat Ash-Shura 40]
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.
2- الصبر: لم يحدد الأجر
قال تعالى: (إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ}
2- Sabar: (amal istimewa) yang juga tidak terbatas pahalanya.
Allah berfirman:
(قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ)
[Surat Az-Zumar 10]
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
3- الصيام: لم يحدد الأجر (كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به).
3- Puasa: (juga amal istimewa) yang tidak terbatas pahalanya.
Allah berfirman dalam hadits qudsi-Nya:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به.
Yang ertinya: semua amal anak Adam adalah diperuntukkan kepadanya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya. (Bukhori dan Muslim)
وينادي مُنادٍ يوم البعث: أين الذين أجرهم على الله؟ فـيقبل الصابرون والصائمون والعافون عن الناس.
Pada hari kebangkitan ada Penyeru yang memanggil : Mana orang-orang yang pahalanya atas (tanggungan) Allah..?!
Maka menghadaplah orang-orang yang sabar, orang-orang yang berpuasa dan orang-orang yang lapang hati suka memberi maaf kepada orang lain.
جعلنا الله واياكم ممن ينادى عليهم بـهذا النداء.
اللهم آمين ..
Muhasabah diri
Ahad, 29 Julai 2018
*IMAM MALIK* *VS* *IMAM SYAFI'I*
*_"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI_*
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:
*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :
*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*
*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu, semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.
*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*
Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan,
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.
Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..
Semoga dapat menjadi pelajaran dan pengajaran buat kita semua.
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:
*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :
*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*
*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu, semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.
*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*
Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan,
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.
Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..
Semoga dapat menjadi pelajaran dan pengajaran buat kita semua.
Jumaat, 13 Julai 2018
18 KATA-KATA BIJAK Ustadz ABDUL SOMAD
![]() |
| Ustaz Abdul Somad |
2. Ketika engkau susah di dunia ini. Sabarlah, karena ia hanya sementara. Ketika engkau diberi kesenangan di dunia ini jangan bangga dan sombong karena ia juga hanya sementara.
3. Kita tidak perlu satu organisasi, satu sekolah ataupun
satu guru, kita beteman di satu titik, mukhlisinnalahuddin.
Mudah-mudahan titik itulah yang mempertemukan kita.
4. Jika mencari kawan tak bercacat, selamanya kita tak kan
berkawan. Jika mencari pasangan yang sempurna, selamanya kita tak kan
berpasangan.
5. Hari ini kita boleh kalah dalam segala hal, tapi tanamkan
pada anak anak kita bahwa 10 atau 20 tahun lagi mereka akan memimpin negeri ini
dengan cara yang Allah ridhoi.
6. Kalau dengan memiliki motor dan mobil bertambah ketaatan
kita kepada Allah, maka itu adalah rezeki. Tapi kalau dengan kendaraan itu
menjauhkan diri dari Allah, dipakai untuk pergi ke tempat maksiat, maka itu
adalah laknat dan azab. Hati-hati.
7. Kebahagiaan seorang guru ialah ketika melihat muridnya
sukses dunia dan akhirat.
8. Bahagia itu terletak pada syukur. Siapa yang bersyukur
kepada Allah, maka dialah orang yang paling bahagia.
9. Apapun yang terjadi, Islam akan tetap ditolong Allah.
Yang menjadi masalah adalah, apa yang telah dan akan kita lakukan untuk Islam,
demi untuk menolong diri kita di dunia dan akhirat nanti? Jangan jawab dengan
lidah, karena lidah terlalu mudah untuk berkata-kata. Tapi, jawablah dengan
perbuatan.
10. Hidup ini seperti bahtera di lautan. Di atas ada ombak
kencang yang akan menghadang. Dari bawah ada batu karang yang besar. Tak ada
yang bisa menguatkan hidup ini, kecuali Allah Ta'ala.
11. Jangan batasi ibadah hanya ketika di Masjid. Ada yang
menganggap beramal itu hanya ketika duduk di Masjid, sholat, dzikir dan membaca
Al-Quran. Jangan lupa, bekerja dari jam 8 pagi sampai 4 sore, ditambah lagi
apabila lembur itu juga adalah amal. Karena, bekerja mencari nafkah yang halal
untuk keluarga di rumah adalah ibadah, bernilai pahala di hadapan Allah Ta'ala.
Maka, kalau dipahami bahwa bekerja adalah amal ibadah, tidak akan ada pegawai
yang main "game on-line" saat jam kantor, tidak akan ada pedagang
yang memainkan timbangan, tidak akan ada karyawan yang curang dalam laporan
tugasnya.
12. Kalau engkau sudah menikah, maka pandanglah saudaramu
yang belum menikah, maka akan timbul rasa syukur.
13. Wujud syukur yang sederhana ialah mengucap syukur
"Alhamdulillaahirobbil 'aalamiin. Segala puji hanya bagi Allah" .
Namun sesungguhnya Hakikat dari Rasa Syukur itu adalah memastikan setiap
tarikkan nafas kita senantiasa dalam "ketaatan" kepada Allah Ta'ala.
14. Berkawan karena harta, harta akan binasa. Berkawan
karena kuasa, kuasa tak akan lama, paling 5 tahun kalau tak di tangkap KPK.
Tapi, kalau berkawan karena Allah maka akan kekal abadi.
15. Dunia ini hanya setetes air. Kalau kau tak dapat jangan
sedih, karena yang kau tak dapat hanya setetes. Dan kalau kau dapat, jangan
bangga, karena yang kau dapat hanya setetes.
16. Ketika terasa diri ini hampa, tak ada apa-apa, bagai
butiran debu di tengah samudera keagungan Allah. Saat itulah rahmat Allah turun
meyentuh rasa yang dapat diwakili kata.
17. Air selalu mengalir, dia tidak bisa ditahan. Ketika dia
ditahan, maka dia akan menjadi sebuah perlawanan yang besar. Air nampak lemah,
ketika dia sedikit. tapi, ketika dia sudah berkumpul maka menjadi besar, dia
menjadi kekuatan yang luar biasa. Belajarlah dari air.
18. Keberanian tidak mempercepat kematian, dan ketakutan tak
dapat mengelakkan dari kematian. Kita pasti mati, tapi mati dalam keadaan apa?
Pilihan ada di tangan kita.
Sampaikan sebanyak-banyaknya untuk orang lain. 👍
Semoga bermanfaat..
Isnin, 2 Julai 2018
Khamis, 21 Jun 2018
*APAKAH RAMADHANKU DITERIMA*
![]() |
| Gambar hiasan |
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu bersemangat dan ikhlas dalam
beribadah, seperti yang dilakukan selama di bulan Ramadhan...
Tanda dari orang yang
lulus Ramadhan adalah selalu bersabar menahan diri daripada dosa dan
maksiat, seperti ia sabar menahannya di bulan Ramadhan...
Tanda dari orang yang
lulus Ramadhan adalah selalu bersedih tatkala terluput atau terlalaikan
dari suatu amal shalih, baik yang wajib atau pun sunnah...
Tanda dari orang yang
lulus Ramadhan adalah selalu berusaha menjadi orang yang paling utama,
bersih hatinya, mulia akhlaknya dan benar ucapannya...
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya: "Siapa orang yang paling utama ?" Baginda menjawab : "Setiap orang yang
bersih hatinya dan benar ucapannya". Para sahabat berkata : "Orang yang
benar ucapannya telah kami fahami maksudnya, lalu apakah yang dimaksud dengan
orang yang bersih hatinya ?" Baginda menjawab : "Dia adalah orang
yang bertakwa (takut) kepada Allah, yang suci hatinya, tidak ada dosa dan kezaliman
padanya, serta tidak ada pula rasa dendam dan hasad" (HR. Ibnu Majah no. 4216, hadits dari Abdullah bin ‘Amr, lihat
Shahiihut Targhiib wat Tarhiib no. 2889)
Tanda dari orang yang
lulus Ramadhan adalah selalu istiqamah mengikuti syariat yang telah
dicontohkan, diamalkan dan diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
dan para sahabatnya...
Tanda dari orang yang
lulus Ramadhan adalah selalu menjadikan perkara yang berkaitan dengan
akhirat lebih diperdulikan daripada perkara dunia, dari sisi waktu, tenaga,
fikiran, harta dll...
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan
berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka
mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik" (QS. Al-Isra' [17]: 19)
Inilah tanda diterimanya amal..."Sesungguhnya di antara tanda diterimanya kebaikan
adalah kebaikan selanjutnya".
Sebahagian salaf
berkata:"Berpuasalah (tahanlah diri) dari dunia, dan jadikanlah
kematian sebagai waktu berbukamu dari puasa dunia. Dunia seluruhnya adalah
bulan berpuasa bagi orang-orang yang bertakwa. Mereka berpuasa (menahan diri)
padanya dari syahwat-syahwat yang diharamkan. Jika kematian telah datang kepada
mereka, maka sungguh bulan puasa mereka telah selesai, dan mereka berseri-seri
pada hari berbuka (hari raya) mereka" (Lathaa’iful
Ma’aarif hal 147 oleh Imam Ibnu Rajab).
by: Muhammad Zahir
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...
-
Biodata & Kisah Hidupnya · by Nabilah Rumainor · Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umawiyah. Artikel ini a...



