Khamis, 18 Julai 2019

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Daripada Abu Darda RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)."

(Sunan Abu Daud No: 4273)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2.  Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah.

3.  Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud No:4257)
Marilah kita bersikap RAHMAH dengan berusaha mendamaikan dua saudara atau kelompok yang berselisih kerana ia adalah amal soleh yang utama.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Bersabar Ketika Bersama Manusia

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda:
"Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar.

(HR Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim.

2.  Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji oleh Islam. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.

3.  Kewujudan kita di tengah-tengah  masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki masyarakat. Peluang untuk menyebarkan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.

4.  Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam,  melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, Islam dan bukan Islam, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan.

5.  Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika bersama mereka sebagai peluang berdakwah dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

6.  Bersabar menghadapi pelbagai kerenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.

7.  Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di luar dari kejahatan dan kerenah manusia, tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang berada di tengah-tengah kelompok manusia.

8.  Penting bagi Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara istiqamah agar menjadi qudwah kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Rabu, 10 Julai 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Sesungguhnya seorang mukmin itu akan selalu senantiasa menutupi aib orang lain dan menasihatinya, sedangkan seorang munafik dan pendosa selalu senantiasa akan membuka aib orang lain serta mencelanya.”
[Imam Fudhail Bin ‘Iyadh Rahimahullah]

Isnin, 27 Mei 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku meminta agar dijauhkan dari perbuatan dosa maka aku temukan melalui solat Dhuha. 
Aku meminta cahaya kelak di dalam kubur, maka aku temukan dari membaca Al-Quran. 
Aku meminta agar mudah melalui sirath, maka aku temukan melalui puasa dan bersedekah. 
Aku meminta naungan dari ArasyNya Allah kelak, maka aku temukan melalui mencintai para kekasihnya Allah."
[Imam Asy-Syaf’i ‎رحمه الله تعالى]

Selasa, 21 Mei 2019

KALAM ULAMA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Aku perhatikan semua keadaan manusia dan kudapati tiap orang mempunyai kekasih, tetapi apabila mereka sampai ke alam kubur pasti harus berpisah dengan kekasihnya. Maka aku sedar, dan aku akan jadikan amal solehku sebagai kekasih, agar dia selalu bersamaku sampai kelak di alam kubur.”
[Imam Hatim Al-Asham ‎رحمه الله تعالى]

Jumaat, 19 April 2019

MUTIARA PAGI

*Ketika Allah belum mengizinkan kita mendapatkan apa yang kita minta, Sesungguhnya Dia tengah menyuruh kita mensyukuri apa yang sedang kita punya.*

*Bersabarlah Dalam Menaruh Pengharapan Pada Allah, Sebab Allah Tahu Yang Terbaik Untukmu, Termasuk Waktu Yang Tepat Dikabulkannya Permintaanmu.*
*Andaikan manusia bisa menggali setiap hikmah Allah yang terkandung dalam penciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah akan ia raih. Kenyataannya, akal manusia sangatlah terbatas, pengetahuannya pun terlampau sedikit, sedangkan ilmu Allah sangatlah luas.*
*Bagaikan sinar lampu yang sia sia di bawah sinar terangnya matahari. Dan ini hanyalah permisalan yang kira kira, gambaran aslinya tentu jauh lebih dari itu~❞*
*Allahﷻ berfirman: “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan 'tidak pula' pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab 'Lauh Mahfuzh' sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al Hadid : 22)*
*Rasulullah ﷺ bersabda:* *“Allah ﷻ telah menetapkan semua takdir seluruh makhluk sejak 50 ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi”. (HR. Muslim)*
*Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegalauan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari)*
❝Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redho maka baginya keredhoan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi)*
*Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat. Pertolongan Allah selalu datang di saat yang tepat.*
*~Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan 'keperluan' nya.” (QS. Ath Tholaq: 3)*
*Ikhlas bukan pada saat kehilangan sahaja, tapi juga pada mimpi dan harapan yang belum terwujud.*
*Yakinlah bahawa takdir Allah jauh lebih baik dibandingkan khayalan kita.*
*❝Takdir adalah pertemuan antara ikhtiar manusia dengan kehendak Allah. Redha akan takdir, tanda cinta seorang hamba kepada Robbnya."*
*Teruslah Berhusnudzan Kepada Allah, Kerana Allah Selalu Memberi Yang Terbaik Untuk Setiap Hamba-Hambanya.*
*Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolonganNya.*

 *ALLAH Yang MAHA AGUNG.*

Rabu, 13 Mac 2019

KISAH PARA AHLULLAH DAN ZIKIR

Cinta Rasulullah ﷺ:

KISAH 1 -Hadrat Syeikhul Masyaikh Haji Imdadullah Muhajir Makki Rahimahullah berkata pada fasa akhir kehidupan beliau;
"Sekarang usia aku sudah lanjut. Aku tidak lagi mampu menahan nafas panjang. Kini aku bernafas pendek-pendek sahaja, kerana itu aku hanya mampu berzikir ALLAH sebanyak 180 kali sahaja pada satu nafas dengan dharb".

KISAH 2- Imam Rabbani Syeikh Maulana Rashid Ahmad Gangohi Rahimahullah ditanya seseorang mengenai bilangan zikir hariannya. Beliau menjawab;
"Usia untuk berzikir telah berlalu. Setiap organ dan anggota badan semakin melemah. Namun, aku berzikir sebanyak 125000 setiap hari".

Semoga Allah berikan Taufiq dan Hidayah kepada kita semua untuk mengikuti jejak langkah para Ahlullah.

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...