Khamis, 18 Julai 2019

Meninggal Dunia Dalam Keadaan Memboikot Saudara Muslim

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ  فَمَنْ هَجَرَ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَمَاتَ دَخَلَ النَّارَ  .
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW:

“Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari 3 hari. Siapa yang memboikot saudaranya lebih dari 3 hari, kemudian dia meninggal maka dia masuk neraka.”
(Sunan Abu Daud  No:4914) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat, kita saling berhubung antara satu sama lain, saling tegur menegur, bertolong bantu dalam suasana berkasih sayang. 

2.  Kita dilarang memusuhi dan memboikot saudara Muslim kita hanya kerana kita berbeza pandangan, kumpulan atau disebabkan sedikit kesilapan dengan tidak bertegur sapa dengan mereka.

3.  Barang siapa memusuhi dan memboikot saudara Muslim yang lain bukan atas sebab yang dibenarkan oleh syarak lebih daripada 3 hari dan kemudian ia meninggal dunia maka ia boleh menjadi penyebab masuk ke dalam neraka.

4.  Waliyud Did Al-Iraqi menyatakan, larangan dalam hadis di atas, berlaku untuk boikot yang muncul kerana marah dalam masalah yang harus, tidak ada kaitannya dengan agama. Adapun boikot kerana maslahah agama, seperti kerana maksiat atau bid’ah, hukumnya tidak terlarang. Nabi SAW memerintahkan untuk memboikot Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi’. (Tharhu At-Tasrib, 8/353)

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Jangan Memusuhi Sesama Muslim

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئً إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا

Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Pintu-pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampuni dosa seluruh hamba yang tidak berbuat syirik (menyekutukan) kepada Allah dengan sesuatu apapun. Kecuali orang yang sedang ada permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai…

 (HR. Imam Malik dalam Al-Muwatha’ 5/1334, Sahih Muslim No:2565). Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:
1.  Pintu syurga sentiasa terbuka untuk orang yang mendapat keampunan Allah. Ada pintu syurga yang dibuka setiap hari Isnin dan Khamis.

2.  Allah sentiasa mengampuni dosa selagi seseorang itu tidak melakukan perbuatan syirik.

3.  Allah juga akan menangguhkan penerimaan amal dan keampunan daripada dua orang Muslim yang bermusuhan sehingga mereka berdamai.

4.  Hadis ini mengulang 3 kali peringatan tidak diterima amal, mereka yang kekal  bermusuh sesama Muslim dan tidak segera berdamai.

5.  Rasulullah SAW juga memberi amaran bahawa orang yang memboikot saudaranya tanpa alasan yang benar selama setahun, dosanya seperti menumpahkan darahnya. Dari Abu Khirasy As-Sulami RA, Rasulullah SAW bersabda,

مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ

“Siapa yang memboikot saudaranya setahun, dia seperti menumpahkan darahnya.”
(HR Abu Daud 4915, dan dishahihkan oleh Syuaib Al-Arnauth).

Jadikanlah diri kita orang yang segera menamatkan permusuhan sesama Muslim jika ada, agar amal kita diterima dan mendapat pengampunan serta rahmat Allah.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Daripada Abu Darda RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)."

(Sunan Abu Daud No: 4273)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2.  Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah.

3.  Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud No:4257)
Marilah kita bersikap RAHMAH dengan berusaha mendamaikan dua saudara atau kelompok yang berselisih kerana ia adalah amal soleh yang utama.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Bersabar Ketika Bersama Manusia

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda:
"Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar.

(HR Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim.

2.  Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji oleh Islam. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.

3.  Kewujudan kita di tengah-tengah  masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki masyarakat. Peluang untuk menyebarkan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.

4.  Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam,  melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, Islam dan bukan Islam, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan.

5.  Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika bersama mereka sebagai peluang berdakwah dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

6.  Bersabar menghadapi pelbagai kerenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.

7.  Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di luar dari kejahatan dan kerenah manusia, tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang berada di tengah-tengah kelompok manusia.

8.  Penting bagi Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara istiqamah agar menjadi qudwah kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Rabu, 10 Julai 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Sesungguhnya seorang mukmin itu akan selalu senantiasa menutupi aib orang lain dan menasihatinya, sedangkan seorang munafik dan pendosa selalu senantiasa akan membuka aib orang lain serta mencelanya.”
[Imam Fudhail Bin ‘Iyadh Rahimahullah]

Isnin, 27 Mei 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku meminta agar dijauhkan dari perbuatan dosa maka aku temukan melalui solat Dhuha. 
Aku meminta cahaya kelak di dalam kubur, maka aku temukan dari membaca Al-Quran. 
Aku meminta agar mudah melalui sirath, maka aku temukan melalui puasa dan bersedekah. 
Aku meminta naungan dari ArasyNya Allah kelak, maka aku temukan melalui mencintai para kekasihnya Allah."
[Imam Asy-Syaf’i ‎رحمه الله تعالى]

Selasa, 21 Mei 2019

KALAM ULAMA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Aku perhatikan semua keadaan manusia dan kudapati tiap orang mempunyai kekasih, tetapi apabila mereka sampai ke alam kubur pasti harus berpisah dengan kekasihnya. Maka aku sedar, dan aku akan jadikan amal solehku sebagai kekasih, agar dia selalu bersamaku sampai kelak di alam kubur.”
[Imam Hatim Al-Asham ‎رحمه الله تعالى]

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...