SETIAP 1000 ORANG MAKHLUK yang melewati jembatan siratal mustaqim,hanya
1 orang saja yang Berjaya sampai ke Surga?
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan
telinga,seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang
lain.Selepas itu,Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya
nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati,Tuhan pun
berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada
siapa yang menjawab. Lalu Allah sendiri menjawab dengan keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan
yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat
Israfil alaihis salam dihidupkan. Seterusnya meniup sangkakala untuk
kali ke-2. Lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa
padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat
seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak
Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang
belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari
biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak
rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal) berjalan kaki (bagi yang
kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu
akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan
nasib mereka sendiri.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan
tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat. Lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Seluruh makhluk terkejut
melihat ukuran malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari
berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di
bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukit
hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasakan kepanasan dan
bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam
mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga
1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam bernama Al-Kautsar yang mengandungi
air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan
dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
✐ Semua
makhluk berada di bawah
cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina,tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu
di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang
beriman. Kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para
Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam
tetapi usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan Allah Subhanahu Wa Taala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa
a.s.(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.Jarak masa antara satu
nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Lalu
diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi
pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Allah yang dipikul
oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba di bumi.
✐ 'Arasy
ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang senantiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan
gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari 'Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak di hadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan
kepala kerana takut. Lalu dimulailah timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya
tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab
amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib dan 'Atid/Kiraman
Katibin.
✐ Manusia
beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir
dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab
adalah umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan
hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu
pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan
kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu
tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan
amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk
yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam di akhirat:
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada izin Allah Subhanahu Wa Taala).
✐ Para nabi dan rasul serta golongan
khawas juga diberikan izin oleh Allah untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan
mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berhasil dihisab, manusia
akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratal Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti
angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka senantiasa menarik kaki mereka, lalu mereka
jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan
kiri siratal mustaqim mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang
yang meniti siratal mustaqim, hanya seorang saja yang berhasil melaluinya. 999
orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:Kitab Aqidatun Najin karangan
Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.Pustaka Nasional
Singapura 2004
Sabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam :-❝ Sampaikanlah pesananku walaupun
satu ayat. ❞Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu,hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal
jariahnya.
② Doa anak-anaknya
yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat
yang disampaikannya kepada orang lain.
La
illaha illa Allah, Muhammadu Rasulullah
Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda. Kita boleh
baca novel sampai beribu-ribu muka surat x kan x boleh baca 5 minit punya masa
untuk ini...
1. Kemunculan Imam Mahdi.
2.
Kemunculan
Dajjal.
3.
Turunnya
Nabi Isa (AS).
4.
Kemunculan
Yakjuj dan Makjuj.
5.
Terbitnya
matahari dari Barat ke Timur.
6.
Pintu
pengampunan akan ditutup.
7.
Dab'bat
al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya.
8.
Kabus
selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati. Mereka tidak perlu
mengalami tanda-tanda kiamat lainnya.
9.
Sebuah
kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan.
10.
Pemusnahan/runtuhnya
Kabaah.
11.
Tulisan
dalam Al-Quran akan lenyap.
12.
Sangkakala
akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan
ketakutan.
13. Tiupan sangkakala yang kedua kalinya
akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap
makhluk hidup bangkit kembali.
Nabi MUHAMMAD Sallallahu Alaihi
Wasallam telah bersabda: "Barang siapa yang mengingatkan
ini kepada orang lain,akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari
penghakiman kelak".
ALLAH berfirman : "Jika engkau
lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan,tapi
Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu".