Dari Juwairiyah binti Al Harith isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat.
Jumaat, 3 September 2021
ZiKir JUWAiRiAH - Zikir sesudah Subuh.
Ahad, 15 Ogos 2021
Muhasabah Diri: Antara Lebah dan Lalat
Ada seorang alim bertanya pada saya: "Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?"
Saya jawab: “Dia akan mencari madu.”
Orang alim tersebut lantas menyatakan: "Tidak, sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu.”
Orang alim itu bertanya lagi: "Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan kedalam taman yang dipenuhi dengan bunga?"
Saya jawab: "Pasti lalat akan mencari sampah".
Kemudian orang alim memberitahu: "Jadilah kamu seperti lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi seperti lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain".
Dalam hidup kita bermasyarakat, pelbagai info boleh kita perolehi khususnya melalui media sosial seperti FB, WhatsAap, telegram, instagram, twitter, TikTok, WeChat dan sebagainya. Sebagai Muslim, kita perlu bijak memilih dan menyaring.
Ingatlah Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا أَن تُصِيبُوا قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat:6)
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat:11)
Sabtu, 14 Ogos 2021
*KISAH JENAZAH YANG DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT*
Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. : Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?".
"Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"
"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"
Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu."
"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah SAW.
"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"
Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."
Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."
SubhanAllah ..Walhamdulillah ..Wala ilaha illallah ..Wallahu akbar.
Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)
Subhanallah - Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari - hari.
Rasulullah S.A.W bersabda:"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. " (HR. Al-Bukhari)
Kredit:Empunya rencana ini
Ahad, 1 Ogos 2021
FAIRUZ AD-DAILAMI
![]() |
Beliau adalah seorang sahabat dari kerabat diraja
Yaman. Berketurunan Parsi di sebelah bapa manakala ibunya pula berketurunan Arab Yaman. Dahulu, Yaman berada di bawah taklukan
Parsi dan Rajanya bernama Baazan. Ketika Islam sampai, Baazan telah memeluk
Islam dan menukar wala` kerajaan Yaman kepada Islam. Setelah meninggal, diganti
oleh anaknya Shahr bin Baazan.
Ketika baginda Nabi SAW jatuh sakit setelah pulang
dari mengerjakan Haji tahun ke-9 hijrah, berita itu telah tersebar di semua
pelusuk tanah Arab. Maka tiga orang telah
memainkan peranan memurtadkan umat Islam di masa itu iaitu Musailamah
al-Kazzab, Aswad al-Unasi dan Tulaihah al-Asadi. Bukan setakat ini, malah
mereka mendakwa diri sebagai Nabi, menerima wahyu sebagaimana Muhammad SAW.
Aswad al-Unasi tinggal di Yaman. Beliau adalah
seorang ahli sihir. Menggunakan kepakaran sihir, beliau mampu memperdaya ramai
orang sehingga mempercayai beliau sememangnya seorang Nabi. Beliau juga petah
berhujah dan pandai bermain kata, menyebabkan beliau mampu membina gerakan
menentang kerajaan Islam dengan cepat. Aswad berupaya membunuh gabenor Islam
Yaman, Shahr bin Baazan lalu mengahwini isterinya bernama Aazad.
Nabi SAW menyedari gerakan ini amatlah bahaya
kepada kelangsungan Islam. Beliau terus mengutuskan surat kepada wakil kerajaan
Islam di sana supaya mengambil apa jua langkah agar gerakan Aswad segera
dihapuskan.
Surat itu sampai kepada sebilangan sahabat,
antaranya ialah Fairuz ad-Dailami. Beliau tanpa berlengah terus merancang untuk
melaksanakan perintah baginda SAW. Mereka yang berada di dalam Yaman merancang
serangan dari dalam sementara sahabat lain menangani dari luar.
Setelah berbincang, beliau pergi ke istana Aswad
dan berjumpa dengan isterinya, Aazad yang juga sepupu kepada Fairuz. Fairuz
menyatakan kepada Aazad rancangan untuk membunuh Aswad dan meminta bantuan
serta pandangan Aazad. Aazad segera bersetuju kerana beliau sememangnya
membenci Syaitan sejak mula-mula beliau mengenali Aswad lagi.
Aazad memberi cadangan:
“Dia memiliki pengawal yang sangat ramai. Semua
sudut dalam istana ini diletakkan pengawal, kecuali di bilik ini sahaja.
Esok kamu hantarkan seorang lelaki menyamar
sebagai khadam kepada aku. Aku akan suruh dia korek lubang daripada bilikku ini
sehingga tinggal sedikit lagi untuk tembus ke luar istana. Pada lewat malam
esok, kau datang dan korek sedikit sahaja lagi dan kau akan jumpa pelita dan
senjata. Aku pula akan menunggu kamu di dalam. Masuklah dan bunuhlah dia ketika
dia sedang tidur.”
Fairuz terus bersetuju dengan cadangan yang bernas
dari Aazad itu. Sebagaimana yang dirancang, pada lewat malam beliau bersama dua
lagi sahabat pergi ke dinding istana dan mengorek tempat yang dimaksudkan.
Kemudian mereka mengambil senjata dan masuk ke bilik, menerpa terus ke katil
Aswad, dan Fairuz menetak leher nabi palsu itu. Aswad yang sedang tidur hanya
mampu meronta dan berteriak seperti suara lembu, sebelum nyawanya melayang.
Ketika itu para pengawal mendengar teriakan Aswad.
Mereka terus bergegas ke bilik. Tetapi Aazad dengan bijak berkata:
“Pergi! Jangan ganggu dia. Wahyu sedang turun
kepadanya sekarang.”
Fairuz dan Aazad terus berada di bilik itu
sehingga terbit Fajar Subuh. Apabila masuk waktu Subuh, beliau naik ke tembok
istana dan melauangkan:
“Allahu akbar.. Allahuakbar”
Beliau mengumandangkan azan sehingga sampai pada
lafaz:
(Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah,
Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah,
Dan aku bersaksi bahawa Aswad al-Unasi itu penipu
besar..!)
Sebenarnya lafaz itu adalah satu kod rahsia.
Sebaik sahaja lafaz itu dilaungkan, tentera Islam masuk ke istana Aswad dari
setiap arah. Pengawalnya pula kebingungan tatkala mendengar azan dilaungkan.
Maka bertempurlah dua pihak ini. Ketika itu,
Fairuz mencampakkan kepala Aswad daripada atas tembok ke hadapan pengawalnya.
Sejurus melihat kepala itu, hilang kekuatan pengawalnya. Mereka jadi takut dan
lemah serta-merta.
Adapun orang Islam terus melaungkan takbir dan
tambah semangat bertempur. Akhirnya pertempuran itu selesai sebelum terbit matahari.
Musuh menyerah kalah.
Apabila hari sudah cerah, mereka segera mengutus
surat memberitahu berita gembira itu kepada Nabi SAW. Namun apabila utusan
mereka sampai di Madinah, didapati baginda SAW telah dipanggil mengadap Ilahi.
Walau bagaimanapun, Rasulullah sempat mengetahui
berita gembira tersebut melalui wahyu pada malam Aswad dibunuh. Baginda SAW
bersabda kepada para sahabat ada bersamanya ketika itu:
“Aswad al-Unasi telah berjaya dibunuh.. Dia
dibunuh oleh seorang lelaki yang diberkati, dari keluarga yang diberkati..”
Para sahabat bertanya, siapakah beliau. Nabi SAW
menjawab:
“Beliau adalah Fairuz.. Fairuz telah berjaya..”
Kisah ini memberi penekanan bahawa kepentingan
kepada umat Islam bagi menghadapi ancaman pengkhianat. Nabi SAW tidak membiarkan
sahaja pengkhianat Islam bermaharajalela dan bebas berbuat apa. Bahkan baginda
segera bertindak memerintahkan sahabat untuk menghapuskan mereka dengan apa jua
cara.
Ini kerana jika dibiarkan, mereka akan merosakkan
anggota kita satu persatu. Dalam masa yang sekejap, Aswad berjaya menghimpun
beribu orang pengikut daripada berbagai kabilah yang asalnya penganut agama
Islam. Penghapusan aswad menyebabkan semua mereka kembali ke pangkal jalan.
Fairuz dipuji oleh Nabi SAW kerana mengambil sikap
yang tegas dan tangkas sebaik menerima isyarat dari Rasulullah. Beliau tidak
risaukan soal keselamatan diri, apatah lagi memikirkan bahawa Aswad adalah
sebahagian dari saudaranya. Beliau tidak peduli siapa Aswad, tidak langsung
malu alah dengannya, kerana memelihara Islam dan perjuangannya adalah lebih
penting dari segala-galanya.
https://berita.pas.org.my/kisah-sahabat-fairuz-ad-dailami/
8 HIKMAH HATIM AL-ASHAM DARIPADA GURUNYA SYAQIQ AL-BALKH
Dikisahkan sebuah dialog antara Hatim al-Asham dengan gurunya, Syaqiq al-Balkh, tentang delapan hikmah kehidupan. Suatu hari Syaqiq al-Balkh bertanya kepada Hatim al-Asham, “kamu telah belajar bersamaku selama tiga puluh tahun. Lalu apa yang kamu peroleh dariku selama itu? Hatim menjawab, “aku telah memperoleh delapan hikmah sebagai bekal hidupku.” Syaqiq bertanya kembali, “apa itu? Coba jelaskan!” Hatim menjawab dan menjelaskannya:
Hikmah pertama, saya melihat setiap diri
manusia memiliki kekasih. Ada kekasih yang menemaninya saat ia sakit, ada pula
yang menemaninya di tepi kubur. Namun semua kekasihnya itu akan meninggalkannya
seorang diri saat ia di dalam kubur. Saya merenungkan hal itu dan membatin bahawa kekasih sejati adalah yang menyertainya
ketika berada di kubur dan ikut masuk ke dalamnya. Saya tak menemukan itu
kecuali amal kebaikan yang telah saya lakukan sehingga ia menjadi cahaya dan
teman di dalam kubur.
Hikmah kedua, bahawa saya melihat manusia mengikuti hawa
nafsunya dan ingin selalu terpenuhi hasratnya, kemudian saya merenungkan firman
Allah SWT: “Orang yang takut kepada Tuhannya Yang Maha Agung, dan ia menahan
diri dari hawa nafsunya, maka sesungguhnya ia akan memperoleh syurga sebagai
tempat kediamannya”. Saya meyakini kebenaran al-Quran sehingga saya
mempersiapkan diri untuk menentang hawa nafsu.
Hikmah ketiga, bahawa saya melihat semua
orang sibuk mengumpulkan kekayaan duniawi dan menimbunnya. Kemudian saya
merenungi firman Allah SWT: “Apa-apa yang menyertaimu akan musnah, tetapi Tuhan
kekal abadi”. Kemudian saya berusaha keras untuk memalingkan dunia demi
menggapai ridha Allah serta membagi-bagikan harta kekayaanku kepada orang-orang
miskin .
Hikmah keempat, saya melihat sebahagian
manusia mengira bahawa kemuliaan dan ketinggian derajatnya ditentukan oleh
banyaknya anggota kelompok dan golongannya. Sementara sebagian yang lain lagi
meyakini bahawa kemuliaan dirinya
didasarkan pada kekayaan, kedudukan, dan keturunan yang dimilikinya. Kelompok
lain lagi menilai bahawa kemuliaan dirinya bisa diperoleh dengan cara melakukan
rasuah, berbuat kezaliman serta membunuh orang lain. Sebahagian kelompok lagi
ada berpandangan bahawa kedudukan tinggi dapat
diperoleh dengan cara berpesta pora dan menghambur-hamburkan harta miliknya.
Kemudian saya merenungi firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang paling mulia
di antara kalian adalah orang yang paling bertakwa”. Sehingga saya lebih
memilih untuk bertakawa kepada-Nya.
Hikmah kelima, saya melihat orang-orang saling mengecam antara satu dengan
lainnya dan juga saya menyaksikan orang yang merompak orang lain. Kemudian saya
merenungkan firman Allah SWT: “Kami telah membahagikan rezeki di antara mereka
dalam kehidupan dunia ini”. Kemudian saya tidak iri kepada siapa pun dan merasa
cukup dengan pemberian dari Allah SWT.
Hikmah keenam, saya melihat orang-orang saling bermusuhan kerana
tujuan dan sebab tertentu. Kemudian saya merenungkan firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Setan adalah musuh kalian semua, maka dari itu musuhilah syaitan”.
Dari ayat ini saya memahami adanya larangan memusuhi selain syaitan.
Hikmah ketujuh, saya melihat sejumlah orang
sangat sibuk dan berusaha keras untuk mencari makanan dan pekerjaan sampai
terjerumus ke dalam lubag keharaman yang justru merendahkan dan menghina
mereka. Kemudian saya merenungkan firman Allah SWT: “Tak seekor binatang pun di
muka bumi yang makanannya tidak dijamin oleh Allah SWT”. Kemudian saya pun
meyadari bahawa rezekiku telah ditetapkan
oleh Allah SWT.
Hikmah kedelapan, saya melihat sebahagian
orang menggantungkan dirinya kepada makhluk, ada juga yang menggantungkan
kepada dunia dan wang, kekayaan, dan yang lainnya. Kemudian saya merenungkan
firman Allah SWT: “Bagi orang-orang yang bergantung kepada Allah SWT, dia akan
mencukupinya, kerana Allah akan memberikan apa yang diinginkannya dan Allah
berkuasa atas segala sesuatu”.
Seusai Hatim
menjelaskan delapan hikmah, Syaqiq berkata, “Allah telah memberikan hikmah-Nya
kepadamu, Hatim! Aku telah membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran dan
aku temukan semua di dalam keempat-empat kitab tersebut delapan hikmah yang kau
ceritakan. Bagi siapa yang mengamalkan delapan hikmah tersebut ia telah
mengamalkan keempat kitab tadi.”
Disarikan
dari kitab Ayyuhal Walad karya Imam Al-Ghazali
KiSAH TAULADAN UTBAH AL-GHULAM
*UTBAH AL-GHULAM (عتبة الغلام) adalah seorang pendosa yang gemar meminum khamr (mabuk) dan berbuat maksiat. Hari-harinya ia habiskan dengan perbuatan-perbuatan yang mengundang murka Allah Swt.
Suatu ketika, Utbah Al-Ghulam mendapat hidayah untuk datang ke tempat yang baik, yakni majelis Hasan Al-Basri. Di majelis tersebut, Hasan Al-Basri mengutip surat Al-Hadid ayat 16.
Tak hanya itu, Hasan Al-Basri menafsirkan ayat tersebut dengan penjelasan yang sangat menyentuh, sehingga para jamaahnya menangis, tak terkecuali Utbah Al-Ghulam. Begitu mendalam dan tajamnya penjelasan Hasan Al-Basri sehingga mampu meluluhkan hati seorang ahli maksiat.
Setelah majelis tersebut selesai, Utbah mendatangi Hasan Al-Basri dan
bertanya, "Apakah benar Allah Swt akan mengampuni dosa seorang hamba yang
sehari-harinya ia habiskan untuk bermaksiat?". Pertanyaan itu keluar dari
mulut Utbah yang menyadari bahawa dirinya telah berlumur dosa, sehingga ia
mengira tidak ada taubat lagi bagi dirinya.
"Diterima, pintu taubat-Nya selalu terbuka", jawab Hasan Al-Basri.
Seketika itu, Utbah jatuh pingsan kerana mendengar jawapan Hasan Al-Basri. Setelah siuman, ia bertanya kembali kepada sufi besar pada masa itu dan ia mendapatkan jawaban yang sama.
Sampai suatu ketika Utbah membulatkan tekadnya untuk menutup kehidupan kelamnya dan membuka catatan putih yang baru. Utbah pun berdoa dengan doa di atas.
Allah pun memperkenankan doa-doanya. Dan setelah itu, Utbah dapat menghafal segala ilmu dan Al-Qur'an yang ia dengar. Siapapun yang mendengar bacaannya maka akan lembut hatinya dan segera bertaubat kepadaNya kerana kemerduan bacaannya. Dan setiap pagi ia membuka pintu rumah, ada bingkisan makanan yang ditaruh di depan pintu rumah Utbah Al-Ghulam.
Sumber: https://www.facebook.com/hashtag/harakatid
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...
-
Biodata & Kisah Hidupnya · by Nabilah Rumainor · Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umawiyah. Artikel ini a...




