Khamis, 14 Julai 2011

10 Aksara Muslim / Muslimah Sejati

Karakter ini merupakan tiang pertama terbentuknya masyarakat Islam mahupun tertegaknya sistem Islam di muka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia.
1.       Salimul Aqidah, Kebersihan Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

2.       Shahihul I badah, Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan Assunnah serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.


3.       Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

4.       Qowiyul Jismi, Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah / titipan dari Allah SWT.

5.       Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang berlaku di sekitarnya.

6.       Qodirun 'alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

7.       Mujahidun linafsihi, Bersungguh -sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimumkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga berdampak baik pada dirinya ataupun orang lain.

8.       Haritsun 'ala waqtihi, Efisyen dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyia-yiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. kerana masa yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.

9.       Munazhom Fii Su'unihi, tertata dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

10.   Naafi'un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kehadirannya akan menjadikan orang bahagia dan kehilangannya akan menjadikan kerinduan.                                                                                               Mudah-mudahan dengan kesepuluh karakter yang dikemukakan di atas menjadikan kita termotivasi untuk dapat merealisasikannya dalam diri kita. AMIN...
Nota: 10 aksara Muslim / Muslimah sejati ini dirumuskan oleh Hasan Albana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...