Jumaat, 1 Julai 2011

Tukar Istilah Sembahyang kepada SOLAT

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah ‘’Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat”. Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur syirik.”
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya membahas perkataan “Sembahyang”. Katanya; “Sembahyang diambil daripada perkataan “ Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa-dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “ Menyembah berhala yang bernama Hyang.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah dating ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr. Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “ menyembah dewa yang bernama Hyang.”
Orang Buddha pergi ke tokong, orang India (beragama Hindu) pergi ke kuil dan orang Kristian pergi ke gereja menggunakan istilah “Sembahyang”. Terserahlah kepada mereka: kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”
Kalau boleh UBAHlah ayat seperti seseorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh, “NAK….bangun!. pergi sembahyang Subuh,” KEPADA “NAK….bangun!. pergi Solat Subuh.”SOLAT LEBIH TEPAT ISTILAHNYA.
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN !!....Semoga Allah merahmati usaha kita..Amin..
ROSLINA HASSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...